Anda di halaman 1dari 25

SYAIR NASIHAT

(PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH)


APAKAH YANG DIKATAKAN
SEBAGAI SYAIR?
• Merupakan sejenis puisi
• Berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan
kedatangan Islam
• Diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik
• Syair disampaikan dalam bentuk rangkap
• Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus
• Dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama
• Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran dan digunakan
juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan.
7 IRAMA SYAIR
• Selendang Delima
• Dodoi
• Hiasan
• Tok Kenali
• Perantau
• Batu Belah
• Perindu
SYAIR
Tamatlah kitab dikarang orang,
akalnya pendek ilmunya kurang,
daripada sangat hajatku gerang,
diperbuat juga sebarang-barang.

Melepaskan hati yang terbuku,


pengajaran kepada sekalian anakku,
mudah-mudahan betul tingkah dan laku,
perangai yang baik biar terpaku.

Dengarkan tuan ayahanda berperi,


kepada anakanda muda bestari,
nasihat kebajikan ayahanda beri,
amalkan jangan malas dan ngeri.
Ayuhai anakanda muda remaja,
 jika anakanda menjadi raja,
hati yang betul hendaklah disahaja,
serta rajin pada bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas,


zahir dan batin janganlah culas,
jernihkan hati hendaklah ikhlas,
seperti air di dalam gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan,


 ilmu yang benar jangan yang bukan,
iaitu ilmu yang kebajikan,
di kitab ini sudah disebutkan.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,


dari yang lain lebihkan dulu,
had syarak janganlah dilalu,
tidaklah anakanda beroleh malu.
Segala perbuatan dengan berilmu,
maka kebajikan boleh bertemu,
jika sebarang-barang diramu,
akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Ilmu itu benar faedahnya,


membezakan hak dengan batilnya,
mengetahui rakyat benar salahnya,
supaya dihukumkan dengan adilnya.

Jika ilmu tidak diendah,


sebab anakanda capak permudah,
rakyat datang membawa gundah,
anakanda tercengang tunduk tengadah

Hendak menghukumkan tiada tahu,


hendak diam hati tak mahu,
berpeluk tubuh tangan ke bahu,
mengeluh mengucap mengata Allahu.
Terkadang duduk mendiamkan diri,
sepatah tidak mengeluarkan peri,
penat duduk bangkit berdiri,
lalu masuk ke dalam puri.

Orang berdakwa duduk menanti,


serta dengan bersakit hati,
hairan takjub tidak mengerti,
sebab bicaranya belum pasti.

Terkadang dihukumkan dengan biladah,


bukannya syarak bukannya 'adah,
ambil lekas jalan yang mudah,
supaya jangan berhati gundah.

Jika demikian apa jadinya,


hukum tak betul dengan jalannya,
di hadapan majlis diterimanya,
di belakang kelak diumpatnya.
Jika yang benar kita hukumkan,
di belakang jangan kita hiraukan,
umpat dan puji kita biarkan,
kepada Allah kita syaksikan.

Fasal 1
Jika anakanda jadi menteri,
orang berilmu anakanda hampiri,
lawan mesyuarat lawan berperi,
supaya pekerjaan jadi ugahari.

Hendaklah periksa adabnya wazir,


di dalam kitab sudah terukir,
hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir,
supaya jangan jadi tergelincir.

 (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah


Pendidikan Sdn. Bhd.).
KOSA KATA
• pendek akal – tidak luas fikiran
• terbuku – mengganggu perasaan
• berperi – mengeluarkan kata-kata
• culas – sangat malas
• syarak – hukum islam
• diramu – dicampur aduk
• tersemu – terpedaya
• capak – duduk dengan kaki terkangkang
• gundah – perasaan sedih
• wazir – Perdana Menteri
Syair Maksud Syair
Tamatlah kitab dikarang orang, Rangkap 1:Penyair telah tamat
akalnya pendek ilmunya kurang, mengarang kitab supaya dapat
daripada sangat hajatku gerang, dijadikan SYAIR NASIHAT
diperbuat juga sebarang-barang. (Penghujung Thamarat at-
Muhimmah)

Melepaskan hati yang terbuku, Rangkap 2 : Ayah berharap agar


pengajaran kepada sekalian anakku, anaknya akan menjaga tingkah laku
mudah-mudahan betul tingkah dan laku, dan menjadi insan yang berakhlak
perangai yang baik biar terpaku. mulia.
Dengarkan tuan ayahanda berperi, Rangkap 3: Ayah menasihati
kepada anakanda muda bestari, anaknya agar tidak bersikap malas.
nasihat kebajikan ayahanda beri,
amalkan jangan malas dan ngeri.

Ayuhai anakanda muda remaja, Rangkap 4 :Menurut ayahnya lagi,


 jika anakanda menjadi raja, jika anaknya itu menjadi raja, dia
hati yang betul hendaklah disahaja, hendaklah bertindak dengan betul
serta rajin pada bekerja. dan rajin bekerja.
Kerja kebajikan janganlah malas, Rangkap 5: Ayah menasihati
zahir dan batin janganlah culas, anaknya supaya rajin berbuat
jernihkan hati hendaklah ikhlas, kebajikan. Pada masa yang sama,
seperti air di dalam gelas. hati perlulah ikhlas dan bersih.

Menuntut ilmu janganlah segan, Rangkap 6 :Ayah menasihati


 ilmu yang benar jangan yang bukan, anaknya supaya tidak malas untuk
iaitu ilmu yang kebajikan, di kitab ini menuntut ilmu. Ilmu yang drtuntut
sudah disebutkan. itu mestilah ilmu yang betul seperti
yang telah diperintahkan oleh
Allah SWT.
Hendaklah anakanda mengaji selalu, Rangkap 7:Ayah menasihati
dari yang lain lebihkan dulu, anaknya agar rajin mengaji dan
had syarak janganlah dilalu, hal ini perlu diberi keutamaan
tidaklah anakanda beroleh malu. daripada hal yang lain. Hukum
syarak pula tidak boleh dilanggar
kerana akan menyebabkannya
mendapat malu.

Segala perbuatan dengan berilmu, Rangkap 8: Sebarang tindakan


maka kebajikan boleh bertemu, perlu didasarkan kepada ilmu
jika sebarang-barang diramu, pengetahuan agar membawa
akhirnya anakanda jatuh tersemu. kebaikan. Ayah juga menasihati
anaknya agar berhati-hati dalam
melakukan setiap perkara agar
tidak terjerumus dalam perkara
yang membawa kemudaratan.
Ilmu itu benar faedahnya, Rangkap 9: Ilmu itu banyak
membezakan hak dengan batilnya, manfaatnya kerana dengan ilmu,
mengetahui rakyat benar salahnya, perkara yang benar dengan perkara
supaya dihukumkan dengan adilnya. yang tidak benar dapat dibezakan.
Dengan adanya ilmu, pemimpin
dapat mengetahui sama ada rakyat
benar atau salah dan dapat
menjatuhkan hukuman yang adil
kepada mereka.
Jika ilmu tidak diendah, Rangkap 10 :Selanjutnya, jika ilmu
sebab anakanda capak permudah, pengetahuan itu dianggap remeh,
rakyat datang membawa gundah, hal ini tentu akan membawa
anakanda tercengang tunduk tengadah. masalah kepada anaknya jika
menjadi pemerintah. Jika ada rakyat
yang datang untuk menyatakan
masalah, anaknya tidak akan dapat
menyelesaikan masalah tersebut
kerana tiadanya ilmu pengetahuan.
Hendak menghukumkan tiada tahu, Rangkap 11: Anaknya tidak
hendak diam hati tak mahu, tahu untuk menjatuhkan
berpeluk tubuh tangan ke bahu, hukuman dan tidak mahu pula
mengeluh mengucap mengata Allahu. berdiam sahaja. Anaknya itu
cuma mampu berpeluk tubuh
dan menyebut nama Allah
SWT.

Terkadang duduk mendiamkan diri, Rangkap 12 :Akhirnya,


sepatah tidak mengeluarkan peri, anaknya tidak dapat berkata
penat duduk bangkit berdiri, apa-apa. Setelah penat duduk
lalu masuk ke dalam puri. dan bangun, anaknya itu akan
menyembunyikan diri di dalam
istana.
Orang berdakwa duduk menanti, Rangkap 13: Orang yang ingin
serta dengan bersakit hati, mendapatkan pengadilan akan
hairan takjub tidak mengerti, menjadi marah kerana perbicaraan
sebab bicaranya belum pasti. belum pasti dapat dilakukan.

Terkadang dihukumkan dengan biladah, Rangkap 14: Sebarang hukuman


bukannya syarak bukannya 'adah, tidak boleh diambil mudah. Jalan
 ambil lekas jalan yang mudah, yang terbaik ialah kembali merujuk
supaya jangan berhati gundah. kepada hukum syarak untuk
mendapatkan ketenangan hati.
Jika demikian apa jadinya, Rangkap 15 :Jika perbicaraan tidak
hukum tak betul dengan jalannya, dijalankan mengikut hukum, maka
di hadapan majlis diterimanya, pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.
di belakang kelak diumpatnya.

Jika yang benar kita hukumkan, Rangkap 16: Jika perbicaraan tidak
di belakang jangan kita hiraukan, dijalankan mengikut hukum Allah SWT,
umpat dan puji kita biarkan, maka kejian dan pujian rakyat bawahan
kepada Allah kita syaksikan. tidak perlulah dihiraukan oleh mereka.
Fasal 1 Rangkap 17 :Ayah berpesan lagi, jika
Jika anakanda jadi menteri, anaknya menjadi menteri, dia
orang berilmu anakanda hampiri, digalakkan untuk berdamping dengan
 lawan mesyuarat lawan berperi, orang yang berilmu supaya dapat
supaya pekerjaan jadi ugahari. memudahkan segala kerjanya.

Hendaklah periksa adabnya wazir, Rangkap 18 :Ketua haruslah


di dalam kitab sudah terukir, memerhatikan tingkah laku pegawai
hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, bawahannya supaya penyelewengan
supaya jangan jadi tergelincir. tidak berlaku.

 (Dipetik daripada antologi Baik


Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Arah Pendidikan Sdn. Bhd.).
TEMA
• Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan
jika anaknya dilantik sebagai raja atau menteri supaya dapat memimpin negara
dengan jujur dan ikhlas.
PERSOALAN
• (a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.
• (b) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mempunyai hati yang mulia,
bijak, adil, dan saksama ketika menjalankan tugas.
• (c) Kerja kebajikan yang dilakukan harus dibuat dengan penuh keikhlasan.
• (d) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang telah
diperintahkan oleh Allah SWT.
• (e) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan ilmu
pengetahuan supaya tiada kesilapan ketika menjatuhkan hukuman.
• (f) Hukuman yang dijalankan mengikut hukum syarak akan menenangkan hati
pemimpin.
• (g) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin.
• (h) Apabila pemimpin bergaul dengan orang yang berilmu, maka segala kerja
akan menjadi mudah.
• (i) Tugas pemimpin adalah untuk memantau setiap tugas yang diamanahkan
kepada orang bawahan agar tidak berlaku penyelewengan.
BENTUK
• (a) Syair ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
• (b) Semua baris merupakan maksud.
• (c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
• (d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata.
• Contohnya, diperbuat juga sebarang-barang ilmu yang benar jangan yang
bukan
• (e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga suku kata.
• Contohnya, had syarak jangan dilalu pengajaran kepada sekalian anakku Syair
ini berbentuk terikat.
UNSUR BUNYI
• (a) Asonansi. Contohnya, • Ayuhai anakanda muda remaja (perulangan vokal a)
• (b) Aliterasi. Contohnya, • maka kebajikan boleh bertemu. (perulangan
konsonan m)
• (c) Rima akhir : aaaa
GAYA BAHASA
Gaya Bahasa Contoh
Anafora (perulangan pada Hendak menghukumkan tiada tahu,
awal perkataan) hendak diam hati tak mahu,

Inversi nasihat kebajikan ayahanda beri;

Kata ganda sebarang-barang;


Penggunaan bahasa Arab ikhlas; syarak; batil; Allahu; biladah; `adah; Allah

Simile seperti air di dalam gelas.


Sinkope Hendak diam hati tak mahu.
NILAI & PENGAJARAN
Nilai Pengajaran
Nilai keadilan. Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak
boleh bertindak zalim terhadap rakyat.

Nilai berilmu Seseorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu


pengetahuan yang cukup agar dapat
memudahkan urusan pentadbiran.

Nilai keikhlasan Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap


pekerjaan.
Nilai tawakal Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada
 (berserah diri) Allah SWT setelah membuat apa-apa keputusan
berdasarkan syariat.

Anda mungkin juga menyukai