Anda di halaman 1dari 4

ampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : Kod Sekolah:

1. Nama Guru
2. Judul Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

3. Bidang Motivasi
4. Jumlah muka surat: 104
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria
5. Penulis :
dan Husna Hassan
6. Penerbit : Telaga Biru sdn. bhd

7. Sinopsis :

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk
mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan
adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun
realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi
orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak
bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor
keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.
       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang.
Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?
       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk
menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang
merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak
kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang
dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan
keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-
amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika
ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan
kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak,
kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai
haiwan dan alam sekitar.
     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan
dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem
dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya, semangat berpasukan
dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya
ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen
sosial yang baik.
       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi,
potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak
menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan
sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan
anak-anak positif berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi


insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh
semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh
sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh
mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita
sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang
berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah
amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba
yang terikat kepadaNya.

   Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa
untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan
anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di
dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah
cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
   “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah
yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi” maksud Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdPc

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuai
untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-
guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.
     Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam
mendidik anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati
Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah  kunci jiwa positif. Pelajar
yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah
dan makhluk-makhluk ciptaanNya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

Anda mungkin juga menyukai