Anda di halaman 1dari 4

PENDAPAT TAHUN 4

TEMA 1
UNI 1 Kamu dan rakan kamu akan menyertai pertandingan nyanyian. Nyatakan
T langkah persedian untuk pertandingan itu.
1 2 Sewaktu bersiar-siar bersama-sama kawan, kamu terlihat seekor kucing di atas
pokok. Kucing itu tidak dapat turun. Nyatakan tindakan kamu.
UNI 3 Jiran kamu tiada di rumah. Tiba-tiba, kamu ternampak seorang lelaki tidak
T dikenali di luar rumah jiran kamu. Nyatakan tindakan kamu.
2 4 Kebersihan sangatlah penting walau di mana jua kita tinggal. Pada pendapat
kamu apakah langkah yang dapat dilakukan untuk menjaga kebersihan dan
keceriaan di kawasan perumahan tempat kamu tinggal.
UNI 5 Di sekolah kamu ada seorang rakan kelas kamu terpaksa menggunakan kerusi
T roda. Nyatakan apakah perkara yang dapat kamu lakukan untuk kawan kamu
3 itu.
6 Anak jiran kamu sakit dan telah dimasukkan ke hospital. Nytakan perkara yang
boleh kamu lakukan selepas mengetahui berita tersebut.
TEMA 2
UNI 7 Kamu perlu mengikuti aktiviti di luar rumah. Cuaca sangat panas. Nytakan
T apakah perkara yang dapat kamu lakukan untuk menjaga keselamatan diri
4 semasa kamu keluar.
8 Kamu pergi ke klinik gigi dan doktor menyatakan ada sebatang gigi kamu
hampir rosak. Nyatakan apakah yang akan kamu lakukan untuk mencegah
kerosakan pada gigi yang lain.
UNI 9 Kamu dan keluarga kamu keluar dan bercadang untuk makan di kedai makan.
T Kamu telah pergi ke sebuah kedai dan mendapati kedai tersebut agak kotor
5 walaupun ramai yang datang kerana harga yang murah. Adakah kamu dan
keluarga kamu akan makan di kedai itu?
10 Di kawasan tempat tinggal kamu ada kes demam denggi baru berlaku. Kamu
dapati kawasan rumah kamu agak kotor. Apakah yang akan kamu lakukan?
UNI 11 Memakai kasut yang basah tidak baik untuk kaki. Kamu baru sedari kasut
T sekolah kamu basah, dan hari esok masih lagi hari persekolahan. Nyatakan
6 apakah tindakan kamu.
12 Kamu telah berjanji dengan rakan untuk bermain badminton bersama-sama.
Pada masa yang sama, ibu dan ayah kamu meminta tolong kamu untuk sama-
sama membantu untuk membersihkan rumah. Nyatakan tindakan kamu.
TEMA 3
UNI 13 Sewaktu perjalanan pulang, kamu menyedari sebuah van yang tidak dikenali
T mengekaori kamu sebaik kamu keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah.
7 Nytakan apakah tindakan kamu.
14 Ibu dan ayah kamu tiada di rumah. Tiba-tiba kamu mendapati adik kamu
bermain pemetik api. Nyatakan tindakan kamu.
UNI 15 Kamu seorang pengawas sekolah. Semasa bertugas pada waktu rehat kamu
T ternampak beberapa murid berlari di tangga sekolah. Nyatakan tindakan kamu.
8 16 Kamu ingin membantu guru kamu untuk membersihkan kebun sains sekolah.
Nytakana apakah pakaian yang sesuai kamu pakai untuk melakukan aktiviti
tersebut.
UNI 17 Ayah kamu memandu kereta sewaktu perjalanan pulang ke kampung. Nyatakan
T perkara yang kamu dapat lakukan untuk turut sama menjaga keselamatan
9 sepanjang perjalanan bagi memastikan kamu semua selamat.
18 Kamu ingin cepat dan perlu melintas jalan. Pada waktu itu terlalu banyak
kenderaan. Nyatakan tindakan yang kamu akan lakukan.
TEMA 4
UNI 19 Kamu mempunyai kawan pelbagai kaum. Ada kawan kamu yang berlainan
T kaum mengajak kamu ke rumahnya dan menghidangkan makanan tradisional
10 mereka. Adakah kamu akan mencuba makanan tersebut?
20 Kamu dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak kepada kawan
kamu yang berlainan bangsa. Nyatakan pakaian yang kamu akan pakai semasa
menghadiri majlis tersebut.
UNI 21 Ibu kamu sedang menonton televisyen persembahan muzik tradisional secara
T langsung, tetapi pada masa yang sama kamu ingin menonton rancangan lain.
11 Nyatakan tindakan kamu.
22 kamu diberi tugasan untuk menyiapkan kerja tentang seni budaya kaum lain.
Nytakan di manakah kamu boleh mendapatkan maklumat tentang tugasan
tersebut.
UNI 23 Selain memahami perayaan kaum lain, pada pendapat kamu apakah perkara lain
T yang dapat dilakukan untuk mengeratkan atau mengenali budaya kaum lain?
12 24 Kawan kamu yang berlaian kaum telah menghadiahkan kamu baju tradisi kaum
mereka. Adakah kamu akan memakai baju itu dan bilakah kamu akan
memakainya.
TEMA 5
UNI 25 Sewaktu mengemas dan membersihkan kawasan rumah, kamu dapati banyak
T benda yang boleh dikitar semula. Nyatakan tindakan kamu.
13 26 Selain tidak membuang sampah merata-rata, apakah tindakan lain yang perlu
kamu lakukan untuk menjaga alam sekitar.
UNI 27 Kamu ingin mengeringkan tangan selepas keluar dari bilik air. Di situ terdapat
T alat pengering tangan elektrik serta tisu. Nyatakan cara kamu akan keringkan
14 tangan dan kenapa?
28 Pada waktu rehat kamu dapati kipas dan lampu di kelas sebelah tidak ditutup.
Nytakan apakah tindakan kamu?
UNI 29 Ayah kamu meminta pendapat kamu untuk membantunya untuk membuat
T pilihan sama ada membeli kereta mesra alam atau kereta biasa. Apakah pilihan
15 yang akan kamu cadangkan kepada ayah kamu?
30 Ayah kamu memasang alat panel solar di atas bumbung rumah yang bertujuan
untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Pada pendapat kamu apakah
yang dapat kamu lakukan untuk turut membantu mengurangkan penggunaan
tenaga elektrik di rumah kamu?
TEMA 6
UNI 31 Sewaktu perjalanan pulang dari sekolah anda ternampak bendera Malaysia jatuh
T di tepi jalan dan ada kesan telah dipijak. Nytakan apakah tindakan kamu.
16 32 Anda dan kawan anda terpilih untuk pertandingan deklamasi sajak. Apakah
yang dapat kamu lakukan untuk menghadapi pertandingan itu?
UNI 33 Perasaan cintakan negara perlulah ada dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
T Nytakan perkara yang dapat dilakukan untuk menunjukkan perasaan cinta
17 kepada negara.
34 Sekolah kamu mengadakan pertandingan hiasan kelas patriotik. Apakah
cadangan kamu untuk diberikan kepada guru kelas untuk menghias kelas kamu?
UNI 35 Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia. Nyatakan situasi atau
T tempat kamu akan menggunakan bahasa Melayu. Andaikan kamu bukan kaum
18 Melayu.
36 Kamu ditugasakn untukm membuat buku skrap tentang tokoh negara. Nyatakan
di manakah kamu dapat mencari maklumat tentang tokoh tersebut.
TEMA 7
UNI 37 Ibu kamu telah meminta kamu untuk menyimpan basikal kamu di tempat yang
T berbumbung. Pada pendapat kamu, mengapakah basikal kamu perlu disimpan di
19 situ?
38 Cuaca yang panas akan mendatangkan kesan yang tidak baik untuk kesihatan
manusia dan hidupan lain. Pada pendapat kamu apakah kesan tersebut.
UNI 39 Sistem penggunaan kod QR( Kod Respons Pantas) selalu digunakan. Pada
T pendapat kamu di manakah tempat yang sesuai menggunakan sistem ini.
20 40 Kamu diberi tugas untukm mencipta alat untuk membersihkan rumah. Nyatakan
bayangan alat yang kamu ingin cipta.
UNI 41 Kawasan rumah kamu ada nyamuk, nyatakan tempat atau lokasi nyamuk mudah
T membiak.
21 42

TEMA 8
UNI 43 Pada suatu hari kamu mengemas almari pakaian kamu. Kamu telah
T mengasingkan pakaian yang sudah tidak muat lagi. Pada pendapat kamu apakah
22 yang dapat dilakukan terhadap baju tersebut?
44 Kawan kamu baru sahaja membeli sepasang kasut baharu yang berjenama.
Kasut itu juga merupakan kasut idaman kamu. Tetapi ibu dan ayah kamu tidak
mampu membelikannya untuk kamu. Nyatakan perkara yang kamu lakukan?
Adakah kamu akan menggunakan duit simpanan kamu untuk membeli kasut
tersebut.
UNI 45 Sekolah kamu akan mengadakan hari keusahawanan. Berikan cadangan benda
T yang akan kamu jual pada hari tersebut dan nyatakan kenapa.
23 46 Ibu kamu berniaga nasi lemak dan kuih -muih secara keci-kecilan. Nyatakan
perkara yang dapat kamu lakukan untuk membantu ibu kamu meningkatkan
hasil jualan.
UNI 47 Kamu memperoleh wang tambahan hasil daripada jualan di sekolah semasa hari
T keusahawanan. Nyatakan apakah tindakah kamu terhadap wang tersebut sama
24 ada kamu akan menyimpannya atau digunakan untuk membeli barang idaman
kamu.
48 Ibu dan ayah kamu memberi kamu wang belanja di sekolah. Pada pendapat
kamu, adakah kamu menggunakan semua wang tersebut atau kamu menyimpan
lebihan baki wang yang tidak digunakan?

Anda mungkin juga menyukai