Anda di halaman 1dari 14

BIOGRAFI

1. Ibu Saya

1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang.

2. Nama ibu saya ialah Kavitha.

3. Dia berusia 35 tahun.

4. Ibu amat menyayangi saya.

5. Setiap pagi ibu akan mengejutkan saya bangun daripada tidur.

6. Ibu menyediakan sarapan setiap pagi untuk kami.

7. Ibu saya sentiasa mementingkan kebersihan rumah.

8. Ibu membantu saya menyiapkan kerja rumah.

9. Ibu saya selalu menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh.

10. Saya akan belajar bersungguh-sungguh.

2. Jiran saya

1. Saya ada seorang jiran yang bernama Lavanes.

2. Dia seorang yang baik hati.

3. Dia suka memberi buah-buahan kepada saya.

4. Dia selalu membantu saya menyiapkan kerja rumah.

5. Bapa Lavanes seorang doctor.

6. Ibu Lavanes pula seorang guru.

7. Setiap hari Deepavali, mereka mengajak saya ke rumah mereka.

8. Pada masa lapang, kami pergi berjoging.

9. Anak-anak mereka suka bermain badminton dengan saya.

10. Saya berasa sangat gembira kerana ada jiran yang baik.

1
CERITA
3. Sekolah Saya

1. Nama sekolah saya ialah SJK(T) Ganesar.

2. Sekolah saya sangat besar dan cantik.

3. Sekolah saya ada banyak kelas.

4. Sekolah saya ada sebuah padang.

5. Sekolah saya juga ada banyak pokok bunga.

6. Kantin sekolah saya besar dan bersih.

7. Guru-guru di sekolah saya baik.

8. Murid-murid sekolah saya rajin belajar.

9. Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan.

10. Saya sayang akan sekolah saya.

4. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah Zoo. Ceritakan pengalaman

kamu.

1. Ahad lalu, saya dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur.

2. Kami pergi menaiki kereta.

3. Saya berbual-bual dengan adik di sepanjang jalan.

4. Kami tiba di Zoo Negara.

5. Kami melihat ramai orang di sana.

6. Kami melihat harimau, gajah, ular, kuda dan lain-lain.

7. Kami melihat gajah menari.

8. Ada burung kakak tua yang pandai bercakap.

9. Pada pukul 7.00 malam, kami pun pulang.

10. Saya berasa gembira kerana dapat banyak pengalaman.

2
5. Tulis sebuah karangan tentang percutian ke Cameron Highlands

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.

2. Kami pergi dengan menaiki kereta.

3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual.

4. Tidak lama kemudian, kami pun tiba di Cameron Highlands.

5. Kami melihat ramai pelancong di sana.

6. Kami melawat ladang the, ros dan limau.

7. Kami juga mengambil gambar di sana.

8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang.

9. Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu.

10. Saya berharap dapat melawat lagi di sana.

6. Tulis sebuah karangan tentang berkelah di tepi pantai.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi berkelah.

2. Kami pergi dengan menaiki kereta.

3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual.

4. Tidak lama kemudian, kami pun tiba di Teluk Batik.

5. Kami melihat ramai pengunjung di sana.

6. Kami meletakkan barang-barang di bawah pokok.

7. Saya dan abang pergi berenang.

8. Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa.

9. Kami pulang pada pukul 5.00 petang.

10. Saya berharap dapat datang ke sini lagi.

3
AUTOBIOGRAFI
7. Aku Sebuah Kereta

1. Aku sebuah kereta.

2. Nama aku ialah “Proton Saga”.

3. Aku dilahirkan di sebuah kilang.

4. Aku diperbuat daripada besi.

5. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke kedai menjual kereta.

6. Aku telah dipamerkan di kedai menjual kereta.

7. Pada suatu hari, seorang pemuda datang membeli aku.

8. Beliau memandu aku ke rumah.

9. Beliau menggunakan aku semasa pergi ke pejabat.

10. Aku berasa gembira kerana berjasa kepada Tuan aku.

8. Aku Sebuah Komputer

1. Aku sebuah komputer.

2. Nama aku ialah “Acer”.

3. Aku dilahirkan di sebuah kilang.

4. Aku diperbuat daripada plastik dan wayar.

5. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke kedai menjual komputer.

6. Aku telah dipamerkan di kedai menjual komputer.

7. Pada suatu hari, seorang pemuda datang membeli aku.

8. Beliau membawa aku ke rumah.

9. Beliau sentiasa menggunakan aku.

10. Aku berasa gembira kerana berjasa kepada Tuan aku.


4
MELENGKAPKAN CERITA
9. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi, aku membaca buku di dalam bilik tidur.

Tiba-tiba…………….

1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu.

2. Aku bangun dan buka pintu.

3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang.

4. Aku membuka pintu tetapi tidak ada apa-apa di situ.

5. Aku masuk ke bilik semula.

6. Sekali lagi aku terdengar bunyi ketukan pintu dan aku membuka pintu.

7. Aku lihat seorang berdiri di depanku.

8. Aku pengsan.

9. Aku berasa badan aku digoncang-goncang.

10. Rupa-rupanya aku bermimpi.

CATATAN
10. Berkelah di air terjun
Ahad, 12 April 2016.

7.00 pagi : Saya dan keluarga bersiap untuk pergi berkelah.

8.00 pagi : Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.

8.30 pagi : Kami sekeluarga pergi dengan menaiki kereta.

9.30 pagi : Kami tiba di situ.

10.00 pagi : Kami mandi di air terjun.

5
12.00 tengah hari : Kami makan di tepi air terjun.

2.0 etang : Kami pulang ke rumah dengan berasa gembira.

11. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis

sebuah catatan tentang lawatan anda itu.

Ahad, 15 Mac 2016.

7.00 pagi : Bertolak ke Cameron Highlands

8.00 pagi : Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.

8.30 pagi : Kami sekeluarga pergi dengan menaiki kereta.

10.30 pagi : Kami tiba di Cameron Highlands. Kami melihat ramai pelancong

di sana.

11.00 pagi : Kami melawat ladang teh dan ros.

12.00 tengah hari : Kami makan di sebuah restoran.

2.00 petang : Kami pulang ke rumah dengan berasa gembira.

6
KEPERIHALAN
12. Tulis sebuah karangan tentang Hari Ibu.

1. Pada 8 Mei yang lalu, keluarga telah menyambut Hari Ibu.

2. Pada hari itu, bapa membeli sebiji kek untuk ibu.

3. Kek itu sangat cantik.

4. Kakak memasak mi goring.

5. Kemudian, kami menyanyi lagu selamat hari ibu.

6. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu.

7. Kami juga memberi hadiah kepada ibu.

8. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.

9. Saya amat sayang akan ibu.

10. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

13. Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah kamu.

1. Pada 30 Ogos yang lalu, sekolah saya telah menyambut hari kemerdekaan.

2. Sebelum majlis bermula, murid-murid menghiaskan dewan sekolah.

3. Murid-murid berkumpul di dewan sekolah.

4. Dif-dif kehormat telah sampai ke dewan sekolah.

5. Guru besar telah memberi ucapan.

6. Tuan Pegawai merasmikan sambutan hari kemerdekaan.

7. Murid-murid menyanyikan lagu negaraku.

8. Perbagai persembahan dan pertandingan telah diadakan seperti menyanyi lagu,

drama dan sebagainya.

7
9. Guru Besar memberi hadiah kepada pemenang.

10. Murid-murid pulang ke rumah dengan gembira.

FAKTA
14. Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan.

1. Menjaga kebersihan sangat penting.

2. Kita mesti menjaga kebersihan kawasan perumahan kita.

3. Kita mestilah mengadakan gotong-royong.

4. Kita hendaklah menanam tin-tin kosong.

5. Kita haruslah mencuci longkang yang tersumbat.

6. Kita tidak boleh membuang sampah ke merata-rata tempat.

7. Kita tidak boleh melakukan pembakaran terbuka.

8. Semua penduduk mestilah bekerjasama.

9. Oleh itu, kita perlu menjaga kerbersihan kawasan perumahan kita.

10. Negara bersih rakyat sihat.

15. Faedah/Kebaikan/Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum


di sekolah

1. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas.

2. Kita dapat mengisi masa lapang.

3. Kita dapat memupuk sikap bertanggungjawab.

4. Kita dapat belajar hidup bekerjasama dan berdikari.

5. Kita dapat belajar mematuhi peraturan.

6. Kita dapat belajar menjadi ketua.

7. Kita juga dapat kawan baharu.

8. Kita juga dapat berfikir dengan baik.

8
9. Kita mesti ikut aktiviti kokurikulum.

10. Kita dapat banyak faedah.

LAPORAN
16. Hari Penyampaian Hadiah (sekolah kamu)

Laporan Hari Penyampaian Hadiah SJK(T) Ganesar

1. Pada 15 November yang lalu, SJKT Ganesar mengadakan hari penyampaian

hadiah.

2. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid berkumpul di dewan.

3. Kami menyanyi lagu Negaraku.

4. Selepas itu, Guru Besar memberi ucapan.

5. Guru Besar memberi hadiah kepada murid yang berjaya.

6. Ada murid-murid menyanyi dan menari.

7. Pada pukul 12.00 tengah hari, jamuan telah diadakan.

8. Murid-murid pulang ke rumah pada pukul 1.00 tengah hari.

9. Murid-murid berasa sangat gembira.

10. Kami berharap majlis ini akan diadakan lagi.

Disediakan oleh, 20 November 2015


Ravin
(RAVIN RAJ A/L GUNASEGARAN)

Setiausaha Hari Penyampaian Hadiah

9
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
17. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tulis sepucuk
surat kepada sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu
belajar di sekolah baharu itu.

34A, Blok C,
Asrama SJK(T) Ganesar,
09800 Serdang,
Kedah.

24 Mac 2016

Menemui saudara Kumar yang berada di Ipoh, semoga saudara dan keluarga sihat sejahtera.

Saudara,

1. Tujuan saya ingin beritahu dapat belajar ke sekolah asrama penuh.

2. Saya ingin beritahu pengalaman saya berada di sekolah ini.

3. Saya telah belajar di sini selama dua bulan.

4. Ada banyak perbezaan antara sekolah biasa dengan sekolah ini.

5. Kami mesti hadir ke kelas tambahan pada pukul 5.00 petang.

6. Setiap murid mesti mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

7. Murid-murid mesti belajar dari pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.

8. Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 10.00 malam.

9. Saya seronok tinggal di sini kerana dapat berdikari.

10. Sekian sahaja buat kali ini.

Sahabatmu,

10
Poovendran

18. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan


pengalaman anda bercuti ke kampung datuk anda

No. 40, Taman Orkid,


09800 Serdang,
Kedah.

15 Mac 2016

Menemui sahabatku, Loges yang berada di Ipoh, semoga saudara dan keluarga sihat

sejahtera.

Saudari,

1. Pada cuti yang lalu, saya sekelurga pulang ke kampung.

2. Kami pergi dengan menaiki kereta.

3. Dalam perjalanan, kami bernual-bual.

4. Di kampung datuk saya, musim buah-buahan.

5. Kami pergi ke dusun datuk.

6. Kami juga memetik buah-buahan.

7. Selepas itu, kami makan buah-buahan.

8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang.

9. Saya berharap dapat pulang ke kampung lagi.

10. Sekian, semoga bertemu lagi.

Sahabatmu,
poovendran
(POOVENDRAN A/L MUNIANDY)

11
SURAT KIRIMAN RASMI
19. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana nenek kamu sakit di
kampung. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk
memaklumkan perkara tersebut.

U. Ugan Raj,
No.20, Taman Serdang,
09800 Serdang,
Kedah.
Guru Kelas 6 Kambar,
SJK(T) Ganesar,
098000 Serdang,
Kedah. 20 Januari 2016

Tuan,

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah

1. Merujuk perkara di atas, saya Ugan Raj tidak dapat hadir ke sekolah.

2. Saya tidak dapat hadir kerana mengikut keluarga pulang ke kampung.

3. Kami melawat nenek yang sakit di kampong.

4. Untuk makluman cikgu, nenek saya dimasukkan ke hospital.

5. Saya akan bertanya kawan tentang kerja sekolah.

6. Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

7. Saya akan hadir semula selepas itu.

8. Saya berharap cikgu menerima permohonan saya ini.

9. Sekian, terima kasih.

12
Yang benar,

……………………………………

(UGAN RAJ A/L UGERLINGAM)

UCAPAN
20. Sebagai ketua murid, kamu diminta berucap pada hari

perpisahan murid-murid tahun enam. Guru Besar dan guru-guru

hadir pada majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan sekalian.

1. Saya berasa sangat sedih.

2. Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru.

3. Saya akan selalu ingat jasa guru.

4. Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan.

5. Saya mewakili murid lain minta maaf.

6. Saya harap kawan-kawan tidak lupa jasa guru.

7. Kami akan menjaga nama baik sekolah.

8. Kami berjanji untuk mencapai cita-cita.

9. Saya berharap guru doakan kejayaan kami.

10. Sekian, terima kasih.

13
Disediakan Oleh,
Cik. A. Uma Devi
SJK(T) Ganesar

14

Anda mungkin juga menyukai