Anda di halaman 1dari 10

Karangan Jenis Keperihalan/Cereka/Pengalaman

HOBI SAYA
Hobi bermaksud sesuatu aktiviti yang dilakukan apabila waktu lapang. Contohnya membaca,
memasak, bermain bola dan berkebun. Hobi saya ialah membaca novel.
Membaca boleh memberi banyak faedah. Membaca dapat membaiki bahasa kita. Membaca juga dapat
menguatkan imaginasi (menambahkan pengetahuan). Terdapat banyak faedah membaca yang lain.
Saya melaksanakan hobi pada setiap pagi. Saya membaca bersama adik-adik. Saya juga membaca
pada waktu petang.
Dengan membaca saya dapat menyertai pertandingan mengarang esei serta bercerita. Saya menjadi
wakil negeri dalam pertandingan mengarang esei.
Harapan saya agar ramai yang akan memilih membaca sebagai hobi mereka kerana membaca dapat
memberikan banyak faedah

ADIK PEREMPUAN SAYA


Saya mempunyai seorang adik perempuan. Nama adik perempuan saya Mei San.
Mei San berumur empat tahun. Wajah Mei san sangat comel. Matanya bulat. Hidungnya mancung
. Rambutnya lurus dan lebat juga. Walaupun masih kecil, Mei San sangat pintar. Mei San tidak
mudah menangis. Dia selalu tersenyum dan ketawa.
Saya saying akan Mei San. Saya berharap agar Mei San menjadi insan yang berjaya apabila
besar nanti.

SAHABAT KARIB SAYA


Fazilah adalah sahabat karib saya. Saya mengenali dia sejak kami belajar di dalam darjah satu. Dia
merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.
Hobi Fazilah ialah bermain badminton. Pada setiap waktu petang, dia bermain badminton bersamasama bapa atau adik-beradiknya di kawasan lapang dekat rumahnya. Dia juga selalu menjemput saya untuk
bermain bersama. Sekiranya ada masa lapang, saya dan Fazilah juga sering menonton rancangan televisyen
bersama-sama.
Saya menyukai Fazilah kerana dia seorang yang baik dan rajin. Dia selalu membantu saya sekiranya
saya tidak memahami pelajaran yang telah cikgu ajar di sekolah. Sekiranya dia tidak memahami pelajaran
yang telah diajarkan, saya akan membantu dia. Saya dan Fazilah adalah bagai aur dengan tebing.
Dia juga suka menolong ayah dan ibunya di rumah. Dia selalu membantu orang tuanya
membersihkan rumah seperti membuang sampah dan menyapu lantai.
Saya bersyukur kerana dapat berkawan dengan Fazilah. Saya berharap persahabatan kami akan
kekal selama-lamanya.

PERPUSTAKAAN SEKOLAH SAYA


Perpustakaan merupakan suatu gedung ilmu.
Perpustakaan sekolah saya agak besar dan cantik.

Di sekolah saya ada sebuah perpustakaan

Di dalam perpustakaan ada pelbagai jenis bahan bacaan. Contohnya seperti buku rujukan, buku
cerita, surat khabar, dan majalah. Buku-buku ini disusun dengan teratur dan rapi.
Kami boleh meminjam buku dari perpustakaan. Buku-buku yang dipinjam mesti dipulangkan dalam
masa seminggu. Kami juga boleh membaca buku dan membuat ulang kaji di perpustakaan.
Murid-murid mesti mematuhi peraturan di perpustakaan. Mereka tidak dibenarkan membuat bising
dan membawa makanan atau minuman ke dalam perpustakaan. Seorang guru dan pembantu perpustakaan
ditugaskan untuk menjaga perpustakaan. Guru perpustaakn sekolah saya ialah Puan Tay.
Saya amat suka akan perpustakaan sekolah saya kerana ia mendatangkan banyak faedah kepada saya.

SATU KEBAKARAN
Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke
tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera
menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah
jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong
memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian, anggota
bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat
dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.

PERKHEMAHAN PENGAKAP
PADA CUTI PENGGAL YANG PERTAMA, KAMI AHLI PASUKAN PENGAKAP
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADAN TUPAH MENGADAKAN PERKHEMAHAN
DI PINGGIR HUTAN LIPUR,PERAK. ROMBONGAN KAMI BERTOLAK PADA PUKUL 8.30
PAGI DENGAN MENAIKI SEBUAH BAS.
KAMI TIBA DI SANA SELEPAS SEJAM. SETELAH MENURUNKAN SEMUA
KELANGKAPAN YANG DIBAWA, KAMI PUN MENJALANKAN TUGAS MASING-MASING.
KAMI BEKERJASAMA MENDIRIKAN KHEMAH, MENCARI KAYU API DAN MENJERANG
AIR.

KERJA-KERJA MEMASAK DAN MENGAMBIL AIR DILAKUKAN OLEH AHLI

PENGAKAP YANG LAIN. MEREKA MENGAMBIL AIR DARI SUNGAI YANG BERHAMPIRAN
DENGAN TAPAK PERKHEMAHAN.

PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN SEPANJANG PERKHEMAHAN.


ANTARANYA IALAH KAWAD KAKI, PERTOLONGAN CEMAS, MENDAKI GUNUNG DAN
PERTANDINGAN KHEMAH TERBERSIH.
PERKHEMAHAN YANG DIADAKAH SELAMA TIGA HARI ITU, BANYAK
MEMBERI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN KEPADA KAMI. KAMI BERASA SUNGGUH
SERONOK.

PENGALAMAN BERCUTI YANG MENARIK

PENGALAMANKU YANG PALING INDAH KETIKA BERCUTI DI SEBUAH


KAWASAN PERKAMPUNGAN YANG TERLETAK DI LUBUK TERTUA, TERENGGANU. KAMI
SEKELUARGA MENGINAP DI SEBUAH RUMAH TUMPANGAN.
PADA SEBELAH PETANG, KAMI TELAH DIJAMU DENGAN MASAKAN
LAZAT SEPERTI IKAN MASAK LEMAK, NASI GORENG TERENGGANU DAN SEBAGAINYA.
PADA WAKTU MALAM PULA, AKU BERJALAN DI TEPI PANTAI DITEMANI OLEH AYAH.
PADA KEESOKKAN HARI, KAMI TELAH MELAWAT KE DUSUN BUAHBUAHAN. KAMI TELAH MERASA BUAH-BUAHAN DI SITU SEPERTI DURIAN,MANGGIS
DAN RAMBUTAN.
SELAIN ITU, KAMI JUGA MEMANCING DI SUNGAI YANG BERDEKATAN.
AIRNYA JERNIH DAN SEJUK SEKALI. KAMI MENANGKAP IKAN YANG BESAR.
SETELAH TIGA HARI BERADA DI SANA, KAMI PULANG SEMULA KE
RUMAH. AKU BERASA SUNGGUH GEMBIRA DAN SERONOK KERANA BERPELUANG
MERASAI PENGALAMAN YANG MENARIK SEPERTI INI.

HARI SUKAN SEKOLAH

PADA HARI SABTU, 23 MAC 2015 YANG LALU, SEKOLAH SAYA TELAH
MENGADAKAN SUKAN TAHUNAN YANG KEENAM. HARI SUKAN TELAH BERMULA PADA
PUKUL 2.00 PETANG.
TEPAT PUKUL 2.30 PETANG, ACARA DIMULAKAN. UPACARA
DIMULAKAN DENGAN LINTAS HORMAT OLEH MURID-MURID. SUKAN TAHUNAN TELAH
DIRASMIKAN OLEH PEGAWAI PELAJARAN DAERAH, ENCIK HAMID.
KEMUDIAN DIADAKAN ACARA LARIAN SEPERTI 100 METER, 400 METER
DAN 4X400 METER. ACARA LOMPAT JAUH DAN LONTAR PELURU JUGA DIADAKAN.

PESERTA DARI RUMAH HIJAU, KUNING, BIRU, MERAH DAN UNGU TELAH BERUSAHA
DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.
PADA JAM 4.30 PETANG, ACARA UNTUK IBU BAPA DAN GURU TELAH
DIADAKAN. SEBELUM ACARA BERAKHIR PADA JAM 6.00 PETANG, ARVIND DAN
PAVITRAH TELAH DIPILIH SEBAGAI OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI. SEEMTARA
ITU, RUMAH UNGU PULA TELAH DIUMUMKAN SEBAGAI JOHAN KESELURUHAN.
SELEPAS ACARA PENUTUPAN, GURU-GURU DAN MURID-MURID PUN
MEMBERSIHKAN KAWASAN PADANG. SAYA BERASA GEMBIRA PADA HARI SUKAN.
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan
kawasan sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru.
Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru turut berkumpul di padang sekolah.
Guru Besar telah memberikan taklimat ringkas kepada kami. Selepas taklimat, kami dibahagikan
kepada beberapa kumpulan.
Selepas dibahagikan kumpulan, kami pun beratur untuk mengambil alatan yang digunakan untuk
bergotong-royong. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kawasan sekolah ialah penyapu, cangkul
, sabit , kain buruk , baldi , cat, berus dan sebagainya.
Setelah mengambil alatan yang digunakan, kami pun memulakan tugasan masing-masing
dengan bersemangat . Saya dan rakan sekelas saya menyapu daun-daun kering. Murid-murid
yang lain pula mencuci longkang dan mengutip sampah sarap. Ibu bapa dan guru-guru bertugas mengecat
dinding dan memotong rumput. Ada juga yang menanam pokok bunga di persekitaran sekolah.
Pada pukul 12 tengah hari, semua kerja pun telah selesai . Kami berehat sambil menjamu selera
di kantin. Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada kami dan memuji kami rajin dan
bekerjasama.
Selepas menjamu selera di kantin, kami pun pulang ke rumah dengan gembira. Kami berasa bangga
kerana sekolah kami menjadi bersih dan cantik.
Karangan Jenis Autobiografi
AKU SEBUAH BASIKAL
AKU SEBUAH BASIKAL. NAMA AKU IALAH BMX. AKUDILAHIRKAN DI
SEBUAH KILANG MEMBUAT BASIKAL DI SHAH ALAM.

BADAN AKU DIPERBUAT

DARIPADA BESI. AKU BERWARNA BIRU. BADAN AKU DIPASANG DENGAN DUA
TAYAR.
1

SETELAH SIAP, AKU DIHANTAR KE KEDAI MENJUAL BASIKAL. AKU DIHANTAR


MELALUI SEBUAH LORI KE KEDAI. PEMILIK KEDAI TELAH MEMBERSIHKAN AKU. AKU
DIPAMERKAN DI KEDAI. BELIAU MELETAKKAN TANDA HARGA PADA BADAN AKU.

PADA SUATU HARI, DATANG SEORANG BUDAK KE KEDAI. NAMA BUDAK ITU
IALAH RAJAN. DIA MELIHAT AKU SELAMA SATU JAM. DIA TERTARIK HATI PADA DIRI
AKU. DIA TERUS MEMBELI AKU DENGAN HARGA RM 3,000.
2

RAJAN MENJAGA AKU DENGAN BAIK. DIA MENUNGGANG AKU KE SEKOLAH


TIAP-TIAP HARI. RAJAN MENCUCI AKU DUA KALI SEMINGGU. SAYA BERASA GEMBIRA
DAN BANGGA MENDAPAT TUAN SEPERTINYA.

AKU SEBUAH KOMPUTER

Aku sebuah komputer. Aku berjenama Dell. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang
terletak di Kedah. Badanku berwarna biru. (Aku diperbuat daripada kaca dan bahan-bahan elektrik0.
Setelah siap dipasang, aku dihantar oleh sebuah van ke sebuah kedai komputer di Rawang.
Setibanya di kedai komputer tersebut, akupun dipamerkan di atas meja komputer. Aku berasa sangat
gembira kerana dapat mengenali banyak kawan seperti HP,Toshiba,Acer,Asus dan sebagainya.
Pada suatu petang, seorang budak lelaki datang ke kedai komputer ini bersama ayahnya. Budak
lelaki itu tertarik dengan keistimewaan aku lalu meminta ayahnya membeli aku dengan harga dua ribu
ringgit. Aku berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan aku.
Setiba di rumah tuan aku, akupun diangkat dan diletakkan di atas meja komputer yang baru. Dalam
perbualan tuan aku bersama keluarganya, aku dapat mengetahui bahawa nama tuan aku ialah Luqman.

Luqman menggunakan aku untuk melayari internet, bermain permainan komputer, dan mencari
maklumat tentang kerja sekolahnya. Kadang kala dia juga menggunakan aku untuk mendengar lagu.
Luqman menjaga aku dengan baik. Apabila badan aku kotor, dia akan membersihkan aku dengan
kain lembut. Dia juga akan menutup aku dengan penutup plastik setelah menggunakan aku.
Aku gembira kerana mempunyai tuan yang baik. Aku berharap dapat berbakti kepada Luqman buat
selama-lamanya.

Karangan Jenis Fakta

KEBAIKAN MENONTON TELEVISYEN


TELEVISYEN MERUPAKAN ALAT ELEKTRONIK YANG DICIPTA OLEH
MANUSIA. KINI, SETIAP RUMAH ADA TELEVISYEN.
TERDAPAT BANYAK KEBAIKAN DENGAN MENONTON TELEVISYEN.
TELEVISYEN MEMBERI MAKLUMAT KEPADA PENONTON. TELEVISYEN MENYIARKAN
LAPORAN-LAPORAN BERITA. MELALUI BERITA, KITA MENGETAHUI PERISTIWA PENTING
YANG BERLAKU DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA.
SELAIN ITU, TELEVISYEN JUGA MEMBERI PENGETAHUAN KEPADA
PENONTON TERUTAMANYA KEPADA PARA PELAJAR. RANCANGAN-RANCANGAN
PELAJARAN SEPERTI TV PENDIDIKAN AMAT BERGUNA KEPADA PELAJAR.
DI SAMPING ITU, TELEVISYEN JUGA MENJADI MEDIA DI ANTARA PENJUAL

DAN PEMBELI. TELEVISYEN MENAYANGKAN IKLAN-IKLAN MENARIK TENTANG


SESUATU BARANG. IKLAN MENOLONG MELARISKAN JUALAN BARANG.
KESIMPULANNYA, MENONTON TELEVISYEN MEMANG MENYUMBANGKAN
BANYAK KEBAIKAN KEPADA MANUSIA.
FAEDAH/KEBAIKAN BERSUKAN
Antara aktiviti harian yang penting dalam kehidupan kita ialah bersukan. Bersukan membawa banyak kebaikan.
Bersukan dapat menyihatkan badan kita. Jika kita selalu bersukan, badan kita akan menjadi cergas dan
kuat. Oleh itu, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung dan
sebagainya.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah jika kita selalu bersukan. Kita juga tidak
akan membuang masa dengan sia-sia. Ini dapat membantu kita mengelakkan diri daripada gejala sosial yang tidak
sihat seperti merokok, menghisap dadah, lepak dan sebagainya.
Selain itu, bersukan dapat menenangkan fikiran kita. Semasa kita bersukan, kita dapat menghilangkan
penat selepas belajar. Dengan ini, keputusan kita dapat ditingkatkan.
Bersukan juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan. Hal ini adalah kerana jika kita selalu
bersukan, kita dapat berjumpa dengan kawan kita dengan lebih kerap.
Kesimpulannya, bersukan membawa banyak faedah kepada kita. Oleh itu, jadikanlah sukan sebagai amalan
hidup kita.

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

Kita mestilah menjaga kesihatan diri pada setiap masa. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga
kesihatan diri kita.
Pertamanya, kita mestilah bersenam setiap hari . Semasa bersenam, kita akan berpeluh.
Hal ini menjadikan kita berasa cergas dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan aktiviti harian.
Selain itu, kita mesti makan makanan yang seimbang . Makanan yang seimbang
mengandungi semua zat dan vitamin yang diperlukan badan. Contohnya, jika kita tidak makan sayursayuran dan buah-buahan, kita akan mudah jatuh sakit.
Seterusnya, kkita juga perlu sentiasa menjaga kebersihan diri . Kita hendaklah

mandi dan menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kita juga perlu menukar pakaian yang
sudah kotor. Dengan demikian, kita tidak mudah dijangkiti penyakit.
Di samping itu, kita juga harus menjaga kebersihan persekitaran bagi menjamin
kesihatan diri dan keluarga. Rumah kita hendaklah sentiasa disapu. Halaman rumah kita juga
perlu dibersihkan supaya tidak menjadi tempat pembiakan lalat, nyamuk dan tikus.
Kesimpulannya, kita perlu menjaga kesihatan diri supaya dapat hidup dengan sihat dan ceria.
KEBAIKAN/FAEDAH MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum di sekolah termasuklah aktiviti badan beruniform , kelab dan


persatuan serta sukan dan permainan / . Semua murid digalakkan menyertai
kegiatan kokurikulum kerana ia mendatangkan banyak faedah .
Antara faedah menyertai kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang
. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala
sosial kerana banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti
sukan dan sebagainya.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin .
Sebagai contoh, apabila pelajar memegang jawatan pengerusi (), mereka akan belajar menjadi ketua. .
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri
. Contohnya, ,kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan
dalam kegiatan kokurikulum.
Seterusnya, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan . Misalnya, ahliahli sesuatu persatuan yang terdiri daripada pelbagai kaum akan berkumpul untuk berbincang
serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti . Dengan ini akan
mengeratkan hubungan sesama mereka .
Kesimpulannya , terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kokurikulum.
Oleh itu, murid-murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum.

KEBAIKAN MEMBACA

Membaca mempunyai banyak kebaikan. Terdapat banyak bahan bacaan yang boleh dibaca seperti
surat khabar, majalah dan sebagainya yang sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai buku atau melalui
internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan
menambahkan ilmu pengetahuan . Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan
mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara . Ini tentu akan meningkatkan
mutu karangan kita.
Selain itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata . Orang yang selalu
membaca akan mampu menulis karangan yang bermutu kerana lebih banyak perkataan yang
mereka ketahui atau kuasai .
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman
daripada pembacaan . Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan
mereka dalam kehidupan sehari-harian .

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini
kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan dapat menghiburkan kita seperti komik
, cerpen dan lain-lain lagi. (Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih
bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok
untuk dibaca.)
Kesimpulannya, membaca memang mendatangkan banyak faedah.
mengamalkan sikap suka membaca sejak kecil lagi.

Oleh itu, kita harus

FAEDAH MENABUNG DI BANK

Kita digalakkan menabung . Kita boleh menabung di rumah ataupun di bank. Terdapat banyak faedah
yang dapat diperoleh jia kita menabung di bank.
Antaranya faedah menabung di bank adalah lebih selamat. Hal ini
keselamatan yang canggih. Kita juga perlu risu akan keselamatan wang kita.

kerana bank mempunyai system

Selain itu , kita akan mendapat bonus dan dividen jika menabung di bank. Oleh itu,
jumlah tabungan kita akan bertambab.
Seterusnya , menabung di bank juga dapat menjamin masa depan . Wang itu kelak
dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran , membeli alat tulis dan sebagainya .
Di samping itu , kita boleh menggunakan wang tersebut semasa kecemasan . Jadi kita
tidak perlu berhutang dengan orang lain untuk mendapatkan wang.
Kesimpulannya, menabung di bank memang mendatangkan banyak faedah. Oleh itu, kita haruslah berjimat
cermat dan menabung di bank.

FAEDAH BERJIMAT CERMAT


Berjimat cermat merupakan amalan yang baik. Kita haruslah memupuk amalan berjimat cermat
ini sejak kecil lagi.

Amalan berjimat cermat banyak memberi faedah kepada kita. Antaranya ialah dapat melatih
seseorang agar tidak boros . Orang yang berjimat cermat biasanya membelanja
dengan berhati-hati manakala yang selebihnya disimpan ke dalam tabung . Lama-kelamaan
simpanan kita akan bertambah . (Bak kata pepatahsedikit-sedikitit lama-lama menjadi
bukit. )
Selain itu, kita dapat menggunakan hasil simpanan kita semasa kecemasan
. Contohnya , jika berlaku kemalangan atau kebakaran dan sebagaimya, kita dapat menggunakan
wang simpanan kita pada waktu tersebut.
Di samping itu, kita dapat membantu orang yang memerlukan dengan
menggunakan wang simpanan hasil amalan berjimat cermat. Apabila seseorang memerlukan wang seperti
saudara kita yang menghadapi penyakit kronik dapatlah kita menghulurkan
sedikit bantuan dengan mendermakan wang untuk meringankan bebannya .
Amalan berjimat-cermat juga dapat membantu untuk meringankan beban keluarga
. Contohnya jika kita dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, kita tidak perlu lagi
menyusahkan ibu bapa kerana kita sudah mempunyai wang simpanan sendiri .
Kesimpulannya, berjimat cermat memang mendatangkan banyak faedah. Oleh itu
(Justeru), kita harus mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian
kita.

KARANGAN BERFORMAT

UCAPAN WAKIL MURID PADA HARI GURU

YANG DIHORMATI TUAN PENGERUSI MAJLIS, TUAN GURU BESAR, GURU-GURU


SERTA RAKAN-RAKAN SEKALIAN.
HARI GURU DISAMBUT PADA 16 MEI SETIAP TAHUN. TUJUANNYA ADALAH
UNTUK MENGENANG JASA DAN PERJUANGANGURU.
GURU SENTIASA MENDIDIK KAMI SUPAYA MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA .
IA ADALAH SATU TUGAS YANG BERAT. NAMUN, IA TETAP DILAKSANAKAN DEMI
KEPENTINGAN KAMI.
KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS TUNJUK AJAR DAN NASIHAT ANDA
SELAMA INI. KAMI AKAN MENGAMALKAN SEGALA ILMU YANG DIAJAR UNTUK
MENCAPAI CITA-CITA KAMI PADA MASA HADAPAN.
AKHIR SEKALI, SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT MAJU
JAYA.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
SYARAHAN
Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis , para hakim ., guru-guru, dan rakan sekalian
. Pagi pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedah Bersukan.
Hadirin yang dikasihi ,

Bersukan dapat menyihatkan badan kita. Jika kita selalu bersukan, badan kita akan
menjadi cergas dan kuat. Oleh itu, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit
kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya.
Hadirin yang budiman,
Selain itu, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah jika kita selalu
bersukan. Kita juga tidak akan membuang masa dengan sia-sia. Ini dapat membantu kita mengelakkan diri
daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, lepak dan sebagainya.

Seterusnya,bersukan dapat menenangkan fikiran kita. Semasa kita bersukan, kita dapat
menghilangkan penat selepas belajar. Dengan ini, keputusan kita dapat ditingkatkan .
Di samping itu, dengan bersukan juga kita dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan. Hal ini
adalah kerana jika kita selalu bersukan, kita dapat berjumpa dengan kawan kita dengan lebih kerap .
Kesimpulannya, bersukan membawa banyak faedah kepada kita. Oleh itu, jadikanlah sukan sebagai
amalan hidup kita.
Syarahan Sayangi Bumi Kita
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majilis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar SJK(C) Taman Indah, guru-guru dan
rakan-rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk: Sayangi Bumi
Kita.
Hadiran yang dihormati,
Bumi tempat tinggal kita. Oleh itu, kita perlu menjaga dan menyayanginya. Kita hendaklah menanam
pokok. pokok dapat menghijaukan bumi kta.
Selain itu, kita patut mengamalkan sikap suka akan kebersihan. Mengapakah kebanyakan orang suka
membuang sampah di merata-rata tempat? Sepatutnya, kita hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah.
Amalan ini akan dapat menjadikan bumi kita bersih.
Seterusnya, pokok semakin berkurangan akibat ditebang. Penebangan pokok dapat dikurangkan dengan
menggunakan kertas yang dikitar semula. Dengan cara ini, kita dapat menyelamatkan pokok daripada ditebang dan
secara tidak langsung menyelamatkan bumi kita.
Sebagai kesimpulan, kita mesti menyayangi bumi. Amalan ini akan dapat menyelamatkan bumi kita.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai