100% menganggap dokumen ini bermanfaat (2 suara)
616 tayangan88 halaman

Pertolongan Cemas

Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai modul pertolongan cemas, termasuk definisi, jenis-jenis kecederaan seperti luka, pendarahan, patah tulang, dan cara memberikan pertolongan awal seperti membalut luka, kedudukan pemulihan, dan bantuan hidup asas.

Diunggah oleh

lc
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PPT, PDF, TXT atau baca online di Scribd
100% menganggap dokumen ini bermanfaat (2 suara)
616 tayangan88 halaman

Pertolongan Cemas

Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai modul pertolongan cemas, termasuk definisi, jenis-jenis kecederaan seperti luka, pendarahan, patah tulang, dan cara memberikan pertolongan awal seperti membalut luka, kedudukan pemulihan, dan bantuan hidup asas.

Diunggah oleh

lc
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PPT, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Pertolongan Cemas

Isi Kandungan
1. Sukatan Pelajaran Pertolongan Cemas
2. Pertolongan Cemas
3. Luka-Luka dan pendarahan
4. Bebat, balut dan anduh
5. Pitam
6. Patah tulang
7. Gigitan dan sengatan
8. Peti Pertolongan Cemas
9. Bantuan CPR
Sukatan Pelajaran
Pertolongan Cemas
Bil Topik Sukatan Pelajaran Tahap/ Masa Penilaian Catatan
/Pemberian

1 Pertolongan 1.Pertolongan Cemas Tahun 5 dan 1.Lulus ujian- Rujukan


Cemas Mudah berasaskan ujian teori dan (Panduan untuk guru)
Muda a.Perinsip Pertolongan cemas. 12 praktikal yang 1.Buku pertolongan
(junior) b.Cara mendapat bantuan perjumpaan (1 dikendalikan oleh cemas
ambulans/cara-cara mudah jam setiap guru jurulatih kemasyarakatan
membawa pesakit. kali) BSMM 2.Bulan Sabit Merah
c.Menamakan jenis-jenis 2 Kegiatan dan Negaraku.
kecederaan yang berlaku di diperakui oleh 3.Pertolongan Cemas
sekolah dan cara guru pemimpin untuk kanak-kanak
mengelakkannya. BSMM sekolah CEPAT oleh Dorling
2.Luka-luka dalam laporan Kindersley
a. Jenis ,punca tanda dan dan ulasan kad Tayangan video
pengurusan. kemajuan
3.Bebat dan balutan mudah
a. Jenis balutan
b. Kegunaan balutan
4.Pitam
a.Punca,, tanda alamat dan
pengurusan
5. Patah
a. Punca,, tanda alamat dan
pengurusan
6.Gigitan
a.Tebuan, kala lipan dan ular
7.Isi Peti/beg pertolongan
cemas
a.Mengenal isi kandungan peti
pertolongan cemas
b.Cara menggunakan alat-
alat tersebut
8.Bantuan Hidup Asas
a.Pengenalan
b.Demonstrasi CPR
Pertolongan cemas
 Pertolongan cemas adalah pertolongan
awal atau serta-merta yang diberi
kepada orang yang sakit atau cedera
(pesakit) sebelum dibawa ke hospital.
Objektif Pertolongan Cemas
1. Untuk mengelakkan kecederaan dari menjadi
lebih teruk.
2. Untuk menyelamatkan nyawa.
3. Mengurangkan kesakitan / memberi kelegaan.
Cara mendapat bantuan ambulans
1. Dail 999 .
2. Perkenalkan diri, alamat tempat
kejadian dan jenis kemalangan.
Cara-cara Mudah Membawa Pesakit

1. Usungan menopang.
2. Usungan menarik.
3. Usungan menggendong di belakang.
4. Usungan mendukung
5. Usungan kerusi
6. Usungan empat tangan
Usungan
menopang
Usungan menarik
Usungan menggendong
di belakang
Usungan
mendukung
Usungan kerusi
Usungan empat
tangan
Luka-luka Dan
Pendarahan
Definisi Luka

 Belah (cedera, lecet, pecah) pada kulit disebabkan


terkena pisau atau benda tajam.
 Terpotong, tercalar dan terbakar digolongkan dalam
luka.
Jenis Jenis Luka
 Luka Terbuka
- Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
- Kecederaan kepada tisu kulit di mana
kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat
dilihat dari luar dan terdapat pendarahan
yang keluar ke kulit.
 Luka Tertutup

- Kecederaan pada tisu di bawah kulit di


mana kesinambungan kulit tidak terganggu
dan luka tidak dapat dilihat dari luar.
- Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.
LUKA MELECET LUKA LELAS

LUKA TERGURIS LUKA TERCUCUK LUKA TIKAMAN


Luka Terhiris
Luka Terhiris

• Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau


atau kaca.
• Luka jenis ini menyebabkan darah keluar
terlalu banyak kerana saluran pembuluh
darah telah terpotong.
Luka Terkoyak
Luka Terkoyak
 Disebabkan kulit terkoyak akibat cakaran atau
kawat duri
 Aliran darah kurang berbanding luka terbelah
 Saluran pembuluh yang terkoyak lebih cepat
bercantum
 Luka ini boleh meyebabkan jangkitan kuman
daripada punca luka
Luka Tusukan
Luka Tusukan
 Disebabkan kulit ditusuk benda tajam
 Mengakibatkan luka dalaman yang serius
 Mudah terdedah kepada jangkitan kuman
Luka Tertutup
Luka Tertutup
 Luka yang berlaku dalam badan atau di bawah
kulit
 Tidak berlaku pendarahan luaran
 Kelihatan tanda luaran seperti lebam atau
darah yang terkumpul di bawah kulit
Tanda Jangkitan Kuman

1. Suhu di tempat cedera panas dan berwarna


kemerahan
2. Rasa sakit di keliling luka
3. Terdapat jalur merah dari luka
4. Bengkak dan demam atau menggigil
Rawatan luka

Semasa merawat luka


Balut luka dengan
pastikan sarung
menggunakan kain yang
tangan dipakai.
bersih.
Rawatan Luka Kecil

 Pastikan tangan anda bersih sebelum


merawat
 Cuci luka untuk mengelakkan jangkitan
 Keringkan luka dengan kapas
 Sapu luka dengan iodin
 Balut luka dengan pembalut
Rawatan Luka Parah
1. Periksa luka untuk pastikan tiada objek
terbenam
2. Angkat anggota pesakit yang cedera di atas
paras jantung untuk menghentikan
pendarahan
3. Cuci luka
4. Tutup luka dengan kain gauze
5. Balut luka untuk mengelakkan jangkitan
6. Hantar mangsa ke hospital untuk rawatan
lanjut
Bebat, Balut Dan
Anduh
Anduh Tiga Segi
 Kain berukuran 1 meter persegi dipotong mengikut
pepenjurunya untuk mendapatkan dua helai anduh tiga
segi.
 Kain anduh tiga segi boleh digunakan dalam pelbagai
cara.
-Digunakan untuk menyokong lengan yang cedera
-Digunakan untuk menutup bebatan di atas
bahagian kecederaan yang besar,
-Digunakan untuk menutup bebatan di atas luka
yang kecil.
-Digunakan sebagai pelapik untuk mengawal
pendarahan.
Anduh tiga segi
puncak

Cara melipat anduh

a pak u
t buc
Balutan
 Balutan ialah kain yang digunakan untuk
mengemas pembebatan pada luka, memberi
tekanan pada luka supaya menahan
pendarahan.
Anduh
Tangan
Pitam
Definisi pitam
Hilang tahap kesedaran diri seketika kerana
bekalan darah ke otak tidak mencukupi.
Tanda-tanda pitam
1. Mangsa kelihatan pucat
2. Nafas pendek dan cepat (nadi cepat)
3. Gelap mata, berpeluh sejuk dan melekit
4. Pening-pening dan rasa berpusing
5. Loya dan muntah-muntah
6. Jatuh dam pitam
Apa yang harus dilakukan

1.Baringkan pesakit
2. Tinggikan kaki pesakit
3. Longgarkan pakaian yang ketat
4. Berikan pengudaraan / kipas mangsa
5. Tentukan tahap kesedaran mangsa
Pastikan
tahap kesedaran mangsa
1. Tidak bernafas
• Beri bantuan pemulihan pernafasan

2. Bernafas
• Letakan mangsa dalam kedudukan pemulihan

3. Tiada denyutan nadi


• Beri bantuan CPR
Bantuan pernafasan

1. Pastikan saluran udara mangsa terbuka


2. Letakkan sebelah tangan di atas dahi mangsa
dan dua jari di bawah dagu
3. Kemudian dongakkan kepala mangsa
angkat dagu – dongak kepala
4. Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari
telunjuk
5. Pastikan hidung mangsa tertutup rapat bagi
menghalang udara keluar

Picit hidung
6. Buka mulut mangsa
7. Tarik nafas dan rapatkan bibir pada mulut
mangsa
8. Hembus dua kali ke dalam mulut mangsa
sehingga dadanya naik
9. Pastikan kepala dan dagu mangsa didongakkan
ke atas
10. Ulang sehingga mangsa sedar
Hembus udara ke dalam mulut mangsa
11. Lihat, dengar dan rasa jika ada tanda- tanda
pergerakan mangsa
12.Jika tiada pergerakan, dail ambulans untuk
menghantar mangsa ke hospital.

Lihat – dengar - rasa


Kedudukan pemulihan
1. Melutut berdekatan mangsa
2. Alihkan kepala mangsa ke arah kamu dengan
mendongaknya ke belakang.
3. Halakan dagu ke atas supaya mangsa dapat
bernafas dengan baik.
4. Letakkan sebelah tangan mangsa di bawah
punggungnya dan lengan yang sebelah lagi di
atas dada sebelum memusingkan badan
mangsa.
Periksa keadaan mangsa
5. Angkat kaki mangsa yang jauh ke atas kaki
yang hampir dengan kamu
6. Bengkokkan kaki yang di atas supaya lutut
mangsa berada 90 darjah pada pinggul
7. Sepanjang pergerakan ini, pastikan saluran
udara tidak terhalang
Kedudukan pemulihan
8. Angkat tangan mangsa yang berhampiran
dengan lutut kamu ke arah muka.
9. Betulkan kedudukan dagu supaya laluan udara
tidak terhalang.
10. Duduk dengan mangsa dan periksa
pernafasan serta nadi
11. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan
pernafasan
KLIP
Kedudukan
pemulihan

Teknik kedudukan pemulihan


Patah tulang
Tulang yang retak atau pecah di sebut patah.
Apabila kita merasa ragu, kecederaan itu
mestilah diberi bantuan sepertimana bantuan
kecemasan rawatan untuk patah.
Punca-punca Patah
1. Hentakan yang tepat dan kuat boleh
menyebabkan tempat yang menerima
hentakan itu patah.
2. Hentakan sipi juga boleh menyebabkan
kepatahan contohnya jatuh.
Jenis-jenis Patah

1. Patah tertutup : tulang patah di dalam, kulit


tidak cedera.
2. Patah terbuka : tulang yang patah akan
menonjol keluar di permukaan kulit.
3. Patah rebung : sebahagian dari tulang itu
patah. Ini berlaku apabila tulang kanak-kanak
yang mudah dan baru membesar itu cedera
tetapi tidak patah langsung. Ia mungkin
terbengkok seperti ranting muda.
4.Patah melarat : patah tulang yang
mengakibatkan organ sekelilingnya rosak,
seperti paru-paru yang rosak disebabkan
patah tulang rusuk.
Tanda-tanda patah
1. Sakit di tempat yang patah atau
berhampiran dengannya.
2. Bengkak dan lebam.
3. Tidak boleh mengerakkan bahagian anggota
yang cedera.
4. Perubahan bentuk jika dibandingkan antara
anggota yang cedera dengan anggota yang
tidak cedera.
5. Terdapat tanda-tanda renjatan.
Cara-cara merawat
1. Ampu atau sokong bahagian yang cedera
supaya ia tidak bergerak.
2. Tutup bahagian yang luka dengan kain bebat
suci hama.
3. Sokong anggota yang cedera supaya ia
selesa.
4. Dapatkan bantuan perubatan secepat
mungkin.
Menyokong
bahagian yang
patah
Gigitan
dan
sengatan
Kecederaan yang disebabkan oleh gigitan atau
sengatan serangga atau haiwan yang berbisa
seperti lebah, tebuan, ular, ikan dan
sebagainya.
Cara-cara merawat
Patukan Ular
 Baringkan mangsa dan tenangkannya.
 Beritahu mangsa supaya tidak menggerakkan
bahagian badan yang kena gigitan untuk
mengelakkan racun daripada merebak.
 Jangan hisap bisa ular, sebaliknya ikat
bahagian atas daripada tempat yang terkena
gigitan supaya bisa tidak merebak ke
jantung.
 Hantar mangsa ke hospital dengan segera.

Klip
Sengatan lebah dan tebuan

1. Cabut sengat itu dengan berhati-hati


menggunakan penyepit, pin atau jarum yang
telah dibasmi kuman.
2. Gunakan air sabun untuk membasuh dan buat
tuaman / demahan sejuk.
3. Jika bilangan serangga yang menyengat
banyak, hantar mangsa ke hospital dengan
segera.
Obor-obor

1. Bawa mangsa ke pantai


2. Tanggalkan kesan-kesan obor-obor dengan
pasir dan air.
3. Jika mangsa sukar bernafas, dapatkan
bantuan hospital.
Peti
pertolongan
cemas
Isi kandungan.
• Calamine lotion ( ubat alahan gatal)
• Povidone iodine (cecair antiseptik)
- Pembasmi kuman
• T-Eusol lotion (ubat cuci)
• Acriflavine (ubat luka)
• Plaster pembalut luka
• Kain Ghauze (kain kasa)
• Kain pembalut luka
• Kain anduh
• Kain kapas
• Gunting/penyepit
Bantuan CPR
Bantuan CPR
1. Baringkan mangsa ditempat selamat
2. Gunakan jari tengah dan jari telunjuk untuk
mencari tulang rusuk paling bawah pada
tubuh mangsa.

Cari tulang rusuk mangsa


3. Letakkan jari tengah pada titik pertemuan di
antara tulang dada dan jari telunjuk pada
tulang dada mangsa.
4. Letakkan tapak tangan yang sebelah lagi
pada tulang dada mangsa dan sorongkan ke
bawah sehingga bertemu jari telunjuk.
5.Tekan pada titik tersebut
6. Tekan menggunakan pangkal tapak tangan
sambil menaikkan jejari ke atas
7. Melutut di sisi mangsa
8. Luruskan tangan dan tekan tulang dada
secara menegak.
9. Tekan dada sebanyak 5 kali
10. Beri bantuan pernafasan

KLIP Bantuan CPR dewasa

KLIP Bantuan CPR yang salah

KLIP Bantuan CPR yang salah


Sekian
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai