Anda di halaman 1dari 88

Pertolongan Cemas

1. Sukatan Pelajaran Pertolongan Cemas


2. Pertolongan Cemas
3. Luka-Luka dan pendarahan
4. Bebat, balut dan anduh
5. Pitam
6. Patah tulang
7. Gigitan dan sengatan
8. Peti Pertolongan Cemas
9. Bantuan CPR
Isi Kandungan
Sukatan Pelajaran
Pertolongan Cemas
Bil Topik Sukatan Pelajaran Tahap/ Masa Penilaian
/Pemberian
Catatan
1 Pertolongan
Cemas
Muda
(junior)
1.Pertolongan Cemas
Mudah
a.Perinsip Pertolongan cemas.
b.Cara mendapat bantuan
ambulans/cara-cara mudah
membawa pesakit.
c.Menamakan jenis-jenis
kecederaan yang berlaku di
sekolah dan cara
mengelakkannya.
2.Luka-luka
a. Jenis ,punca tanda dan
pengurusan.
3.Bebat dan balutan mudah
a. Jenis balutan
b. Kegunaan balutan
4.Pitam
a.Punca,, tanda alamat dan
pengurusan
5. Patah
a. Punca,, tanda alamat dan
pengurusan
6.Gigitan
a.Tebuan, kala lipan dan ular
7.Isi Peti/beg pertolongan
cemas
a.Mengenal isi kandungan peti
pertolongan cemas
b.Cara menggunakan alat-
alat tersebut
8.Bantuan Hidup Asas
a.Pengenalan
b.Demonstrasi CPR
Tahun 5 dan
berasaskan
12
perjumpaan (1
jam setiap
kali)
1.Lulus ujian-
ujian teori dan
praktikal yang
dikendalikan oleh
guru jurulatih
BSMM
2 Kegiatan
diperakui oleh
guru pemimpin
BSMM sekolah
dalam laporan
dan ulasan kad
kemajuan
Rujukan
(Panduan untuk guru)
1.Buku pertolongan
cemas
kemasyarakatan
2.Bulan Sabit Merah
dan Negaraku.
3.Pertolongan Cemas
untuk kanak-kanak
CEPAT oleh Dorling
Kindersley
Tayangan video


Pertolongan cemas

Pertolongan cemas adalah pertolongan
awal atau serta-merta yang diberi
kepada orang yang sakit atau cedera
(pesakit) sebelum dibawa ke hospital.
Objektif Pertolongan Cemas
1. Untuk mengelakkan kecederaan dari menjadi
lebih teruk.
2. Untuk menyelamatkan nyawa.
3. Mengurangkan kesakitan / memberi kelegaan.
Cara mendapat bantuan ambulans
1. Dail 999 .
2. Perkenalkan diri, alamat tempat
kejadian dan jenis kemalangan.
Cara-cara Mudah Membawa Pesakit
1. Usungan menopang.
2. Usungan menarik.
3. Usungan menggendong di belakang.
4. Usungan mendukung
5. Usungan kerusi
6. Usungan empat tangan
Usungan
menopang
Usungan menarik
Usungan menggendong
di belakang
Usungan
mendukung
Usungan kerusi
Usungan empat
tangan
Luka-luka Dan
Pendarahan
Definisi Luka

Belah (cedera, lecet, pecah) pada kulit disebabkan
terkena pisau atau benda tajam.
Terpotong, tercalar dan terbakar digolongkan dalam
luka.
Jenis Jenis Luka
Luka Terbuka
- Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
- Kecederaan kepada tisu kulit di mana
kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat
dilihat dari luar dan terdapat pendarahan
yang keluar ke kulit.


Luka Tertutup

- Kecederaan pada tisu di bawah kulit di
mana kesinambungan kulit tidak terganggu
dan luka tidak dapat dilihat dari luar.
- Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.



LUKA MELECET
LUKA TERGURIS LUKA TERCUCUK LUKA TIKAMAN
LUKA LELAS
Luka Terhiris
Luka Terhiris

Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau
atau kaca.
Luka jenis ini menyebabkan darah keluar
terlalu banyak kerana saluran pembuluh
darah telah terpotong.
Luka Terkoyak
Luka Terkoyak
Disebabkan kulit terkoyak akibat cakaran atau
kawat duri
Aliran darah kurang berbanding luka terbelah
Saluran pembuluh yang terkoyak lebih cepat
bercantum
Luka ini boleh meyebabkan jangkitan kuman
daripada punca luka

Luka Tusukan
Luka Tusukan
Disebabkan kulit ditusuk benda tajam
Mengakibatkan luka dalaman yang serius
Mudah terdedah kepada jangkitan kuman

Luka Tertutup
Luka Tertutup
Luka yang berlaku dalam badan atau di bawah
kulit
Tidak berlaku pendarahan luaran
Kelihatan tanda luaran seperti lebam atau
darah yang terkumpul di bawah kulit
Tanda Jangkitan Kuman

1. Suhu di tempat cedera panas dan berwarna
kemerahan
2. Rasa sakit di keliling luka
3. Terdapat jalur merah dari luka
4. Bengkak dan demam atau menggigil
Rawatan luka
Semasa merawat luka
pastikan sarung
tangan dipakai.
Balut luka dengan
menggunakan kain yang
bersih.
Rawatan Luka Kecil

Pastikan tangan anda bersih sebelum
merawat
Cuci luka untuk mengelakkan jangkitan
Keringkan luka dengan kapas
Sapu luka dengan iodin
Balut luka dengan pembalut

Rawatan Luka Parah
1. Periksa luka untuk pastikan tiada objek
terbenam
2. Angkat anggota pesakit yang cedera di atas
paras jantung untuk menghentikan
pendarahan
3. Cuci luka
4. Tutup luka dengan kain gauze
5. Balut luka untuk mengelakkan jangkitan
6. Hantar mangsa ke hospital untuk rawatan
lanjut


Bebat, Balut Dan
Anduh
Anduh Tiga Segi
Kain berukuran 1 meter persegi dipotong mengikut
pepenjurunya untuk mendapatkan dua helai anduh tiga
segi.
Kain anduh tiga segi boleh digunakan dalam pelbagai
cara.
-Digunakan untuk menyokong lengan yang cedera
-Digunakan untuk menutup bebatan di atas
bahagian kecederaan yang besar,
-Digunakan untuk menutup bebatan di atas luka
yang kecil.
-Digunakan sebagai pelapik untuk mengawal
pendarahan.


Anduh tiga segi

puncak
Cara melipat anduh






Balutan
Balutan ialah kain yang digunakan untuk
mengemas pembebatan pada luka, memberi
tekanan pada luka supaya menahan
pendarahan.


Anduh
Tangan
Pitam
Definisi pitam
Hilang tahap kesedaran diri seketika kerana
bekalan darah ke otak tidak mencukupi.

Tanda-tanda pitam
1. Mangsa kelihatan pucat
2. Nafas pendek dan cepat (nadi cepat)
3. Gelap mata, berpeluh sejuk dan melekit
4. Pening-pening dan rasa berpusing
5. Loya dan muntah-muntah
6. Jatuh dam pitam
Apa yang harus dilakukan

1.Baringkan pesakit
2. Tinggikan kaki pesakit
3. Longgarkan pakaian yang ketat
4. Berikan pengudaraan / kipas mangsa
5. Tentukan tahap kesedaran mangsa
Pastikan
tahap kesedaran mangsa
1. Tidak bernafas
Beri bantuan pemulihan pernafasan

2. Bernafas
Letakan mangsa dalam kedudukan pemulihan

3. Tiada denyutan nadi
Beri bantuan CPR

Bantuan pernafasan

1. Pastikan saluran udara mangsa terbuka
2. Letakkan sebelah tangan di atas dahi mangsa
dan dua jari di bawah dagu
3. Kemudian dongakkan kepala mangsa

angkat dagu dongak kepala
4. Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari
telunjuk
5. Pastikan hidung mangsa tertutup rapat bagi
menghalang udara keluar
Picit hidung

6. Buka mulut mangsa
7. Tarik nafas dan rapatkan bibir pada mulut
mangsa
8. Hembus dua kali ke dalam mulut mangsa
sehingga dadanya naik
9. Pastikan kepala dan dagu mangsa didongakkan
ke atas
10. Ulang sehingga mangsa sedar
Hembus udara ke dalam mulut mangsa
11. Lihat, dengar dan rasa jika ada tanda- tanda
pergerakan mangsa
12.Jika tiada pergerakan, dail ambulans untuk
menghantar mangsa ke hospital.
Lihat dengar - rasa
Kedudukan pemulihan
1. Melutut berdekatan mangsa
2. Alihkan kepala mangsa ke arah kamu dengan
mendongaknya ke belakang.
3. Halakan dagu ke atas supaya mangsa dapat
bernafas dengan baik.
4. Letakkan sebelah tangan mangsa di bawah
punggungnya dan lengan yang sebelah lagi di
atas dada sebelum memusingkan badan
mangsa.

Periksa keadaan mangsa

5. Angkat kaki mangsa yang jauh ke atas kaki
yang hampir dengan kamu
6. Bengkokkan kaki yang di atas supaya lutut
mangsa berada 90 darjah pada pinggul
7. Sepanjang pergerakan ini, pastikan saluran
udara tidak terhalang
Kedudukan pemulihan


8. Angkat tangan mangsa yang berhampiran
dengan lutut kamu ke arah muka.
9. Betulkan kedudukan dagu supaya laluan udara
tidak terhalang.
10. Duduk dengan mangsa dan periksa
pernafasan serta nadi
11. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan
pernafasan
Kedudukan
pemulihan
KLIP
Teknik kedudukan pemulihan
Patah tulang

Tulang yang retak atau pecah di sebut patah.
Apabila kita merasa ragu, kecederaan itu
mestilah diberi bantuan sepertimana bantuan
kecemasan rawatan untuk patah.

Punca-punca Patah
1. Hentakan yang tepat dan kuat boleh
menyebabkan tempat yang menerima
hentakan itu patah.
2. Hentakan sipi juga boleh menyebabkan
kepatahan contohnya jatuh.
Jenis-jenis Patah

1. Patah tertutup : tulang patah di dalam, kulit
tidak cedera.
2. Patah terbuka : tulang yang patah akan
menonjol keluar di permukaan kulit.
3. Patah rebung : sebahagian dari tulang itu
patah. Ini berlaku apabila tulang kanak-kanak
yang mudah dan baru membesar itu cedera
tetapi tidak patah langsung. Ia mungkin
terbengkok seperti ranting muda.


4.Patah melarat : patah tulang yang
mengakibatkan organ sekelilingnya rosak,
seperti paru-paru yang rosak disebabkan
patah tulang rusuk.


Tanda-tanda patah
1. Sakit di tempat yang patah atau
berhampiran dengannya.
2. Bengkak dan lebam.
3. Tidak boleh mengerakkan bahagian anggota
yang cedera.
4. Perubahan bentuk jika dibandingkan antara
anggota yang cedera dengan anggota yang
tidak cedera.
5. Terdapat tanda-tanda renjatan.
Cara-cara merawat
1. Ampu atau sokong bahagian yang cedera
supaya ia tidak bergerak.
2. Tutup bahagian yang luka dengan kain bebat
suci hama.
3. Sokong anggota yang cedera supaya ia
selesa.
4. Dapatkan bantuan perubatan secepat
mungkin.
Menyokong
bahagian yang
patah
Gigitan
dan
sengatan
Kecederaan yang disebabkan oleh gigitan atau
sengatan serangga atau haiwan yang berbisa
seperti lebah, tebuan, ular, ikan dan
sebagainya.

Cara-cara merawat
Patukan Ular
Baringkan mangsa dan tenangkannya.
Beritahu mangsa supaya tidak menggerakkan
bahagian badan yang kena gigitan untuk
mengelakkan racun daripada merebak.
Jangan hisap bisa ular, sebaliknya ikat
bahagian atas daripada tempat yang terkena
gigitan supaya bisa tidak merebak ke
jantung.
Hantar mangsa ke hospital dengan segera.
Klip
Sengatan lebah dan tebuan
1. Cabut sengat itu dengan berhati-hati
menggunakan penyepit, pin atau jarum yang
telah dibasmi kuman.
2. Gunakan air sabun untuk membasuh dan buat
tuaman / demahan sejuk.
3. Jika bilangan serangga yang menyengat
banyak, hantar mangsa ke hospital dengan
segera.
Obor-obor
1. Bawa mangsa ke pantai
2. Tanggalkan kesan-kesan obor-obor dengan
pasir dan air.
3. Jika mangsa sukar bernafas, dapatkan
bantuan hospital.
Peti
pertolongan
cemas
Isi kandungan.
Calamine lotion ( ubat alahan gatal)
Povidone iodine (cecair antiseptik)
- Pembasmi kuman
T-Eusol lotion (ubat cuci)
Acriflavine (ubat luka)
Plaster pembalut luka
Kain Ghauze (kain kasa)
Kain pembalut luka
Kain anduh
Kain kapas
Gunting/penyepit


Bantuan CPR
Bantuan CPR
1. Baringkan mangsa ditempat selamat
2. Gunakan jari tengah dan jari telunjuk untuk
mencari tulang rusuk paling bawah pada
tubuh mangsa.
Cari tulang rusuk mangsa
3. Letakkan jari tengah pada titik pertemuan di
antara tulang dada dan jari telunjuk pada
tulang dada mangsa.

4. Letakkan tapak tangan yang sebelah lagi
pada tulang dada mangsa dan sorongkan ke
bawah sehingga bertemu jari telunjuk.
5.Tekan pada titik tersebut
6. Tekan menggunakan pangkal tapak tangan
sambil menaikkan jejari ke atas

7. Melutut di sisi mangsa
8. Luruskan tangan dan tekan tulang dada
secara menegak.
9. Tekan dada sebanyak 5 kali
10. Beri bantuan pernafasan
KLIP
KLIP
KLIP
Bantuan CPR dewasa
Bantuan CPR yang salah
Bantuan CPR yang salah
Sekian
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai