ROLLER BANDAGE
Terdapat beberapa kegunaan yang berbeza bagi pembebatan dalam pertolongan cemas iaitu
pembebatan digunakan untuk memperkemaskan pembalutan, mengawal pendarahan, menyokong
dan mencegah pergerakan anggota yang tercedera, serta mengurangkan bengkak pada anggota
tersebut. Terdapat tiga jenis pembebat utama iaitu pembebat bergulung yang memperkemaskan
balutan dan menyokong anggota yang tercendera. Pembebat tubular menyokong pembalutan
dari hujung jari atau jejari atau menyokong sendi-sendi yang tercedera.
Apabila mengunakan pembalut bergulung patuhi peraturan-perturan ini;
1. Bahagian pembalut yang bergulung (kepala) hendaklah berada diatas sekali ketika anda
membuka gulungan (bahagian tidak bergulung dipanggil ekor)
2. Tempatkan diri anda disebelah anggota yang cedera berhadapan dengan mangsa
3. Ketika anda merawat kecederaan, pastikan anggota anggota yang tercedera, disokong dan
berada dalam keadaan yang sama selepas pembalutan
PERATURAN MENGGUNAKAN PEMBEBAT
1. Sebelum menggunakan pembebat, terangkan dengan jelas dan beri keyakinan kepada
mangsa apa yang akan anda lakukan.
2. Letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa seperti duduk atau baring
3. Ampu anggota yang tercedera ketika anda sedang merawatnya. Minta seseorang untuk
membantu anda atau minta mangsa melakukan sendiri.
4. Lakukan tugas anda secara berdepan dengan mangsa atau dari tempat yang tercedera.
5. Jika mangsa terbaring masukan pembebat menerusi ruang bawah pergelangan kaki, lutut,
pinggang dan dibawah tengkuk. Kemudian sorongkan pembebat kedepan dan kebelakang
bagi memudahkan pembalutan. Sebagai contoh bagi membebat kepala atau bahagian
dada tarik pembebat menerusi bawah tengkuk.
6. Gunakan pembebat dengan kemas, tetapi jangan terlalu ketat sehingga menjejaskan
peredaran darah kebahagian anggota luar daripada pembalut
7. Biarkan jejari atau jari kaki pada anggota yang berbalut tertedah supaya anda dapat
memeriksa peredaran darah.
PRINSIP
1. Beri bantuan hanya kalau yang tahu dan mempunyai pengetahuan dalam bidang bantuan
kecemasan.
2. Jika ada pengetahuan, tetapi tidak ada kemahiran dalam bidang bantuan kecemasan.
Jangan beri bantuan.
3. Jika tiada pengetahuan dan kemahiran, dapatkan bantuan perubatan dengan
segera.
MATLAMAT PEMBALUTAN
1. Mengawal perdarahan.
2. Mengawal keadaan renjatan.
3. Mengurangkan risiko jangkitan.
4. Memberi keselesaan kepada mangsa.
FUNGSI BEBAT DAN BALUTAN
1. Mengawal pendarahan
2. Menggalakkan pembekuan
3. Menghindarkan jangkitan kuman
4. Menyerap discaj seperti darah, nanah dan serum
5. Melindungi luka daripada kecederaan lain
LANGKAH-LANGKAH RAWATANNYA ADALAH:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Bersihkan tangan dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
Pastikan memakai sarung tangan
Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
Keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril.
Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
Gunakan pembalut untuk memegang luka
MEMILIH SAIZ PEMBEBAT YANG BETUL
1. Sebelum menggunakan pembebat bergulung periksa dahulu pembebat telah digulung
dengan kemas dan mempunyai kelebaran yang sesuai dengan anggota
2. Kecederaan.bahagian anggota tercedera yang berlainan pada tubuh memerlukan pembalut
yang mempunyai kelebaran tertentu
3. Anggota kecil seperti jejari memerlukan pembalut tirus, manakala anggota besar seperti
kaki memerlukan pembalut yang lebar.
MEMERIKSA PENDARAN DARAH SELEPAS PEMBEBATAN
Apabila anda membalut anggota atau menggunakan kain anduh, anda hendaklah memeriksa
peredaran darah pada tangan atau kaki selepas selesai membalutan dan setiap 10 minit.
Pemeriksaan ini penting kerana anggota tubuh akan membengkak apabila tercedera dan
pembalutan akan menjadi terlalu ketat. Dalam keadaan ini akan menjejaskan peredaran darah
dikawasan luar pembalutan.simtom-simtom perdaran darah yang terjejas akan berubah apabila
vena mula menjerut dan diikuti oleh arteri.
Cara mengenal pasti peradaran darah yang terjejas.
- Anggota tubuh membengkak dan sesak
- Kulit menjadi biru dan urat menonjol
- Kulit terus kembang dan sakit
Tanda ini pula akan nampak kemudian
- Kulit pucat dan berminyak
- Berdenyut dan diikuti sakit yang mendalam
- Sejuk dan kebas
- Tidak berupaya jejari
JENIS BALUTAN
1. Balutan Kepala
Luka di kepala sering menimbulkan pendarahan yang banyak kerana kepala mempunyai
bekalan darah yang banyak. Meskipun pendarahan di kepala salah satu pendarahan yang serius.,
ada cara sekiranya pendarahan dan cedara yang boleh diubati sendiri dirumah. Tetapi sekiranya
hendak merawat luka di kepala harus mempunyai pengetahuan berkenaan bantu mula
Selain itu, tekan pada luka dengan kain kasa, kain bersih atau bahan bersih lain. Jika ada
objek di dalam luka yang tidak dapat anda hilangkan, berikan tekanan disekeliling objek
sehinggah objek tersebut keluar. Berikan tekanan selama 15 minit, kemudian lakukan
pengecahan adakah pendarahan masih mengalih atau tidak. Jika darah masih membasahi kain,
berikan tambahan lain tanpa meninggalkan kain tersebut. Jika perdarahan ringan biasanya
berhenti sendiri atau akan berhenti setelah 15 minit tekanan dilakukan.
Cara-cara membalut luka di kepala adalah seperti berikut:
i.
Letak bandage bermula dari kawasan luka
ii.
Selepas 1 lilitan pergi keatas dan ke bawah pembebatan terus buat lilitan kedua
iii.
Selesai lilitan ketiga tarik ekor pemulaan dan buat lilitan ke bawah dagu,iaitu di atas ekor
pemulaan
iv.
Silangkan lilitan pada ekor pemulaan iaitu di belakang dan didepan ekor pemulaan
v.
Selesai lilitan tarik ekor pemulaan dan buat ikatan sumpul sila
2. Balutan Luka Pada Pangkal Lengan
Balutan pangkal lengan dilakukan apabila mangsa mengalami pendarahan atau kecederaan
seperti luka akibat kemalangan dan memerlukan bantuan awal sebelum dihantar ke hospital bagi
mendapatkan rawatan susulan. Bagi masalah yang dialami oleh mangsa, bantuan awal perlulah
diberi namun perkara yang paling utama sebelum melakukan rawatan awal adalah memastikan
keadaan di sekitar dalam keadaan yang selamat mengikut situasi yang berlaku pada mangsa
dikawasan tersebut.
Cara-cara membalut luka di lengan adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
Letakkan ekor hujung pemulaan pembalut pada bahagian pergelangan tangan
Selepas bersilang simpan ekor pembalut
Teruskan kaedah yang Sama naik sehingga ke siku tangan
Apabila selesai sampai pada siku dan kemaskan pembalut
3. Balutan Kecederaan di Tapak Tangan
Kecederaan pada bahagian tangan sering berlaku semasa kemalangan. Faktor lain yang
menyumbang kepada kecederaan. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan pada bahagian
tangan disebabkan oleh kecuaian diri sendiri atau faktor persekitaran.
Jika mengalami kecederaan pada bahagian tangan individu tersebut dinasihati supaya
berhenti dari terus melakukan sesuatu pekerjaan. Kebanyakan kecederaan boleh di rawat sendiri
dan bantuan doktor diperlukan jika :
kecederaan yang menyebabkan kesakitan, kebengkakan atau kebas yang amat sangat
pengaliran darah yang banyak pada bahagian tangan
kecederaan yang lama berulang kembali
luka dalam pada bahagian tangan
Cara-cara membalut luka di tapak tangan adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
Silangkan pembalut iaitu di atas dan dibawah ekor pemulaan
Bawa pembalut kebawah dan lilit sekeliling jari dan pada atas jari telunjuk.
Bawa pembalut melintangi belakang tangan dan lilit disekeliling tangan
Lilit pembalut secara berulang dan dari arah pergelangan tangan dengan membiarkan ibu
v.
jari terdedah.
Apabila keseluruhan tangan sudah dibalut, buat dua lilitan lurus pada pergelangan tangan
dan kemaskan pembalutan.
4. Balutan Kecederaan di Bahagian Kaki
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna
atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan pada bahagian kaki
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak
mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan seperti terseliuh pada bahagian
kaki.Jika mengalami kecederaan pada bahagian kaki semasa aktiviti sukan, individu tersebut
dinasihati supaya berhenti dari terus bermain. Komplikasi lain akan berlaku jika terus bermain
Cara-cara membalut luka di bahagian kaki adalah seperti berikut:
i.
Letakkan pembalut (bandages) pada pergelangan kaki dan silangkan lilitan di bahagia
kaki
ii.
Arahkan kepala pembalut (bandages) ke arah bawah betis pada dan buat satu lilitan di
sekeliling betis dengan menutupi setengah lapisan pembalut (bandages).
iii.
Mula buat balutan silang (figure 8) dari bawah kaki sehingga pergelangan kaki.
iv.
Lakukan silangan beberapa kali dan pastikan balutan kemas.
5. Balutan Kecederaan di Bahagian Peha
Balutan pada peha dilakukan dari bahagian distal kepada proximal atau dari bahagian yang
kecil atau lutut kepada bahagian yang lebih besar iaitu keatas. Ini kerana untuk mengelak
daripada pembalut terbuka. Kebiasaannya pembalut yang digunakan bagi membalut bahagian
peha adalah bersaiz 10 hingga 15 sentimeter.
Cara-cara membalut luka di bahagian peha adalah seperti berikut:
i.
Letakkan pembalut (bandages) pada bahagian paha bawah dan silangkan lilitan ke
ii.
atas.
Arahkan kepala pembalut (bandages) ke arah bawah pangkal atas lutut dan buat satu
lilitan di sekeliling pangkal tersebut dengan menutupi setengah lapisan pembalut
iii.
(bandages).
Lilitan tersebut mestilah lurus pada akhiri lilitan supaya kelihatan kemas pada hujung
balutan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhanya, ilmu rawatan awal amatlah penting bagi memberi rawatan awal
kepada mangsa kecelakaan yang berlaku dikawasan kita. Teknik balutan yang betul perlu
dipelajari kerana balutan adalah salah satu yang terdapat dalam bantu mula. Ilmu bantu mula ini
penting kepada kita semua kerana situasi ini bukan sahaja akan berlaku kepada kita malahan
kepada masyarakat disekeliling kita. Dengan ini, ilmu ini sangatlah bermakna kepada setiap
individu bagi meringankan beban kerja yang bertanggungjawab serta setiap situasi untuk
pertolongan cemas kita dapat praktikan pada bila masa dan situasi.