Anda di halaman 1dari 7

BERSANDING DALAM AMALAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU: ANTARA HUKUM DAN ADAT

Artikel ini merupakan adaptasi dari diskusi ilmiah di kalangan para ustaz Malaysia di Nottingham, United Kingdom pada Disember 2007 lanjutan daripada isu tentang hukum bersanding yang timbul semasa mengadakan sebuah kenduri kahwin di sana. Kebanyakan input yang dimuatkan dalam artikel ini adalah dari penulis sendiri selain daripada Ustaz Masakush Musa dan Dr. Amali. Penulis di sini mengambil inisiatif atas prinsip menyebarkan ilmu kepada masyarakat dengan menyiarkan artikel ini walaupun secara teknikalnya melanggar persetujuan terdahulu AJK persatuan Komuniti Malaysia Nottingham pada masa itu. Namun penulis yakin bahawa usaha sebegini dalam konteks ilmu amat dialukan dan konflik kecil tersebut yang berlaku pada masa lalu sudah dianggap lapuk dan signifikannya mungkin berlaku pada pembaca sekalian atau kenalan pembaca sekalian pada masa lalu atau akan datang. Harap kupasan ringkas ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. KONSEP BERSANDING: Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. (Wikipedia) Umumnya, ada beberapa pendapat tentang bersanding. Sebahagian ulama mengharamkan, dan sebahagian lagi mengharuskan. Hukum bersanding secara umum menurut majoriti ulama ahlu alsunnah mazhab shafi'i di malaysia adalah harus, tetapi secara khususnya perlu dilihat kepada apa perkara dan acara yang dilakukan dalam persandingan secara spesifik: APA YANG HARAM DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN 1. pakaian yang tidak menutup aurat. 2. tabarruj, tadlis atau berhias dan berandam berlebih-lebihan seperti membuang kening, mewarna rambut dengan pewarna kecuali inai dan bahan yang dbolehkan, wangi-wangian yang terlampau berlebih-lebihan. Perbuatan andaman yang berbentuk tadlis atau merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah

dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33) 3. pembaziran wang. 4. banyak meniru amalan Hindu seperti menepung tawar, pulut, pecah kelapa dan sebagainya dengan niat untuk buang sial kononnya. APA YANG HARUS DAN BOLEH DILAKUKAN 1. Demi meraikan adat: Para Ulama Ahl al-Sunnah membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat. Jika ingin melakukan secara terbuka juga diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. 2. Menutup aurat, duduk secara bersopan, tidak berlebih-lebihan dalam solekan dan hiasan. 3. Mengambil gambar bersama keluarga dan rakan-rakan 4. persembahan silat tak jadi masalah.. asalkan tutup aurat dan tak salam pengantin perempan (melainkan muhrim), dan paling utama tidak ada unsur 'menurun'. 5. Buat persandingan ala kadar sahaja dan tidak membazir 6. Muzik (khususnya meraikan perkahwinan, kehidupan keluarga dsb) boleh dinyanyikan atau dilagukan, asalkan tidak melanggar syariat. Apapun, pujian kepada Tuhan dan selawat kepad Rasul patut diutamakan. RUMUSAN Bersanding lebih kepada suatu adat dan upacara sahaja. Nak buat tidak mengapa, tak buat pun tidak mengapa. Namun, yang lebih utama dan wajib adalah mengadakan kenduri untuk menghebahkan perkahwinan dan sudah tentulah dalam menghebahkan perkahwinan, orang mengenali orang yang diraikan tersebut. Jadi matlamat utama kalau ingin membuat persandingan adalah diniatkan untuk memperkenalkan bukan mempertontonkan dan mestilah tidak melanggar batasan syariat dan tidak berlebih-lebihan. Persoalan persandingan berasal usul daripada agama Hindu mungkin ada persamaan dan pengaruh sedikit, tapi konsep mempekenalkan pengantin adalah universal. jadi persamaan itu mungkin satu kebetulan dan kalau ada asas pengaruh Hindu pun, tidak menjadi masalah asalkan tidak menyerupai mereka dalam upacara bersifat agama (seperti mengelilingi api dsb) dan mestilah mengikut landasan Islam. Begitu juga dengan kereta berhias dan memakai kot seperti orang Kristian. Tidak ada masalah selagi tidak melakukan perkara yang dilarang, asalkan tidak terlampau mengikut sehingga menyerupai mereka dan menimbulkan fitnah. Islam adalah agama untuk semua kaum, semua bangsa dan semua budaya. Kita tidak semestinya dalam bersanding mesti mengikut orang Arab, memakai jubah, tetapi Islam bersifat fleksibel. boleh pakai baju kurung Melayu, dan boleh pakai apa-apa sahaja asalkan mengikut syariat. Tetapi apapun, budaya sendiri (masyarakat Islam) lebih elok ditonjolkan berbanding budaya orang lain. Yang terpenting sekali, adalah bersederhana dan mengikut syariat. Masalah persandingan yang menjadi bahan konflik antara pendokong adat dan pendokong agama.

Merupakan isu yang agak sensitif serta perlu ditangani sebaik mungkin, kalau tidak niat baik untukmeraikan dua mempelai bertukar menjadi perpecahan masyarakat yang tiada untungnya sama sekali.Dalam konteks ini kaedah fiqh seperti :"memilih yang ringan antara dua mudarat (Akhaff al Dararyn) menolak kerosakan itu hendaklah didahulukan daripada menarik kemaslahatan (Dur ul Mafasid Muqaddamun 'Ala Jalb al Masalih) rasanya cukup signifikan. Komentar umum utk reconcile konflik ini ialah Islam adakalanyamenghargai adat selagi adat itu tidak bercanggah dengannya. Sekiranya ada percanggahan dengan prinsip asas Islam, seperti adanya unsur pembaziran, penyalah gunaan wang, pemujaan, pendedahan aurat, berhiasyang keterlaluan, percampur bauran antara lelaki dan perempuan bukan muhrim, maka Islam secara tegas mengharamkannya. Dalil dalam alQuran dan sunnah yang menjadi "criteria of the centre" jelas mengenai hal tersebut. Oleh itu, ia memerlukan penyelidikan secara spesifik acara-acara didalamnyasupaya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Dalam fiqh ada kaedah: Menghukum sesuatu mestilah menggarap terlebih dahulu gambaran sebenarmasalah itu: al hukm 'ala al syai' faru'n an tasawwurih'. Majlis yang berkat akan bertukar menjadi laknat sekiranya percanggahan dengan syariat dibiarkan berleluasa. Sebarang pandangan dan komen dari pembaca amat dialukan. Lampiran:

Berikut merupakan soal jawab mengenai bersanding oleh JAKIM yang boleh dicapai melaluihttp://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf. Nama: Muhammad Farid Bin Mustafar. E-Mel: mfarid62@yahoo.com. Kategori: AKIDAH SUB KATEGORI: Khurafat/Tahyul Tarikh Hantar Soalan: 01/07/2008 11:36 AM Soalan: Adakah amalan bersanding itu pengaruh agama hindu seperti ada pelamin dan sebagainya? Adakah Ia bertentangan dengan ajaran agama islam? kerana saya lihat kebanyakkan orang melayu beragama islam kahwin bersanding di pelamin. Boleh tak beritahu.... Jawapan: Hukum bersanding adalah harus dengan memenuhi syarat syarat berikut: i. Tidak dipertontonkan kepada bukan mahram ii. Tidak mengandungi unsur-unsur khurafat iii. Tidak mendedahkan aurat iv. Tidak membazir dan tidak menunjuk-nunjuk dan lain-lain...

Pantang larang sebelum berkahwin kena pantang ke?

Perlu! Tetapi tidaklah melampaui batas kerana sekiranya seseorang mementingkansesuatu dan terlalu taksub dengan amalan dan kesan kepadanya menjadi kurafat dan tidak diredhai Allah. Pantang-larang boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu Sebelum, Semasa dan Selepas majlis perkahwinan.

Pantang larang dan ada antaranya mempunyai sebab pantang larang wujud

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul -untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. -Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. -Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri .

Jangan tidur di rumah orang lain -takut terkena ilmu sihir. -Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Jangan bebas keluar ke mana-mana -takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. -Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. -Untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan.

Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin -mengelakkan perut buncit.

Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

-Petai dan Jering mempunyai bau yang kuat. Dibimbangi akan berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu.

Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah -boleh melemahkan organ seks.Terdapat hadis dalam perkara ini.

Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.

-Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap -kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki).

Elakkan terlalu banyak makan makanan laut -ia mengandungi banyak toksid.

Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri

-supaya rumahtangga aman dan damai.

Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. Elakkan minum minuman keras dan merokok. Elakkan terkena cahaya matahari -dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

Elakkan minum air soya -ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. Banyakkan baca surah-surah -mengelakkan gangguan syaitan. -Sentiasa mengingati Allah.

Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. -bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya -mengelak dari dikhianati orang.

Jangan buat kerja yang berat.

-Bila pengantin membuat kerja berat, akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi -hujan turun ketika majlis berlangsung.

Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana -angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Anda mungkin juga menyukai