Anda di halaman 1dari 18

KATA NAMA AM 1. Itu bapa saya. 2. Sekolah kamu besar. 3. Kakaknya cantik. 4. Kucing saya comel. 5.

Dia suka makan epal. 6. Emak membeli ikan dan sayur. 7. Baju saya ada zip. 8. Semut suka makan gula. 9. Datuk tinggal di kampung. 10. Adik sedang minum susu. 11. Abang bermain bola di padang. 12. Kakak makan rambutan dan manggis. 13. Ayah membeli baju di bandar. 14. Di zoo ada harimau dan gajah. 15. Dia membaca buku dan surat khabar di perpustakaan. KATA NAMA KHAS 1. Sang Kancil sangat pintar. 2. Siew Leng belajar di United Kingdom. 3. Kin Yong ada kasut Adidas. 4. Pemandangan di Pulau Langkawi sungguh indah. 5. Kemalangan itu berlaku di Jalan Tun Abdul Razak. 6. Su Yin suka mata pelajaran Bahasa Melayu. 7. Puan Siti tinggal di Taman Mawar. 8. Encik Hamid membeli sebuah Proton Wira. 9. Rancangan Doraemon disiarkan pada hari Ahad. 10. Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia. 11. Doktor Julia bertugas di Hospital Universiti. 12. S. J. K. ( C ) Jelapang terletak di Ipoh. 13. Kriss ialah motosikal buatan Malaysia. 14. UPSR akan diadakan pada bulan September. 15. Lina dan Liza mahasiswi Universiti Utara Malaysia.

KATA KERJA 1. Abang sedang mencuci kereta. 2. Liza sedang menulis surat. 3. Kakak sedang menyiram pokok bunga. 4. Leong sedang mendengar radio. 5. Emak sedang menyiang ikan di dapur. 6. Doktor Lim merawat pesakit dengan teliti. 7. Siti menolong ibunya membasuh pinggan. 8. Budak yang nakal itu terjatuh dari pokok. 9. Murid-murid beratur di padang. 10. Anjing liar itu menggonggong seketul tulang. 11. Petani membajak sawah dengan jentera. 12. Penduduk kampung menternak ayam dan itik. 13. Keluarga Encik Siva berkelah di tepi pantai. 14. Perompak itu ditembak oleh polis. 15. Kereta itu bergerak perlahan-lahan.

KATA SENDI 1. Duit Lisa ada pada kakaknya. 2. Gunakan pisau dengan berhati-hati. 3. Buku itu disimpan di dalam almari. 4. Surat itu akan dikirim kepada nenek. 5. Jia Chun pergi ke perpustakaan. 6. Pak Hassan bekerja dari pagi hingga petang. 7. Razak menulis dengan pen. 8. Pa cik pulang ke Sabah. 9. Datuk akan datang dari kampung besok. 10. Ibu akan menyimpan pisau di dalam laci. 11. Puan Nani memandu keretanya ke pejabat. 12. Buku-buku itu akan didermakan pada petang esok. 13. Kok Seng menunggang basikal dengan laju. 14. Liza dilahirkan pada tahun 1994. 15. Murid-murid sedang bersenam di padang.

KATA HUBUNG 1. Rozi dan Zaidi kawan sedarjah. 2. Kamu boleh duduk atau berdiri. 3. Lili dan Lina serta Sara suka berenang. 4. Sally masuk ke dalam lalu duduk. 5. Abang suka mandi sambil menyanyi. 6. Kakak tidak pergi kerja kerana sakit. 7. Rina cantik tetapi sombong. 8. Amin bersedih sejak ibunya meninggal dunia. 9. Ah Chong tetap bekerja walaupun sakit. 10. Kita perlu belajar supaya pandai. 11. Rosli menunggang basikal sambil bersiul. 12. Buah itu manis atau masam? 13. Amir masuk ke bilik lalu tidur. 14. Rumah Azah bersih dan kemas. 15. Izwan bangun awal supaya tidak terlewat. KATA ADJEKTIF 1. Baju Intan berwarna merah. 2. Pensel itu pendek. 3. Harimau itu ganas. 4. Abang rajin membaca buku. 5. Pisang itu berwarna kuning. 6. Buku cerita itu tebal. 7. Jam dinding itu berbentuk bulat. 8. Lukisan di dinding itu cantik. 9. Makanan yang dihidangkan itu lazat. 10. Cuaca dingin di tanah tinggi itu disukai ramai. 11. Buku yang mahal itu tidak terbeli olehnya. 12. Rumah saya dekat dengan rumah Sofia. 13. Pemuda yang tampan itu abang saya. 14. Lantai bilik air itu sangat licin. 15. Dia sungguh gembira apabila menerima hadiah.

KATA GANTI NAMA DIRI 1. Siapakah nama awak? 2. Nama saya Chee Kok Foong. 3. Ke manakah kamu pergi tadi? 4. Kami bermain bola di padang. 5. Rancangan ini khas untuk anda. 6. Mereka suka membaca buku. 7. Jagalah kebersihan sekolah kita. 8. Dia seorang murid yang bijak. 9. Beliau ialah seorang menteri. 10. Mengapakah engkau menangis? 11. Aku menangis kerana sakit gigi. 12. Boleh saya tolong saudari? 13. Adakah mak cik baru pulang dari pasar? 14. Baginda sedang beradu di dalam kamar.

PENJODOH BILANGAN 1. Sofia membeli sebuah kereta baru. 2. Ah Ming membela dua ekor arnab. 3. Li Lian makan sebiji epal setiap pagi. 4. Ai Ling ada dua orang abang. 5. Adik terjumpa sebentuk cincin. 6. Emak makan dua keping roti. 7. Mak Esah memetik dua kuntum bunga. 8. Hiong Fong menerima sepucuk surat. 9. Ayah membeli sehelai baju kemeja. 10. Saya ada empat batang pensel. 11. Ayah membeli sepasang kasut sukan. 12. Abang makan lima ulas durian. 13. Hang Tuah memegang sebilah keris pusaka. 14. Puan Sara memakai seutas rantai emas. 15. Kak Mira menerima sekeping poskad daripada kawannya.

KATA GANDA PENUH 1. Orang-orang itu diletakkan di tengah sawah. 2. Ikan-ikan di dalam akuarium itu sangat cantik. 3. Baju-baju itu tergantug di dalam almari. 4. Monyet-monyet di zoo itu jinak-jinak belaka. 5. Ayah marah-marah sahaja sejak pagi tadi. 6. Soalan kuiz itu mudah-mudah belaka. 7. Di dalam tin itu ada banyak jentik-jentik. 8. Rama-rama suka menghisap madu. 9. Papan itu reput kerana dimakan anai-anai. 10. Rumah kosong itu dipenuhi labah-labah. 11. Gigi Intan rosak kerana dia suka makan gula-gula. 12. Kunang-kunang terbang pada waktu malam. 13. Cik kamala memakai anting-anting baru. 14. Buku-buku itu disusun dengan kemas.

KATA GANDA SEPARA. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pepohon di tepi jalan itu rendang. Lelaki yang berbaju biru itu ayah saya. Emak menghiris bebawang dengan pisau. Jejari roda basikal abang sudah patah. Cecair itu dimasukkan ke dalam botol. Puan Hamidah sedang melayan tetamunya. Pepohon itu sudah tumbang. Lipas mempunyai sepasang sesungut.

KATA GANDA BERIMBUHAN 1. Sampah sarap itu terapung-apung di permukaan sungai. 2. Mereka berbual-bual hingga lewat malam. 3. Berbagai-bagai jenis barang dijual di pasar malam. 4. Rizal memakai baju yang berbelang-belang. 5. Zaleha terbayang-bayang wajah ibunya. 6. Jalan ke rumah Seman berlubang-lubang. 7. Kakak sedang bersiap-siap untuk ke pejabat.

KATA TANYA 1. Mengapakah tangan Alia berdarah? 2. Di manakah bapa saudara kamu tinggal? 3. Apakah nama anak kucing kamu? 4. Berapakah harga kamus itu? 5. Bilakah awak tiba dari Johor Baharu? 6. Siapakah yang mengajar kamu melukis? 7. Mengapakah Zalina menangis? 8. Bilakah awak akan bertolak ke Melaka? 9. Bagaimanakah keadaan ayah kamu? 10. Berapakah harga barang itu? 11. Bakul ini berisi apa? 12. Mengapakah Raju tidak datang? 13. Raju Bergaduh dengan siapa? 14. Dia datang dari mana? 15. Kegemaran kamu apa?

AYAT PENYATA 1. Tangan Alia luka. 2. Bapa saudara saya tinggal di Taiping. 3. Nama kucing saya Tompok. 4. Harga kamus ini RM10. 5. Saya baru tiba di Johor Bharu malam tadi. 6. Kakak yang mengajar saya melukis. 7. Zalina menangis kerana sakit perut. 8. Saya akan bertolak ke Melaka pagi esok. 9. Keadaan ayah saya semakin baik. 10. Harga barang itu RM8. 11. Bakul itu berisi buah rambutan. 12. Raju tidak datang kerana dia kurang sihat. 13. Raju bergaduh dengan kawannya. 14. Dia datang dari Kedah. 15. Kegemaran saya membaca.

SIMPULAN BAHASA 1. Keluarga Ai Lin makan angin ke Pulau Pangkor. 2. Orang tua itu buta huruf kerana tidak bersekolah. 3. Anak sulung Puan Wati bernama Fandi. 4. Zahid dimarahi majikannya kerana dia berat tulang. 5. Ibu memarahi Azmi kerana dia berkaki ayam. 6. Suzi disukai ramai kerana dia baik hati. 7. Kakak selamat melahirkan cahaya mata yang pertama. 8. Lili digelar ulat buku kerana dia gemar membaca. 9. Nenek Ali telah meninggal dunia malam tadi. 10. Tulisan Rahmat yang bagaikan cakar ayam sukar dibaca. 11. Murid yang hidung tinggi itu tidak disukai ramai. 12. Budak yang mulut murai itu dimarahi cikgu. 13. Puan Limah membawa buah tangan semasa melawat saudaranya. 14. Bapa geli hati melihat telatah adik yang lucu. 15. Azmi anak emas majikannya kerana dia rajin bekerja.

IMBUHAN AWALAN 1. Pokok bunga melur itu sudah berbunga. 2. Bendera itu sedang berkibar. 3. Tukang kebun itu sedang membakar sampah. 4. Anjing itu menggonggong tulang. 5. Adik tertelan biji rambutan. 6. Buku-buku itu tersusun di atas meja. 7. Ada 365 hari dalam setahun. 8. Maria ada seutas jam tangan. 9. Surat itu telah ditulis oleh kawan saya. 10. Ular itu telah dipukul oleh Pak Mat. 11. Penjaja itu ialah jiran saya. 12. Suara penyanyi itu sangat merdu. 13. Dia adalah anak kedua. 14. Zali ialah ketua darjah saya. 15. Puan Hasni selalu mengikut kehendak anaknya.

IMBUHAN AKHIRAN 1. Tarian mereka sangat menarik. 2. Ibu memasukkan agar-agar ke dalam acuan. 3. Bangunan itu sangat tinggi. 4. Ribuan penonton menyaksikan pertunjukan itu. 5. Minuman itu sungguh manis. 6. Tolong belikan saya sebatang pensel. 7. Buangkan sampah ke dalam tong sampah. 8. Masukkan garam ke dalam gulai itu. 9. Isikan air ke dalam botol itu. 10. Padamkan lampu sebelum kamu keluar. 11. Letakkan buku itu di situ. 12. Peraturan itu kami patuhi. 13. Hormati ibu dan bapa kita. 14. Peristiwa itu masih kami ingati. 15. Contohi sifat-sifat yang baik.

IMBUHAN APITAN 1. Pertandingan itu sungguh mencabar. 2. Perlawanan bola sepak itu telah ditunda. 3. Kita mesti menghormati ibu dan bapa. 4. Guru Besar selalu menasihati murid-murid. 5. Rumah itu sudah lama didirikan. 6. Orang-orang itu diletakkan di tengah sawah. 7. Kuda-kuda itu berlarian di tengah padang. 8. Rumah saya berhampiran dengan pejabat pos. 9. Kemalangan itu berlaku pagi tadi. 10. Kegemaran saya ialah melukis. 11. Gajah mempunyai badan yang besar. 12. Wani dilahirkan di Hospital Ipoh. 13. Jagalah kebersihan bandar kita. 14. Aishah menghadiahkan anak patung kepada adiknya. 15. Kita mesti menjaga kebersihan sekolah kita.

AYAT TUNGGAL 1. Moi Kit sedang menggosok gigi. 2. Ibu saya seorang guru. 3. Keluarga saya tinggal di rumah teres. 4. Lembu tinggal di dalam kandang. 5. Nama kawan saya Tan May May. 6. Encik Lim menjual air tebu. 7. Si Comel menangkap tikus. 8. Ibu menyapu sampah. 9. Mereka bermain bola di padang. 10. Gunung Kinabalu terletak di Sabah. 11. Sang Kancil binatang yang cerdik. 12. Puan Tan seorang jururawat. 13. Budak-budak itu bermain layang-layang. 14. Doktor Lim bekerja di hospital. 15. Emak mengemas rumah. 16. Kedai itu terbakar. 17. Pak Abu menangkap ikan. 18. Kucing itu mengejar tikus. 19. Rambut Rajeswari panjang. 20.Novel itu sudah habis dibaca. 21. Masakan Puan Hasmah sungguh sedap. 22.Budak nakal itu digigit oleh tebuan. 23.Belon yang berwarna merah telahpun pecah. 24.Jururawat sedang merawat pesakit. 25.Bapa sedang memancing ikan di tepi sungai.

AYAT MAJMUK 1. 2. 3. 4. 5. 6. Rozana sedang memasak nasi sambil mendengar radio. Salmi dan mazni pergi ke sekolah. Azrin mendapat markah tinggi dalam ujian kerana rajin belajar. Rambut Suriani lurus tetapi rambut adiknya keriting. Adik membaca buku cerita sambil makan ais krim. Zaris dimarahi guru kerana dia tidak membuat kerja sekolah.

7. Julia suka berbaju kurung tetapi adiknya suka berseluar panjang. 8. Kura-kura tinggal di dalam air dan di darat. 9. Su Yin berhati-hati di jala raya supaya tidak dilanggar kereta. 10. Nenek memakai cermin mata lalu membaca surat khabar. 11. Farah menyiram pokok bunga setiap hari supaya pokok bunganya hidup subur. 12. Abang memakai kasut lalu keluar. 13. Abang mandi sambil menyanyi. 14. Puan Marina mengambil sehelai kain buruk lalu mengelap lantai. 15. Zali makan dua keping roti dan minum segelas susu.

A. Kata Ganti Nama Diri. Saya berasa bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia. Aku tidak bersetuju dengan pendapat kamu itu. Beta akan berangkat esok, titah Sultan Pahang. Patik akan berjuang dengan berhabis-habisan untuk mempertahankan negeri, ucap Hang Tuah. 5. Adakah engkau masih ingat akan daku? 6. Hamba telah banyak melihat corak hidup manusia, kata pengembara itu kepada Pak Kaduk. 7. Kami akan menyertai perkhemahan di sekolah, kata Ali dan Ayub. 8. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan negara kita. 9. Awak tidak boleh merokok di kawasan ini, kata pengawal itu. 10. Anda dikehendaki hadir tepat pada pukul 8.00 pagi. 11. Engkau tunggu di sini, kata Ai Ling kepada kawannya. 12. Saya amat rindu akan dikau, kata Vijay kepada teman wanitanya. 13. Sebagai murid, kamu hendaklah rajin belajar, kata Guru Besar. 14. Segala titah tuanku akan patik junjung, kata Hang Jebat. 15. Kalian dikehendaki menjawab soalan dengan senyap. 16. Dia berjanji akan berubah, tidak lagi bersikap malas seperti dahulu. 17. Ahmad terjatuh kerana ia ditolak oleh kawannya. 18. Munirah memanggil Maznah sambil melambai padanya. 19. Mereka bergotong-royong membersihkan kampung. 20. Saya suka kepada Cikgu Azizah kerana beliau guru yang berdedikasi. 21. Sultan Selangor tidak dapat menghadiri majlis itu kerana baginda gering. 1. 2. 3. 4.

B. Ayat Soalan 1. Siapakah yang tidak hadir pada hari itu? 2. Apakah yang menyebabkan bangunan itu runtuh? 3. Di manakah berlakunya kemalangan yang ngeri itu? 4. Mengapakah bayi itu asyik menangis sahaja pada hari itu? 5. Bilakah peperiksaan UPSR akan dijalankan? 6. Bagaimanakah caranya membuat tabung ini? 7. Berapakah harga sekilogram sayur kangkung ini?

C. Kata Adjektif 1. Penghulu yang baik hati itu sangat dihormati oleh penduduk kampung. 2. Semua murid berdiri tegak semasa lagu Negaraku dimainkan. 3. Kerja yang dilakukan secara gopoh tidak akan sempurna jadinya. 4. Semua peserta kem motivasi itu memakai pakaian seragam berwarna biru. 5. Karangan itu hendaklah ditulis pada kertas putih. 6. Kasut hitam yang dipakainya itu dibuat daripada kulit buaya. 7. Rumah kecil di hujung sawah itu kepunyaan Pak Leman. 8. Dia menjolok buah itu dengan menggunakan galah yang panjang. 9. Kamus Dewan ialah kamus yang tebal. 10. Meja makan itu berbntuk bujur. 11. Perut Encik Tan semakin buncit keana sudah lama tidak bersenam. 12. Lukis garis lurus untuk menyambungkan kedua-dua titik. 13. Sekolahnya terletak sangat jauh dari rumah. 14. Rumah yang hampir sekali dengan pasar ialah rumah Lucy. 15. Tempat kemalangan itu dekat dengan sekolah saya. 16. Mereka memakai baju baru ke majlis harijadi itu. 17. Encik Rahman suka mendengar lagu-lagu lama nyanyian P.Ramlee. 18. Di bandar itu terdapat banyak restoran yang menjual makanan segera. 19. Encik Lim amat kecewa dengan keputusan PMR anaknya. 20. Dia rindu akan anaknya yang belajar di luar negara. 21. Orang itu sesat jalan kerana dia segan untuk bertanya. 22. Pengaliran air itu sangat deras selepas hujan lebat. 23. Bot laju itu direka khas untuk pertandingan. 24. Tindakan yang segera daripada pihak berkuasa amatlah diharapkan.

25. Kok Wai tidak mahu makan ubat batuk yang pahit itu. 26. Wajah manis gadis itu sungguh menawan hati. 27. Bau busuk dari kilang getah itu mengganggu penduduk kampung.

D. Kata Sendi Nama 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Encik Lingam bekerja di pejabat dari pagi hingga petang. Murid baru berpindah dari negeri Kelantan. Kapal itu belayar dari India. Pemenang-pemenang pidato itu menerima hadiah daripada Guru Besar. Berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada kemalangan. Tas tangan itu dibuat daripada kulit buaya. Ravi telah insaf setelah mendapat pengajaran daripada pengalaman pahit itu. 8. Buku ini lebih tebal daripada buku itu. 9. Ada serumpun serai di belakang rumah saya. 10. Kereta api itu meninggalkan Gemas dan menuju ke Kelantan. 11. Kapal terbang itu berlepas pada pukul lima petang. 12. Gantung gambar itu pada dinding. 13. Dia menghulurkan wang kepada pengemis itu. 14. Jangan sekali-kali bersikap biadab terhadap ibu bapa kamu. 15. Semua rakyat mesti cinta akan negara. 16. Saya pergi ke pasar dengan ibu saya. 17. Ganesh menaip surat dengan komputer. 18. Kucing dapat melihat dalam gelap. 19. Persahabatan mereka sangat erat seperti isi dengan kuku. 20. Rupa gadis itu cantik umpama bidadari. 21. Belajarlah rajin-rajin demi masa depan kamu. 22. Dia membeli buku itu untuk anaknya. 23. Kempen Keselamatan Jalan Raya ini akan berterusan hingga hujung bulan ini. 24. Ah Kau tinggal di sini semenjak dua tahun yang lalu. 25. Mereka berbincang tentang aturcara Malam Kebudayaan. 26. Perhubungan antara Mizan dengan ibu bapanya amat erat. 27. Kotak yang berat itu tidak terangkat oleh John.

E. Kata Hubung 1. Laila makan sekeping roti dan minum segelas Milo. 2. Kamu boleh memilih Siti atau Ani. 3. Dia menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam dewan. 4. Oleh sebab bas sudah penuh, maka terpaksalah dia menaiki teksi. 5. Ibu bapa saya bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 6. Sally membasuh pinggan sambil menyanyi. 7. Pak Man sudah tua tetapi masih sihat. 8. Bukan Boon Tak sahaja yang pandai, malahan adiknya juga pandai. 9. Sampah itu diikatnya, kemudian dibuang ke dalam tong sampah. 10. Dia bertanya lagi padahal dia sudah faham. 11. June hidup mewah sedangkan ibunya hidup menderita di kampung. 12. Orang muda mahupun orang tua boleh menyertai pertandingan itu. 13. Dia masih marah akan saya walhal saya sudah meminta maaf. 14. Marina tidak bahagia selama dia berkahwin dengan lelaki itu. 15. Murid yang sedang membaca buku cerita itu bernama Mei Ling. 16. Ibu saya memberitahu saya bahawa dia akan balik lambat pada hari ini. 17. Akar kayu itu dikumpulkan untuk dibuat ubat. 18. Kamal tidak datang ke sekolah kerana kakinya sakit. 19. Ismail berdoa agar anaknya sihat dan cergas semula. 20. John masih belum tidur meskipun hari sudah larut malam. 21. Sekiranya hari hujan, aktiviti perkhemahan akan dibatalkan. 22. Rancanglah masa depan dengan teliti semoga kita akan berjaya. 23. Belajarlah rajin-rajin supaya boleh mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. 24. Jeeva akan datang jika dia tidak sibuk. 25. Andai kata kamu seorang jutawan, apakah yang akan kamu lakukan? 26. Mereka terus bermain walaupun hari hujan. 27. Kerja itu hendaklah dilakukan sehingga selesai. 28. Dia meneruskan perjalanan sungguhpun hujan turun dengan lebat. 29. Saya membaca buku cerita sementara menunggu bas sekolah. 30. Rumah saya dimasuki pencuri ketika saya berada di luar negara. 31. Tutup semula lampu sebelum tidur. 32. Penonton bersurai setelah pertunjukan selesai. 33. Dia tidak berani menaiki bot sejak kemalangan itu.

F. Kata Seru 1. Aduh, sakitnya badanku disengat lebah! 2. Ah,aku memang tidak percaya! 3. Eh, dahulunya kamu berdua berkawan baik, sekarang tidak bertegur sapa pula! 4. Oh, kecewa sungguh aku melihat perangainya yang sombong itu! 5. Hai, ke mana kamu bersembunyi selama ini! 6. Ha, baru sampai di rumah sudah hendak keluar pula! 7. Aduhai, malangnya nasib kita sebagai pekerja sementara! 8. Wahai anak-anakku, insaflah dan bertaubat kepada Tuhan! 9. Wah, cepatnya dia membuat kerja! 10. Amboi, cantiknya baju kebaya ini! 11. Nah, lihatlah sendiri perangai anak orang kaya ini! 12. Cis, berani engkau mengejekku! G. Awalan ber 1. Lelaki yang bermisai itu ialah guru Matematik saya. 2. Anggota pancaragam itu berbaju biru dan berseluar hitam. 3. Pada bulan Januari, petani-petani mula bersawah padi. 4. Kucing yang saya pelihara itu sudah beranak semalam. 5. Budak itu berlari ke dalam rumah apabila dipanggil oleh ibunya. 6. Ayah saya bercukur setiap pagi sebelum pergi ke pejabat. 7. Buaya itu suka berjemur di bawah matahari yang terik. 8. Dua orang adik-beradik itu sentiasa berkelahi sesama sendiri. 9. Yee berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh. 10. Semua buku itu bersusun di atas meja. 11. Ahmad berdukacita kerana gagal dalam peperiksaannya. 12. Rakyat hendaklah bersatu untuk membangunkan negara. 13. Kami berdua akan membantu Kassim memotong rumput itu. 14. Encik Lim beserta isterinya menghadiri majlis perkahwinan itu. 15. Pasukan hoki Malaysia beroleh kemenangan dalam perlawanan itu.

H. Awalan meN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Dia mengorek lubang untuk menanam sampah itu. Anjing itu menyalak apabila saya mendekatinya. Siew Ling sedang merumput di halaman rumahnya. Helikopter itu mendarat di kawasan lapang. Bangunan baru itu menggunung tingginya. Johan menduda semenjak kematian isterinya. Petani-petani menuai padi yang sudah menguning.

L. Apitan meN...kan 1. Dia melaporkan kehilangan basikalnya kepada polis. 2. Mereka bergotong-royong mendirikan balai raya itu. 3. Pak Halim menceritakan pengalamannnya semasa zaman pemerintahan Jepun. 4. Pak Ali bercadang membesarkan reban ayamnya itu. 5. Dia membantu ibunya membersihkan halaman rumah. 6. kejayaannya dalam peperiksaan itu amat menggembirakan ibu bapanya. 7. Dia ditugaskan untuk menaikkan bendera semasa perhimpunan sekolah. 8. Dolly membacakan ayahnya surat. 9. Puan Gan memasakkan suaminya kari ayam yang amat digemarinya. 10. Dia pergi ke kedai untuk membelikan ibunya sebungkus tepung. 11. Saya meminta Allan mengambilkan saya buku di atas meja itu. J. Apitan meN...i 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Osman menghadiahi isterinya sebentuk cincin berlian. Dukun itu menggunakan akar kayu untuk mengubati pesakitnya. Guna mengirimi adiknya buku-buku yang dikehendakinya. Pak Leman sedang merumputi kebun sayurnya. Anggota pasukan beruniform perlu menjalani latihan berkawat. Cikgu Tan mengetuai rombongan lawatan itu ke Terengganu. Mereka bergotong-royong membaiki jambatan yang rosak itu. Penonton membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

K. Kata Ganda Mereka menyusun meja-meja itu mengikut garis yang lurus. Jam-jam pada dinding itu untuk dipamerkan. Dia membelikan buku-buku rujukan dan latihan untuk anaknya. Orang-orang diletakkan di sawah untuk menakutkan burung. Puan Hasimah menjual kuih-muih di stesen bas itu. Dia memasakkan lauk-pauk yang sedap untuk tetamunya. Ubat-ubatan yang dijualnya diimport dari negara China. Dia melambai-lambai kepada kawannya yang berada di dalam kereta api. 9. Banyak orang lalu-lalang di hadapan kedainya setiap hari. 10. Johan berangan-angan hendak memiliki rumah yang besar. 11. Jangan tergila-gila sangat hendak berkahwin. 12. Dia termenung-menung memikirkan nasibnya yang malang. 13. Dia menuang air panas ke dalam botol dengan berhati-hati. 14. John bertungkus-lumus untuk menyiapkan kerjanya. 15. Dia bermain bermati-matian untuk menewaskan lawannya. 16. Kassim bersalam-salaman dengan kawan-kawannya. 17. Penonton bertolak-tolakan untuk membeli tiket. 18. Pembeli tawar-menawar harga dengan penjual sayur. 19. Pisang akan menjadi kekuning-kuningan apabila masak. 20. Di taman itu ada banyak kupu-kupu. 21. Kura-kura mempunyai kulit yang keras. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. L. Imbuhan Pinjaman 1. Abangnya ialah mahasiswa di Universiti Sains Malaysia. 2. Mereka belajar silat daripada mahaguru itu. 3. Maharani negara India seorang yang sangat jelita. 4. Maharaja negara itu sangat ditakuti oleh rakyatnya. 5. Semua murid hendaklah mematuhi tatatertib sekolah. 6. Buku itu berkaitan dengan tatanegara Malaysia. 7. Gadis itu mempunyai tatasusila yang baik. 8. Gunakan tatabahasa yang betul dalam penulisan. 9. Kanak-kanak sekarang mendapat pendidikan prasekolah. 10. Banyak barang prasejarah dijumpai di kawasan itu.

11. Bapanya bekerja dalam sektor swasta. 12. Kamus dwibahasa itu amat penting amat penting kepada murid-murid di sekolah Cina. 13. Deria bau, deria sentuh, deria rasa, deria dengar, dan deria lihat ialah pancaindera yang penting kepada manusia. 14. Hartawan itu selalu menderma kepada rumah kebajikan. 15. Usman Awang seorang karyawan negara yang tersohor. 16. Filem seniman P.Ramlee masih diminati banyak orang. 17. Seminar itu dihadiri oleh cendekiawan dari seluruh Malaysia. 18. Banyak sukarelawan menyertai projek gotong-royong perdana itu. 19. Profesor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim seorang sejarawan tempatan. 20. Lelaki idamannya itu ialah seorang yang budiman. 21. Seniwati Saloma ialah isteri P.Ramlee. 22. Lagu itu dinyanyikan oleh seorang biduanita terkenal. 23. Kerajaan akan membina lebih banyak politeknik di luar bandar. 24. Poliklinik Ramesh letaknya di kawasan bandar. 25. Penyanyi yang terkenal itu sedang menandatangani autograf untuk peminatnya. 26. Kebanyakan kenderaan pada zaman ini dikendalikan secara automatik untuk kemudahan orang ramai. 27. Ustazah Ani berasal dari Sabah. M. Jenis-jenis Ayat 1. Ayat Penyata 2. Ayat Tanya 3. Ayat Perintah Lelaki tua itu berjalan dengan menggunakan tongkat. Budak itu menangis kerana dia lapar. Perdana menteri menyeru rakyat supaya berjimat. Di manakah buku saya? Siapakah yang patut menyapu sampah pada hari ini? Tuan Haji Ali pengurus syarikat itu? Keluar dari pejabat saya. Siapkan kerja-kerja ini sekarang.

4. Ayat Seruan

Jangan pijak rumput di sini. Jemputlah minum. Minta murid-murid berdiri dan nyanyikan lagu Negaraku. Salinlah ayat-ayat ini. Dilarang merokok. Silalah duduk di sini. Wah, cantiknya taman buga ini! Eh, aku minta kopi, teh pula yang aku dapat! Syabas, kamu berjaya juga akhirnya! Amboi, baiknya adikku hari ini! Aduhai, mengapalah nasibku malang sekali! Aduh, sakitnya badanku!

Anda mungkin juga menyukai