Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Menggelecek Bola

1. Biasanya diamalkan oleh seseorang pemain apabila mendapat peluang


untuk maju ke depan, bergerak ke ruang kosong atau untuk mengatasi
pihak lawan yang menentangnya.
2. Pemain akan membawa bola sejauh 20 meter dan membawa balik untuk
giliran rakannya.
Variasi:
 Sambil menggelecek bola, tukar had laju
 Sambil menggelecek bola, tukar hala
3. Melalui halangan – pemain membawa bola sambil melalui halangan.
4. Membelit bulatan
 Pemain berdiri dalam barisan. Apabila diisyaratkan, pemain
akan bergerak dan menggelecek bola dari tempat permulaannya
mengelilingi bulatan dan balik ke barisannya.

Latihan Berkait

1. Butir-butir mengajar am untuk menggelecek bola


2. Menggenggam kayu dengan kedua-dua belah tangan berjarak.
Sebelah memegang bahagian pangkal dan sebelah di pertengahan
kayu.
3. Bola di hadapan dalam jarak yang terkawal (lebih ke sebelah kaki
kanan)
4. Badan condong ke haddapan dengan lutut bengkok semasa
menggelecek bola.
5. Mata memerhatikan bola yang dikawal. Di samping itu, peserta
hendaklah mempunyai penglihatan yang menyeluruh (peripheral
vision)
Kemahiran Menolak Bola

1. Antara kemahirannya :
Gaya bersedia – dua belah kaki dijarakkan dan badan direndahkan.
Menolak bola – bahu kiri ke arah sasaran dan berat badan dipindah
ke kaki depan ketika meleretkan kayu untuk menolak bola.
Pergerakan ikut lajak. Mata terus mengikut pergerakan bola. Bahu
kanan menunjuk ke arah sasaran.
2. Dalam menolak bola, hayunan kayu ke belakang tidak dilakukan. Semasa
permainan, kemahiran menolak bola sangat berguna sebagai satu cara
menghantar jarak dekat, membuat jaringan tanpa membuang masa dan
untuk menggerakkan bola semasa penalti corner.

Latihan menolak bola

1. Latihan menolak bola – berempat – statik


2. Latihan menolak bola ke pintu gol
(a) Latihan Statik
(b) Latihan Bergerak
3. Latihan berkait – Hantaran tolak
4. Latihan berkait – 3 × 3 (Gelanggang bola jaring)

Butir-butir mengajar menolak bola

1. Rendahkan badan semasa bersedia untuk menolak bola.


2. Mata perhatikan bola. Bahu kiri mendahului pergerakan badan.
3. Sambil melangkah ke arah bola, kayu (permukaannya) betul-betul di
belakang bola.
4. Menolak bola dengan kuat. Tangan kanan di pertengahan kayu memberi
tolakan yang kencang.
5. Kayu ikut lajak.
Kesalahan Biasa Semasa Menolak Bola
1. Cara kayu digenggam – kedua-dua belah tangan terlalu rapat
2. Badan terlalu tegak. Kedudukan bola terlalu jauh atau rapat
3. Permukaan kayu tidak tegak
4. Berdiri terlalu dekat bola

Kemahiran Menguis Bola

1. Biasanya digunakan untuk penalti flik dan juga hantaran. Teknik


menggerakkan bola lebih kurang sama dengan menolak bola.
2. Perbezaannya adalah cara permukaan kayu di belakang bola. Ia condong
sedikit ke belakang dan bola dikuis bukan ke depan (leret) sahaja tetapi
ke atas juga dengan kencang.

Butir-butir mengajar menguis bola

1. Berdiri kaki berjarak selesa dan lutut bengkok sedikit.


2. Mata perhatikan bola.
3. Bahu (tangan yang menggenggam pangkal kayu) menghadap arah
pergerakan bola.
4. Selepas menguis, kayu ikut lajak ke depan dan atas.
5. Berat badan dipindahkan ke kaki depan.
6. Kaki belakang hampir lurus apabila badan bergerak ke depan untuk
menguis bola
Kemahiran Memukul Bola

1. Seorang pemain biasanya memukul bola apabila dia hendak:


 Membuat hantaran jauh
 Masukkan bola dalam gol
 Mengambil pukulan bebas, pukulan 16 ela atau pukulan ke dalam
untuk menyambungkan permainan

Latihan memukul bola

1. Hayunan kayu ke bawah dilakukan ketika berat badan dipindah ke kaki


depan
2. Bola dipukul tepat di belakangnya
3. Kayu hoki mengikut lajak selepas memukul bola. Bahu kanan
menunjukkan arah pukulan.

Butir-butir mengajar memukul bola


1. Genggaman kedua-dua belah tangan rapat memegang pangkal kayu.
2. Berdiri kaki rapat dan berat badan lebih di rasa di kaki belakang, bahu
kiri ke arah pukulan.
3. Bongkokkan badan sedikit dan mata memandang bola.
4. Pukul bola dengan kuat di belakangnya.
5. Berat badan dipindahkan ke kaki depan semasa memukul bola
6. Kayu turut ikut lajak dan mata memerhatikan bola yang bergerak.

Kesalahan biasa Semasa memukul bola


1. Berdiri terlalu jauh atau dekat dengan bola
2. Badan terlalu tegak
3. Dua belah tangan berjarak memegang kayu
4. Hayunan kayu ke belakang terlalu tinggi
5. Tiada pergerakan ikut lajak setelah memukul bola.
Kemahiran Menyerkap Bola

1. Menyerkap dengan gaya dua belah kaki rapat. Pangkal kayu


dicondongkan sedikit ke depan.
2. Menyerkap dengan sebelah kaki ke depan.
3. Menyerkap bola dengan mengilaskan kayu – biasanya bagi bola yang
bergerak di sisi pemain. Berdiri mengangkangkan kaki dan tangan kiri
mengawal kayu.
4. Menyerkap bola dengan meletakkan kayu selari dengan tanah. Satu gaya
menyerkap bola untuk dipukul dalam pukulan sudut dekat. Gaya ini
diamalkan dalam permainan di atas padang tiruan.
5. Menyerkap bola di bahagian pertengahan kayu yang rata. Tangan kiri
lurus.
6. Semasa merendahkan badan untuk menahan bola, buku lima (knuckles)
tangan kiri rehat di atas padang.

Butir-butir menyerkap bola

1. Genggam kayu – tangan berjarak seperti untuk menggelecek, menolak dan


menguis bola.
2. Perhatikan bola yang mendatang.
3. Bengkok dan rendahkan badan bila menyerkap bola (dari depan)
4. Pangkal kayu yang dikawal oleh tangan kiri dicondongkan sedikit ke depan.

Latihan Menyerkap Bola

1. Latihan Statik (menyerkap bola)


2. Latihan bergerak
3. Latihan Berkait
4. Latihan bercantum
Menyerkap bola dan menjaring
Menolak, menyerkap dan memukul
Menyerkap, mengelecek dan memukul
Menyerkap bola yang ditolak oleh pasangan dan menolak balik
kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai