Anda di halaman 1dari 18

LATIH TUBI KARANGAN UNTUK TAHAP 1(TAHUN 1,2 DAN 3)

ASAS MENGARANG
MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PENANDA WACANA
Pada minggu yang lalu,
1. – ibu - pasar – kereta
Pada minggu yang lalu,saya dan ibu pergi ke pasar dengan menaiki kereta.
2.- adik - kedai runcit – menunggang basikal
3.– bapa - pasar malam – menunggang motosikal
4.- pak cik - Pasar Raya Jaya Jusco – kereta
5. – keluarga - Zoo Negara – bas
6. – sekeluarga - kampung datuk dan nenek – van
7. – sekeluarga - Port Dirkson – kereta
8.- kakak - pameran buku – bas
9. – nenek - Pulau Langkawi – feri
10. – keluarga mak cik saya - Sabah – kapal terbang

Tidak lama kemudian,


1.- tiba – pasar
Tidak lama kemudian, kami pun tiba di pasar.
2. - tiba - kedai runcit
3.– tiba - pasar malam
4.- tiba - Pasar Raya Jaya Jusco
5. – tiba - Zoo Negara
6. – tiba - kampung datuk dan nenek
7. – tiba - Port Dirkson
8. - tiba - pameran buku
9. – tiba - Pulau Langkawi
10. – sampai - Sabah

1
Selepas itu,
1.membeli ikan,sayur – daging ayam – pasar
Selepas itu,ibu membeli ikan,sayur dan daging ayam di pasar
kedai runcit
3.– membeli baju dan buah-buahan - pasar malam
4.- membeli kasut – alat mainan - Pasar Raya Jaya Jusco
5. – membeli tiket - Zoo Negara
6. – bersalam - datuk dan nenek
7. – membentangkan tikar - menukar pakaian - Port Dirkson
8. - membeli kamus – novel - pameran buku
9. – melawat Dataran Lang - Pulau Langkawi
10. – mendaftar masuk - hotel - Sabah

KAEDAH BERPERINGKAT

PERINGKAT 1 = T & T
PERINGKAT 2 = ISI TEMPAT KOSONG
PERINGKAT 3 = BERDASARKAN RANGKAI KATA

Peringatan
1.Setiap murid mesti ada tiga buah buku latihan.
1. Tiru dan Tulis ( T & T)
2. Melengkapkan Karangan - Isi Tempat Kosong
3. Karangan Berdasarkan Rangkai Kata

Adakah amalan kaedah berperingkat ini berkesan?


Jawapan : Ya,amat berkesan kerana memudahkan guru-guru.Semua murid menulis
karangan yang sama.

Bagaimanakah dengan murid pemulihan(buta 3M)?


Jawapan : Murid pemulihan tidak berupaya menyiapkan peringkat 2 dan 3.Oleh
itu,mereka diminta membuat peringkat 1(T&T) sahaja sebanyak 5 kali bagi setiap
karangan dengan tulisan yang cantik.Warnakan latar belakang karangan itu supaya
mereka berasa ceria setelah menyalin karangan.

Berapakah tajuk karangan yang perlu dijalankan dalam seminggu?


Jawapan : Seminggu 1 tajuk.

2
PERINGKAT 1 = T & T

Salin karangan di bawah.


Pergi ke Pasar

Pada minggu yang lalu, saya dan ibu pergi ke pasar dengan menaiki teksi.
Di pasar ada ramai orang. Ada penjual dan ada yang membeli. Suasana di pasar
riuh-rendah.
Ibu membeli ikan, daging ayam dan sayur. Di luar pasar ibu membeli buah-
buahan. Sebelum pulang ,ibu membelikan saya sebuah buku cerita.
Saya berasa gembira kerana dapat mengikut ibu pergi ke pasar.

PERINGKAT 2 = ISI TEMPAT KOSONG

Isi tempat kosong dengan perkataan yang disediakan.

minggu teksi ramai penjual


riuh-rendah membeli buku cerita gembira

Pergi ke Pasar

Pada _____________yang lalu, saya dan ibu pergi ke pasar dengan menaiki
____________.
Di pasar ada __________ orang. Ada ______________ dan ada yang membeli.
Suasana di pasar ______________.
Ibu______________ ikan, daging ayam dan sayur. Di luar pasar ibu membeli
buah-buahan. Sebelum pulang ibu membelikan saya sebuah______________ .
Saya berasa _____________ kerana dapat mengikut ibu pergi ke pasar.

PERINGKAT 3 = BERDASARKAN RANGKAI KATA

Tulis karangan berdasarkan rangkai kata berikut.

saya – ke pasar
menaiki teksi
pasar – ramai orang
penjual – pembeli
riuh-rendah
membeli – ikan - sebuah buku - berasa gembira

PERINGKAT 1

Salin karangan di bawah


Cita-Cita Saya

Saya bernama Ng Kar Long. Saya berumur 9 tahun. Saya tinggal di Kampung
Baru Temoh. Saya hendak bercerita tentang cita-cita saya.

3
Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang guru. Saya suka menjadi guru kerana
tugas guru sangat baik. Saya dapat membantu murid-murid belajar dan menjadi pandai.
Saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya itu. Apabila
saya menjadi guru saya dapat membalas jasa ibu bapa saya.
Saya berdoa supaya cita-cita saya ini tercapai.

PERINGKAT 2
Isi tempat kosong dengan perkataan yang disediakan.

berumur guru baik membantu pandai


belajar jasa cita-cita

Cita-Cita Saya

Saya bernama Ng Kar Long. Saya __________ 9 tahun. Saya tinggal di Kampung
Baru Temoh. Saya hendak bercerita tentang cita-cita saya.
Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang________. Saya suka menjadi guru
kerana tugas guru sangat_________. Saya dapat ________murid-murid belajar dan
menjadi _________ .
Saya perlu ___________ bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya itu.
Apabila saya menjadi guru saya dapat membalas __________ibu bapa saya.
Saya berdoa dan berusaha supaya __________saya ini tercapai.

PERINGKAT 3

Tulis karangan berdasarkan rangkai kata berikut.

nama – berumur
bercerita – cita-cita saya
cita-cita – menjadi
tugas – baik
membantu – belajar – pandai
belajar – mencapai
membalas – jasa - berdoa - tercapai
PERINGKAT 1

Salin karangan di bawah


Pergi ke Perpustakaan

Pada setiap hari Isnin, saya dan rakan-rakan akan pergi ke perpustakaan. Cikgu
Ali akan membawa kami ke perpustakaan untuk membaca buku.
Di perpustakaan ada banyak buku dan majalah. Buku-buku disusun dengan rapi di
rak. Majalah pula digantung pada dinding.
Saya dan kawan-kawan suka membaca buku cerita. Banyak buku cerita di
perpustakaan. Saya akan meminjam sebuah buku cerita untuk dibaca di rumah.
PERINGKAT 2

4
Isi tempat kosong dengan perkataan yang disediakan.
Pergi ke Perpustakaan

Pada setiap hari ________________, saya dan ___________ akan pergi ke


perpustakaan. Cikgu Ali akan ______________ kami ke perpustakaan untuk
____________________ buku.
Di perpustakaan ada banyak buku dan ______________. Buku-buku disusun
dengan rapi di _________. Majalah pula digantung pada ________________.
Saya dan kawan-kawan suka membaca buku_____________. Banyak buku cerita
di perpustakaan. Saya akan _____________sebuah buku cerita untuk dibaca di
______________.
(tiada jawapan/murid fikir sendiri)

PERINGKAT 3

Tulis karangan berdasarkan rangkai kata berikut.

Isnin - rakan-rakan – perpustakaan


membawa - membaca buku.
disusun - rak
majalah – digantung
buku cerita - meminjam
di rumah

********** cubalah kaedah berperingkat ini ********

(3 contoh tajuk yang lain)


SEKOLAH SAYA

Sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pheng Lok yang terletak di
Air Kuning, Kampar, Perak.
Sekolah saya agak besar. Ada tiga buah bangunan, sebuah pejabat, kantin dan
perpustakaan. Di belakang perpustakaan ialah sebuah padang yang luas.
Sekolah saya juga mempunyai sebuah kebun bunga. Antara bunga yang
ditanam di situ ialah bunga mawar, bunga raya, bunga kekwa dan bunga orkid.
Semua guru sungguh baik.Murid-murid pula sentiasa mematuhi peraturan.Saya
berasa sangat gembira belajar di sekolah ini.

IBU SAYA

5
Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya kerana ibu sayalah yang telah
melahirkan saya.Beliau membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.
Walaupun sudah tua, ibu saya masih sihat dan cergas. Beliau memelihara ayam
dan itik untuk dijual di pasar. Beliau juga menanam jagung.
Ibu sering menasihati saya supaya belajar dengan rajin supaya cerah masa
depan. Saya berjanji untuk mengikut nasihatnya.
Saya akan membalas jasa baik ibu saya apabila saya dewasa nanti.

HOBI SAYA

Setiap orang mempunyai hobi.. Begitu juga dengan saya. Hobi saya bermain
piano pada masa lapang.
Saya mula bermain piano semenjak umur saya lima tahun lagi. Apabila
saya bermain piano, saya akan berasa terhibur. Ibu bapa saya suka melihat dan
mendengar saya bermain piano. Saya belajar bermain piano daripada abang saya
sendiri. Abang saya seorang pemain piano yang hebat.
Pada hari lahir saya yang lepas, bapa saya telah menghadiahkan sebuah piano
yang baharu kepada saya. Saya berasa sungguh gembira.
Suatu hari nanti saya ingin menjadi seorang pemain piano yang terkenal.

KAEDAH 10 AYAT MUDAH (untuk murid 2)

1.Salin dan hafal


2.Kemudian tulis 10 ayat yang dihafal

TEMA KELUARGA

Tajuk 1 : Aktiviti Minggu Saya

1. Hujung minggu ialah hari cuti .


2. Hari yang selalu saya tunggu.
3. Semua ahli keluarga saya berkumpul di rumah.
4. Kami bergotong-royong membersihkan rumah.
5. Saya mencuci longkang.
6. Abang menyapu daun-daun kering.
7. Bapa pula mencuci longkang.
8. Emak dan kakak menyediakan makanan.
9. Selepas bergotong-royong,kami pun makan dan minum.
10. Saya sangat gembira kerana rumah saya sudah bersih.

6
(50 patah perkataan)

Tajuk 2 : Pergi ke Dusun Datuk

1. Pada minggu lalu,saya dan keluarga pulang ke kampung.


2. Saya dan datuk pergi ke dusunnya.
3. Ketika itu musim buah-buahan.
4. Ada banyak pokok buah.
5. Saya membantu datuk memungut buah durian.
6. Selepas itu,datuk mengait buah rambutan dan manggis.
7. Saya makan sepuluh ulas durian dan tiga biji rambutan.
8. Udara di dusun nyaman dan segar.
9. Di bandar udara kotor.
10. Saya berasa seronok dan gembira berada di kampung datuk.

Tajuk 3 : Pergi Berkelah di Air Terjun


1. Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga pergi berkelah di air terjun.
2. Ibu menyediakan makanan dan barang keperluan.
3. Saya sekeluarga pergi dengan menaiki kereta ayah.
4. Ayah membentangkan tikar di bawah pokok.
5. Kami mandi di air terjun.
6. Suasana meriah kerana ramai orang.
7. Saya mandi sekali lagi sebelum pulang ke rumah.
8. Kami makan dan minum sambil berbual-bual.
9. Kami berasa seronok
10. . Saya mahu pergi lagi.

Tajuk 4 : Budak yang Nakal

1. Kok Kent seorang budak yang nakal.


2. Kok Kent suka mengganggu lembu Pak Ali.
3. Pak Ali mengadu kepada ibu bapanya.
4. Ibu bapanya menasihatinya tetapi dia masih buat juga.
5. Suatu hari, dia diserang lembu itu.
6. Kok Kent lari dan jatuh ke dalam parit.
7. Badannya luka-luka dan kakinya patah.
8. Dia dihantar ke hospital.
9. Kok Kent berasa insaf.
10. Dia mahu menjadi budak yang baik.

Tajuk 5 : Mimpi Saya

1. Aku terdengar bunyi ketukan pintu.


2. Aku bangun dan membuka pintu.
3. Aku ingat ibu dan bapa sudah pulang.
4. Aku membuka pintu tapi tidak ada apa-apa di situ.

7
5. Aku berasa hairan.
6. Aku masuk ke bilik semula.
7. Sekali lagi aku mendengar bunyi ketukan pintu.
8. Aku membuka pintu,tiba-tiba ada satu lembaga yang besar.
9. Aku pengsan,badan aku digoncang-goncang.
10. Rupa-rupanya aku bermimpi.

Tajuk 6 : Ibu Saya

1. Saya mempunyai seorang ibu yang penyayang.


2. Nama ibu saya ialah ____________.
3. Beliau berusia _________ tahun.
4. Ibu amat menyayangi saya.
5. Setiap pagi ibu membangunkan saya.
6. Ibu menyediakan sarapan setiap pagi.
7. Ibu suka mengemas rumah.
8. Rumah sentiasa bersih dan kemas.
9. Ibu selalu menasihati saya supaya menjaga kebersihan diri.
10. Saya akan mematuhi nasihat ibu.

Tajuk 7 : Menyelamatkan Budak Lemas

1. Pada hari Ahad, saya dan keluarga pergi berkelah.


2. Ramai orang pada hari itu.
3. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
4. Saya pergi berenang, bapa dan adik saya bermain bola di tepi pantai.
5. Tiba-tiba, saya terdengar orang meminta tolong.
6. Suara itu dekat dengan saya .
7. Saya lihat seorang budak lemas.
8. Saya menarik tangan budak itu dan berenang ke pantai.
9. Orang ramai di situ membantu saya mengangkat budak itu.
10. Bapa budak itu berterima kasih kepada saya.
11. Saya gembira kerana dapat menolong orang.

ITajuk 8 : Bercuti di Kawasan Peranginan

1. Pada cuti yang lalu,saya sekeluarga pergi ke Cameron Highlands.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di Cameron Highlands.

8
5. Kami melihat ramai pelancong di sana.
6. Kami melawat ladang teh, ros dan limau.
7. Kami juga mengambil gambar di sana
8. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
9. Saya berasa gembira kerana dapat banyak ilmu.
10. Saya berharap dapat melawat ke sana lagi.

Tajuk 9 : Berkelah di Tepi Pantai

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi berkelah


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan,kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian ,kami pun tiba di pantai Teluk Batik.
5. Kami melihat ramai pengunjung di sana.
6. Kami meletakkan barang di bawah pokok.
7. Saya dan abang pergi berenang.
8. Selepas itu, kami makan bekalan yang dibawa.
9. Kami pulang pada pukul 5.00 petang
10. Saya berharap dapat datang ke sana lagi.

Tajuk 10 : Melawat Zoo Negara.

1. Pada cuti yang lalu, saya sekeluarga pergi ke Zoo Negara


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Dalam perjalanan, kami berbual-bual.
4. Tidak lama kemudian , kami tiba di Zoo Negara.
5. Kami melihat ramai orang di sana.
6. Kami melihat harimau,singa,monyet, burung dan lain-lain.
7. Kami juga melihat gajah menari.
8. Selepas itu, kami makan tengah hari.
9. Kami pulang pada pukul 4.00 petang.
10. Saya berharap boleh pergilagi

Tajuk 11 : Hari Ibu.

1. Pada 14 Mei yang lalu,keluarga saya telah menyambut Hari Ibu.


2. Pada hari itu ,bapa membeli sebiji kek untuk ibu.
3. Kek itu sangat cantik.
4. Kakak memasak mi goreng.
5. Kemudian, kami menyanyi lagu Selamat Hari Ibu.

9
6. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu.
7. Kami juga memberi hadiah kepada ibu.
8. Ibu berasa amat gembira apabila membuka hadiah itu.
9. Saya amat sayang akan ibu.
10. Saya berjanji akan membalas jasa ibu.

Tajuk 12 : ”Seperti Aur Dengan Tebing”

1. Ahad lalu,saya dan keluarga bergotong-royong.


2. Bapa menyediakan cangkul,cat dan penyapu.
3. Ibu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah.
4. Kakak membersihkan longkang di depan rumah.
5. Abang pula mengecat dinding rumah.
6. Saya mengutip sampah-sarap.
7. Apabila letih dan dahaga,kami pun minum.
8. Pada pukul 2.00 petang,kami habis bergotong-royong.
9. Kami berasa sangat gembira kerana kawasan rumah saya sudah cantik.
10. Kerjasama kami seperti aur dengan tebing.

Tajuk 13 : Memancing ikan

1. Ahad lalu, saya dan bapa pergi memancing ikan.


2. Kami memancing di sebatang sungai.
3. Kami pergi dengan menaiki kereta.
4. Kami membawa joran,umpan,mata kail dan baldi.
5. Kami mencari tempat yang redup.
6. Tiba-tiba , umpan saya dimakan ikan.
7. Saya mendapat seekor ikan yang besar.
8. Bapa pula mendapat lima ekor ikan.
9. Pada pukul 7.00 malam, kami pun pulang.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat pergi memancing ikan.
Tajuk 14 : Pergi ke Pasar Malam

1. Ahad lalu,saya dan ibu pergi ke pasar malam.


2. Kami pergi dengan menaiki kereta.
3. Ramai orang sedang membeli-belah.
4. Suasana riuh-rendah.
5. Ada banyak gerai menjual pelbagai barang.
6. Saya membeli sepasang kasut dan sehelai baju.
7. Ibu pula membeli ikan,ayam ,sayur dan buah-buahan.
8. Saya juga membeli nasi ayam untuk makan malam.
9. Pada pukul 9.00 malam, kami pun pulang.
10. Saya mahu pergi lagi.

Hari Lahir Saya

1. Pada Ahad lalu, ibu mengadakan majlis hari lahir saya.


2. Saya mengajak ramai kawan.
3. Ibu membeli sebiji kek yang cantik untuk saya.
4. Kakak menghias ruang tamu.
5. Pada pukul 7:00 malam,semua kawan sudah datang.

10
6. Mereka membawa pelbagai hadiah untuk saya.
7. Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya.
8. Saya meniup api lilin lalu mereka bertepuk tangan.
9. Kami makan-makan sambil bermain permainan.
10. Saya berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

Tajuk 16 : ”Melentur Buluh Biarlah daripada Rebungnya”


1. Saya ada sebuah keluarga yang bahagia.
2. Ibu saya seorang suri rumah.
3. Bapa pula seorang guru.
4. Saya ada tiga adik lelaki.
5. Seorang perempuan dan dua orang lelaki.
6. Ibu saya seorang yang tegas.
7. Setiap hari, beliau mengajar kami nilai-nilai yang baik.
8. Bapa pula selalu mengingati kami agar rajin belajar.
9. Beliau sentiasa membantu kami jika kami tidak faham sesuatu pelajaran.
10. Ibu bapa kami yakin dengan kami kerana mereka tahu Melentur Buluh
Biarlah daripada Rebungnya’ .

Tajuk 17 : Berkebun
1. Saya dan ayah suka berkebun.
2. Kami menanam sayur-sayuran.
3. Kami menanam sawi,cili,kubis dan kacang panjang.
4. Setiap hari, ayah menyiram sayur-sayuran itu.
5. Saya pula mencabut rumput-rumput di atas batas.
6. Ibu memetik sayur-sayuran yang sudah besar.
7. Bapa menjual sayur-sayuran itu di pasar malam.
8. Bapa mendapat banyak duit.
9. Bapa menyimpan duit ke dalam bank.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong bapa.
Tajuk 18 : Melawat Datuk di Hospital.
1. Ahad lalu,saya dan keluarga pergi ke hospital.
2. Kami melawat datuk yang sakit.
3. Datuk demam panas sejak semalam.
4. Saya bersalam dengan datuk sambil memberi buah tangan.
5. Datuk mengucapkan terima kasih.
6. Seorang doktor memberi ubat kepada datuk.
7. Ayah dan ibu berbual-bual dengan datuk.
8. Saya mengupas buah epal untuk datuk.
9. Pada pukul 7:00 malam,kami pun pulang.
10. Saya berdoa agar datuk cepat sembuh.

Tajuk 19 : Berhari Raya di Rumah Kawan

1. Saya ada seorang kawan yang baik bernama Ali.


2. Ahad lalu,saya sekeluarga pergi ke rumahnya.
3. Ali merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.
4. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ali.
5. Ali menjemput saya masuk ke dalam rumahnya.
6. Ibu Ali menghidangkan kuih raya dan lemang.

11
7. Saya makan sambil berbual-bual dengan Ali.
8. Bapa Ali memberi duit raya kepada saya.
9. Saya mengucapkan terima kasih.
10. Pada pukul 7:00 malam,saya pun pulang.

Tajuk 20 : Membantu jiran.

1. Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.


2. Ahad lalu, dia balik ke kampungnya.
3. Abu meminta saya sekeluarga menjaga rumahnya.
4. Suatu hari, ada seorang pemuda yang bertopeng.
5. Dia membuka besi tingkap rumah Abu.
6. Dia masuk ke dalam rumah Abu.
7. Saya cepat-cepat menelefon polis.
8. Polis datang lalu menangkapnya.
9. Abu pulang dari kampung,dia berterima kasih kepada saya sekeluarga.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong jiran saya.

TEMA MASYARAKAT

Tajuk 21 : Jiran Saya


1. Saya ada seorang jiran yang baik bernama Abu.
2. Dia seorang yang baik hati.
3. Dia suka memberi buah-buahan kepada saya.
4. Dia selalu membantu saya menyiapkan kerja rumah.
5. Bapa Abu seorang doktor.
6. Ibu Abu pula seorang guru.
7. Setiap hari raya, mereka mengajak saya ke rumah mereka.
8. Pada masa lapang,kami pergi berjoging.
9. Anak-anak mereka suka bermain badminton dengan saya.
10. Saya berasa sangat gembira kerana ada jiran yang baik.

Tajuk 21 : Gotong-royong
1. Taman Aman mengadakan gotong-royong
2. Gotong-royong diadakan pada 1 April 2008.
3. Semua orang berkumpul di dewan.
4. Ada yang membawa cangkul.
5. Ada yang membawa sabit.

12
6. Ada yang membawa cat.
7. Semuanya tolong-menolong mencuci longkang.
8. Ada yang mengecat dewan.
9. Ada yang menebas lalang.
10. Semua penduduk gembira kerana kawasan taman sudah bersih.

Tajuk 22 : Pergi ke Majlis Perkahwinan

1. Hari Ahad saya pergi ke rumah orang kahwin.


2. Saya pergi dengan bapa dan ibu.
3. Ramai orang di situ.
4. Suasana sangat meriah.
5. Saya sekeluarga makan nasi minyak .
6. Saya banyak makan ayam goreng.
7. Pengantin sangat cantik.
8. Ada pemuda-pemuda bermain kompang.
9. Pengantin bersanding di atas pelamin.
10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat banyak pengalaman.

Tajuk 23 : Kebaikan Hidup Berjiran

1. Jiran ialah orang yang tinggal setaman dengan kita.


2. Hidup berjiran sangat penting.
3. Hidup berjiran banyak kebaikannya.
4. Pertamanya, kita dapat menolong jiran yang miskin.
5. Keduanya, jiran dapat menolong menjaga rumah kita apabila kita keluar.
6. Ketiganya,kita dapat bermain bersama-sama.
7. Keempatnya,kita dapat bertukar-tukar idea.
8. Kelimanya,kita dapat memupuk perpaduan.
9. Tanpa jiran hidup kita sunyi.
10. Oleh itu, kita mestilah menghormati jiran.
Tajuk 24 : Kebaikan Tinggal di Desa

1. Desa ialah kampung.


2. Ada banyak faedah tinggal di kampung.
3. Pertamanya, kita dapat udara segar.
4. Ini kerana tiada pencemaran alam di desa.
5. Keduanya, kita dapat tolong-menolong sesama jiran sekampung.
6. Ketiganya,kita dapat mengamalkan gotong-royong.
7. Keempatnya,kita dapat melihat keindahan suasana desa.
8. Kelimanya, kita dapat merasa makanan kampung.
9. Banyak kebaikan tinggal di desa.
10. Oleh itu, semua orang mestilah menjaga keindahan kampung.

Tajuk 25 : Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan

1. Menjaga kebersihan sangat penting.


2. Kawasan perumahan kita mestilah kita jaga.
3. Kita mestilah mengadakan gotong-royong.
4. Gotong-royong untuk membersihkan kawasan perumahan kita.
5. Kita mestlah menanam tin-tin kosong.

13
6. Kita hendaklah mencuci longkang yang tersumbat.
7. Kita tidak boleh membuang sampah ke merata-rata tempat.
8. Kita tidak boleh melakukan pembakaran terbuka.
9. Semua penduduk mestilah bekerjasama.
10. Negara bersih rakyat sihat.

Tajuk 26 : Sukaneka

1. Ahad lalu,taman perumahan saya mengadakan sukaneka.


2. Banyak acara diadakan.
3. Ada acara tiup belon.
4. Ada acara tarik tali.
5. Ada acara lari dalam guni.
6. Suasana sangat meriah kerana ramai orang.
7. Saya masuk acara makan buah pisang.
8. Saya dapat nombor dua.
9. Sukaneka tamat pada pukull 2.00 petang.
10. Saya berasa gembira kerana dapat bersukaneka.

Tajuk 27 : Saya Sebuah Telefon Awam

1. Saya sebuah telefon awam.


2. Saya dilahirkan di sebuah kilang.
3. Badan saya diperbuat daripada besi.
4. Badan saya ada wayar.
5. Badan saya ada tempat letak masuk duit syiling.
6. Dada saya ada nombor 0 hingga 9
7. Orang ramai menggunakan saya setiap hari.
8. Mereka menggunakan saya untuk berbual-bual.
9. Ada juga yang cuba merosakkan badan saya.
10. Saya berasa sangat gembira kerana berjasa kepada orang lain.
Tajuk 28 : Seperti Kacang Lupakan Kulit

1. Pak Atan dan Mak Cik Limah tinggal di sebuah kampung.


2. Mereka hidup miskin,Pak Atan seorang nelayan.
3. Mak Cik Limah pula menjual kuih-muih.
4. Mereka ada seorang anak bernama Rudi.
5. Mereka sangat sayang akan Rudi.
6. Rudi berjaya belajar di universiti.
7. Sekarang Rudi menjadi seorang doktor.
8. Tetapi dia tidak mahu balik ke kampung .
9. Rudi malu kerana ibu bapanya miskin.
10. Sikap Rudi ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”.

TEMA : SEKOLAH

Tajuk 28 : Pameran Lukisan di Sekolah Saya


1. Kelab Seni Lukis mengadakan pameran
2. Pameran diadakan di dewan sekolah.
3. Banyak ibu bapa melihat pameran.

14
4. Pelbagai lukisan dipamerkan.
5. Pertandingan melukis dan mewarna juga diadakan
6. Guru besar menyampaikan hadiah.
7. Pemenang sangat gembira
8. Pameran mendapat sambutan yang baik.
9. Orang ramai suka melihat pameran.
10. Pameran akan diadakan lagi

Tajuk 29 : Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum


1. Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas.
2. Kita dapat mengisi masa lapang.
3. Kita dapat memupuk sikap tanggungjawab.
4. Kita dapat belajar hidup bekerjasama dan berdikari
5. Kita dapat belajar mematuhi peraturan .
6. Kita dapat belajar menjadi ketua.
7. Kita juga dapat kawan yang baru.
8. Kita juga dapat berfikir dengan baik.
9. Kita mesti ikut aktiviti kokurikulum.
10. Kita dapat banyak faedah.

Tajuk 30 : Kem Motivasi UPSR


1. Kami mendaftar diri.
2. Kami berkumpul di dewan.
3. Guru Besar memberi ucapan.
4. Guru memberi arahan.
5. Penceramah beri nasihat kepada murid.
6. Kami diajar cara-cara menjawab soalan.
7. Kami berehat dan makan di kantin.
8. Kami juga menyanyi dan bermain.
9. Guru Besar menyampaikan cenderamata.
10. Kami balik dengan gembira.
Tajuk 31 : Hari Guru

1. Kami berkumpul di dewan.


2. Kami menyanyi lagu sekolah
3. Guru-guru menyanyi lagu Hari Guru.
4. Guru Besar memberi ucapan.
5. Murid menyanyi dan menari.
6. Kami bermain dengan guru.
7. Kami makan dan minum di kantin.
8. Suasana sangat meriah.
9. Semua murid memberi hadiah kepada guru.
10. Semua guru gembira kerana jasa dihargai.

Tajuk 33 : Pertandingan Bola Sepak


1. Lapan buah sekolah mengambil bahagian.
2. Ramai ibu bapa datang melihat.
3. Tempat pertandingan di padang sekolah.
4. Pemain bermain sungguh-sungguh.
5. Penonton bertepuk tangan.
6. Ada pemain yang luka.

15
7. SJK (T) Ladang Bidor Tahan johan.
8. Guru Besar menyampaikan hadiah.
9. Pasukan yang menang gembira.
10. Tahun depan jumpa lagi.

Tajuk 34 : Hari Penyampaian Hadiah

1. Sekolah saya mengadakan Hari Penyampaian Hadiah.


2. Guru,guru, ibu bapa dan murid-murid berkumpul di dewan.
3. Kami menyanyi lagu ‘Negaraku’.
4. Selepas itu, Guru Besar memberi ucapan.
5. Guru Besar memberi hadiah kepada murid yang berjaya.
6. Ada murid-murid menyanyi dan menari.
7. Pada pukul 12.00 tengah hari,semua pergi ke kantin untuk makan.
8. Kami pun pulang.
9. Kami berasa sangat gembira.
10. Kami harap majlis ini akan diadakan lagi.

Tajuk 35 : Ucapan Perpisahan.

1. Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, guru-guru


dan rakan sekalian.
2. Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru.
3. Saya akan selalu ingat jasa guru
4. Saya minta maaf sekiranya ada kesalahan.
5. Saya mewakili murid lain minta maaf
6. Saya harap kawan-kawan tidak lupa jasa guru
7. Kami akan menjaga nama baik sekolah
8. Kami berjanji untuk mencapai cita-cita
9. Saya harap guru doakan kejayaan kami.
10. Sekian, terima kasih.
Tajuk 36 : Sekolah Saya

1. Nama Sekolah saya ………………………………………


2. Sekolah saya sangat besar dan cantik.
3. Sekolah saya ada banyak kelas.
4. Sekolah saya ada sebuah padang.
5. Sekolah saya juga ada banyak pokok bunga.
6. Kantin sekolah saya besar dan bersih.
7. Guru sekolah saya baik.
8. Murid-murid sekolah saya rajin belajar.
9. Sekolah saya selalu menjadi johan dalam pertandingan.
10. Saya sayang akan sekolah saya.

Tajuk 37 : Mematuhi Peraturan Sekolah

1. Peraturan sekolah mesti diikuti oleh murid-murid.


2. Peraturan jadikan murid-murid berdisiplin
3. Murid-murid tidak boleh berambut panjang
4. Selain itu, murid-murid tidak boleh ponteng.
5. Peraturan juga bermula dari rumah.

16
6. Kita mesti ikut peraturan.
7. Murid-murid yang tidak mengikut peraturan akan didenda.
8. Peraturan jadikan kita baik.
9. Peraturan jadikan kita murid bertanggungjawab.
10. Kita hendaklah mengikut peraturan sekolah.

Tajuk 38 : Persiapan Menghadapi Peperiksaan.

1. Peperiksaan sangat penting.


2. Saya mengulang kaji pelajaran pada setiap malam.
3. Saya juga belajar bersama kawan-kawan.
4. Selain itu, saya belajar di kelas tuisyen.
5. Saya suka bertanya kepada kawan yang bijak.
6. Kalau tidak faham saya akan bertanya kepada guru.
7. Saya mesti rajin membaca buku.
8. Saya juga mencari maklumat dengan melayari laman web

Tajuk 39 : Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan

1. Belajar secara kumpulan sangat baik.


2. Kumpulan ini ada yang besar dan kecil.
3. Kumpulan boleh diadakan di rumah atau di sekolah.
4. Kita boleh belajar bersama-sama.
5. Kalau tidak faham kita boleh tanya kawan.
6. Kawan yang pandai boleh bantu kawan yang lemah.
7. Masalah dapat diselesaikan bersama-sama.
8. Kita juga dapat berkongsi idea.
9. Kita boleh dapat banyak faedah.
10. Belajar secara berkumpulan memang banyak kebaikan.

Tajuk 40 : “Saya Sebuah Perpustakaan

1. Saya sebuah perpustakaan.


2. Saya juga dipanggil disebut pusat sumber.
3. Saya ada di sebuah sekolah yang besar.
4. Badan saya ada pelbagai jenis buku.
5. Murid-murid selalu menggunakan saya untuk belajar.
6. Murid-murid selalu meminjam buku.
7. Saya dijaga oleh pustakawan.
8. Pustakawan menyusun buku dengan rapi.
9. Murid yang lambat hantar buku akan didenda.
10. Saya berasa sangat bangga kerana dapat menolong murid-murid.

Tajuk 41 : Hari Sukan

1. Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya mengadakan hari sukan.
2. Sukan itu diadakan di padang sekolah.
3. Sukan itu dirasmikan oleh Pengerusi PIBG.
4. Mula-mula, murid-murid berjalan keliling padang.
5. Selepas itu, acara sukan pun dimulakan.

17
6. Acara pertama ialah lumba lari 100 meter.
7. Murid-murid bersorak semasa kawan mereka berlari.
8. Pasukan Merah telah menjadi johan.
9. Guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
10. Sukan itu tamat pada pukul 2.00 petang.

Tajuk 42 : Perkhemahan Pengakap

1. Perkhemahan diadakan pada 12 April 2008.


2. Seramai 3 orang guru dan 30 orang murid terlibat.
3. Perkhemahan diadakan di tepi hutan.
4. Kami berkumpul di sekolah lalu menaiki bas ke tapak perkhemahan.
5. Pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan.
6. Selepas tiba,kami mendirikan khemah dan memasak makanan.
7. Kami meredah hutan dan melihat banyak tumbuhan.
8. Waktu malam, kami membuat unggun api.
9. Malam akhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan.
10. Saya berasa seronok dan gembira.

Tajuk 43 : Sekolah Baharu Saya


1. Sekolah saya bersih dan cantik.
2. Sekolah saya terletak berhampiran pekan.
3. Terdapat lima bangunan di sekolah saya.
4. Sekolah saya besar dan luas.
5. Murid di sekolah itu seramai lima ratus orang.
6. Ada lapan belas kelas semuanya.
7. Kemudahan di sekolah itu lengkap.
8. Ada empat puluh orang guru di sekolah itu.
9. Guru-guru dan rakan-rakan sangat peramah dan baik.
10. saya sangat gembira dan seronok.

18

Anda mungkin juga menyukai