Anda di halaman 1dari 18

Modud LatlhaiA, Tatabahasa Pem.aham.

aiA,
( MANTAP)
CERITH
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Alia menjadi tidak menentu. Perasaannya berdebar-debar. Zara menolak Alia ke tepi lalu
meloloskan tubuhnya ke dalam bilik Alia. Matanya meliar ke seluruh sudut bilik itu. Alia
terpaku dan dihantui pelbagai persoalan. Zara melangkah masuk ke biliknya seperti seorang
pegawai penyiasat sedang menyiasat seseorang yang disyaki melakukan jenayah.
"Kamu sembunyikan apa, Alia?" tanya Zara lalu berpaling ke arah Alia.
"Sembunyikan apa, kakak?" tanya Alia.
"Kamu ingat kakak tidak tahu?" tanya Zara dengan suara yang agak tinggi.
"Baca bukulah, selepas itu saya buat kerja sekolah," Alia menjawab pertanyaan Zara.
"Bohong! Kamu ingat kakak tidak tahu, ya? Kakak tahu apa yang kamu buat," kata Zara.
Mata Alia terkelip-kelip. Zara menghampiri adiknya itu.
"Jadi, selama ini kakak mengintip saya, ya?" balas Alia. Zara tersengih.
"Kakak hendak tahu, dari manakah kamu dapat duit itu?" tanya Zara.
Akhirnya Alia berkata benar. Dia tidak perlu bersembunyi lagi daripada Zara kerana Zara
sudah mengetahui segala-galanya.
"Duit raya yang saya terimalah! Saya simpan di dalam tabung," jawab Alia.
"Bukan kamu curi?" tanya Zara lagi.
"Tidak. Ini semua duit raya yang saya dapat daripada saudara-mara kita sewaktu kita
berkunjung ke rumah mereka pada Hari Raya Aidilfitri. Semua duit raya itu saya simpan,"
jawab Alia. Zara mengangguk. Dia percaya bahawa adiknya tidak mencuri. Mencuri duit atau
apa-apa sahaja milik orang lain adalah perbuatan yang tidak baik.
"Sebenarnya, kakak berasa cemburu akan kamu. Kakak juga menyesal kerana tidak
menabung seperti kamu. Duit raya kakak sudah habis kakak belanjakan. Kalau kakak
menabung, tentu duit kakak banyak seperti kamu," kata Zara dengan nada menyesal.
Modui LatlhaiA, Tatabahasa PeiM.akaiM,a^
( MANTAP)
1 Apakah hubungan antara Zara dengan Alia?
A jiran C kawan rapat
B sepupu D adik-beradik
2 Tujuan Zara masuk ke bilik Alia adalah untuk .
A mengemas bilik Alia.
B mencari barangnya yang hilang.
C mencari barangnya yang disembunyikan oleh Alia.
D menyiasat aktiviti yang sedang dilakukan oleh Alia.
3 Apakah nilai murni yang ada pada Alia?
A berani C berdikari
B berjimat D berdisplin
4 Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Zara ialah adik Alia.
B Alia ialah seorang budak yang jujur.
C Zara boros berbelanja dan tidak pandai menyimpan wang.
D Alia menyimpan semua duit raya yang diterima daripada saudara-maranya pada
Hari Raya Aidilfitri.
5 Rangkai kata meloloskan tubuhnya dalam petikan bermaksud .
A melepaskan dirinya
B memusnahkan dirinya
C menghilangkan dirinya
D menyelamatkan dirinya
Modw.1 LatlkaiA, Tatabahasa Pem.aHcim.fliA,
( MANTAP)
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Penduduk negeri Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Iban,
Melanau, Kayan, Kelabit, Cina dan sebagainya. Bagi kaum Melayu di Sarawak, satu daripada
hasil kraf tangan mereka yang terkenal ialah kain tudung kelingkam. Kraf tangan ini biasanya
dijalankan di rumah oleh golongan wanita yang mahir.
Beberapa alat perlu disediakan sebelum proses penyulaman kain tudung kelingkam
dimulakan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kain nipis yang disebut kain robia, benang
kelingkam, kain belacu, benang kapas atau nilon, jarum pipih berlubang dua, bingkai kayu
sebagai pemidang, gunting, lilin dan pisau.
Selepas semua alat disediakan, barulah proses penyulaman dapat .dimulakan. Proses
penyulaman memerlukan kesabaran, ketelitian, ketekunan, dan kemahiran yang tinggi. Hal ini
supaya sulaman yang halus dapat dihasilkan. Corak-corak sulaman pula biasanya diilhamkan
daripada motif alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.
Apabila proses penyulaman siap, kain yang telah disulam pada bingkai kayu
pemidang tadi dipotong. Kemudian, tepi kain itu dibakar dengan lilin agar benangnya tidak
terburai. Warna kain kelingkam turut menjadi aspek yang penting. Pemilihan warna yang
tepat akan dapat menimbulkan benang yang disulam. Biasanya warna kain yang dipilih ialah
merah dan hitam.
Bagi masyarakat Melayu Sarawak, kain tudung kelingkam amat berharga dan penting
dalam kehidupan harian mereka. Kain tudung ini digunakan juga oleh kaum wanita dalam
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan keramaian. Kini, kain tudung kelingkam
dipelbagaikan penggunaannya seperti dijadikan hiasan dinding dan cenderamata.
201.4
ModuL LatikaiA, Tatabakasa PeiM.akaiM,aiA,
(MANTAP)
Kain tudung kelingkam dihasilkan oleh di Sarawak.
A kaum Iban C kaum Melayu
B kaum Kelabit D kaum Melanau
Frasa kayu pemidang dalam petikan bermaksud _
A Kayu yang digunakan untuk mengalas kain.
B Yang digunakan untuk meregang kain.
C Kayu yang dilekatkan pada kain.
D Kayu yang dipaku pada kain.
Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.
A Warna merah dan hitam biasanya digunakan sebagai benang sulaman.
B Kain tudung kelingkam turut dipakai oleh pengantin semasa bersanding.
C Perusahaan kain tudung kelingkam dijalankan secara besar-besaran di Malaysia.
D Corak sulaman kain tudung kelingkam biasanya menggunakan motif alam semula jadi
Mengapakah agaknya penggunaan kain tudung kelingkam dipelbagaikan?
A Supaya pembeli mudah membawanya
B Untuk menunjukkan kehalusan nilai seninya
C Untuk mengekalkan tradisi budaya dan warisan negara
D Supaya kraf tangan ini dikenali oleh semua lapisan masyarakat
Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk memasarkan hasil kraf
tangan kita ke luar negara?
A Meningkatkan mutu kraf tangan itu dan mengadakan promosi jualan di luar negara
B Menjual hasil kraf tangan dengan harga yang murah
C Menjadikan hasil kraf tangan sebagai cenderamata
D Tidak membeli hasil kraf tangan dari negara luar
( MANTAP)
CRTRTRN
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian iawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hari Pertama
Aku dan rakan-rakan berkumpul di balai raya untuk sesi memperkenalkan diri dengan
penduduk kampung. Beberapa keluarga terpilih untuk mengambil anak angkat dalam Program
Remaja Murni selama empat hari di Kampung Tioman. Keluarga angkatku bernama Pak Cik
Abu dan isterinya Mak Cik Piah. Mereka membawa aku pulang ke rumah yang sederhana
besar. Hiasan rumah mereka sangat kemas.
Hari Kedua
Pak Cik Abu dan Mak Cik Piah melayani aku dengan mesra. Aku tidak kekok berada di
rumah itu. Aku bercerita tentang latar belakang keluargaku kepada Pak Cik Abu. Pak Cik
Abu turut bercerita tentang latar belakang keluarganya. Menurut Pak Cik Abu, ketiga-tiga
orang anaknya sudah besar dan telah pun berumah tangga. Mereka telah berjaya dalam bidang
yang diceburi. Anaknya yang sulung merupakan seorang tokoh korporat terkenal. Anak
keduanya pula seorang tokoh agama yang dihormati, sementara anaknya yang ketiga ialah
pengusaha ladang kelapa sawit dan mempunyai kilang sendiri di negeri Johor. Aku sungguh
kagum akan kejayaan anak-anak Pak Cik Abu.
Hari Ketiga.
Pak Cik Abu membawa aku ke sawahnya. Dia mengajar aku menanam padi mengikut
cara tradisional. Kemudian, aku dibawa memancing ikan di sungai yang berhampiran. Pada
sebelah malamnya aku menghadiri majlis kesyukuran di rumah ketua kampung. Semua ini
merupakan pengalaman baru bagi diriku.
Hari Keempat.
Sudah tiba masanya aku pulang setelah program tersebut tamat. Sayu rasa hati hendak
meninggalkan Pak Cik Abu dan Mak Cik Piah memandangkan mereka telah kuanggap seperti
ibu dan bapa kandung. Sebelum beredar, kami berpeluk-pelukan dan saling berpesanan.
Begitu juga dengan kenangan manis bersama-sama mereka tidak akan kulupakan.
2014
Modul LMtlV\a\A,Tatabahas>a Pemaham.a^
( MANTAP)
Apakah acara yang diadakan di balai raya Kampung Tioman?
A Mencari anak angkat
B Perpisahan anak angkat
C Memperkenalkan peserta anak angkat
D Menyesuaikan diri dengan anak angkat
Adakah aku pernah menyertai program seperti ini sebelum ini?
A Pernah kerana berasal dari kampung yang berhampiran di situ
B Tidak pernah kerana merupakan pengalaman pertamanya
C Pernah kerana selalu berkunjung ke kampung itu
D Tidak pernah kerana tidak berminat bersawah
Maksud latar belakang dalam petikan ialah
A halaman rumah
B cara menjalani hidup
C pemandangan yang luas
D pengalaman tentang diri
Semua pernyataan di bawah benar tentang anak-anak Pak Cik Abu, kecuali
A mereka berjaya dalam bidang masing-masing
B mereka menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat
C keluarga mereka terpilih untuk mengambil anak angkat
D mereka dididik dengan sempurna oleh Pak Cik Abu dan Mak Cik Piah
Apakah tujuan Program Remaja Murni diadakan?
A Memberikan pengalaman mengusahakan ladang kelapa sawit
B Memberikan peluang kepada orang kampung untuk memiliki anak angkat
C Memberikan pengajaran kepada orang kampung untuk melakukan aktiviti
D Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kehidupan bermasyarakat.
hAodui Latihai^ Tatabakasa PtmahamaI A,
( MANTAP)
SURRT KIRIMRN TI DRK RRSMI
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
F.98 Parit Tok Ngah,
34250 Tanjong Piandang,
Perak, Darul Ridzuan.
20 Februari 2013
Menemui sahabatku saudari Najwa yang kini berada di Taman Desa Pengkalan, Ipoh.
Semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga hendaknya.
Saudari,
Apa khabar saudari sekeluarga di sana? Saya sekarang berada dalam keadaan sihat.
Saya harap saudari juga begitu. Untuk pengetahuan saudari, saya sekarang sedang sibuk
mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) yang akan diadakan pada bulan September nanti. Surat saudari yang bertarikh 12
Februari 2013 telah selamat saya terima. Saya memohon maaf kerana agak lewat membalas
surat saudari. Sebenarnya, saya menerima surat saudari seminggu kemudian.
Pada minggu lepas, saya telah terpilih mengikuti Kem Kecemelangan Akademik.
Program ini dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pelajaran
Daerah Kerian. Kem ini telah diadakan di Universiti Sains Malaysia. Peserta-peserta yang
terpilih untuk menyertai kem ini terdiri daripada calon-calon UPSR dari sekolah-sekolah
sekitar Daerah Kerian. Hanya murid-murid yang berpotensi mendapat 5A sahaja yang
dipilih.
Tujuan kem ini adalah untuk memberi kesedaran dan motivasi serta semangat kepada
calon-calon UPSR. Semasa mengikuti kem ini, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan
pengalaman yang amat berguna. Selain daripada ceramah-ceramah yang disampaikan oleh
pakar motivasi, kami juga didedahkan tentang teknik-teknik menjawab soalan dan persediaan
menghadapi peperiksaan.
Sebagai mengakhiri surat ini, saya harap kita akan mencapai keputusan yang
cemerlang dalam UPSR nanti. Sambutlah salam mesra daripada saya buat saudari dan seisi
keluarga.
Sekian, wassalam.
Sahabatmu,
Ttmiah
2014
Modul Latlha\A, Tatabakas>a Pt^aha^a^
( MANTAP)
1 Apakah tujuan utama surat tersebut ditulis?
A Menanyakan khabar sahabatnya
B Merapatkan hubungan silaturahim
C Menceritakan tentang program motivasi
D Menyatakan faedah menyertai program motivasi
2 Bilakah Ruziah menerima surat daripada Najwa?
A 12 Februari 2013
B 14 Februari 2013
C 19 Februari 2013
D 20 Februari 2013
3 Siapakah yang menganjurkan Kem Kecemerlangan Akademik itu?
A Universiti Sains Malaysia
B Pejabat Pelajaran Daerah Kerian
C Sekolah-sekolah di sekitar Daerah Kerian
D Universiti Sains Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian
4 Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?
A Ruziah murid berpotensi 5 A dalam UPSR.
B Naj wa juga turut mengikuti program motivasi.
C Program motivasi banyak member kebaikan kepada peserta.
D Tidak semua murid sekolah-sekolah Daerah Kerian mengikuti program motivasi.
5 Maksud perkataan kerjasama dalam petikan ialah
A berkongsi
B usahasama
C sumbangan
D tanggungjawab
Modul LMtikaiA, Tatabahasa PeiM,ahaiM,a^
( MANTAP)
1 Apakah tujuan utama surat tersebut ditulis?
A Menanyakan khabar sahabatnya
B Merapatkan hubungan silaturahim
C Menceritakan tentang program motivasi
D Menyatakan faedah menyertai program motivasi
2 Bilakah Ruziah menerima surat daripada Najwa?
A 12 Februari 2013
B 14 Februari 2013
C 19 Februari 2013
D 20 Februari 2013
3 Siapakah yang menganjurkan Kem Kecemerlangan Akademik itu?
A Universiti Sains Malaysia
B Pejabat Pelajaran Daerah Kerian
C Sekolah-sekolah di sekitar Daerah Kerian
D Universiti Sains Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah Kerian
4 Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?
A Ruziah murid berpotensi 5A dalam UPSR.
B Naj wa juga turut mengikuti program motivasi.
C Program motivasi banyak member kebaikan kepada peserta.
D Tidak semua murid sekolah-sekolah Daerah Kerian mengikuti program motivasi.
5 Maksud perkataan kerjasama dalam petikan ialah
A berkongsi
B usahasama
C sumbangan
D tanggungjawab
2014
Modul LatihciiA, TatabnV\as>a Peiu.akam.ai^
(MANTAP)
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca dialog di bawahu kemudian iawab soalan-soalan yang berikutnya.
Suri : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu Ros : Selamat pagi. Boleh saya bantu kamu, Suri?
Suri : Begini cikgu, sebagai ketua aktiviti lawatan sambil belajar, saya ingin
memaklumkan bahawa kami murid Tahun 6 ingin mempelawa cikgu
untuk turut serta. Boleh juga cikgu awasi disiplin murid - murid.
Cikgu Ros : Oh, begitu! Bilakah tarikh lawatan tersebut?
Suri : Jikalau tiada aral melintang, pada 21 September 2013 selepas Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah, cikgu.
Cikgu Ros : Siapakah guru-guru yang akan menyertai lawatan tersebut?
Suri : Kami telah pun mempelawa Cikgu Ramli, Cikgu Nor, Cikgu Raimi,
Cikgu Alina, Cikgu Rahim dan cikgu tetapi hingga kini hanya Cikgu
Raimi dan Cikgu Nor yang telah menyatakan persetujuan untuk
menyertai lawatan itu nanti.
Cikgu Ros : Di sana nanti, ke manakah tempat-tempat yang akan dilawati?
Suri : Kami bercadang untuk melawat Makam Mahsuri, Dataran Helang,
Underwater World, Galeria Perdana, Pantai Cenang, Pulau Singa dan
banyak lagi, cikgu.
Cikgu Ros : Menarik nampaknya. Bagaimana tentang segala persiapan?
Suri : Semuanya telah kami uruskan, cikgu. Cuma surat kebenaran daripada
ibu bapa murid yang belum kami peroleh. Mungkin disebabkan kos
rombongan yang terpaksa mereka biayai. Surat kebenaran daripada
Pejabat Pelajaran Daerah telah pun diuruskan oleh Cikgu Shaari,
Penolong Kanan Kokurikulum.
Cikgu Ros : Baiklah, saya akan turut serta. Terima kasih atas jemputan.
Suri : Terima kasih kembali, cikgu.
hAodul Latlhai^Tataloahasa PeiM.aham.aiA,
(MANTAP)
Berdasarkan petikan, apakah jawatan yang disandang oleh Suri?
A Ketua Murid
B Ketua Rombongan
C Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia
D Setiausaha Kelab Pengawas Sekolah
Bilakah lawatan ke Pulau Langkawi akan direalisasikan?
A Tarikh lawatan masih belum dipastikan lagi
B Bersempena dengan cuti Hari Kemerdekaan
C Selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
D Selepas Ujian Akhir Tahun
Berapakah bilangan guru yang pasti akan menyertai rombongan ini?
A 6 orang
B 5 orang
C 4 orang
D 3 orang
Tempat-tempat di bawah terletak di Pulau Langkawi kecuali
A Underwater World
B Taman Mini Malaysia
C Tasik Dayang Bunting
D Kereta kabel Gunung Mat Cincang
Pada tanggapan anda, mengapakah Cikgu Ros dipelawa untuk menyertai rombongan
itu?
A Beliau guru disiplin di sekolah itu
B Beliau guru kokurikulum di sekolah itu
C Beliau akan menggantikan tempat Cikgu Raimi
D Beliau memang teringin untuk melawat Pulau Langkawi
I
Modul L-atlhaiA>Tatabakas>a Pem.flham.aiA,
( MANTAP)
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian iawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tuan Haji Tajul Arus, ibu bapa, guru-guru dan murid-
murid sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi
mengundang saya selaku pegawai daerah Kerian yang mewakili pegawai pelajaran daerah
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program Kempen Membaca di sekolah
ini.
Hadirin sekalian,
Sesetengah pihak menganggap aktiviti membaca tidak penting. Mereka beranggapan
bahawa semua maklumat dapat diperoleh melalui rancangan televisyen. Ada sesetengah
golongan terutamanya murid-murid membaca buku semata-mata untuk menghadapi
peperiksaan. Budaya seperti ini perlu segera dibendung.
Salah satu cara yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat adalah melalui kempen membaca. Usaha mengadakan kempen membaca di
sekolah-sekolah wajar sekali. Peribahasa "Melentur buluh biarlah ketika rebungnya" amat
bertepatan dengan kempen ini. Contohnya, pelaksanaan program NILAM telah berjaya
memupuk semangat suka membaca.
Banyak kebaikan yang diperoleh melalui kegiatan membaca. Membaca dapat
membuka minda kita terhadap perkembangan dunia, mengetahui kejayaan seseorang tokoh,
dan mengambil iktibar daripadanya. Melalui kempen ini, murid-murid perlu didedahkan oleh
guru-guru dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Hal ini demikian kerana kebanyakan murid
hanya membaca buku-buku sekolah, buku cerita, komik, dan majalah.
Namun begitu, peranan ibu bapa di rumah juga penting. Ibu bapa perlu memantau
bahan bacaan yang dibaca oleh anak-anak. Selain itu ibu bapa dapat membantu dengan
menyediakan bahan bacaan seperti majalah hiburan dan sebagainya.
Justeru, semua pihak perlu bekerjasama bagi menjayakan Kempen Membaca ini.
Dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan pelancaran Program Kempen Membaca di
Sekolah Kebangsaan Seri Buluh ini.
Sekian, terima kasih.
2014
Modu.1 Latlkcm, Tatabakasa Pem.ahana^
(MANTAP)
1 Siapakah yang menyampaikan ucapan tadi?
A Pegawai Daerah Kerian
B Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Buluh
C Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
D Ketua murid Sekolah Kebangsaan Seri Buluh
Membaca dapat membuka minda kita
terhadap perkembangan dunia
2 Apakah maksud penyataan di atas?
A Minda kita akan terbuka untuk melihat dunia.
B Setiap yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui melalui minda.
C Segala yang berlaku di seluruh dunia diketahui melalui minda sahaja.
D Apa-apa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui melalui pembacaan.
3 Mengapakah kempen membaca perlu diadakan di sekolah-sekolah?
A Dapat membantu murid-murid lulus dengan mudah.
B Pihak sekolah akan menyediakan bahan bacaan yang bermutu.
C Dapat mendedahkan murid-murid dengan pelbagai jenis bahan bacaan.
D Dapat mengawal murid-murid daripada membaca bahan bacaan yang kurang
bermutu.
4 Pilih penyataan yang tidak benar tentang ucapan tersebut.
A Diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Buluh.
B Dirasmikan oleh wakil kepada pegawai pelajaran daerah.
C Pegawai daerah Kerian berucap bagi merasmikan program NILAM.
D Ibu bapa perlu membantu menyediakan bahan bacaan yang bermutu.
5 Rangkai kata memupuk minat bermaksud...
A menaikkan minat.
B mendapat manfaat.
C memperoleh minat
D mengembangkan minat.
Modu.1 uatlhaiA, TatabaV\as,a Pem.aham.flm,
( MANTAP)
SURRT KIRIMRN RRSMI
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Rahim bin Razali,
22, Jalan Makmur 5,
Taman Serai Makmur,
34300 Bagan Serai,
Perak Darul Ridzuan.
Ketua Polis Trafik,
Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian,
34300 Bagan Serai,
Perak Darul Ridzuan. 13 MAC 2014
Tuan,
MASALAH PERLUMBAAN MOTOSIKAL HARAM
Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai salah seorang penduduk Taman Serai
Makmur ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah lumba motosikal haram di
kawasan perumahan saya. Masalah ini nampaknya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
2. Pelumba-pelumba motosikal haram ini kebanyakannya Mat Rempit dari taman
perumahan yang berhampiran. Tindakan mereka sudah pasti mendatangkan bahaya bukan
sahaja kepada diri mereka tetapi juga kepada penduduk di taman perumahan ini. Selain itu,
bunyi bising enjin motosikal mereka sering mengganggu tidur dan ketenangan kami lebih-
lebih lagi terhadap kanak-kanak kecil serta pelajar-pelajar yang ingin mengulang kaji
pelajaran.
3. Saya amat khuatir anak-anak muda dari taman perumahan ini juga akan menyertai
perlumbaan haram ini. Ada kemungkinan pemuda-pemuda tersebut juga akan terpengaruh
oleh pelbagai perkara yang tidak sihat seperti pecah rumah, penagihan dadah dan sebagainya.
4. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera terhadap masalah ini
sebelum keadaan menjadi bertambah teruk. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat
saya hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
:Ra/iimrazafi
(RAHIM BIN RAZALI)
2014
Modul uatihan TatabaV\as>a Pem,akaiM,aiA,
(MANTAP)
1 Surat ini merupakan surat
A peringatan.
B bantahan.
C rayuan
D aduan
2 Sifat yang manakah yang tidak ada pada diri penulis?
A Prihatin
B Bertanggungjawab
C Mementingkan diri sendiri
D Peka terhadap persekitaran
3 Penulis bertindak menulis surat ini mungkin sekali kerana
A pelumba-pelumba motosikal haram ini tidak menghiraukan bantahan yang dibuat.
B pelumba-pelumba motosikal haram ini membahayakan diri mereka sendiri
C pihak berkuasa gagal mengatasi masalah perlumbaan motosikal haram ini.
D perlumbaan motosikal haram ini semakin menjadi-jadi.
4 Kesan yang berikut mungkin dialami oleh pelumba-pelumba motosikal haram kecuali
A menjadi kebanggaan orang ramai.
B ditangkap oleh pihak berkuasa.
C terlibat dengan gejala sosial.
D menempah maut.
5 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
A Penulis tinggal di taman perumahan yang berhampiran.
B Kanak-kanak dan pelajar terganggu oleh bunyi bising itu.
C Tindakan segera diperlukan sebelum keadaan menjadi bertambah teruk.
D Penulis khuatir gejala kurang sihat ini akan menjadi ikutan semua pemuda.
Modu.1 LatlhniA'Tatabakas>a PeiM.ahaiM.avi
(MANTAP)
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Pada hari Sabtu, 23 Mac 2011, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Sinar
telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bertempat di
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.Sebanyak 30 orang murid dan empat orang guru
pengiring menyertai lawatan ini.Pesta buku ini disertai oleh banyak syarikat penerbitan
buku.Pelbagai jenis buku dari dalam dan luar negara dipamerkan dan dijual di situ.Setiap
gerai di pusat ini dihias dengan menarik untuk menarik perhatian pengunjung.
Pengunjung dibenarkan membaca buku yang ingin dibeli. Jurujual akan membantu
pengunjung dengan menerangkan kandungan sesuatu buku yang dipamerkan. Pelbagai jenis
buku dipamerkan seperti buku komputer, ekonomi, kejuruteraan, sastera dan
sebagainya.Tidak ketinggalan juga buku kanak-kanak dan buku agama.Banyak syarikat
penerbitan memberikan potongan harga istimewa dan cenderamata percuma kepada
pengunjung.
Hampir semua ahli yang mengikuti lawatan ini membeli buku untuk dibawa
pulang.Cikgu mengarahkan kami supaya berjalan secara berkumpulan supaya tidak terpisah.
Kami diberi masa selama empat jam untuk melawat gerai-gerai di pesta ini. Kesempatan yang
diberikan telah memberi peluang kepada kami untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan
untuk persediaan bagi menduduki peperiksaan UPSR.Kami juga tidak melepaskan peluang
untuk membeli bahan bacaan lain sebagai bahan bacaan umum dan bacaan tambahan.
Walaupun kami agak kepenatan, namun kami berasa sungguh gembira kerana dapat
menambahkan pengalaman dan pengetahuan baru.
Laporan disediakan oleh, 15 APRIL 2011
(ELIYA SYUHADA BINTIALI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Seri Sinar.
2014
Modul Latlkai/u TAtabahasa
(MANTAP)
1 Siapakah yang menganjurkan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur?
A Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Sinar
B Ahli Kelab Buku Sekolah Kebangsaan Seri Sinar
C Semua murid dan guru Sekolah Seri Sinar
D Eliya Syuhada binti Ali
2 Bagaimanakah gerai-gerai pameran menarik perhatian pengunjung?
A Menjual buku kanak-kanak dan orang dewasa
B Menghias gerai dengan cantik
C Memberikan potongan harga
D Menjual buku kanak-kanak
3 Siapakah yang bertanggungjawab membantu pengunjung pesta?
A Pengawal keselamatan
B Ahli persatuan
C Penerbit buku
D Jurujual
4 Bagaimanakah pihak penerbit buku mempromosikan buku-buku mereka?
A Memberika peluang kepada pengunjung untuk membaca
B Memberikan potongan harga dan cenderamata percuma
C Memberikan maklumat kepada pengunjung
D Memberikan buku secara percuma
5 Maksud rangkai kata tidak melepaskan peluang ialah
A menggunakan kesempatan yang ada
B membiarkan peluang berlalu
C mengambil masa
D mencuri masa
Modul LMtlhaiA Tatabahasa Pe\M.aV\ama\^
(MANTAP)
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Perwiraku...
kami sanjung keberanian dan kecekalan
demi pertahankan tanah air tercinta
darah dan keringatmu menjadi taruhan
Perwiraku...
tika kami berteleku di hujung jendela
bertemankan buku- buku dan pena
kami coretkan kata-kata puitis
istimewa buat insan yang kami hargai
keberanianmu memberikan semangat buat kami
pengorbanan bukan untuk sanjungan
Perwiraku...
kami mengerti kini
biarpun kita berjuang di medan berbeza
namun perjuangan tetap diteruskan
kita sama-sama inginkan kejayaan
1 Apakah jenis puisi di atas ?
A Syair B Pantun C Sajak D Gurindam
2 Kepada siapakah puisi ini ditujukan ?
A Doktor C Guru
B Tentera D Pengawal keselamatan
3 Pada pendapat kamu, siapakah penulis puisi tersebut ?
A Penjual surat khabar C Pemerhati
B Pesara tentera D Penuntut
4 Pernyataan berikut adalah benar tentang puisi, kecuali
A keberanian perwira amat disanjung oleh rakyat
B puisi tersebut menyanjung pengorbanan yang dilakukan oleh perwira
C penulis dan perwira adalah dalam bidang yang sama
D perjuangan perwira memberi semangat kepada rakyat
5 Apakah harapan penulis dalam rangkap terakhir puisi ?
A Penulis menyeru semua orang supaya berjuang
B Penulis menyeru semua orang supaya terus menulis
C Penulis mengharapkan semua orang akan berjaya dalam kehidupan
D Penulis mengharapkan semua orang akan meneruskan kehidupan seperti
biasa
2014

Anda mungkin juga menyukai