Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan melibatkan di antaranya


penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yang disediakan atau
yang diubahsuaikan oleh guru sendiri. Dengan demikian pembelajaran oleh murid akan
menjadi lebih konkrit dan eksplisit. Oleh yang demikian, seorang guru sains perlu dapat
menyediakan, mengubahsuaikan, mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan
pembelajaran untuk diguna pakai dalam interaksi di kelas dengan murid-muridnya. Tiga
tajuk yang berikut dalam modul ini akan memperlengkapi pelajar dengan kemahiran dan
prinsip-prinsip yang berkaitan dengan penyediaan, pengubasuaian, pengulasan and
pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu
murid mengalami pengalaman pembelajaran yang lebih mengayakan dan konkrit. Perkara
abstrak yang susah untuk difahami dirapatkan jurang kefahaman dengan menggunakan
pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi bahan realia, bahan
simulasi, bahan bukan projeksi, bahan projeksi pandang-dengar, bahan multi-media dan
bahan sumber internet.
Bahan-bahan tersebut digunakan sesuai dengan urutan berikut:




1. Previu Bahan
2. Penyediaan Bahan
3. Penyediaan Suasana
4. Penyediaan Murid
5. Pelaksanaan Pengalaman
Pembelajaran dengan bahan
Rajah 1 : Aliran Proses Penggunaan Bahan Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran


1. Previu Bahan: Menilai kesesuaian bahan yang ingin digunakan dari segi isi
kandungan , tahap kefahaman murid dan objektif pelajaran.
2. Penyediaan bahan: Bahan disediakan atau diubahsuaikan dengan tujuan
penggunaannya. Guru menentukan urutan penggunaan bahan serta cara
penggunaan oleh guru atau murid.
3. Penyediaan suasana: Guru menentukan tempat yang sesuai untuk penggunaan
bahan tersebut sama ada di kelas, di makmal sains, di bilik pandang-dengar atau di
luar bilik darjah. Pemilihan tempat adalah bergantung kepada ketersediaan peralatan
di lokasi atau kemudahalihan bahan / peralatan ke lokasi tersebut.
4. Penyediaan murid: Murid disusun dalam kedudukan yang sesuai supaya mereka
dapat melihat bahan yang ditunjukkan, menggunakan bahan secara kumpulan atau
individu secara selesa. Guru boleh memberi pengenalan umum kepada topik yang
akan disentuh, rasional kesesuaian bahan dengan topik, pernyataan motivasi
bagaimana bahan yang digunakan boleh membantu kefahaman dan tumpuan aspek
tertentu yang perlu diberikan untuk mendapat manfaat yang maksima daripada
pengalaman pembelajaran melalui bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
yang akan digunakan.
5. Pelaksanaan pengalaman pembelajaran dengan bahan: Bahan disampaikan dengan
guru sebagai penyampai atau fasilitator. Interaksi dengan murid dalam bentuk soal-
jawab dikendalikan untuk memantapkan kefahaman berdasarkan bahan yang
digunakan. Aktiviti susulan untuk menilai kefahaman murid dilaksanakan untuk
memastikan pembelajaran yang berjaya telah dicapai.
Bahan realia adalah bahan dalam bentuk asalnya seperti bulb, bateri, wayar, tumbuhan
dan binatang. Bahan simulasi pula adalah bahan yang seakan-akan sama, menyerupai atau
meniru bahan yang sebenar. Bahan-bahan jenis ini sering terdapat di sekolah dan
digunakan oleh guru-guru untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang banyak
melibatkan deria pandang.Di antara bahan simulasi yang biasa digunakan di sekolah ialah
model,carta,transparensi dan nota edaran.
Bahan bantu mengajar yang inovatif memang dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran sains. Walaupun guru berasa terbeban dengan perancangan dan
persediaan pengajaran sains yang rapi, namun murid akan melalui pengalaman
pembelajaran yang menyeronokkan lagi bermakna berbanding kaedah
pengajaran chalk and talk, menggunakan buku teks semata-mata atau teaching
the test.Justeru itu saya bersama rakan saya telah mereka cipta Model Sistem Suria daripada
bahan buangan sebagai bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan dalam kelas sains
terutama murid tahun 4.
Model adalah perwakilan tiga-dimensi bahan realia. Sebuah model boleh lebih besar,
lebih kecil atau sama saiz dengan bahan realia. Ia boleh diperbuat daripada pelbagai jenis
bahan seperti kertas, kayu, tanah liat, plastik, logam, kaca, plastisin atau polistirena.
Terdapat tiga jenis model iaitu model pepejal,model keratan dan model pergerakan.Model
Sistem Suria daripada bahan buangan yang dicipta oleh saya dan rakan saya ini adalah
dari jenis model pepejal. Model pepejal biasanya dibina untuk membesarkan realia yang
terlalu kecil (serangga kecil seperti semut) atau yang terlalu besar (contoh glob untuk
mewakli bumi). Dengan menggunakan model pepejal maka murid dapat memerhatikan ciri-
ciri fizikal relia dengan lebih baik dan terperinci.

PROSEDUR UNTUK MEMBUAT MODEL SISTEM SURIA DARIPADA BAHAN TERBUANG

Antara bahan yang diperlukan ialah:
1. Surat Khabar Lama
2. Kertas Tisu.
3. Pita Perekat
4. Warna Poster.
5.Gam PVC
6. Spray "Clear"
7. Mounting Board Hitam.

Langkah pertama, ambil beberapa helaian surat khabar dan gumpalkannya
membentuk sebiji bola atau sfera untuk mewakili 8 buah planet. Buat satu gumpalan atau
sfera yang besar sekali untuk mewakili Matahari. Pastikan saiz setiap planet adalah
berbeza dan juga Matahari. Rujuk Sistem Suria untuk menggambarkan saiz perbandingan
kesemua planet-planet dan Matahari. Gunakan Pita perekat untuk mengekalkan bentuk
sfera model anda. Kemudian menggunakan gam PVC yang dicampur dengan air, balut
kesemua model dengan kertas tisu iaitu dalam 3 atau 4 lapisan. Biarkan kering di bawah
cahaya matahari.

Rajah 2 : Gambar model
Hasilkan bentuk sfera mewakili setiap planet menggunakan helaian surat khabar dan
kemudiannya dibaluti dengan tisu menggunakan gam PVC. Pastikan saiz model
berbeza bagi mewakili saiz planet-planet dalam Sistem Suria.

Langkah kedua, setelah model kering, warnakan dengan warna Poster. Pastikan
merujuk gambar setiap planet untuk mewarnakan planet tersebut. Keringkan dan guna
semburkan model planet menggunakan Spray "Clear" untuk mendapatkan efek dan kesan
yang lebih menarik. Untuk planet Zuhal, gegelungnya boleh dibuat daripada kad manila dan
diwarnakan. Bagi pelantar model tersebut ataupun ruang angkasa lepas, gunakan Mounting
Board hitam dan lukis orbit setiap planet menggunakan pen marker hitam. Pelantar ini boleh
dihias dengan serbuk "Glitter" emas untuk memberikan efek bintang-bintang di angkasa
lepas.

Rajah 3 : Mewarna model mengikut warna planet sebenar.

Rajah 4 : Model Planet-planet yang telah siap diwarnakan.


Rajah 6 : Menggunakan Spray Clear untuk efek berkesan


Terakhir sekali, susun model planet dan Matahari mengikut turutan dalam Sistem
Suria dengan betul. Labelkan. Model ini boleh dipamerkan di dalam bilik Sains dan
digunakan khusus dalam membantu guru-guru untuk mengajar subjek ini dengan lebih
efektif. Sudah tentu murid berasa teruja dan dapat menarik perhatian mereka dalam sesi

Rajah 5 : Model Matahari
pembelajaran dan pengajaran..


Rajah 7 : Model Sistem Suria
Sebagai seorang guru Sains kita boleh menggunakan model ini sebagai bahan bantu
belajar bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan adalah lebih menarik lagi bermakna.
Sesuai sebagai bahan mengajar khusus di fasa "Pengstrukturan Semula Idea".
KEBAIKAN MODEL SISTEM SURIA
Menggunakan model sistem suria berkenaan guru boleh menerangkan nama-nama
planet,kedudukan planet dari matahari,saiz planet dan cii-ciri fizikal planet berkenaan.Berikut
adalah isi kandungan yang akan diterangkan oleh guru menggunakan model ini.



Sistem Suria termasuk Matahari dan semua objek yang bergerak mengelilinginya.
Sistem Suria berbentuk elips dan terdiri daripada:
(a) Matahari
(b) 8 planet
(c) Satelit semulajadi
(d) Asteroid
(e) Meteoroid
(f) Komet

Sistem Suria kita terletak di dalam galaksi yang dipanggil Galaksi Bima Sakti.
Galaksi Bima sakti ini berbentuk pilin. Matahari adalah salah satu daripada jutaan bintang di
dalam Bima Sakti. Galaksi Andromeda adalah galaksi yang paling hampir dengan Bima
Sakti. Selain daripada bima sakti, dipercayai terdapat banyak lagi galaksi-galaksi lain diluar
sistem suria kita. Pusat kepada bima sakti adalah matahari.Jisim pusat sistem suria kita,
matahari adalah lebih kurang 10exp30 kilogram. Matahari terbentuk hasil gabungan awan,
gas dan debu di angkasa. Ia terbentuk 5 bilion tahun dahulu


MATAHARI
Matahari merupakan pusat Sistem Suria
Matahari juga merupakan objek terbesar dalam Sistem Suria
Matahari adalah sebiji bintang yang terletak paling hampir dengan Bumi.
Matahari mengeluarkan haba, cahaya dan tenaga.
Jika tiada Matahari, hidupan di Bumi tidak akan wujud.
Tanpa cahaya Matahari, tiada hidupan yang boleh hidup kerana suhu terlalu sejuk
dan Bumi akan beku.
Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan Bumi, tujuh planet
yang lain, komet dan asteroid dalam orbit masing-masing.
Semua ahli Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama
namun pada kelajuan yang berbeza.

PLANET


Ada 8 buah planet dalam Sistem Suria.
Susunan planet-planet mengikut jarak paling dekat hingga paling jauh dari Matahari
ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Kesemua 8 planet itu bergerak mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang
besar yang dipanggil orbit dan bergerak dalam arah lawan jam (barat ke timur).
Semakin jauh planet tersebut dari Matahari, semakin besar orbit planet itu.
Semasa planet-planet beredar mengelilingi Matahari, planet-planet juga berputar
pada paksinya sendiri mengikut arah lawan jam kecuali planet Zuhrah (mengikut
arah jam) manakala Uranus berputar pada sisinya (dari atas ke bawah).
Setiap planet mempunyai masa yang berlainan untuk melengkapkan satu edaran
lengkap mengelilingi Matahari.
UTARID




Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga
merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. Diameternya adalah 40% lebih
kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada Bulan. Permukaan di Utarid
adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah
asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari
kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun,
disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit
kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan
Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah.

ZUHRAH



Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari.
Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi. Zuhrah
tidak mempunyai lautan tetapi mempunyai atmosfera yang mengandungi peratus gas
karbon dioksida yang tinggi, tidak mempunyai wap air tetapi mempunyai titisan asid
sulfurik. Dikenali sebagai "rumah hijau" kerana mempunyai gas karbon dioksida yang
tinggi di dalam atmosfera. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet
tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat
dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai
480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. Satu hari di Zuhrah adalah
lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam
masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah
juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur.
Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.

BUMI







Bumi merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies,
termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta
di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa
planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 billion tahun yang lalu,

dan kehidupan muncul
di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia
selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta
kilometer.
Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera
yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya,
dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga
ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan
udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan
Eksosfera.


MARIKH




Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan
sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan
iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini
mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida.





MUSYTARI



Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat
lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan
Musytari.

ZUHAL



Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di
dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari
Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal
mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari
air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Terdapat 60 bulan
mengorbit planet ini.


URANUS



Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga
terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem
Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya
mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar
seperti Musytari dan Zuhal. Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis
dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana
pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus
kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.

NEPTUN




Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam
Sistem Suria.

Anda mungkin juga menyukai