Anda di halaman 1dari 1

1 ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada
suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan.
Tetapi anjing tidak dapat makan.

Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu.
Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing
pulang dengan perut lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing
menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan.
Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing
makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.

NILAI MURNI
Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa
berbuat baik.

Anda mungkin juga menyukai