Anda di halaman 1dari 51

100 cerita pendek ini adalah hasil kerja

Cikgu Ashikin. Cerita pendek ini hanya


dijual di dalam bentuk PDF di shopee
dengan harga RM3.50 sahaja.

Dilarang untuk menjual atau


memberikan bahan ini kepada sesiapa
walau dengan apa cara sekalipun.

Jika anda mendapat PDF ini tanpa


membelinya dari shopee mohon
hubungi saya di:

0193354522

Terima kasih
Baju.

Ini baju saya. Baju saya warna


merah. Saya suka baju warna
merah. Warna merah ini ceria.
Saya ada lima baju warna
merah.

Mata.

Kawan saya bernama Maria.


Dia tinggal di Amerika. Mata
Maria berwarna biru. Saya suka
mata Maria. Dia sangat cantik.
Cincin.

Hari ini hari lahir ibu. Ayah


membelikan ibu sebentuk cincin
emas. Ibu sangat gembira.
Semoga ayah dan ibu bahagia
selalu.

Kereta.

Pak cik saya ada kereta Proton


Saga. Kereta pak cik saya
berwarna hitam. Kereta yang
dibawa oleh pak cik saya
sangat laju.
Gula-gula.

Adik saya suka makan gula-


gula. Dia suka makan gula-gula
berwarna-warni. Sekarang gigi
adik sudah rosak kerana makan
banyak gula-gula.

Bunga.
Ibu suka tanam pokok bunga.
Pokok bunga ibu subur dan
cantik. Setiap hari ibu siram
pokok bunga. Rumah kami
seperti taman bunga.
Ayah

Ayah seorang yang rajin


bekerja. Ayah mencari rezeki
untuk kami sekeluarga. Terima
kasih ayah, kerana berkorban
untuk kami.

Ibu
Ibu pandai memasak. Setiap
hari ibu akan masak lauk yang
sedap. Kami suka masakan ibu.
Kami suka bantu ibu masak.
Bola

Abang saya suka main bola. Dia


minat bola sejak daripada kecil.
Abang saya sangat lincah dan
bertenaga ketika bermain bola.

Rambut
Rambut saya panjang dan
berwarna hitam. Setiap hari
saya akan sikat rambut supaya
kemas dan cantik.
Dapur.
Dapur rumah saya bersih.
Pinggan, cawan, sudu serta
garpu, disusun cantik dan
kemas. Ibu suka mengemas
dapur.

Berkelah.
Mona dan Moni berkelah di tepi
pantai. Mereka bawa makanan
dan minuman. Mereka mandi di
pantai sehingga petang.
Telefon.
Telefon sangat penting sebagai
alat komunikasi. Telefon dapat
menghubungkan orang yang
jauh daripada kita.

Komputer.
Pada zaman ini komputer sangat
penting. Komputer digunakan
untuk pelbagai perkara. Ia
banyak memudahkan tugas
kita.
Sekolah.
Saya suka pergi ke sekolah. Di
sekolah, saya dapat belajar dan
juga berjumpa kawan-kawan.
Guru saya sangat baik.

Nasi Lemak.
Nasi lemak adalah makanan
tradisional Melayu. Semua kaum
suka makan nasi lemak. Malah,
nasi lemak terkenal di seluruh
dunia.
Kucing.
Kucing adalah seekor haiwan
yang comel. Kucing sangat jinak
dan mudah dijaga. Kucing
mempunyai pelbagai warna
yang menarik.

Baju Kurung.
Kakak suka memakai baju
kurung ke pejabat. Baju kurung
sangat selesa apabila dipakai.
Kakak sangat cantik dengan
memakai baju kurung.
Kasut.
Datuk seorang yang suka
bergaya. Datuk suka pakai kasut
kulit. Kasut kulit datuk dijaga rapi
dan digosok setiap hari. Datuk
simpan kasutnya dengan baik.

Zoo.
Hari ini hari Ahad. Saya pergi
berjalan-jalan di zoo bersama
keluarga saya. Ada banyak
haiwan di dalam zoo. Saya suka
melihat haiwan di sana.
Basikal.
Adik suka naik basikal. Basikal
adik berwarna hijau. Adik baru
belajar menunggang basikal.
Adik berhati-hati kerana takut
jatuh.

Ketupat.
Hari esok hari raya Aidilfitri. Emak
sedang merebus ketupat.
Ketupat sedap dimakan
bersama dengan rendang dan
serunding. Saya suka ketupat.
Sejadah.
Ahmad ada sejadah. Dia
gunakan sejadah semasa solat.
Ahmad suka solat di masjid.
Setiap hari Ahmad pergi ke
masjid.

Lemang.
Lemang diperbuat daripada
pulut. Ia dimasukkan ke dalam
buluh dan kemudian dibakar.

Lemang sangat sedap dimakan


bersama rendang.
Pasar.
Setiap pagi Mak Milah akan ke
pasar untuk membeli barang
dapur. Antara yang dibeli
adalah ayam, ikan, sayur dan
juga bawang.

Kawan.
Yusuf dan Nuh berkawan baik.
Mereka selalu pergi ke sekolah
bersama-sama. Setiap petang,
mereka bermain bola di padang
belakang rumah.
Sayur.
Abang suka makan sayur. Sayur
adalah makanan sihat yang
baik untuk badan. Abang suka
makan sayur sawi, bayam dan
petola.

Pisau.
Pisau adalah alatan yang sangat
tajam. Pisau digunakan untuk
memotong sayur, buah atau
daging. Pisau adalah alat yang
bahaya untuk kanak-kanak.
Peria.
Nenek suka makan sayur peria.
Sayur peria sangat pahit. Nenek
suka kerana katanya peria
adalah makanan yang sihat.

Kambing.
Datuk bela kambing di kandang.
Datuk ada tujuh ekor kambing
jantan dan dua ekor kambing
betina. Setiap hari datuk beri
kambing makan dan minum.
Tom Yam.

Pak Omar sedang masak tom


yam. Dia suka makan tom yam
bersama nasi yang panas. Dia
masak tom yam setiap hari
Sabtu.

Anak Patung.
Mei Lin ada anak patung
beruang. Dia sayang anak
patung ini. Setiap malam Mei Lin
tidur bersama anak patung
beruangnya.
Duit.
Wafi seorang anak yang suka
berjimat cermat. Setiap kali
ayahnya memberikan duit
belanja, Wafi akan menyimpan
RM 1 di dalam tabungnya.

Koyak.
Mak cik Rubiah mempunyai
sepasang kasut yang sudah
lusuh. Walaupun sudah koyak,
mak cik Rubiah sayang akan
kasutnya itu.
Sabun.

Adik Ali suka bermain sabun.


Setiap kali dia mandi, dia akan
main air beserta sabun. Dia
sangat gembira apabila dapat
bermain sabun.

Bank.
Hari ini ibu mahu pergi ke bank.
Ibu mahu mengeluarkan duit
simpanannya. Ibu kata, mahu
mengggunakan duit itu untuk
membiaya perubatan nenek.
yang sakit.
Beg Sekolah.
Setiap hari, Ahmad membawa
beg sekolah yang berat. Ada
lima buku teks dan enam buku
tulis yang mesti dibawa setiap
hari ke sekolah.

Beg Tangan.
Kakak suka mengumpul beg
tangan berjenama. Harga beg
tangan ini mahal. Kakak akan
kumpul duit untuk membeli beg
tangan yang cantik.
Motosikal.
Ayah suka menunggang
motosikal. Ayah menunggang
motosikal untuk mengambil
angin bersama ibu. Ayah
menunggang dengan laju.

Selsema.
Rozita tidak hadir ke sekolah hari
ini. Dia mengalami selsema. Dia
khuatir jika selsemanya akan
menjangkiti kawannya yang
lain.
Jantung.
Jantung adalah salah satu
organ dalaman manusia. Fungsi
jantung kita adalah untuk
mengepam darah ke peparu
dan seluruh bahagian tubuh.

Lesung Batu.
Tok Minah sedang memasak di
dapur. Dia menumbuk bawang
dan cili menggunakan lesung
batu. Lesung batu Tok Minah
berat.
Peramah.
Encik Hashim adalah seorang
pemilik restoran. Dia sangat
peramah serta berbudi bahasa
dengan pelanggannya. Itulah
yang membuatkan restorannya
dikenali ramai.

Perpustakaan.
Abang Zulkefli suka pergi ke
perpustakaan. Di sini ada
banyak buku. Suasana di sini
sangat sunyi. Di perpustakaan
dilarang berbuat bising.
Polis.
Polis adalah orang yang
diamanahkan untuk menjaga
keamanan serta keselamatan
negara. Mereka sangat berani
dan berjiwa kental.

Bantal.
Saya suka tidur. Bantal yang
empuk membuatkan tidur kita
lebih nyenyak. Tidur tanpa
bantal mungkin menyebabkan
leher dan badan menjadi sakit.
Pelangi.
Pelangi mempunyai tujuh warna
iaitu merah, jingga, kuning,
hijau, biru, indigo dan ungu.
Pelangi biasanya kelihatan
selepas hujan.

Sikat.
Rambut Siti Aminah panjang.
Setiap hari Siti Aminah akan
menggunakan sikat untuk
menyisir akan rambutnya itu.
Rambutnya jenis kerinting.
Wau.
Di Kelantan, ada satu
permainan tradisional iaitu wau.
Wau adalah seperti layang-
layang. Ia mempunyai corak
yang cantik dan lebih menarik.

Kampung.

Saya suka pulang ke kampung.


Kampung saya terletak di Batu
Pahat, Johor. Di kampung saya
banyak pokok kelapa sawit.
Lego.
Danial suka main permainan
lego. Dia ada banyak lego di
rumah. Dia bina rumah, kereta,
serta pelbagai lagi bentuk.
Danial sangat gembira.

Biskut.

Adik suka makan biskut. Biskut


yang adik makan berwarna-
warni. Ada warna kuning, merah
jambu dan perang. Setiap hari
adik makan biskut.
Gunting.
Ibu memarahi adik kerana
sering bermain dengan gunting.
Adik menggunting langsir ibu.
Selepas kejadian itu, ibu simpan
gunting di tempat yang selamat.

Bunga Raya.
Bunga raya ialah bunga
kebangsaan Malaysia. Bunga ini
mempunyai lima kelopak. Ia
boleh didapati di dalam warna
merah, putih dan kuning.
Singa.
Singa adalah seekor haiwan liar
yang kuat. Singa hidup di dalam
hutan. Singa ada gigi yang
tajam bagi memudahkan ia
memakan daging.

Ikan.
Ikan hidup di dalam air. Ikan
adalah haiwan yang boleh
berenang. Ikan ada di sungai,
laut, tasik mahu pun parit.
Nenek.
Aufa ada seorang nenek yang
tinggal bersama-samanya di
rumah. Nenek Aufa sudah tua.
Tapi ingatan nenek masih kuat.

Coklat.
Saya suka makan coklat. Ayah
saya selalu membelikan saya
sekeping coklat bila pulang dari
pejabat. Saya selalu gosok gigi
selepas makan coklat.
Air.
Air sangat penting di dalam
kehidupan seharian kita. Kita
menggunakan air untuk minum,
mandi, membasuh, memasak
dan banyak lagi.

Tanah.
Tanah diperlukan untuk manusia,
tumbuhan dan juga haiwan.
Tanah membekalkan nutrien
serta oksigen kepada tumbuhan.
Guru.
Guru adalah insan yang banyak
berjasa kepada kita. Kita
sewajarnya menghormati guru
kerana mereka telah banyak
menabur bakti kepada kita.

Televisyen.
Saya suka menonton televisyen
bersama keluarga. Kami gemar
menonton cerita kartun dan
cerita keluarga.
Kelapa Muda.
Adik sedang diserang demam
panas. Selain makan ubat yang
diberikan oleh doktor, adik juga
minum air kelapa supaya cepat
sembuh.

Pengawal.
Kawasan kediaman kami di
kawal oleh pengawal. Pengawal
ini bekerja dari pagi sehingga
malam. Kami rasa sangat
selamat.
Jalan Raya.
Jalan raya itu menuju ke arah
pekan Banting. Jalan raya itu
berlubang. Semua pengguna
jalan raya dinasihati untuk lebih
berhati-hati.

Longkang.
Longkang di belakang rumah
nenek Timah tersumbat. Datuk
memanggil jirannya, Ali untuk
membaiki longkang tersebut.
Jiran datuk sangat baik.
Surat Khabar.
Cikgu Marzuki gemar membaca
surat khabar di waktu pagi. Dia
akan membaca surat khabar
sambil bersarapan pagi.

Hadiah.
Esok hari lahir kawan Wafa. Wafa
mahu memberikan hadiah yang
istimewa kepada kawannya. Dia
menghadiahi sepotong kek
kepada kawannya.
Malaysia.

Saya adalah rakyat Malaysia .


Malaysia mempunyai pelbagai
kaum. Malaysia sebuah negara
yang aman damai. Saya
sayang Malaysia.

Bercuti.

Keluarga saya suka bercuti.


Saya suka ke pantai. Abang
suka ke sungai. Ayah pula suka
mendaki gunung.
Gunung.

Rahmat suka aktiviti lasak. Dia


suka mendaki gunung. Gunung
yang dia pernah daki ialah
Gunung Kinabalu di Sabah.

Matematik.

Cikgu matematik saya ialah


Cikgu Nor Zati. Saya suka
matematik. Ianya adalah subjek
yang mencabar minda saya.
Kerusi Roda.

Nenek Esah sudah tua. Dia tidak


boleh berjalan lagi. Jika nenek
Esah ingin keluar, dia akan
menggunakan kerusi roda.

Jam Tangan.

Zizi memakai jam tangan


berjenama Rolex. Jam tangan
Zizi cantik dan bergaya. Zizi
menjaga jam tangan miliknya
dengan baik.
Kerusi Urut.

Pak Mail sering mengadu sakit


badan. Anak sulung Pak Mail
membelikannya sebuah kerusi
urut. Pak Mail sangat gembira
dan tidak sakit badan lagi.

Siput.
Siput adalah seekor haiwan yang
mempunyai cengkerang. Haiwan
ini bernafas dengan menggunakan
paru-paru. Siput dikenali sebagai
haiwan perosak.
Pengawas.

Amar ialah seorang pengawas


sekolah. Dia seorang pengawas
yang tegas dan berdisiplin. Dia
mendapat anugerah tokoh
pelajar yang berwibawa.

Mesin Rumput.

Mahfuz ialah seorang tukang


kebun sekolah yang rajin. Dia
menggunakan mesin rumput
untuk memotong rumput yang
panjang.
Monorel.

Monorel ialah pengangkutan


awam yang efisen dan sering
menjadi pilihan orang awam
untuk ke tempat kerja. Monorel
ini laju.

Pegaga.

Mak Leha sedang memetik daun


pegaga di belakang rumahnya.
Pegaga ini akan dimakan
bersama nasi. Mak Leha suka
makan pegaga.
Getah Rambut.

Siti Rozana mempunyai rambut


yang cantik dan panjang. Dia
menggunakan getah rambut
untuk mengikat rambutnya
supaya kemas.

Masa.

Masa itu emas. Janganlah kita


suka membuang masa begitu
sahaja. Gunakanlah masa yang
diberikan sebaiknya dengan
melakukan amal kebaikan.
Sambal Belacan.

Kakak sangat suka makan nasi


bersama ulam dan sambal
belacan. Jika tiada sambal
belacan, kakak tiada selera
untuk makan.

Tudung Saji.

Tudung saji digunakan untuk


menutup makanan. Ianya
berfungsi untuk melindungi
makanan daripada dihinggap
oleh semut atau lalat.
Piala.

Johari telah memenangi acara


lumba basikal. Dia mendapat
sebuah piala kemenangan. Dia
sangat gembira dan bersyukur.

Burung Kakak Tua.

Burung Kakak Tua adalah seekor


burung yang bijak dan jinak.
Selain dari memahami arahan
manusia, ia juga boleh berkata-
kata.
Kain Pelekat.

Ayah saya selalu solat di surau


berdekatan rumah kami. Dia
akan memakai baju Melayu dan
kain pelekat untuk ke surau.

Rumah.
Rumah saya rumah batu. Rumah
ini ada tiga bilik. Rumah saya
tidak terlalu besar tetapi selesa.
Saya suka rumah saya.
Universiti.

Universiti adalah tempat untuk


menimba ilmu. Saya juga
bercita-cita untuk belajar di
universiti seperti ibu dan ayah
saya.

Kopi.

Datuk suka minum kopi. Setiap


petang, datuk akan duduk di
tepi sawah sambal menghirup
kopi panas kegemarannya.
Mesin Jahit.

Kak Wati adalah seorang tukang


jahit. Dia menggunakan mesin
jahit untuk menjahit baju kurung,
seluar, jubah dan juga tudung.

Sabun.

Adik suka main air di bilik mandi.


Dia juga suka bermain sabun.
Ibu selalu memarahi adik
kerana suka main air dan sabun.
Kek.

Hari ini hari lahir guru kelas kami.


Kami membuat kejutan dengan
membelikan sebiji kek. Guru
kami menangis kerana terharu.

Gergaji.

Abang Adi ialah seorang tukang


rumah. Dia menggunakan
gergaji untuk memotong kayu.
Gergaji Abang Adi sangat
tajam.
Mat Kilau.
Mat Kilau ialah seorang pejuang
Melayu. Mat Kilau menentang
penjajah British yang mahu
menjajah Tanah Melayu. Mat Kilau
seorang yang berani.

Keropok Lekor.

Tomi suka makan keropok lekor.


Keropok lekor ini diperbuat
daripada ikan. Keropok lekor
sangat sedap dimakan bersama
sosnya dan dimakan panas.
Permaidani.

Permaidani diperbuat daripada


benang. Ada permaidani yang
diperbuat menggunakan mesin.
Ada juga yang diperbuat secara
manual sahaja.

Selimut.

Malam ini sangat sejuk. Aisyah


menggunakan selimut untuk
membalut badannya. Dia
menggunakan selimut tebal agar
dia tidak berasa terlalu sejuk.
Buku.
Saya suka membaca buku.
Membaca buku dapat
menambah ilmu. Saya tidak
suka membuang masa.

Basikal.

Adik saya, Nori, baru belajar


menunggang basikal. Dia
menggunakan basikal roda tiga.
Adik saya berhati-hati ketika
menunggang basikal kerana masih
takut.

Anda mungkin juga menyukai