Anda di halaman 1dari 2

1 ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka


bermain bersama-sama.Pada suatu hari, bangau
mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau
menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat
makan.

Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat


mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh
makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan
sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke


rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi
bangau tidak dapat makan.
Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan
di dalam bekas leper.Anjing makan sehingga kenyang.
Bangau pulang dengan perut lapar.

NILAI MURNI
Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan
buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.
2 SANG BANGAU MENIPU IKAN.

Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir


kering. Semua ikan berasa susah hati.Pada suatu hari,
datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura
mahu menolong ikan.

"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam


itu tidak kering," kata bangau.Semua ikan bersetuju.
Mereka sangat gembira.

Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi


seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu
dimakannya.

Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah.


Ketam itu dibawa pergi oleh bangau.

Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu


bangau itu penipu.

Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera


menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.

NILAI MURNI

Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat


pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai