Anda di halaman 1dari 7

SULIT 2 021

031

Soalan 1 16
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawaban yang paling sesuai.
1 Surat jemputan ini _______ perlu serahkan kepada ibu bapa masing-masing,
kata guru kelas kepada murid-muridnya.
A anda
B kalian
C hamba
D mereka

BAHAGIAN A
2 Tukang emas itu ___________ jongkong emas untuk dijadikan pelbagai jenis
hiasan wanita.
A melarik
B melebur
C menempa
D membentuk

3 Kerepek pisang yang dijual di gerai Mak Limah ___________ dan sedap.
A keras
B empuk
C rangup
D reput

[Lihat halaman sebelah]


021/031 SULIT
SULIT 3 021
031
4 Anak lelaki Encik Rahim bekerja sebagai jurutera ________ anak perempuannya
bekerja sebagai penulis novel.
A serta
B kalau
C kecuali
D manakala

5 Pada pukul _______ majlis itu akan bermula?

A apakah
B manakah
C berapakah
D kenapakah

6
_____________, cantik sungguh pelamin yang dibuat oleh mak andam itu!
A Oh
B Hai
C Wah
D Aduhai

7 Pilih ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul.


A Lukisan ini adalah lukisan kesayangan pelukis itu
B Barang-barang di dalam kotak itu ialah untuk Marina.
C Nasi adalah makanan utama rakyat Malaysia.
D Penyanyi yang terkenal itu ialah saudara saya.

8 Penduduk Kampung Bahagia sedang bermesyuarat di dalam dewan serba guna


untuk berbincang ________ Hari Mesra yang akan berlangsung minggu hadapan.
A tentang
B dengan
C untuk
D bagi

[Lihat halaman sebelah]


021/031 SULIT
SULIT 4 021
031
9 Kereta mainan ini bergerak dengan ___________alat kawalan jauh yang
canggih, beritahu Samson.
A kegunaan
B penggunaan
C mempergunakan
D menggunakan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Bekas yang bertakung air dan tin-tin kosong yang tidak ditanam itu telah
menyebabkan pembiakan ___________.
A bebiri
B rerama
C jejentik
D lelabi

11 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Kuih itu manis rasanya.


II Senyumannya manis dan menawan.
III Tutur kata Mak Leha manis sekali.
IV Laddu sejenis manis kaum India.
A I dan III
B I, II dan III
C I, II dan IV
D I, III dan IV

12 Soalan 12 berdasarkan gambar


di bawah.

[Lihat halaman sebelah]


021/031 SULIT
SULIT 5 021
031

Ali makan __________ buah manggis yang mempunyai kira-kira lima _______ isi.
A sebiji.pangsa
B seketulbutir
C seketul.ulas
D sebiji.ulas

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar?

A naik angin
B makan angin
C kepala angin
D buang angin

Pilih jawaban yang betul bagi soalan yang diberi.

14 Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan tandas awam?

A Kita mesti menjaga kebersihan tandas awam supaya selesa digunakan.


B Kita digalakkan menjaga kebersihan tandas apabila perlu.
C Kita hendaklah menggunakan tandas awam dengan baik.
D Menjaga kebersihan tandas awam amat penting.

Pilih ayat majmuk yang betul di bawah.

[Lihat halaman sebelah]


021/031 SULIT
SULIT 6 021
031

15 A Ruben memilih supaya belajar di universiti tempatan.


B Shima bersedia untuk mengajar di pedalaman Sabah.
C Hafizi bercita-cita menjadi tentera laut sementara sudah dewasa.
D Soon Keat pernah berjumpa dengan lelaki itu sekiranya dia masih kecil lagi.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


Sebuah rumah banglo yang selesa dibina oleh Pak Lang untuk keluarganya.
16 A Pak Lang membina sebuah rumah banglo yang selesa untuk keluarganya.
B Keluarga Pak Lang membina sebuah rumah banglo yang selesa untuknya.
C Pak Lang membina sebuah rumah banglo supaya keluarganya hidup selesa.
D Keluarga Pak Lang membina sebuah rumah bangle agar hidup Pak Lang
selesa.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Buah rambutan, durian, langsat dan buah manggis antara buah-buahan tempatan
yang popular. Buah-buahan di negara kita setanding buah-buahan import. Buah-
buahan tempatan ini bukan sahaja enak malahan berkhasiat untuk kesihatan diri.
Orang ramai lazimnya suka makan buah-buahan tempatan. Selain rasanya yang
sedap dan manis, buah-buahan mudah diperoleh sama ada di pasar, pasar raya, pasar
malam ataupun di pasar tani. Harganya pula lebih murah berbanding dengan buah-
buahan yang diimport.
Kini, buah-buahan tempatan ditanam secara meluas sama ada di dusun,
ladang atau di halaman rumah dengan pelbagai kaedah. Penanaman buah-buahan
secara moden dan berteknologi tinggi dapat menghasilkan buah-buahan yang bermutu

[Lihat halaman sebelah]


021/031 SULIT
SULIT 7 021
031

untuk tujuan pasaran tempatan ataupun eksport. Dorongan yang kuat daripada pihak
Jabatan Pertanian, MARDI dan FAMA dalam membantu penciptaan baka-baka baharu
bagi buah-buahan yang bermutu tinggi seperti durian, limau, pisang dan duku
membolehkan buah-buahan tempatan dieksport ke luar negara.
Buah-buahan di negara kita kaya dengan pelbagai vitamin dan zat untuk
merangsang pertumbuhan tubuh badan yang sihat dan seimbang. Buah-buahan
seperti limau, pisang, mangga dan jambu batu mengandungi vitamin C, potassium dan
kalsium yang tinggi.
Oleh sebab itulah kerajaan menyeru rakyat Malaysia menjayakan kempen
Makanlah Buah-buahan Tempatan. Kempen ini juga dapat meningkatkan penanaman
dan pengeluaran buah tempatan secara besar-besaran.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyahut kempen menggalakkan
pemakanan buah-buahan tempatan. Hal ini dapat memastikan buah-buahan tempatan
terus dinikmati sampai bila-bila.

17 Mengapakah orang ramai suka makan buah-buahan tempatan?


A Buah-buahan tempatan ditanam secara meluas.
B Harga buah-buahan tempatan setanding buah-buahan yang diimport.
C Buah-buahan tempatan lebih berkhasiat daripada buah-buahan luar negara.
D Buah-buahan tempatan lebih berkhasiat daripada buah-buahan luar negara.

18 Apakah yang menyebabkan buah-buahan tempatan sekarang lebih bermutu


berbanding dahulu?
A Ditanam dengan banyak di ladang.
B Mendapat permintaan yang tinggi di dalam dan luar negara.
C Mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.
D Menggunakan kaedah penanaman yang berteknologi tinggi.

19 Penyataan di bawah adalah benar kecuali


A buah-buahan tempatan tinggi khasiatnya.
B petani menyahut kempen menggalakkan pemakanan buah tempatan.
C buah-buahan tempatan sudah memasuki pasaran luar negara.
D MARDI dan FAMA membantu penciptaan baka-baka baharu.

20 Perkataan dorongan dalam petikan bermaksud


A galakan.
B pegangan.
C kemahuan.

[Lihat halaman sebelah]


021/031 SULIT
SULIT 8 021
031
D kesungguhan.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah]


021/031 SULIT

Anda mungkin juga menyukai