Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI 2

Rumusan

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh kepada adat resam. Ini adalah kerana mereka percaya ianya mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh istiadat. Bagi mengetahui kebenarannya, saya telah menghadiri satu perkahwinan rakan saya di Ipoh, Perak.

Tinjauan yang telah dibuat mendapati, majlis perkahwinan yang dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding, merupakan kemuncak istiadat perkahwinan. Pada hari ini pengantin lelaki dan perempuan digelar raja sehari. Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali.

Pengantin perempuan akan disolek oleh mak andam sebelum persandingan bermula.Kemudian pengantin akan dijampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang rasa gemuruh. Setelah selesai diandamkan, pengantin perempuan akan disarungkan dengan pakaian songket dan bersedia menunggu pengantin lelaki.

Tidak lama selepas itu, rombongan pengantin lelaki

sampai dan diarak dengan

paluan kompang diiringi dengan bungga manggar dari rumah penanggak ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan pengantin lelaki disambut dengan taburan bunga mawar dan beras kunyit.

Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki disambut dengan taburan beras kunyit.

Kehadiran pengantin lelaki telah disambut oleh pengantin perempuan. Mereka kemudiannya bergandingan menuju ke tempat khas yang dikenali sebagai pelamin untuk adat bersanding. Kedua-dua mempelai ini disandingkan di atas pelamin sambil diperhatikan oleh para tetamu yang hadir. Upacara disusuli dengan adat merenjis oleh saudara-mara, rakan-rakan dan ibu bapa pengantin.

Selepas majlis persandingan berlangsung, kedua mempelai akan diarak ke meja makan untuk istiadat makan beradap. Turut memenuhi meja makan beradab ini termasuklah keluarga terdekat pihak lelaki.

Menu hidangan untuk makan beradab pengantin ialah berbeza dengan hidangan buat para jemputan. Ia dimasak khas dan digubah cantik bagi membezakan meja makan beradab dengan meja para jemputan.Bacaan doa selamat diadakan untuk memohon agar kedua-dua mempelai sentiasa selamat daripada malapetaka dan kekal bersama hingga ke anak cucu. Menu hidangan untuk makan beradab pengantin adalah berbeza dengan hidangan buat para jemputan. Ia dimasak khas dan digubah cantik bagi membezakan meja makan beradab dengan meja para jemputan. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang. Majlis perkahwinan yang telah saya hadiri ini sungguh meriah dan berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai