Anda di halaman 1dari 56

8.

0 BANTU MULA

8.1 PENGENALAN

Modul Latihan Pertolongan Cemas dan Pemulihan Kardio Pulmonari


(CPR) ini adalah sebuah manual mengenai panduan asas pertolongan
cemas yang boleh digunakan oleh Pegawai dan anggota Kadet Remaja
Sekolah bagi memenuhi keperluan sukatan latihan Kadet Remaja
Sekolah.

8.2 KANDUNGAN SUKATAN

8.2.1 Tahap 1
A. Prinsip dan asas pertolongan cemas

i. Antara prinsip dan asas pertolongan cemas ialah

a. Kesaksamaan
Tiada diskriminasi melibatkan bangsa , agama dan jantina
semasa memberi bantuan

b. Berkecuali
Tidak menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman
politik dan ideologi dan sebagainya

c. Sukarela
Bantuan diberi secara sukarela

d. Berkeyakinan
Sentiasa tenang dan yakin semasa memberi bantuan

e. Cepat dan tangkas


Sentiasa bersedia dan pantas bertindak
iii Matlamat pertolongan cemas

a. Untuk menyelamatkan nyawa


b. Meminimumkan kesan-kesan kecederaan
c. Menggalakkan pemulihan

iv. Peralatan asas pertolongan cemas


v. Panduan tindakan pada kecemasan
a. Menilai situasi kecemasan
i. menilai dengan pantas dan tenang
ii. Lihat bahaya lain terhadap diri dan
mangsa kecederaan
iii. jangan letakkan diri anda dalam sebarang
risiko
b. Mempastikan kawasan kecemasan selamat
i. Lindungi mangsa daripada bahaya
ii. Jangan bertindak melebihi kemampuan
anda
c. Menentukan semua kecedaraaan dan memberi
pertolongan cemas
i. menggunakan kebijaksanaan untuk
menentukan keutamaan rawatan
d. Meminta bantuan
i. Segera meminta bantuan pakar seperti
Hospital, Bomba dan Penyalemat , JPA 3
,Polis dan sebagainya.

B. Pembebatan dan pembalutan

Fungsi pembebatan
i. mengawal dan mencegah pendarahan
ii. melindungi luka dan mencegah jangkitan

Fungsi pembalut
i. mengekalkan tekanan tepat keatas pembebat
ii. Memegang pembebat dan penganduh pada tempatnya
iii. Menghadkan bengkak
iv. Membekalkan sokongan keatas anggotau sendi
v. Menyekat pergerakkan
Cara membebat luka
i. Menggunakan pembebat bergulung
Langkah 1

Letakkan ekor pembalut di


bawah tempat kecederaan.
Mulakan lilitan dari bahagian
bawah anggota. Buat dua
lilitan lurus dengan kepala
pembalut

Langkah 2

Buat beberapa lilitan pada


anggota. Setiap lilitan
hendaklah menutup antara
1/2 dan 2/3 lapisan di bawah.

Langkah 3

Selesaikan pembalutan
dengan satu lilitan lurus dan
semat pada hujungnya.

Langkah 4
Periksa peredaran darah pada
anggota yang tercedera. Jika
terlalu ketat longgarkan
ii. Pembebatan siku dan lutut
Langkah 1 & 2

Sokong lengan yang tercedera


dalam posisi separuh
bengkok.
Bawa kepala pembalut pada
atas siku ke bahagian atas
lengan dan buat satu lilitan
dengan menutup1/2 lapisan
pertama pembalut

Langkah 3 & 4

Bawa kepala pembalut ke


bawah siku pada sendi dan
lilit satu kali di sekeliling
bahagian bawah lengan
dengan menutup ½ daripada
lilitan lurus yang pertama.

Langkah 5

Teruskan lilitan pembalut


yang berselang -seli dengan
penutup hanya ½ dan 2/3
lapisan lilitan yang dibawah

(Jangan balut terlalu ketat


kerana ini akan menghalang
peredaran darah)

Langkah 6 & 7

Buat dua lilitan lurus untuk


menyudahkan pembalutan dan
kemaskan hujungnya
Periksa peredaran darah
iii. Pembebatan Tangan dan Kaki
Langkah 1

Sokong lengan mangsa.


Letakkan ekor pembalut pada
bahagian bawah pergelangan
tangan dan buat dua lilitan
lurus.

Langkah 2 & 3
Bawa pembalut melintang
pada belakang tangan mangsa
supaya bahagian tepi bertemu
pada pangkal kuku jari
kelingking
Bawa pembalut ke bawah dan
lilit disekeliling jari telunjuk
supaya bahagian tepi berada
pada pangkal kuku jari
telunjuk

Langkah 4 & 5
Bawa pembalut melintang
belakang tangan ke arah
pergelangan tangan dan dan
lilit di sekeliling tangan
Lilit pembalut secara berulang
dengan menutup ¾ daripada
lapisan lilitan yang dibawah.
Lilit dariparah pergelangan
tangan dengan membiarkan
ibu jari terdedah

Langkah 6 & 7

Apabila keseluruhan taangan


sudah dibalut, buat dua lilitan
lurus pada pergelangan tangan
dan kemaskan pembalutan.
Periksa peredaran darah pada
tangan jangan terlalu ketat.
Cara membalut
i. Pembalutan segitiga

i. Pembalut jenis ini dijual satu-satu dalam bungkusan steril.


ii. Pembalut ini juga boleh dibuat sendiri dengan memotong dan melipat satu
meter persegi kain jenis linen atau clico.

puncak

hujung
hujung

tapak

puncak

hujung
Lipat sekali

Lipat kedua (Pembalut Lebar)


Lipat ketiga (Pembalut lipatan panjang /tirus)

ii. Pelapik cincin (ring pad)

Gulung kain pembalut tiga segi di keliling jari kita anggaran tiga lilitan
/gulungan .Kemudian ambillah hujung yang satu lagi dan mulalah lilitan pada
gulungan tersebut
Apabila telah tamat selitkan hujung pembalut tadi kepada lilitan yang telah dibuat.

iii. Pembalut kepala


Langkah 1

Letakkan asas pembalut di


tengah-tengah dahi mangsa
supaya ia terletak di atas
kening. Biarkan hujung
pembalut terjuntai di belakang
bahu.
Langkah 2

Bawa kedua-dua hujung


pembalut di sekeliling kepala
pada belakang telinga.
Silangkan kedua-dua hujung
pada titik pertemuanpembalut
pada tengkuk

Langkah 3

Bawa kedua-dua hujung


pembalut ke depan dan ikat di
tengah-tengah dahi dengan
simpulan buku sila

Langkah 4

Teguhkan kepala mangsa dan


tarik titik pembalut untuk
mengetatkan lilitan dan
memperkemaskan pembalutan
atas kepala kemudian di semat
dengan pin

iv. Simpulan buku sila

Anda hendaklah sentiasa menggunakan simpulan buku sila apabila mengikat pembalut.
Simpulan ini akan dirasakan selesa oleh mangsa dan ia tidak mudah ”melorot” serta
ikatan senang dibuka

Langkah 1 , 2 & 3

Lalukan hujung tali kiri di Bawa kedua-dua hujung tali Lalukan kedua-dua hujung
atas tali kanan dan kebawah keatas tali kanan ke atas tali kiri dan
kebawah
Langkah 4 , 5 & 6

Tarik hujung tali dengan Untuk membuka simpulan Dengan memegang


teguh. Ini akan mengetatkan buku sila. Tarik salah satu simpulan, tarik lurus
ikatan dan membentuk hujung talidan satu bahagian hujung tali menerusi
simpulan pembalut simpulan dan keluarkan

v. Pembalut tangan dan kaki

1.Lipatkan satu kelepet pada 2.Balutkan kedua hujung pembalut di


asas pembalut. Letakkan tangan sekeliling pergelangan tangan. Silangkan
mangsa itu dengan pembebat hujung pembalut dan ikat. Tarik titik
pada atas pembalut dan bawa pembalut untuk mengetatkan lilitan pada atas
titik ke atas pergelangan tangan simpulan dan kemudian selitkan dibawah
lapisan pembalut
vi. Pelbagai Pembalut
vii Sling

1.Letakkan pembalut 2.Bawalah bahagian bawah 3.Ikat satu simpula buku


antara lengan dan dada. hujung pembalut ke atas sila atas bahagian lekuk
Tarik salah satu hujung lengan mangsa untuk tulang selangka di
pembalut ke belakang atas bertemu dengan satu lagi bahagian anggota yang
tengkuk ke arah anggota hujung pembalut pada atas tercedera dan selitkan
yang tercedera bahu hujung pembalut di bawah
simpulan

4.Untuk meneguhkan titik 5.Periksa peredaran darah pada


ikatan bawalah ia ke depan. anggota yang tercedera. Jika
Selitkan sebarang pembalut peredaran darah tersekat buka
yang longgar dan ketatkan di sling dan longgarkan lilitan
atas siku dengan pin pembalut
penyelamat
vii. Sling pengangkat

1.Letakkan lengan pada 2.Bentangkan pembalut 3.Mintalah mangsa supaya


bahagian anggota yang ke atas lengan mangsa melepaskan tangannya
tercedera di atas dada. dengan satu hujung dengan menopang
Hujung jari hendaklah terletak di atas bahu. Titik lengannya , selitkan asas
menyentuh bahu sebelah. pembalut hendaklah di pembalut di bawah lengan
bawah siku anggota yang dan dibelakang siku.
tercedera

4.Bawa bahagian hujung


pembalut merintangi belakang
mangsa untuk bertemu dengan
hujung pembalut yang satu lagi
pada atas bahu

5.katkan dengan simpulan


buku sila pada atas tulang
selangka. Selitkan hujung
ikatan di bawah simpulan

6.Lipat ke depan titik


pembalut dan ketatkan sebarang
lapisan atau lilitan yang longgar
dengan pin penyemat.
C. Pengangkutan dan pengusungan
i. Kaedah mengangkat dan menyusun
Kaedah yang anda ilih untuk memindahkan seseorang mangsa kecederaan
daripada bahaya bergantung di atas keadaan kecemasan ,keadaan mangsa itu dan
samaada terdapat seseorang lain untuk membantu anda.

Dalam keadaan yang kurang memuaskan contohnya untuk memberi perlindungan


kepada mangsa kecederaan sementara menunggu bantuan perubatan tiba , satu
pendekatan yang lebih terancang bagi mengangkat dengan menggunakan
pengusung boleh dilaksanakan.
a. Jangan cuba mengalihkan seseorang mangsa kecederaan parah kecuali
keadaan mengancamnyawanya
b. Jangan membuat andaian bahawa seseorang mangsa kecederaan boleh
duduk atau berdiri tanpa sokongan
c. Jangan mengalihkan mangsa seorang diri tanpa bantuan orang lain
d. Nilai keupayaan pembantu-pembantu anda berhubung tugas untuk
mengangkat mangsa itu
e. Pastikan semua orang yang terlibat faham apa yang harus dilakukan.
PEMBAWA DAN PENGANGKAT BAGI SATU DAN DUA PEMBERI
PERTOLONGAN CEMAS
Keadaan Mangsa Seorang Pemberi Dua Orang Pemberi
Kecederaan Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas
Sedar boleh berjalan Usung menopang Usung menopang
Sedar , tidak boleh Usungan mengendong Usungan kerusi
berjalan (untuk mangsa yang
ringan) Usungan di luan dan
Kaedah usungan menarik buritan(Bukan untuk
tidak sesuai kerana boleh kecederaan lengan)
menyebabkan kecederaan
leher dan kepala
Tidak sedarkan diri Kaedah mengendong Usungan di luan dan
(hanya untuk mangsa yang buritan
ringan.
Kaedah menarik
ii. Usungan Bagi Seorang Pemberi Pertolongan Cemas

Kaedah Menopang

Kaedah Mendukung

Kaedah Mengheret atau Menarik


Kaedah Menggendong

iii. Usungan Bagi Dua Orang Pemberi Pertolongan Cemas

Kaedah duduk dua tangan


Kaedah diluan dan buritan

iv. Usungan Kerusi Roda


v. Pengusung (Strecer)
Pengusung digunakan untuk mengangkat dan mengusung mangsa kecederaan ke
dalam ambulans atau ke tempat perlindungan

Prinsip-prinsip menggunakan pengusung


 Periksa pengusung untuk memastikan tiada tanda-tanda kerosakan
 Hendaklah sentiasa menguji pengusung untuk memastikan ia boleh
menahan berat mangsa kecederaan
 Apabila menggunakan pengusung anda hendaklah menerangkan kepada
mangsa apa yang telah berlaku
 Hendaklah sentiasa mengikat mangsa yang tidak sedarkan diri pada
pengusung

Jenis pengusung
a. Pengusung Furley
b. Pengusung Utila
c. Pengusung Kanvas /Kain/Baju dan batang kayu/buluh
8.2.2 TAHAP 2

A. STRUKTUR TUBUH BADAN DAN FUNGSINYA

Pengenalan

Tubuh badan mempunyai rangka yang menyerupai bingkai yang dikenali juga sebagai
tulang rangka, membina sektor badan. Semua tisu-tisu badan bergantung kepada rangka
tersebut. Dengan adanya satu rangkaian tulang-tulang rangka yang disokong oleh otot-
otot, salur darah dan urat saraf badan serta memberi perlindungan kepada organ-organ
tertentu, maka terbinalah badan.

i. Struktur badan

Struktur badan berasaskan tulang rangka terdiri daripada tulang kepala, tulang
kepala, tulang rahang, tulang rusuk, tulang dada, tulang belakang, tulang paha,
tempurung lutut, tulang selangka, tulang belikat, tulang lengan, ulna, radius,
tulang pergelangan, tulang tangan, pelvis, tulang kering, fibula, buku lali dan
tulang kaki

ii. Struktur sendi

Sendi bertindak sebagai perantaraan pertemuan antara satu tulang dengan tulang
yang lain. Dua sendi utama ialah sendi yang bergerak dan tidak bergerak. Sendi
yang bergerak terdiri daripada tiga jenis:

- sendi yang bergerak sedikit


Sendi ini terbetuk untuk melakukan sedikit pergerakkan yang berbuai
seperti sendi di antara vertebra dan tulang rusuk dan tulang belakang
- sendi lesung
Berbentuk kepala bulat dan termuat dalam lubang yang berbentuk
cawan pada satu tulang lain (ball and socket). Ia bertindak menghayun
pergerakkan dalam semua arah. Contoh bahu dan pinggul.

- sendi berengsel
Sendi berengsel membenarkan pergerakkan dalam dua arah sahaja. (Ia
berfungsi seperti engsel pada pintu) Contoh sendi pada siku, buku lali,
tempurung lutut dan jari-jemari.
ii. Struktur daging (otot) dan kulit

Otot memainkan peranan penting dalam pergerakkan. Fungsi utama ialah


untuk mengecut. Hasil daripada pengecutan ini, tulang yang terlekat pada
otot berkenaan boleh digerakkan. Otot-otot melekat pada tulang melalui
tendon. Tendon ini bersifat kenyal dan boleh melentur. Apabila otot dalam
keadaan mengecut, ia akan menarik tendon dan tendon ini pula akan
menarik tulang itu.

Kulit terlibat dalam sistem perkumuhan. Sebahagian daripada bahan


buangan di dalam badan akan disingkirkan melalui proses perpeluhan.
Bahan buangan ini akan memasuki darah dan dibawa ke kelenjar peluh
dibawah kulit. Peluh juga membantu menyejukkan badan.

B. PERNAFASAN DAN ASFIKSIA

Pernafasan merupakan proses pertukaran udara dari luar ke dalam badan. Udara
dari luar masuk melalui hidung atau mulut, ke kerongkong dan sehingga ke paru-
paru. Oksigen yang berada di udara diserap oleh rerambut darah yang terdapat
dalam paru-paru. Kadang-kala pernafasan seseorang akan terhenti. Ini boleh
menyebabkan bekalan udara atau oksigen dalam darah berkurangan. Keadaan ini
disebut ASFIKSIA. Di antara tanda-tanda berlakunya gejala tersebut ialah
pernafasan yang kencang, pernafasan dalam, mulut berbuih dan pernafasan
terhenti.

Punca

a. Lemas yang disebabkan oleh gas, asap, air dan sebagainya.


b. Saluran udara terhimpit
c. Saluran pernafasan tersumbat
d. Terhimpit dada
e. Terganggu saraf yang mengawal pernafasan
f. Penyakit kronik seperti sakit jantung dan paru-paru.

Rawatan

i. Periksa pernafasan pesakit dengan cara mendekatkan telinga ke mulut


pesakit dan lihat dada dan abdomen pesakit.
ii. Sekiranya pesakit bernafas, kita dapat mendengar pernafasannya atau
melihat pergerakkan dada dan abdomen. Jika pesakit tidak bernafas
sebarang tanda tiada kelihatan.
iii. Jika pernafasan terhenti pulihkan pernafasan mangsa dengan kaedah
pemulihan pernafasan seperti Pemulihan Kardiopulmonari (CPR) iaitu
teknif pernafasan dengan cara menghembuskan udara ke mulut pesakit
beberapa kali atau Kaedah Holger Nielson (Maklumat lanjut boleh di rujuk
dalam Tahap 3).

C. KECEDERAAN TERBAKAR
Terbakar boleh disebabkan oleh api, cecair panas, wap, bahan-bahan kimia dan
sumber-sumber panas yang lain.
i. Pengelasan terbakar
Terbakar boleh dikelaskan mengikut kedalaman kerosakan kepada tisu
iaitu:

Darjah pertama
Melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit Nampak kemerahan, dan
rasa sakit yang amat sangat.

Darjah kedua
Lapisan kulit yang pertama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna
kemerahan gelap dan terdapat lepuhan (blister). Mangsa berasa amat sakit.
Darjah ketiga
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit terbakar hitam dan putih kering.
Pesakit rasa sakit atau mungkin tidak terasa sakit langsung jika saraf
rosak.

Rawatan

i. Jika mangsa kebakaranmengalami kecederaan yang teruk pada anggota


badannya, baringkan mangsa tersebut dengan mempastikan bahagian
anggota yang terbakar itu tidak kena pada tempat ia berbaring.

ii. Elakan ia daripada memberi makan dan minum jika mangsa tersebut
mengalami kecederaan parah.

iii. Jika mangsa mengalami kecederaan ringan, bahagian yang terbakar itu
hendaklah disejukkan di bawah aliran air selama 15 hingga 20 minit.

iv. Pakaian yang terlalu ketat hendaklah ditanggalkan pada bahagian


kecederaan tersebut termasuklah segala barang perhiasan yang dipakai.

v. Hantar segera mangsa tersebut ke hospital untuk rawatan lanjut.

D. KERACUNAN
Definisi
Racun adalah bahan yang sangat merbahaya yang disalahgunakan. Jika
seseorang itu terminum atau termakan benda-benda yang beracun, ia mun
gkin boleh menyebabkan maut. Racun memasuki tubuh melalui suntikan,
mulut dan melalui pernafasan.

Kaedah rawatan

i. Berikan pesakit minum air dengan banyak dan sebaiknya


berilah ia minum air susu, air barli atau telur mentah yang
dibancuh dengan air.
ii. Jika boleh, minta pesakit lakukan sesuatu supaya muntah.

iii Jika terdapat tanda-tanda pernafasannya berhenti, berilah


rawatan pernafasan.

iv Hantar pesakit ke hospital dengan segera untuk rawatan


sepenuhnya.

E. GIGITAN DAN SENGATAN SERANGGA

i. Gigitan ular
Kecederaan yang diakibatkan oleh patukan ular yang berbisa boleh
menyebabkan maut. Tanda-tanda seseorang yang dipatuk ular:

 Bengkak, kesan lebam dan berdarah pada bahagian yang dipatuk


 Terdapat kesan gigitan pada bahagian yang terlibat
 Badan rasa kesejukan dan menggigil
 Adakalanya mangsa pengsan

Kaedah Rawatan

a. Balut atau ikat dengan seberapa segera anggota yang dipatuk ular
itu. Ikatan janganlah terlalu kuat. [Catatan: Bisa ular tidak dapat
meresap dengan banyak kebahagan anggota yang lain jika bahagian
tersebut diikat dengan sempurna]

b. Jika pernafasan lemah cuba berikan bantuan pernafasan dengan


seberapa segera.

c. Jangan cuba basuh bahagian yang terkena patukan ular. Ini adalah
untuk memudahkan doctor mengesan jenis ular yang terbabit.
d. Segera bawa mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.
Jika ular yang mematuk dapat dipukul, bawanya bersama-sama
mangsa.

Peringatan:

a. Jangan sekali-kali cuba memotong atau menghiris bahagian yang


dipatuk ular.

b. Jangan sekali-kali cuba menghisap bisa daripada anggota badan


yang terlibat, lebih-lebih lagi jika gigi atau mulut anda yang
memberi pertolongan luka atau berdarah.

ii. Sengatan tebuan, kala, lipan dan lebah

Sengatan binatang seperti tebuan, lebah, kala dan lipan akan menyebabkan
rasa sakit dan perit diikuti dengan bengkak dan rasa pedih. Bagi mangsa
yang alah pada bisa sengatan, ia akan cepat merebak dan keadaan mangsa
akan menjadi bertambah serius atau mengalami renjatan anaphylactic.
Kaedah Rawatan

a. Bagi gigitan di kulit, buang semua sengat kalau masih terlekat pada
kulit dengan menggunakan penyepit. Tuam kulit tersebut dengan
tekanan yang sejuk untuk mengurangkan bengkak

b. Bagi gigitan dalam mulut, berikan mangsa seketul air batu untuk
dihisap dan hantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

F. PENDARAHAN
i. Peredaran darah

Darah manusia diedarkan oleh jantung ke seluruh bahagian tubuh. Darah


daripada paru-paru mengandungi banyak oksigen. Darah yang beroksigen
ini dihantar ke jantung, sementara darah yang kurang oksigen di hantar
oleh jantung ke paru-paru.
Punca dan Rawatan
Pendarahan boleh dibahagikan kepada:

Pendarahan dalam

Pendarahan ini berlaku di bahagian dalam tubuh dan darah keluar


melalui rongga yang terbuka. Adakalanya darah tidak keluar dan
kekal di dalam tubuh tetapi mengakibatkan kesakitan.

i. Pendarahan daripada hidung

Keadaan ini berlaku kerana saluran darah dalam hidung tercedera


disebabkan oleh satu tamparan, bersin atau selsema. Apabila
seseorang menghidapi selsema, salur darah dalam hidung menjadi
lemah dan pada tahap tekanan darah yang tinggi hidung akan
berdarah. Cara merawat pendarahan ini ialah mangsa disuruh
duduk dengan menundukkan kepala ke bawah sambil memicit
bahagian hidung yang lembut. Minta ia bernafas melalui mulut.
Lakukan ini selama 10 minit. Mangsa dinasihatkan supaya jangan
bercakap, menelan, batuk, bersin atau meludah. Jika masih
berdarah, tuam selama 10 minit tetapi jika masih berlarutan selama
30 minit, eloklah dapatkan rawatan yang sewajarnya.

ii. Pendarahan daripada telinga

Cara merawat pendarahan ini ialah nasihatkan mangsa duduk atau


baring dan disengetkan kepalanya supaya telinga yang berdarah
berada di sebelah bawah. Balut telinganya secara longgar dengan
menggunakan kain balutan yang bersih. Jangan cuba menekan
balutan tersebut kedalam telinga. Jika seseorang mengalami
pendarahan daripada dalam telinga, hantarkan untuk rawatan lanjut
dengan segera.
Pendarahan luar

Pendarahan luar adalah pendarahan yang keluar daripada kulit atau


biasanya disebut sebagai luka. Terdapat berbagai jenis luka seperti luka
terguris, melecet, calar balar, luka kontusi(lebam), luka tercucuk dan luka
tembakan.

Cara merawatnya ialah dengan menyucikan luka dan buang kotoran


dengan antiseptik atau air suam. Setelah membersihkan luka, lapkan
sehingga kering. Kemudian sapukan dengan iodin dan balut dengan
pembalut jarring. Jika luka itu merupakan calar sahaja, biarkan ia kering
dan jika perlu tutup dengan plaster kecil. Pendarahan pada luka tidak
berhenti, tekan bahagian yang luka tersebut supaya ia berhenti. Jika
lengan atau kaki yang luka, tinggikan bahagian yang berkenaan.
8.2.3 TAHAP TIGA

A. RENJATAN

i Tanda dan Rawatan


Definisi
 Berlaku bila system peredaran darah gagal berfungsi menyebabkan
bekalan darah dan zat makanan tidak sampai ke tisu.
Tanda dan Gejala
 Pucat kulit, kuku dan bibir kebiruan
 Kulit sejuk dan basah kerana peluh yang banyak keluar.
 Nadi laju tetapi lemah
 Pernafasan laju dan pantas
 Rasa loya atau muntah
 Rasa gelisah atau lemah.
 Jika bekalan oksigen semakinberkurangan ke otak, mangsa akhirnya akan
pengsan dan jantung serta pernafasan mungkin akan terhenti.

Sebab-sebab renjatan
 Pendarahan yang berlebihan
 Kekurangan plasma akibat terbakar atau melecur .
 Kurang air dalam badan akibat dari cirit birit dan muntah yang teruk.
 Serangan sakit jantung
 Tekanan emosi yang berlebihan.
 Darag terkumpul dengan banyak di kaki.
 Semua kecederaan yang teruk boleh mengakibatkan renjatan.
 Semua penyakit yang melarat juga boleh menyebabkan renjatan.

Rawatan / Tindakan
 Baringkan mangsa di tempat atau kawasan yang selamat.
 Longgarkan pakaian mangsa yang ketat terutamanya di bahagian saluran
pernafasan untuk mengelakkan gangguan pernafasan.
 Tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Kalau tiada, lakukan CPR.
 Jika mangsa tiada kecederaan dan masih sedar, tinggikan kaki mangsalebih
tinggi dari paras jantung.
 Jika mangsa tiada kecederaan tetapi dalam keadaan pengsan, letak mangsa
dalam keadaan separuh tiarap ( kedudukan pemulihan )
 Jika mangsa masih sedar tetapi mengalami kesukaran bernafas atau
diserang sakit jantung, letak pesakit dalam kedudukan bersandar tetapi
tinggikan kakinya sedikit.
 Periksa kecederaan yang nyata dan rawat sepatutnya.
 Jika mangsa masih sedar, senantiasa tenangkan dan beri keyakinan
kepadanya dari masa ke semasa.
 Senantiasa periksa nadi dan pernafasan setiap 5 mint dan sedapat mungkin
jangan tinggalkan mangsa tanpa jagaan sehingga bantuan keselamatan
tiba.
 Hantar pesakit secepat mungkin ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

AWAS

 Jangan selimut mangsa dengan selimut yang tebal


 Jangan beri apa – apa makanan atau minuman pada mangsa sehingga
mendapat kebenaran doctor.

B. URUT JANTUNG

i. Kaedah Pemulihan pernafasan dan urut jantung.

Manusia memerlukan oksigen untuk hidup. Oksigen di bawa masuk ke badan


melalui aliran darah kepada sel-sel. Dalam sel ini ianya diubah menjadi tenaga
yang diperlukan untuk melakukan pelbagai perkara yang mustahak. Otak
memerlukan oksigen secara terus menerus. Otak akan lemas selepas 3 atau 4 minit
tanpa menerima oksigen. Sekiranya ini berlaku maka berlakulah:-
a) Kehilangan daya kesedaran.
b) Denyutan jantung dan pernafasan akan terhenti.
c) Terjadinya kematian.
Rawatan pemulihan penafasan dapat membantu mangsa untuk terus hidup.
Kaedah atau teknik yang sering digunakan ialah cara ABC. A untuk AIRWAY
atau salur udara, B untuk BREATHING atau pernafasan dan C untuk
CIRCULATION atau peredaran darah. Langkah awal ini dapat membantu mangsa
untuk pernafasannya dan ini dinamakan dengan kaedah pemulihan pernafasan
ABC.

Teknik AIRWAYS ( Salur Udara )


 Condongkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagunya untuk
membolehkan salur udara terbuka.
 Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak
dan tidak menghalang laluan udara.

Teknik BREATHING ( Pernafasan )


 Sekiranya mangsa tidak boleh bernafas, orang yang membantu boleh
melakukan bantuan pernafasan.
 Dengan cara itu oksigen dapat mengalir ke dalam darah mangsa.
 Bantuan pernafasan dilakukan dengan menghembuskan nafas kamu ke
dalam peparu mangsa melalui cara pernafasan mulut ke mulut.

Teknik CIRCULATION ( Untuk peredaran darah )


 Sekiranya degupan jantung terhenti, kaedah “pemampatan dada” atau
Urutan jantung boleh dilakukan.
 Kaedah ini adalah bertujuan untuk memaksa darah beredar menerusi
jantung ke seluruh anggota badan.
 Cara ini mesti digabungkan dengan cara pernafasan supaya oksigen dapat
mengalir ke dalam darah.

TEKNIK PEMAMPATAN DADA ( Urut Dada )


Sekiranya mangsa tidak ada nadi, mulakan bantuan peredaran darah dengan
menekan jantung seperti berikut:-

a. Letak jari telunjuk dan jari tengah anda pada bahagian bawah tulang rusuk
dan bawa ke atas di mana pertemuan tulang rusuk kiri dan kanan
terletakknya tulang ulu hati, letak 2 jari tersebut pada tulang ulu hati
tersebut.
b. Letakkan tumit tapak tangan anda selepas jari kedua. Kemudian letak
tumit tapak tangan yang kedua ke atas yang pertaman tadi.
c. Tekan terus ke bawah dengan memastikan ke dua-dua siku anda senantiasa
lurus da kedua-dua bahu selari dengan tangan.
d. Gunakan tekanan dari bahu ke bawah. Jangan tekan pada tulang rusuk
mangsa.
e. Selepas setiap tekanan, biarkan dada kembali ke kedudukan asal tetapi
jangan lepaskan tangan anda dari dada mangsa.
f. Pastikan anda menekan tulang dada sedalam 1 ~ 2 inci.
g. Tekan sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100 kali seminit dengan hitungan
yang sama rentaknya.
h. Selepas 15 kali tekanan, beri 2 kali hembusan nafas dan ulang sebanyak 4
kali pusingan dalam masa seminit.
i. Selepas 4 pusingan, periksa semula nadi karotidnya.
j. Sekiranya ada nadi periksa pernafasan semula. Jika tiada pernafasan,
berikan hembusan nafas sebanyak 1 kali pada kadar 5 saat dengan kadar
12 kali seminit.
k. Sekiranya denyutan nadi tiada, teruskan semula dengan 15 kali tekanan
diikuti dengan 2 hembusan pernafasan.

C. KECEDERAAN TULANG, SENDI, LIGAMEN DAN OTOT


i. Terminologi
Adakalanya kita akan Nampak jelas apabila patah tulang berlaku dan adakalanya
pula kita perlu memeriksa sama ada seseorang itu patah atau tidak. Antara tanda-
tanda sesaorang itu mengalami masalah tulang adalah seperti:-
 Merasa sakit apabila bahagian yang cedera itu digerakkan.
 Merasa sakit apabila bahagian yang cedera ditekan.
 Tidak dapat menggerakkan bahagian yang cedera.
 Bengkak atau mengalami perubahan rupa bentuk badan di mana
kesakitan berlaku.
Jika terdapat tanda-tanda tersebut, mangsa berkemungkinan besar mengalami
patah tulang. Memberi pertolongan cemas akan dapat menolong:-
 Mengurangkan sakit
 Mencegah renjatan
 Mencegah jangkitan
 Mencegah kecederaan yang berlanjutan.

ii Kecederaan Tulang Selangka ( retak )

Dua tulang selangka ( klavikel ) membentuk sangga atau topang antara tulang
dada dan tulang belikat dengan memberi sokongan terhadap lengan. Tulang –
tulang ini lazimnya boleh patah oleh pukulan yang tidak tepat yang diakibatkan
oleh terjatuh atau bahu yang terhimpit. Jarang sekali berlaku keretakan pada
tulang selangka yang diakibatkan oleh pukulan tepat.

Tanda-tanda
 Tempat yang tercedera menjadi lembik dan sakit disebabkan peningkatan
pergerakan.
 Percubaan merehatkan otot dan melegakan kesakitan. Mangsa akan
menopang lengan pada siku dan melentukkan kepalanya ke bahagian yang
tercedera.

Rawatan
 Dudukkan mangsa dan depangkan lengan yang tercedera pada dadanya.
 Ampulah lengan ke atas dengan sling.
 Dakapkan lengan ke dada dengan menggunakan pembalut lebar ke atas
sling.
 Hantarlah mangsa ke hospital dengan kadar segera.
iii Yang Terkehel ( dislokasi )
Terjatuh pada bahu atau satu rentapan yang kuat menyebabkan kepala tulang
lengan ( humerus ) tertanggal dari soket sendi bahu. Dislokasi tulang ini
menyebabkan kesakitan yang tidak terhingga yang menyebabkan sebarang
pergerakkan bahu tidak tertanggung.

Tanda-tanda
 Kesakitan daripada pergerakkan yang aktif
 Keengganan untuk bergerak kerana sakit. Mangsa sering menopang
lengannya dan kepala terkulai atau terlentok ke bahagian yang sakit.

Rawatan
 Dudukkan mangsa dan depangkan lengan yang tercedera pada dadanya.
 Ampulah lengan ke atas dengan sling.
 Selitkan lapisan lembut pada bahagian yang tercedera antara lengan dan
dada.
 Hantarkan mangsa ke hospital dengan segera.

INGAT !
 Jangan cuba meletakkan semula tulang ke soketnya melainkan mereka
yang pakar dalam hal ini.
 Jangan beri mangsa makanan dan minuman melainkan dengan izin doctor.
Satu suntukan antitestik diperlukan adalah perlu.

iv Lengan dan Siku


Bahu ( bahagian lengan ) yang terkehel ( Dislokasi )
Tulang yang panjang pada bahagian atas lengan mungkin retak di sekelilingnya
disebabkan oleh pukulan yang tepat. Tetapi sering terjadi terutamanya pada orang
tua ( mereka yang berumur ) ialah keretakan humerus pada bahagian lengan. Oleh
kerana kecederaan ini merupakan kecederaan yang stabil, maka mangsa mungkin
tidak begitu terasa kesakitan.
Tanda-tanda
 Kesakitan melarat disebabkan pergerakan.
 Tempat kecederaan menjadi lembik
 Bengkak yang serta merta
 Lebam yang timbul dengan lebih lambat dan perlahan.

Rawatan
 Dudukkan mangsa dan depangkan lengan yang tercedera pada dadanya.
 Ampulah lengan ke atas dengan sling.
 Selitkan lapisan lembut pada bahagian yang tercedera antara lengan dan
dada.
 Hantarkan mangsa ke hospital dengan segera.

v. Kecederaan di sekeliling siku


Keretakan pada siku memang sering berlaku. Ianya berpunca daripada terjatuh
pada atas tangan atau tertiarap. Keretakan pada tempurung radius dicirikan oleh
siku yang tidak bergerak ( kaku ) dan tidak dapat diluruskan dengan sepenuhnya.

Tanda – tanda
 Kesakitan yang melarat disebabkan pergerakan.
 Tempat yang tercedera akan menjadi lembik.
 Lebam dan bengkak.
 Jika kepala atau radius yang retak, siku tidak dapat digerakkan.

Rawatan
 Baringkan mangsa dan letakkan anggota yang tercedera pada batang
badannya.
 Selitkan lapisan lembut di antara anggota yang tercedera dan badan
mangsa untuk memastikan bahawa balutan tidak akan menjejaskan
peletakkan tulang yang patah.
 Balut anggota yang tercedera pada badan mangsa, mula-mula pada
pergelangan tangan dan pinggul kemudian di atas dan bawah siku.
 Hantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

vi. Pinggang dan peha


Ianya merupakan keretakan pada leher tulang peha ( femur ) yang berhampiran
pada sendi pinggul. Lazimnya terjadi pada mereka yang telah berumur dan kerap
juga berlaku kepada golongan wanita. Ini kerana kerapuhan tulang apabila usia
menjangkau tua.
Adakalanya juga ianya disebabkan oleh kemalangan yang mengakibatkan
hentakkan yang kuat pada bahagian pinggang atau peha.

Tanda – tanda
 Kesakitan pada bahagian kecederaan.
 Tidak berupaya untuk berjalan.
 Bahagian peha menjadi bengkak.
 Lutut dan kaki hadapan terpusing ke hadapan.
Rawatan
 Baringkan mangsa dan minta bantuan orang lain untuk menyokong
anggota di bawah bahagian kecederaan.
 Luruskan bahagian bawah kaki dengan perlahan-lahan. Buat tarikan pada
buku lali yang selari dengan anggota tersebut.
 Minta bantuan dengan mendail 994.
 Ambil sebarang langkah untuk merawat mangsa daripada mengalami
renjatan.

vii. Lutut, betis dan jari kaki


Ianya berlaku pada bahagian bawah lutut hingga ke bahagian kaki. Kecederaan ini
adalah pelbagai dan cara merawatnya adalah hampir sama.

Rawatan
 Baringkan mangsa dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat.
 Sokong bahagian kecederaan menggunakan kain anduh atau kayu.
 Dapatkan bantuan daripada doctor atau ambulan.
 Jangan buat banyak pergerakkan sehingga boleh memudaratkan
kecederaan.
viii. Tulang belakang dan tengkuk
Bahagian ini merupakan bahagian yang sering mengalami ketegangan otot. Ianya
boleh terjadi disebabkan oleh mangsa membongkok terlalu lama, mengangkat
beban yang terlalu berat, latihan yang aktif atau keaktifan mangsa ketika
melakukan sesuatu tanpa

D. PENGENALAN PEMULIHAN DAN PERNAFASAN

i. Kaedah pemulihan
Kaedah ini dilakukan dengan plbagai cara dan teknik. Matlamat utamanya ialah
untuk memberi bantuan awal kepada mangsa yang mengalami renjatan, terhenti
denyutan nadi dan tiada pernafasan.
Antara kaedah menyelamat yang digunakan adalah:-
EAR = Expired Air Resuction
 Cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan bantuan
pernafasan.
 Hanya diberikan sebanyak 2 kali hembusan sahaja.
 Dilakukan sekiranya mangsa tiada pernafasan tetapi ada denyutan nadi.

CPR = Cardio Pulmonary Resucitation
 Satu cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dan nadinya
dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada ( urut jantung ) dan
bantuan pernafasan.
 Mengikut carta pemulihan dalam CPR.
 Dilakukan apabila mangsa tiada pernafasan dan tiada denyutan nadi.

Kaedah CPR- DR ABC


D DANGER Penyelamat, Persekitaran,
Mangsa
R RESPONSE Kejutkan mangsa
Tindak balas dari mangsa
A Airways Head Tilt Chin Lift atau
Jaw Thrust ( kaedah
mengangkat dagu untuk
membuka ruang udara dalam
mulut )
Buang benda asing
B Breathing 3 M ( mendengar, melihat
dan merasa )
2 Hembusan penyelamat
C Circulation Periksa nadi carotid atau
Brtakial
Tekanan atas dada.
Carta Pemulihan
Peringkat Tekanan Kedalaman Kitaran Penuh Bantuan pernafasan
dan Tekanan
Hembusan
Bayi 5 nisbah 1 ½ - 1 inci 100 tekanan 1 hembusan 3 saat
20 hembusan 20 hembusan 1 minit
Kanak 5:1 1 – 1 ½ inci 100 tekanan 1 hembusan 4 saat
kanak 20 hembusan 15 hembusan 1 minit
Dewasa 15 :2 1 ½ - 2 inci 60 tekanan 1 hembusan 5 saat
8 hembusan 12 hembusan 1 minit

Situasi CPR tidak boleh dilakukan.


 Mangsa yang kaku dan kejang
 Cedera teruk di bahagian dada, leher, kepala dan muka
 Tiada kebenaran waris
 Mangsa yang disahkan meninggal
 Bayi berumur kurang dari 3 bulan.
 Mangsa yang memakai bracelet, rantai leher DNAR ( Do Not Atemp
Resucitation.

Kaedah mulut ke mulut


Dilakukan apabila keadaan memerlukan bantuan pernafasan. Muka mangsa tidak
rosak atau boleh dilakukan apabila keadaan persekitaran dan juga punca penyakit
dikenalpasti. Sebelum melakukannya pastikan anda mempunyai sijil dan tahu
kaedah menyelamat dengan cara ini.
Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah:-
 Tentukan mangsa samada sedar atau tidak dengan menepuk bahu dan
memanggilnya.
 Sekiranya tiada rangsangan, anggap mangsa tidak sedar dan secepat
mungkin dapatkan bantuan atau pertolongan dengan meminta orang lain
memanggil bantuan ambulan.

 Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongak kepala dan angkat


dagunya.
 Pastikan mangsa bernafas:-
1. Lihat pergerakan dada turun dan naik.
2. Dengar bunyi hembusan nafas.
3. Rasa haba panas yang keluar dari mulut ke hidung.
 Sekiranya mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan seperti berikut:-
1. Dongakkan mangsa dan angkat dagu mangsa.
2. Pastikan mulut mangsa tidak mengandungi bahan atau benda yang
menghalang pernafasan.
3. Picit hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk.
4. Buka mulut dan lekapkan mulut anda ke mulut mangsa.
5. Beri hembusan nafas anda sebanyak 2 kali ke dalam mulut mangsa
dan perhatikan dadanya naik dan turun.
6. Bantuan pernafasan ini diberikan selama 1 hingga 2 saat bagi setiap
hembusan.
7. Periksa nadi mangsa.

Kaedah mulut ke hidung


Kaedah ini dilakukan apabila mulut mangsa mengandungi bahan asing dan
mungkin mulut mangsa ada racun. Keadaan ini dilakukan dengan memberi
hembusan nafas melalui hidung mangsa.

Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah:-


 Tentukan mangsa samada sedar atau tidak dengan menepuk bahu dan
memanggilnya.
 Sekiranya tiada rangsangan, anggap mangsa tidak sedar dan secepat
mungkin dapatkan bantuan atau pertolongan dengan meminta orang lain
memanggil bantuan ambulan.
 Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongak kepala dan angkat
dagunya.
 Pastikan mangsa bernafas:-
1. Lihat pergerakan dada turun dan naik.
2. Dengar bunyi hembusan nafas.
3. Rasa haba panas yang keluar dari mulut ke hidung.
 Sekiranya mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan seperti berikut:-
1. Dongakkan mangsa dan angkat dagu mangsa.
2. Lekapkan mulut anda ke hidung mangsa.
3. Beri hembusan nafas anda sebanyak 2 kali ke dalam mulut mangsa
dan perhatikan dadanya naik dan turun.
4. Bantuan pernafasan ini diberikan selama 1 hingga 2 saat bagi setiap
hembusan.
5. Periksa nadi mangsa.

Kaedah Holger Nelson


Kaedah ini boleh dilakukan apabila mulut pesakit luka, kecedaraan muka yang
parah, kes keracunan dan mangsa terperangkat secara muka ke bawah.
Antara langkahnya ialah:-
 Buangkan semua objek yang boleh menghalang pernafasan seperti
gigi palsu,pasir, tanah dan sebagainya.
 Letakkan pesakit di tempat yang rata dalam keadaan meniarap dan
mukanya di sisi, tindankan tangannya di bawah dahinya.
 Anda berada di hujung kepala pesakit sambil ke dua-dua belah
tangan diletakkan di belakang pesakit.
 Mulakan pemulihan pernafasan dengan menekan bahu pesakit secara
perlahan lahan sehingga lengan anda tegak mengikut susuk badan
pesakit. Bilang satu, dua.
 Selepas itu bilang tiga sambil mengurut tangan pesakit hingga anda
dapat mencekak pangkal lengan dekat dengan siku pesakit.
 Seterusnya angkat dan tarik tangan pesakit sehingga terasa tegang,
bilang empat, lima. Jangan biarkan dada terangkat dari tempatnya.
 Selepas itu bilang enam. Pergerakan ini telah mencukupi satu
pusingan dan mengambil masa selama 6 saat.
 Satu saat bagi setiap bilangan.
 Ulangi pergerakan mengikut urutan pusingan sehingga pesakit dapat
bernafas kembali.

Kaedah Silvester
Kaedah ini boleh dilakukan apabila mulut pesakit luka, kecedaraan muka yang
parah, kes keracunan dan mangsa terperangkat secara muka ke bawah.
Antara langkahnya ialah:-
 Buangkan semua objek yang boleh menghalang pernafasan seperti
gigi palsu,pasir, tanah dan sebagainya.
 Letakkan pesakit di tempat yang rata dalam keadaan meniarap dan
mukanya di sisi, tindankan tangannya di bawah dahinya.
 Anda berada di hujung kepala pesakit sambil ke dua-dua belah
tangan diletakkan di bawah abdomen mangsa..
 Mulakan pemulihan pernafasan dengan mengurut abdomen pesakit
secara perlahan lahan ke arah belakang mangsa. Bilang satu, dua.
 Selepas itu bilang tiga sambil mengurut tangan pesakit hingga anda
dapat mencekak pangkal lengan dekat dengan siku pesakit.
 Seterusnya angkat dan tarik tangan pesakit sehingga terasa tegang,
bilang empat, lima. Jangan biarkan dada terangkat dari tempatnya.
 Selepas itu bilang enam. Pergerakan ini telah mencukupi satu
pusingan dan mengambil masa selama 6 saat.
 Satu saat bagi setiap bilangan.
 Ulangi pergerakan mengikut urutan pusingan sehingga pesakit dapat
bernafas kembali.

8.3 PENUTUP

Adalah diharapkan manual ini bukan sahaja dijadikan sebagai sebahagian


daripada sukatan Kadet Remaja Sekolah tetapi harus jadikan sebagai sumber ilmu
yang amat berguna dan bermanfaat kepada para pegawai dan anggota kadet
sekelian .

Disediakan oleh: Sekretariat KRS Daerah Hulu Langat


(Kpt KRS Mohd Zailani Ridzwan , Lt KRS Mohammad Tazri Mohd Ali , Lt KRS Fauziah Hashim , Lt KRS Ismadi Damsuki dan Lt KRS
Nazri Saad )

Anda mungkin juga menyukai