Anda di halaman 1dari 15

Budaya Berendoi

Pengenalan
Budaya boleh didefinisiskan sebagai cara hidup sesebuah masyarakat. Ia berkait rapat dengan
budi pekerti atau akal. Secara amnya budaya merangkumi hal-hal yang berkaitan budi dan akal
manusia.
Dalam masyarakat Melayu adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dan
ia merupakan hukum atau peraturan yang hars dipatuhi.Umumnya masyarakat di alam Melayu
mengamal dan berpegang kepada adat bersendi syarak,syarak yang bersendi kitabullah yang
berpendirian bahawa segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama
Islam (Bakar, 2001)
Pada era globalisasi kini, budaya lampau semakin dilupakan dek pembangunan negara
yang semakin pesat. Hal ini secara tidak langsung mampu melenyapkan sesuatu budaya tersebut.
Di negara kita sendiri iaitu Malaysia mempunyai pelbagai budaya.Namun ada diantaranya
semakin dipinggirkan dek kerana ditelan arus modenisasi negara. Salah satu budaya yang
semakin dipinggirkan adalah budaya berendoi ataupun lebih dikenali sebagai adat cukur jambul.
Definisi
Berendoi, sebenarnya berasal dari perkataan 'endoi' atau buaian, iaitu alat yang digunakan untuk
menidurkan bayi.. Berendoi bermaksud membuai atau menghayunkan buaian yang diletakkan
bayi yang telah dicukur rambutnya di dalam buaian yang telah dihias cantik. Berendoi
merupakan satu majlis yang sinonim dalam masyarakat melayu ketika acara bercukur rambut
atau jambul . Bayi akan dibuai dengan diiringi nyanyian memuji Rasulullah dan berupa nasihat.
Nyanyian tersebut dikenali sebagai dikir Berendoi. Kumpulan dikir ini boleh terdiri dari kaum
wanita atau lelaki berjumlah empat orang atau lebih. Pada dasarnya berendoi merupakan
persembahan kebudayaan.Kebiasaanya, berendoi yang dipersembahkan dianggotai oleh 3 atau 4
orang ahli dan di antara mereka terdapat seorang Tekong.
Persembahan Dikir Berendoi ini biasanya dilakukan pada hari kenduri kahwin dan pada hari
ketujuh setelah bayi dilahirkan. Ia dipersembahkan dengan penuh adat istiadat. Ada juga
mempersembahkannya ketika mendapat anak sulung, anak bongsu atau baru pertama kali
mendapat anak lelaki atau perempuan. Biasanya majlis Dikir Berendoi ini dipersembahkan
kerana hendak memenuhi kehendak berniat atau bernazar (JASRI, 1991)

Berikut merupakan gambar-gambar berendoi.





Fungsi

Amalan berendoi atau cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran
orang baru dalam keluarga. Majlis ini adalah kali pertama bayi digunting rambutnya. Majlis
dilakukan mengikut tradisi Melayu di mana majlis ini merupakan satu majlis tradisi yang penting
yang diadakan supaya keluarga dapat berkumpul beramai-ramai untuk mengukuhkan ikatan
silaturrahim dan menyambut kedatangan bayi ke dalam sesebuah keluarga. Adat berendoi atau
buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran
cahaya mata. Majlis diadakan penuh dengan adat istiadat. Berendoi berfungsi sebagai hiburan
dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama
disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah
nabi dan kehidupan para nabi. Pada masa sekarang keadaan telah berubah kerana berendoi juga
dilakukan keatas kanak-kanak yang telah berusia sehingga berusia setahun, Hal ini kerana
berendoi tidak menghadkan umur kanak-kanak tersebut. Semuanya bergantung kepada
kelapangan masa ibu bapa untuk melakukannya
Kelengkapan
Majlis Berendoi tidak lengkap jika tiada set bercukur jambul. Untuk menjalankan majlis tersebut
beberapa kelengkapan disediakan.Antaranya sebuah dulang berisi tiga mangkuk yang berisi air
tepung tawar, beras kunyit dan bertih biji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan
potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya pula dibuang dan diganti
dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak
disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil.

Alatan semasa majlis berendoi

Ramai yang salah faham dan mengatakan bahawa set bercukur jambul merupakan
perbuatan tahyul. Kebanyakkanya, orang muda yang kurang terdedah kepada amalan masyarakat
dahulukala. Sebenarnya amalan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam kerana ianya bukanlah
bertujuan untuk menghalau roh jahat dan sebagainya. Penggunaan daun setawar dan sejenis
rumput adalah untuk mengalirkan sedikit air ke rambut bayi adar sedikit basah dan
mempermudahkan untuk memotong rambut bayi yang halus itu. Penggunaan kelapa muda pula
ialah kerana sifat buah kelapa itu sendiri. Airnya yang dijadikan Allah sebagai penawar kepada
panas badan. Gunting akan dicelup ke dalam air kelapa bertujuan untuk membersihkan rambut
dari gunting dan urusan menggunting seterusnya akan lebih teratur. Rambut akan terkumpul di
dalam kelapa muda tersebut. Kadangkala kelapa muda tersebut akan ditanam bersama rambut.
Berat rambut akan ditimbang dan disamakan dengan nilai emas atau perak untuk disedekahkan

Upacara Majlis Berendoi
Majlis berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah
Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Semasa majlis , kaum lelaki akan memakai
baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri
daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh
wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung.. Bayi akan diletakkan di dalam buaian
dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan.
Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa majlis
berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau
wanita.
Pada zaman ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi
nama. Keebanyakkan lagu-lagu Berendoi membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi
Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan
juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini
disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah
Tuhan Rabbulalamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan
Aduhai Anak Jangan Durhaka. Di bawah merupakan lirik lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.
Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.

Masa yang diambil untuk berdikir boleh mencapai sehingga 2 jam. Semuanya bergantung
kepada kehendak tuan rumah. Lagu-lagu yang didendangkan ada sehingga sepuluh lagu.
Kebiasaannya, pendikir-pendikir ini mempunyai suara yang lunak dan nyaring.

Selain itu, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Akikah didefinisikan sebagai
menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada
hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat
memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
Dari segi jemputan tetamu pula, kebanyakan ibu bapa baru menjemput keluarga dan rakan-rakan
rapat sahaja. Terdapat juga yang menjemput jiran-jiran dan rakan sekerja. Walau bagaimanapun,
kenduri yang besar dan mewah bukanlah suatu kemestian. Jamuan kecil dan sederhana melibat
ahli keluarga rapat sahaja juga turut digalakkan. Ada sesetengah ibu bapa baru langsung tidak
mengadakannya sebarang jamuan.jamuan bukan suatu kewajipan majlis berendoi.
Walaubagaimanapun kebiasaanya, tetamu yang hadir akan dihidangkan dengan makanan dan
minuman.

Sejarah
Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada
kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada
sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu
menganut agama Hindu. Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun
1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah endoi atau
buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di
dalam tepak sireh.

Negeri Perlis seperti negeri-negeri yang lain juga perkembangan budayanya adalah mempunyai
pertalian dan pengaruh-pengaruh dari luar terutamanya dari India, Siam dan Islam. Akan tetapi
sudah dimengertikan bahawa tidak ada satu pun kebudayaan di dunia ini yang dapat diangga asli
iaitu tidak terpengaruh oleh kebudayaan luar. Sesuatu kebudayaan yang hidup seharusnya
berkembang dan perkembangan itu hanya mungkin dengan adanya kemasukan idea-idea baru
dari luar. Kalau tidak, kebudayaan itu lama-kelamaan akan kaku dan beku. Kerana itu tidak
hairanlah beberapa unsur kesenian di negeri ini merupakan ramuan-ramuan budaya dan kesenian
dari negeri-negeri lain.Sekitar tahun 60-an merupakan detik-detik bersejarah bagi tradisi Dikir
Berendoi. Ia merupakan acara sampingan daripada acara majlis Maulid Nabi S.A.W. Acara
Maulid ini diambil daripada kitab berzanji yang dikarang oleh seorang tokoh agama yang
terkenal dari negeri Jawa. Menurut sejarah, acara Maulid ini bermula ketika pada zaman
kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Daripada acara Maulid inilah lahirnya Dikir Berendoi.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Dikir Berendoi ini berasal dari Bukit Besar, Kota Sarang
Semut, Kedah. Kemudian ia diperkembangkan secara beransur-ansur ke negeri Perlis. Dan
seluruh masyarakat Melayu. Perkembangan ini telah memberi suatu kesan yang hebat pada
generasi di desa dalam negeri Perlis pada waktu itu. Hingga sekarang Dikir Berendoi masih
merupakan hiburan tradisional yang tidak kurang kepopularitiannya. Di antara tempat-tempat
yang masih masyhur dengan Dikir Berendoi di negeri Perlis ialah Kampung Tok Pulau,
Kampung Lat Seribu, Bukit Keteri dan di Felda Ladang Tebu, Chuping.Sebagai tambahan
berendoi di negeri Perak dikenali sebagai Dendang Siti Fatimah. Kemudian ia diperkembang ke
seluruh Negara.

Faktor dipinggirkan
Zaman semakin berubah dari semasa ke semasa. Perubahan sememangnya berlaku sejajar
dengan perkemabangan semasa. Kita semua sedia maklum bahawa kegiatan seni budaya
tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

1. Proses Globalisasi
Globalisasi merupakan punca perdana yang menyebabkan budaya kita seperti budaya berendoi
semakin lesu dalan masyarakat kita. Pada umumnya globalisasi menyebabkan kita terdedah
kepada perkembangan budaya asing secara meluas. Semua orang dapat mengikuti perkembangan
seni budaya dunia terkini melalui internet,facebook, blog dan media sosial yang lain. Pada
umumnya, budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai. Misalnya generasi
muda mahukan breakdance, hip-hop, tempo muzik yang lebih rancak. Mereka sudah jemu
dengan lagu-lagu berunsur nasihat kerana bosan.Akibatnya, budaya ini semakin dipinggirkan.


2. Teknologi maklumat
Kemajuan teknologi maklumat masa kini semakin pesat membangun.Hal ini sedikit sebanyak
boleh menggugat budaya yang sedia ada. Masyarakat kini mungkin lebih tertarik dengan budaya
luar. Semua budaya luar kini berada di hujung jari untuk mengetahui mahupun memahami
budaya luar. Sebagai akibatnya, budaya kita semakin dipinggirkan.


3. Sikap Masyarakat
Kesibukan sesebuah keluarga turut menyumbang kepada kepupusan sesuatu budaya. Budaya
berendoi mungkin memakan masa yang lama untuk menyediakan persiapannya. Disamping itu
sikap masyarakat yang dingin mampu menjejaskan budaya berendoi . Sesetengah masyarakat
beranggapan budaya seumpama ini tidak lagi relevan dalam era modenisasi kini. Ia dianggap
kolot dan tidak sesuai diamalkan pada masa kini. Selain itu, ada sesetengah masyarakat Melayu
menyatakan majlis berendoi tidak perlu kerana ia bukan merupakan perkara wajib yang harus
dilaksanakan kerana ia bukan suatu tuntutan agama.





4. Kewangan
Ramai berpendapat majlis berendoi menelan ribuan ringgit. Hal ini bergantug kepada sesebuah
keluarga sama ada ingin melakukan majlis besar-besaran. Sebenarnya majlis ini boleh dilakukan
secara kecil-kecilan bergantung kepada kewangan sesebuah keluraga tersebut.Ia tidak semestinya
dilakukan secara besar-besaran,

Cadangan
Masyarakat Malaysia sememangnya kaya dengan budaya. Tapi sayang budaya tersebut semakin
dipinggirkan kerana proses pemodenan dunia. Jadi, kita sebagai generasi kini perlu
memeliharanya agar ia tidak akan pupus ditelan zaman.Usaha yang dijalankan bukan sekadar
terletak di bahu satu pihak sahaja, namun semua lapisan masyarakat haruslah mengembleng
tenaga bersama dalam usaha memelihara budaya berendoi ini.
1. Kerajaan
Kerajaan menjadi salah satu landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan
unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan berendoi, sama ada untuk tatapan
masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa. Majlis berendoi beramai-ramai
harus diketengahkan sepertimana majlis berkhatan beramai-ramai. Majlis berendoi
mungkin boleh dilakukan sebagai acara tahunan .Sebagai contoh, Puteri Umno Cheras
telah mengadakan acara berendoi beramai-ramai. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Cheras telah mengadakan Program Festival Adat-adat Negeri Berendoi Beramai-ramai,
berlangsung dengan meriah di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Kuala
Lumpur. Usaha seumpama ini harus diberi pujian kerana mereka masih ingat tentang
warisan yang semakin dipinggirkan.Tambahan pula, persatuan ini bersetuju untuk
mengadakan majlis berendoi beramai-ramai sebagai cara tahunan. Hal ini harus diikuti
oleh mana-mana persatuan. Bukan sahaja berendoi malah budaya-budaya lain harus
diketengahkan agar ia tidak dilupakan.


Majlis berendoi beramai-ramai dianjurkan Puteri Umno bahagian Cheras

2. Masyarakat
Masyarakat turut menyumbang kepada pemeliharaan budaya ini. Masyarakat
seharusnya peka terhadap permasalahan ini. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi
oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun
zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Masyarkat harus membuang
persepsi terhadap kewujudan budaya ini.Selain itu, sesebuah kampong atau sesuatu
kawasan digalakkan untuk mewujudkan sebuat persatuan untuk memelihara budaya
berendoi yang terdiri daripada ahli kumpulan dikir berendoi. Persatuan ini akan mendapat
dana daripada kerajaan untuk diperuntukkan bagi memeliharanya daripada dipinggirkan.



3. Skim Bantuan Kebudayaan
Skim Bantuan Kebudayaan khusus bagi membantu kepada Badan Bukan
Kerajaan untuk melaksanakan aktiviti seni budaya.Bantuan yang diperolehi akan dapat
meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan badan bukan kerajaan di
dalam bidang masing-masing.

4. Festival Warisan dan Budaya
Isi ini bukan untuk budaya berendoi sahaja malah mencakupi semua budaya di Malaysia.
Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi pada masa
yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi
negara perlu dilengkapi dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui
pupukan seni budaya. Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara, dan manifestasi
usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali. Hal ini
untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa. Festival ini dapat
ketengahkan sebagai Negara yang moden dan progresif kepada Negara luar, namun tetap
kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan.


Kesimpulan
Masyarakat diseru supaya memelihara kesenian, adat dan budaya Melayu yang semakin
terpinggir terutama dalam kalangan generasi muda. Kesenian rakyat adalah lambang cara hidup
sesuatu bangsa yang mempunyai nilai-nilai murni dan mencerminkan adat resam serta budaya
kehidupan seharian mereka. Budaya bangsa kita bukan sahaja perlu terus diperkukuhkan, malah
harus disemai dalam kalangan generasi muda yang akan menjadi pewaris kepada kesenian
bangsa sendiri. budaya dan sifat sopan santun, kehalusan budi bahasa, semangat bergotong-
royong dan saling membantu yang menjadi amalan orang Melayu juga perlu disuburkan.Nilai-
nilai sebegini perlu dipertahankan kerana merupakan kekuatan identiti orang Melayu, jangan
biarkan budaya murni ini dilupakan. Walaupun orang Melayu semakin moden, adat-adat seperti
ini tidak perlu dipinggirkan kerana ini adalah satu harta amat bernilai yang ditinggalkan oleh
nenek-moyang. Sedar ataupun tidak, masyarakat Melayu sebenarnya kaya dengan amalan dan
budaya tradisional yang patut diteruskan sehingga ke hari ini. Jika kita tidak meneruskan tradisi
ini mungkin amalan itu akan lenyap dan generasi baharu tidak akan mengetahui pernah
wujudnya majlis seperti ini. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan
tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan
masyarakat Melayu di negara kita ini.




Rujukan
1. Abd. Ghani Dan Onn Aba Jasri (1991), Berendoi Budaya Tradisi Melayu Yang Semakin
Dilupakan, Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 3 1991.
2. Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah(2006), Amalan Cukur Jambul.
3. Sejarah berendoi, http://sayangkuberendoi.blogspot.com/2010/07/sejarah-berendoi.html.
4. Kosmo Online(2011) Evolusi cukur jambul dalam adat Melayu.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Rencana_
Utama&pg=ru_01.htm

Anda mungkin juga menyukai