Anda di halaman 1dari 8

KATA POLISEMI (2 soalan)

~ HIGHLIGHTkan kata polisemi yang disoal.


~ HIGHLIGHTkan umpanan jawaban yang SALAH.
~ BERHATI-HATI dengan andaian jawaban yang penggunaan kata
poliseminya AGAK PELIK. Biasanya ayat ini BETUL kerana CONTOH
AYAT tersebut dikutip terus daripada KAMUS DEWAN.
~ Ingat, tidak semestinya perkataan atau istilah yang sering kamu
gunakan secara lisan itu tepat dan menepati sistem tatabahasa.
~ Jika ada ayat yang mengelirukan, tinggalkan. Baca ayat berikutnya.

CONTOH SOALAN

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


1 I Mereka datang percuma dengan menunggang basikal.
II Percuma sahaja kakak menasihati abang yang degil itu.
III Sesiapa pun tidak akan bekerja secara percuma tanpa sebarang upah.
IV Pekerja syarikat itu bergaji rendah tetapi mereka diberi makan percuma.
A II dan III C I dan IV
B I, III dan IV D II, III dan IV
2 I Pramugari itu melayan penumpang dengan penuh mesra.
II Majikan itu sering menabur janji mesra kepada pekerja-pekerjanya.
III Ikan ini perlu digaul mesra dengan garam dan kunyit sebelum digoreng.
IV Hubungan mesra Mak Limah dengan Ronaldo tidak direstui oleh keluarga.
A I dan IV C III dan IV
B II dan III D I, III dan IV
3 I Bas yang dipandu pantas itu terbabas dan terhumban ke gaung.
II Iqmal menjawab soalan matematik dengan pantas.
III Angin yang bertiup pantas itu telah menumbangkan banyak pokok.
IV Kanak-kanak tidak pantas menyampuk perbualan orang-orang tua.
A I dan IV C II dan III
B II dan IV D I, II dan IV
4 I Datuk sedang menggulung daun rokok.
II Daun jam tangan ayah diperbuat daripada emas.
III Emak menyuruh abang membersihkan daun kipas yang berhabuk.
IV Kehilangan kunci menyebabkan daun pintu itu terpaksa dipecahkan.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I, III dan IV

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA 1


Munsyi Dewan
PERIBAHASA (2 soalan)

~ Banyakkan membaca tentang peribahasa


~ Kuasai kebanyakan peribahasa yang berkaitan dengan calon UPSR.

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.
1 Sikapnya yang suka _________________ itu akan menyebabkan persahabatan mereka
menjadi renggang.
A beri muka
B adu domba
C makan suap
D ikut telunjuk

2 Azlina suka bercakap banyak seperti ____________________________.


A itik pulang petang
B murai tercabut ekor
C rusa masuk kampung
D anjing menyalak bukit

3 Berita pertunangan antara Encik Bean dengan Yuna telah menjadi


___________________ penduduk kampung.
A buah mulut
B ringan mulut
C khabar angin
D hentam keromo

4 Sebagai anggota masyarakat, kita tidak seharusnya mementingkan diri


_____________________________________ .
A seperti enau dalam belukar
B seperti anjing dengan kucing
C seperti si buta kehilangan tongkat
D seperti anjing dengan bayang-bayang

5 Sebagaimana bodoh pun seseorang itu, jika dididik nescaya dia akan pandai. Bak kata
pepatah, _________________________________.
A Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
B Belakang parang diasah lagikan tajam
C Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
D Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA 2


Munsyi Dewan
AYAT SAMA MAKSUD (2 soalan)

~ PALANGKAN idea yang berbeza.


~ POTONG ayat yang SILAP.
~ Jawaban biasanya menjurus kepada ayat yang paling panjang.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.

1 “Jangan bermain di muka pintu, Rohana. Tetamu yang emak jemput akan sampai tidak
lama lagi,” kata Mak Cik Hendon kepada anaknya.
A Mak Cik Hendon melarang anaknya, Rohana bermain di muka pintu kerana tetamu
yang dijemputnya akan tiba tidak lama lagi.
B Mak Cik Hendon mencegah anaknya, Rohana bermain kerana tetamu yang
dijemputnya akan tiba di muka pintu tidak lama lagi.
C Oleh sebab tetamu akan tiba sebentar lagi, Rohana, anak Mak Cik Hendon ditegah
bermain di muka pintu.
D Oleh sebab Rohana bermain di muka pintu, Mak Cik Hendon menghalangnya kerana
tetamu yang dijemputnya akan sampai seketika lagi.

2 Pada setiap hari raya, Pegawai Daerah itu akan dikunjungi oleh orang ramai yang datang
dari seluruh daerah.
A Pada setiap hari raya, orang ramai di seluruh daerah dikunjungi oleh Pegawai Daerah
itu.
B Pada setiap hari raya, orang ramai mengunjungi Pegawai Daerah yang datang dari
seluruh daerah.
C Orang ramai yang datang dari seluruh daerah akan mengunjungi Pegawai Daerah itu
pada setiap hari raya.
D Orang ramai yang datang pada setiap hari raya dari seluruh daerah akan mengunjungi
Pegawai Daerah.

3 Pameran alat-alat komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan
Negeri.
A Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan alat-alat di pameran komputer Dewan
Intan.
B Pengarah Pendidikan Negeri telah merasmikan pameran alat-alat komputer di Dewan
Intan.
C Alat-alat pameran komputer di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri.
D Alat-alat komputer di pameran di Dewan Intan telah dirasmikan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri.

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA 3


Munsyi Dewan
TANDA BACA (2 Soalan)

~ Baca soalan secara MEKANIS dan LAKONKAN SITUASI TERTENTU.

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.


1 A Peserta Ke-8 itu ialah adik Nabilah bt. Azrul dari tahun enam Elit.
B Peserta Ke 8 itu ialah Adik Nabilah bt. Azrul dari tahun Enam Elit.
C Peserta Ke VIII itu ialah Adik Nabilah binti Azrul dari Tahun Enam Elit.
D Peserta Kelapan itu ialah Adik Nabilah binti Azrul dari Tahun Enam Elit.
2 A ‘Filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,’ kata Hidayah.
B “Filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.
C “filem “Jutawan Fakir” tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.
D “Filem ‘Jutawan Fakir’ tidak membosankan penonton,” kata Hidayah.
3 A Mamak Bendahara menjerit, “Lari, lari, orang mengamuk!”
B Mamak bendahara menjerit, “Lari! lari, orang mengamuk!”
C Mamak Bendahara menjerit, “Lari, lari! Orang mengamuk!”
D Mamak Bendahara menjerit, “Lari! Lari! Orang mengamuk!”
4 A Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang
jawatan guru besar, Sekolah Kebangsaan Wawasan.
B Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang
jawatan Guru Besar sekolah kebangsaan Wawasan.
C Setelah memperoleh ijazah Pengurusan Pentadbiran, encik Radzi menyandang
jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Wawasan.
D Setelah memperoleh Ijazah Pengurusan Pentadbiran, Encik Radzi menyandang
jawatan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Wawasan.

5 A “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik sampai?”
B “Eh, mak cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik sampai?”
C “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah mak cik Zakiah sampai?”
D “Eh, Mak Cik Zakiah rupa-rupanya! Sudah lamakah Mak Cik Zakiah sampai?”
6 A Mereka bertiga berseluar jingga, merah dan hijau.
B Mereka bertiga berseluar jingga, merah, dan hijau.
C Mereka bertiga, berseluar jingga, merah, dan hijau.
D Mereka bertiga berseluar, jingga, merah, dan hijau.
7 A Oh Tuhan yang maha esa, berikanlah petunjukmu!
B Oh tuhan Yang Maha Esa! Berikanlah petunjuk-Mu!
C Oh, Tuhan Yang Maha Esa, berikanlah petunjuk-Mu!
D Oh, Tuhan Yang Maha Esa! Berikanlah petunjuk-Mu!

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA 4


Munsyi Dewan
ANALISIS AYAT (2Ssoalan)

~ KENAL PASTI istilah yang meragukan (istilah, frasa, ejaan, struktur


dan pengimbuhan).
~ HIGHLIGHTkan umpanan jawaban yang SALAH.

CONTOH SOALAN
Pilih ayat yang betul.

1 A Munsyi Salehin mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu.


B Munsyi Salehin mengajarkan kami mata pelajaran Bahasa Melayu.
C Munsyi Salehin mengajar kami akan mata pelajaran bahasa Melayu.
D Munsyi Salehin mengajari mata pelajaran Bahasa Melayu kapada kami.

2 I Sungguh amat ayu gadis pingitan itu.


II Saya masih tinggal di Bandar Taiping.
III Bas yang dipenuhi penumpang itu keputusan minyak.
IV Satu rampasan dadah terbesar telah dillakukan oleh pihak polis semalam.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

3 I Setengah-tengah orang alah akan bau durian.


II Mayat bayi itu ditemukan di celahan timbunan sampah.
III Dari masa ke masa, prestasi pelajaran Iqmalhakim makin meningkat.
IV Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

4 I Murid-murid diminta beratur di kantin.


II Para pengemis ini akan dihantar ke rumah kebajikan.
III Kasut baharu ini baru kubeli di Kota Bharu baru-baru ini.
IV Bilik tamu ini perlu diperkemas dengan segera sebelum tetamu tiba.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA 5
Munsyi Dewan
Aku menjiwai naluri seorang pengembara. Biarpun aku anak jati Putrajaya, aku suka menjelajahi daerah hijau
yang mengindahi perkampungan desa. Aku ingin mengembara dengan menunggang basikal. Setelah
mendapat keizinan ayah dan ibu, aku pun mengayuh basikal kesayanganku ke selatan tanah air. Sebondot
pakaian dan sejumlah kecil wang menjadi bekalanku.
Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 50 km. Selepas menempuh pelbagai cabaran dan dugaan,
akhirnya aku sampai ke bandar Seremban. Aku bermalam di sebuah masjid.
Pada hari kedua, perjalanan sejauh 32 km kutempuhi dalam hujan dan panas. Aku singgah di rumah
kenalanku, Rozali. Rozali ingin mengikutiku. Malam itu, bermalam pula aku di rumahnya.
Keesokan harinya, kami mengayuh basikal ke selatan. Tayar basikal Rozali pancit. Rozali
memboncengiku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai basikal. Malam itu, kami melelapkan mata
di sebuah surau di sebuah taman perumahan.
Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembaraan ke Bandar Hilir. Pada sepanjang perjalanan, kami
melihat pelbagai panorama yang indah; sawah padi yang menguning, bukit-bukau dan gunung-ganang yang
membiru serta program pembangunan yang pesat di sana sini. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah datuk
dengan baju yang dibasahi peluh. Terkebil-kebil mata datuk apabila melihat aku dan Rozali tercegat
di hadapannya.
31 Apakah masalah yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang pengembara?
A Sumber kewangan
B Ilmu pengetahuan
C Gangguan penyangak
D Gendala dan rintangan

32 Ke manakah tujuan penulis?


A Johor.
B Melaka.
C Singapura.
D Negeri Sembilan.

33 Apakah aral yang terpaksa dihadapi oleh penulis semasa mengembara?


A Kehabisan wang.
B Hujan dan panas.
C Kawasan berbukit-bukau.
D Ketiadaan tempat penginapan.

34 Mengapakah datuk terkejut?


A Kerana datuk sudah lama tidak bertemu dengan cucunya.
B Kerana cucunya ditemani oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
C Kerana dia sedih melihat keadaan cucunya yang tidak terurus dan keletihan.
D Kerana dia tidak menyangka cucunya akan sampai ke rumahnya dengan berbasikal.

35 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A Penulis menumpang tidur di masjid.
B Kegemaran penulis dan kawannya adalah seiring.
C Perjalanan penulis mengambil tempoh selama empat hari.
D Semasa tayar basikalnya pancit, Rozali menunggang basikal penulis.

Soalan 36 hingga Soalan 40

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA 6


Munsyi Dewan
Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

PERTANDINGAN FUTSAL TAMAN SAUJANA JAYA


Kedudukan Mata Perlawanan Bola Sepak

KUMPULAN A
PASUKAN P M S K J B MATA
1 MALAYSIA 2 2 0 0 3 1 6
SAKAKI MAKIO 2 2 0 0 6 2 6
DYA ZIZIE 3 1 2 0 3 1 5
AULONG UNITED 2 0 1 1 1 2 1
TAMAN MEWAH 2 0 0 2 3 8 0

KUMPULAN B
PASUKAN P M S K J B MATA
PIJA GUGU 3 1 1 0 3 1 4
SAUJANA JAYA 3 1 1 1 7 6 4
ASAM KUMBANG 2 1 1 0 4 2 4
TAMAN YAYASAN 2 0 2 0 5 5 2
TEKAH JAYA FC 2 0 1 1 2 5 1

Petunjuk: P = Permainan M = Menang S = Seri


K = Kalah J = Jaringan B = Bolos

36 Pasukan manakah dalam Kumpulan A yang belum memperoleh sebarang kemenangan?


A Dya Zizie dan Sakaki Makio.
B Aulong United dan Dya Zizie.
C Taman Mewah dan Sekaki Makio.
D Aulong United dan Taman Mewah.

37 Yang manakah berikut benar tentang persamaan antara pasukan Pija Gugu, Saujana Jaya
dan Asam Kumbang?
A Mata yang sama.
B Bilangan perlawanan yang sama.
C Seri dalam perlawanan yang sama.
D Kalah dalam perlawanan yang sama.

38 Berapa perlawanankah yang perlu dimenangi oleh pasukan Taman Mewah untuk mengatasi
mata pasukan 1 Malaysia?
A 1 perlawanan.
B 2 perlawanan.
C 3 perlawanan.
D 4 perlawanan.

39 Pasukan manakah yang layak ke peringkat separuh akhir?


NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA 7
Munsyi Dewan
A 1 Malaysia, Dya Zizie, Pija Gugu dan Saujana Jaya.
B 1 Malaysia, Sakaki Makio, Pija Gugu dan Saujana Jaya.
C 1 Malaysia, Dya Zizie, Saujana Jaya dan Asam Kumbang.
D 1 Malaysia, Sakaki Makio, Saujana Jaya dan Asam Kumbang.

40 Berapakah mata bagi pasukan Taman Yayasan sekiranya pasukan ini memenangi dua
perlawanan dan seri tiga perlawanan berikutnya?
A Sebelas mata.
B Sepuluh mata.
C Sembilan mata.
D Dua belas mata.

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA 8


Munsyi Dewan

Anda mungkin juga menyukai