Anda di halaman 1dari 13

CERITA KANAK-KANAK PROSA MODEN Sang Kancil, Buaya dan Kerbau Seekor buaya yang sedang berjemur ditebing

sungai dengan tiba-tiba telah terhimpit ditimpa batang pokok yang tumbang. Ia pun merintih dan meraung meminta pertolongan. Raungannya itu didengari oleh seekor kerbau yang sedang makan rumput di tepi sungai tersebut. Sang kerbau pun datang membantu si buaya dengan penuh ikhlas dan penuh rasa kasihan. Setelah batang pokok itu diangkat ke atas oleh sang kerbau, sang buaya pun terlepas dari himpitan dan dengan tiba-tiba ia terus menggigit kaki sang kerbau. Sang kerbau pun meraung meminta pertolongan dan merayu kepada sang buaya supaya beliau bersikap adil supaya tidak membahamnya kerena beliau telah pun membuat jasa.Tetapi buaya memberikan syarat. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya."Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Pada masa yang sama ternampaklah mereka akan sebuah tudung saji buruk yang hanyut dibawa arus. Lalu mereka bertanyalah kepada tudung saji itu tentang sama ada patutkah sikap sang buaya bersikap demikian. Tudung saji menjawab sang buaya memangpatut berbuat sedemikian kerena berdasarkan pengalamannya dia telah dibuang kesungai oleh tuannya apabila keadaannya telah buruk dan telah digantikan dengan tudung saji yang baru. Semasa beliau masih baru dan cantik mereka meletakkan beliau ditempat-tempat yang mulia. Dia digunakan beberapa lama sehingga ia menjadi buruk dan rosak kemudiannya dibuang begitu sahaja. Bakti beliau untuk melindunigi makanan selama ini tidak lagi menjadi perhitungan oleh tuannya untuk mereka disimpan atau dimuliakan lagi. Oleh itu dia berpendapat adalah adil bagi sang buaya memakan sang kerbau kerena jasa atau budi lama yang lalu sememangnya selalu tidak perlu diambil kira. Tudung saji itu pun terus hanyut.

Seketika kelihatan pula tikar buruk yang hanyut terapung dipermukaan air sungai itu. Lalu mereka pun bertanya seperti apa yang ditanyakan kepada tudung saji tadi. Tikar buruk itu menjawab dengan jawaban yang serupa seperti yang dijawab oleh tudung saji tadi dan dia pun terus hanyut meninggalkan mereka. Sang buaya pun berpuas hati dan mula menarik

kerbau itu kedalam air. Tetapi entah macam mana sang kancil telah melewati ditempat kejadian itu dan sang kerbau pun meraung meminta pertolongan. Sebagai memenuhi permintaan sang kerbau untuk mendapatkan keadilan, sang kancil pun memohon pada sang buaya untuk melakunkan kembali kejadian itu dari mula. Sang buaya bersetuju dan batang pokok tadi pun diletakkan kembali diatas belakangnya. "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya. "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok."Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" kancil mengarah seperti hakim. Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" kancil mengarah buaya. Buaya cuba bergerak dan mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih," kata kancil."Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpulkekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepasitu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku,"

jawab kerbau. "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil. Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batangkayu itu."Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati," jawab kerbau.

"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil.

"Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat,kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya.Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu. Sambil berjalan sebelum berpisah, sang kancil berpesan pada sang kerbau supaya di lain masa berhati-hati jika hendak memberi pertolongan

CERITA PENGLIPUR LARA PROSA TRADISIONAL Pak Kaduk

Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar Indera Sari.Baginda cukup gemar menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja Indera Sari mahu adakan pesta menyabung ayam dan Pak Kadok hendak mengambil bahagian dalam pesta itu. Penduduk sering berkata ayam sabung Pak Kadok, Biring Si Kunani itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara. Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia tetap suka bergaya. Mak Siti Segera menggunting baju dan seluar kertas itu. Tak usahlah dijahit, pakai pelekat saja, kata Pak Kadok. Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kadok pun memakai baju dan seluar kertas itu. Di atas kepalanya Pak Kadok memakai tengkolok helang menyonsong angin. Pak Kadok nampak bergaya sekali dan tampak kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk menyabung ayam dengan raja. Pak Kadok pun dititah mengadap sebelum bermula. Baginda bertitah, Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok, Biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya, titah baginda pula. Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu maka tanpa berfikir panjang Pak Kadok pun setuju bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda begitu gembira kerana dapat ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu ayam yang bertuah. Maka titah baginda, "Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini?"Pak Kadok pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukanya berharta yang patik ada cuma

perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik gadaikan kampung untuktaruhan kali ni." Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kadok itu. Masing-masing pun melepaskan ayam. Bermula sabung menyabung antara Biring Si Kunani dan Jalak Putihdengan sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan dari Biring Si Kunani tetapi tewas juga, Jalak Putih tersungkur di tengah gelanggang. Melihat situasi tersebut Pak Kadok bertepuk sorak, sambil melompat-lompat. Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku dan kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas Pak Kadok habis koyak-robak. Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok bertelanjang bogel di tengah gelanggang dan kerana berasa amat malu dia terus lari pulang. Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai! baginda titah. Aduhai malang Pak kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk

Pak Kaduk PAK KADUK 1.

SINOPSISKisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang bernamaIndera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyatdalam Negara baginda yang yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabungayam.Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama PakKaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayamsabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat bajudaripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkanbahagian-bahagian baju itu saja.Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabungkepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukarayam Si Kunani yang dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaanbaginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikankampong halamannya kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan.Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si Kunaniakhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya,melompat-lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahiisterinya.2.

TEMACerita ini bertemakan sikap manusia yang suka mengambil tindakan secara terburuburuatau tidak berfikir secara rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sebagai akibatnya,diri sendiri menanggung kerugian seperti Pak Kaduk yang mempercayai cakap raja yangsebenarnya bertujuan menipunya.3.

PERSOALANa.

Sikap tamak membawa mudarat. Contohnya, Pak Kaduk yang tamaksanggup menggadaikan kampong halamannya dengan nilai 50 rial semata-mata untuk mendapat wang pertaruhan raja. Sebagai akibatnya, kamponghalamannya tergadai.b.

Pemerintahan yang tidak bertanggung jawab akan menyusahkankehidupan rakyat. Raja Indera Seri bukan saja tidak mentadbirkan Negaradengan baik, bahkan baginda mengambil kesempatan pula untuk mencarikeuntungan atas rakyat yang daif seperti Pak Kaduk. Perlakuan bagindayang sedemikian menyebabkan kehidupan rakyat seperti Pak Kadukbertambah susah.

4.

WATAKa.

Watak utama: Pak Kaduk.b.

Watak sampingan: Raja Indera dan Mak Siti.5.

PERWATAKAN

WATAK CIRI-CIRIPak Kaduk

Mempunyai isteri bernama Mak Siti.

Sifat bodoh, lurus, tidak berfikir panjang, dan tergopoh-gopoh.Buktinya, dia sanggup menukarkan ayamnya yang handal denganayam sabungan raja.

Mempunyai cita-cita yang tinggi tapi tidak kesampaian.Raja Indera Sari

Raja negari Chempaka Seri.

Raja yang tidak bertanggungjawab. Baginda mengabaikan syariatIslam dan suka berjudi.

Suka menipu. Baginda mengambil kesempatan atas kebodohan Pak Kaduk untuk kepentingan diri sendiri.Mak Siti

Isteri kepada Pak Kaduk.

Membuat baju kertas untuk Pak Kaduk ke pertandingan ayamsabung.

6.

PLOTa.

Raja Indera sangat suka bersabung ayam. Baginda ingin menyabung ayamdi kampong Pak Kaduk.b.

Pak Kaduk menyuruh Mak Siti menyediakan baju kertas untuknya. PakKaduk membawa Si Kunani kegelanggang untuk menyabung ayam. PakKaduk mempertaruhkan kampong halamannya.c.

Raja Indera Sari bertukar ayam sabung dengan Pak Kaduk. Raja dan PakKaduk bersetuju ntuk mempertaruhkan dengan nilai 50 rial.d.

Pertaruhan bermula. Si Kunani menang. Pak Kaduk sangat gembirasehingga tidak perasan bahawa baju kertasnya telah terkoyak. Orang ramaiketawa melihat Pak Kaduk yang bertelanjang bulat.e.

Pak Kaduk Berlari pulang ke rumah. Di rumah, Pak Kaduk dimarahi olehMak Siti.7.

GAYA BAHASA GAYABAHASACIRI CONTOHDiksi Penggunaan kata bahasa Melayu lama.

Bulang yang bermaksud pengikat MelayuLama.

Bena yang bermaksud hirau atau peduli.

Bangat yang bermaksud cepat, lekas, dansegera.Simile Perumpamaan

Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yangmaha faham pada sabung-menyabung.Ayat

Laras bahasa klasik

Hatta demi melihat baginda dengan sekalianorang-orang besar dan rakyat tentera yang hina-dina sekalian akan hal Pak Kadukitu, semuanyatertawa serta bertepuk tangan dengan tempik soraknya kesukaan melihatkan temasya Pak

Kaduk itu.

Laras bahasa istana

Ampun tuanku beribu -ribu ampun, patik initiadalah apa harta yang ada, hanya kampongsebuah itu sahaja:....

8.

LATAR LATAR CONTOHTempat

Negeri Chempaka Seri.

Gelanggan tempat menyabung ayam.

Rumah Pak Kaduk di tepi sungai.Masa

Zaman feudal, iaitu zaman pemerintahan beraja.

Raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat.Masyarakat

Rakyat. o

Mereka mengabaikan syariat agama. o

Mereka suka berjudi dan membuang masa. o

Mereka bertindak membuta tuli.

Raja. o

Raja tidak bertanggungjawab dan tiada wawasandalam pemerintahan. o

Raja zalim, memperalat rakyat yang lemah. o

Raja mesti dihormati. Kata-kata dan suruhan rajamesti ditaati oleh rakyat. 9.

NILAI DAN PENGAJARANa.

Manusia perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak supaya tidak rugiatau menanggung malu.b.

Raja yang memerintah mesti bersikap adil dan tidak memperalatkanrakyat untuk kepentingan diri sendiri.c.

Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak mendatangkankeuntungan. Orang yang berjudi telah melakukan dosa di sisi Tuhan juga.

Anda mungkin juga menyukai