Anda di halaman 1dari 4

Latihan Memberi pendapat

1. Kamu membantu ibu kamu mencabut rumput yang tumbuh di dalam pasu bunga. Semasa hendak mencabut
rumput tersebut, kamu ternampak jejentik di dalam air yang bertakung di dalam alas pasu bunga itu.
Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

2. Negara Malaysia banyak mempunyai tarian tradisional daripada pelbagai kaum dan etnik. Namun demikian,
generasi kini kurang mengetahui tarian-tarian tradisional tersebut.
Berikan cadangan untuk memperkenalkan tarian-tarian tradisional kepada generasi kini.

3. Seorang pemilik gerai makanan telah membuang sisa-sisa makanan dari gerainya ke dalam longkang yang
berhampiran. Dia telah melakukan perbuatan itu sejak beberapa hari yang lalu.
Ramalkan akibat daripada tindakan pemilik gerai makanan itu.

4. Kamu pergi ke sebuah kedai jam tangan. Kamu melihat terdapat jam tangan biasa dan jam tangan pintar di
kedai itu. Menurut penjual di situ, jam tangan pintar mempunyai pelbagai fungsi berbanding dengan jam tangan
biasa.
Jam tangan manakah yang akan kamu beli? Mengapa?

5. Nisa telah meminjam sebuah buku cerita milik kawannya. Namun begitu, buku cerita itu telah diconteng oleh
adik Nisa.
Nyatakan tindakan yang perlu Nisa lakukan.
6. Kamu melihat pokok-pokok bunga di rumah jiran kamu layuy akibat tidak disiram air. Jiran kamu pula pulang ke
kampung kerana ada urusan kecemasan.
Sebagai seorang jiran, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

7. Pada suatu petang, kamu dan kawan kamu sedang berjoging di taman rekreasi. Tiba-tiba kawan kamu tersepak
sesuatu. Rupa-rupanya kawan kamu tersepak dompet. Kawan kamu membuka dompet itu dan mendapati ada
sejumlah wang yang banyak dan kad pengenalan diri. Kawan kamu ingin mengambil sedikit daripada wang tersebut.
Sebagai seorang kawan, apakah yang akan kamu lakukan?

8. Ayah kamu mengambil kamu dan adik kamu pulang dari kelas tambahan di sekolah. Ketika kereta sedang
bergerak, adik kamu tiba-tiba membuang kotak minuman keluar dari kereta.
Sebagai abang, apakah yang akan kamu lakukan?

9. Ketika hari raya yang lalu, kamu mendapat banyak duit raya daripada anggota keluarga dan saudara-mara
kamu.
Apakah yang akan kamu lakukan dengan duit raya tersebut?

10. Kumar sedang menaiki tangga jejantas untuk melintas jalan. Ketika itu, Kumar terpandang Ah Chong yang
hendak melintas jalan tanpa menggunakan jejantas atau lintasan belang. Kumar melihat banyak kenderaan yang
sedang lalu-lalang di jalan raya.
Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Kumar?
11. Kamu akan menyertai pertandingan syarahan di sekolah tidak lama lagi. Kamu berasa bimbang jika tewas
dalam pertandingan tersebut. Masalah itu telah menyebabkan kamu tidak dapat tidur dengan lenanya. Kamu
berasa amat stres.
Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan?

12. Pada suatu hari, sewaktu pulang dari sekolah, rakan kamu telah ketinggalan bas. Dia mengambil keputusan
untuk berjalan kaki pulang ke rumahnya. Jarak rumahnya dari sekolah kira-kira dua kilometer.
Sebagai rakan, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

13. Kamu amat suka bermain papan selaju. Pada suatu petang, rakan kamu mengajak kamu bermain permainan itu
di taman rekreasi. Namun begitu, kamu telah berjanji dengan ibu bapa kamu untuk menjaga adik di rumah.
Apakah yang akan kamu lakukan?

14. Kamu mempunyai masalah untuk mengurus perbelanjaan. Kamu sering berbelanja secara tidak terkawal.
Akibatnya, kamu tidak mempunyai wang lebihan untuk disimpan di dalam tabung. Kamu mahu mengubah tabiat itu
tetapi tidak tahu akan caranya.
Apakah yang perlu kamu lakukan?

15. Pada suatu hari, kamu ternampak kucing peliharaan kamu merayau-rayau di tepi jalan raya. Ketika itu, jiran
kamu tiada di rumah kerana pulang ke kampung. Kamu berasa bimbang akan keselamatan kucing tersebut.
Sebagai jiran, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

Anda mungkin juga menyukai