Anda di halaman 1dari 12

Bahasa Melayu Tingkatan 2

Nama : ………………………………………………………………………………… Ting : ……………………………

SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIRA’&


MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA’
JERAM, KUALA SELANGOR, SELANGOR

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SESI 2021 DALAM TALIAN


BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2
FEBRUARI 2022
2 Jam
Dua jam

ARAHAN:

1. Kertas soalan ini mengandungi dua belas muka surat.

2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Kertas 1 dan Kertas 2.

3. Baca arahan soalan dengan teliti.

4. Tulis jawapan anda dalam kertas dengan tulisan yang jelas.

5. Jawapan hendaklah dimuat naik dalam google classroom kelas masing-masing.

KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF


BAHAGIAN A SOALAN 1-20

1
Bahasa Melayu Tingkatan 2

KERTAS 1
Bahagian A
[20 markah]

Pilih jawapan yang sesuai.

1. Penceramah itu telah menyampaikan ceramahnya dengan berkesan. ________


menyampaikan ceramah tersebut selama dua jam.
A. Dia
B. Beliau
C. Mereka
D. Baginda

2. Berdasarkan gambar di atas, beberapa ekor semut sedang _________ air sirap yang
tertumpah itu.
A. merayap
B. merempuh
C. mengepung
D. menghurung

3. Encik Murad menolak _________ lamaran pemuda yang masih menganggur itu demi
masa depan dan kebahagian anak gadisnya.
A. terang-terang
B. masak-masak
C. mentah-mentah
D. sungguh-sungguh

4. “Kalian jangan sekali-kali bersikap biadab ________ ibu bapa atau orang tua,” pesan
Nek Som kepada cucu-cicitnya.
A. pada
B. akan
C. dengan
D. terhadap
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
5. Ayah sering pulang lewat ke rumah kerana dia terjerumus dalam kesesakan lalu lintas.
A B C

Tiada kesalahan.
D

2
Bahasa Melayu Tingkatan 2

6. Dalam usaha menempah kejayaan, pelajar mestilah berusaha bersungguh-sungguh


A B

mengulang kaji pelajaran mereka. Tiada kesalahan.


C D

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


7. I Pandangannya yang tajam menakutkan saya.
II Atuk selalu mengasah parangnya agar tajam.
III Perkataan yang tajam itu telah mengguris hati saya.
IV Kritikan pengarang tentang penulisan buku itu sungguh tajam.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV sahaja

8. I Bunga yang kembang pada pagi itu amat cantik.


II Akibat makan terlalu banyak, badan Sabariah menjadi kembang.
III Span yang direndamkan di dalam air akan menjadi kembang.
IV Kembang hati Mala apabila semua orang memuji kekacakan suaminya.

A. I, II dan III sahaja


B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
9. Ibu bapa mungkin menjadi faktor penyumbang kepada masalah sosial yang berlaku
dalam kalangan remaja.
A. faktor sumbangan pada masalah
B. faktor penyumbang pada masalah
C. faktor menyumbangkan pada masalah
D. faktor penyumbang kepada masalah

10. Mi goreng amat sesuai dihidang bersama teh panas pada waktu pagi sebagai sarapan.
A. amat sesuai dihidang bersama dengan
B. amat sesuai sekali dihidang bersama
C. amat sesuai dihidangkan dengan
D. amat sesuai dihidang bersama

3
Bahasa Melayu Tingkatan 2

Pilih ayat yang betul.


11. I Jualan murah itu mendapat sambutan luar dugaan daripada pengguna-pengguna.
II Jika air sungai melimpah, Kampung Padang Belalang pasti akan dilanda banjir.
III Sejak di kejadian itu, Aida tidak lagi mengganggu rakan sebiliknya.
IV Sebuah rantai dihadiahkan oleh Encik Daud kepada isterinya.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. II dan IV sahaja

12. I Berpuluh-puluh ekor kambing peliharaan Pak Mail disyaki dicuri malam tadi.
II Novel-novel hasil tulisan Syamsul Akmal begitu laris dipasaran kerana diminati
oleh golongan remaja.
III Oleh kerana cuaca mendung, Halimin tidak jadi keluar rumah untuk bermain bola
sepak di padang bersama-sama rakan-rakannya.
IV Sebelum anak perempuannya pulang dari sekolah, Mak Leha cepat-cepat
menyenduk nasi dan meletakkannya di bawah tudung saji.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.
13. “Jangan biarkan anak-anak bermain seorang diri di luar rumah,” kata Puan
Leha kepada Puan Ana.
A. Puan Leha mengingatkan Puan Ana agar tidak membiarkan anak-anaknya
bermain di luar rumah tanpa sesiapa menemankannya.
B. Puan Ana menasihati Puan Leha supaya membiarkan anak-anaknya bermain di
luar rumah bersama-sama kawan-kawannya.
C. Puan Leha dan Puan Ana tahu bahawa membiarkan anak-anak bermain seorang
diri
diluar rumah adalah berbahaya.
D. Puan Leha dan Puan Ana diingatkan agar tidak membiarakan anak-anak mereka
bermain seorang diri di luar rumah.
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
14. Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan melupakan
orang yang berbuat baik kepada kita, kecuali
A. seperti kacang lupakan kulit.
B. seperti tikus jatuh ke beras.
C. habis madu sepah dibuang.
D. seperti ulat lupakan daun.

4
Bahasa Melayu Tingkatan 2

Berdasarkan teks pengacaraan di bawah ini, jawab soalan yang berikutnya.


MASA/PERKARA SKRIP TEKNIKAL TINDAKAN
8.30 malam Terima kasih kerana sudi memeriahkan “Malam Budaya Pengacara
Kata alu-aluan Warisan Malaysia”. Pada malam yang istimewa ini, kita Majlis
pengacara majlis akan menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan
seperti tarian zapin, tarian kipas, tarian sumazau, tarian
ngajat dan tarian singa. Persembahan tersebut akan
dipersembahkan oleh anggota Kelab Kesenian Sekolah
Menengah Jinjang Utara.

8.35 malam Tanpa melengahkan masa, saya dengan sukacitanya Kumpulan


Persembahan mempersilakan kumpulan pertama daripada Kelab Pertama
tarian zapin Kesenian untuk mempersembahkan tarian tradisional
masyarakat Melayu iaitu tarian zapin.

8.50 malam Sungguh menghiburkan persembahan yang dipentaskan Kumpulan


Persembahan sebentar tadi. Seterusnya, kita beralih pula kepada kedua.
tarian singa persembahan daripada kumpulan kedua. Mereka akan
mempersembahkan tarian singa. Dipersilakan.

15. Yang berikut merupakan maksud perkataan alu-aluan, kecuali


A. melalukan
B. permulaan
C. mukadimah
D. pengenalan

16. Tindakan kumpulan pertama semasa jam 8.35 malam ialah


A. mengalu-alukan peserta tarian tradisional iaitu tarian zapin
B. mempersembahkan tarian tradisional iaitu tarian zapin
C. mempersilakan kumpulan pertama daripada Kelab Kesenian
D. mempersembahkan tarian singa

17. Pada pendapat anda, yang manakah perkara yang tidak berlaku dalam teks
pengacaraan.
A. kata-kata aluan
B. persembahan zapin
C. persembahan singa
D. persembahan kipas

5
Bahasa Melayu Tingkatan 2

Berdasarkan petikan cerpen di bawah ini, jawab soalan yang berikutnya.

PENDAKWA RAYA: Yang arif, hujah peguam bela tidak logik, tak masuk akal sama sekali,
kambing yang lapar tidak makan kulit pisang dan mengaisnya
keluar…

PEGUAM BELA: Yang arif, saya minta pendakwa raya tidak mengganggu perjalanan
mahkamah.

Hakim mengeluarkan kad kuning.

HAKIM: Satu kad kuning untuk pendakwa raya. Sila duduk.


Ya, peguam bela, sila teruskan…

PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali hujah saya. Adapun kambing yang
tersangat kurus dan lapar itu juga tersangatlah letihnya sehingga matanya pun sudah menjadi
kabur dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak nampak kulit pisang, sehingga
terkaislah olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan raya. Malang tak berbau, seorang
nenek yang sedang berjoging menghampiri… kambing terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu
terpijak kulit pisang dan jatuh… sampailah ajalnya, dia pun mati. Dengan ini, jelas bahawa
Bulat bin Leper tidak terbabit dalam soal ini. Yang bersalah, bukannya Bulat, tapi kambing
kurus. Oleh sebab itu, bukan Bulat yang harus dihukum, sebaliknya kambing kuruslah yang
perlu dihukum.

Dipetik daripada drama Mahkamah,


Antologi Baik Budi Indah BahasaTingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

18. Apakah maksud peribahasa malang tak berbau?


A. Musibah yang terjadi secara tiba-tiba.
B. Bencana yang menimpa secara berturut-turut.
C. Kesusahan yang berlaku secara berterusan.
D. Mala petaka yang menimpa tiada kesudahannya

19. Yang berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama, kecuali
A. masyarakat yang jujur.
B. masyarakat yang bertanggungjawab.
C. masyarakat yang adil.
D. masyarakat yang prihatin.

20. Penyataan berikut ialah benar, kecuali


A. Pendakwa raya menyatakan hujan peguam bela tidak logic kerana kambing tidak
mengais kulit pisang
B. Hakim mengeluarkan kad kuning kepada peguam bela kerana menggangu
perjalanan mahkamah
C. Kambing tidak nampak kulit pisang kerana keletihan.
D. Nenek sedang berjoging lalu maut kerana terjatuh akibat terpijak kulit pisang.
6
Bahasa Melayu Tingkatan 2

BAHAGIAN B
[25 markah]

1. Analisis kesalahan bahasa yang terdapat dalam setiap ayat di bawah ini. Betulkan
kesalahan yang dikenal pasti pada ruang jawapan yang disediakan.

i. Pengalaman bercuti di Pulau Pangkor masih segar di dalam ingatan Tasnim


biarpun sudah tiga tahun berlalu.

_____________________________________

ii. Encik Ramesh merupakan seorang anggota polis. Dia bertugas di Balai Polis
Bukit Aman.

_____________________________________

iii. “Kami perlu memerangi pihak musuh habis-habisan”, kata Hang Tuah kepada
Hang Jebat.

_____________________________________

iv. Masyarakat diingatkan supaya tidak terpedaya oleh pihak tertentu yang
menjanjikan hadiah lumayan dalam penipuan guris dan menang.

_____________________________________

v. Para petani duduk di bawah pohon yang lebar itu.

_____________________________________

(5 markah)

7
Bahasa Melayu Tingkatan 2

2. Baca maklumat yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1 BAHAN 2

Faris anak tunggal dalam keluarga. Azman anak sulung daripada tiga
Bapanya seorang peniaga dan beradik. Dia anak yatim. Bapanya
mempunyai sebuah kedai runcit. meninggal dunia ketika dia masih kecil.
Kehidupan mereka agak selesa tetapi Kini ibunyalah yang menyara
Faris tidak dimanjakan dengan kehidupan mereka dengan menjual
kemewahan. Faris diajar supaya kuih.
berjimat cermat untuk masa depan.
Setiap hari Azman membantu ibunya
Faris selalu menolong bapanya di kedai menjaja kuih selepas pulang dari
runcit. Dia menghargai penat lelah sekolah. Kadang-kadang jualannya
bapanya mencari rezeki. Wang upah habis, kadang-kadang tidak. Ada juga
yang diberikan oleh bapanya disimpan pembeli yang bermurah hati membayar
di dalam tabung. Dia mengumpulkan wang lebih kepadanya. Wang itu akan
wang tersebut untuk membeli beberapa disimpan di dalam tabung untuk
naskhah komik kegemarannya. menampung keperluan persekolahan
Azman dan adik-adiknya.

i. Nyatakan latar belakang Faris dan Azman.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(3 markah)
ii. Apakah tujuan Faris dan Azman menabung?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(3 markah)
iii. Jelaskan kebaikan-kebaikan menabung.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(4 markah)

8
Bahasa Melayu Tingkatan 2

3. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
tingkatan 2.
i. Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon
ii. Meniti Impian, karya Osman Ayob
iii. Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani
iv. Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi.

Perwatakan ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu
boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata
atau watak-watak berkenaan.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, huraikan tiga perwatakan watak
utama berserta contoh peristiwa yang sesuai dalam novel tersebut.

(10 markah)

9
Bahasa Melayu Tingkatan 2

BAHAGIAN C
[15 markah]
Pilih sama ada soalan 1 atau 2.

1. Lihat poster di bawah ini dengan telitinya, kemudian tulis ulasan yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan.

10
Bahasa Melayu Tingkatan 2

2. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang cara-cara mengekalkan perpaduan di Malaysia. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Perpaduan merupakan hadiah yang amat bernilai dan perlu dipelihara serta dihargai oleh
semua orang. Perpaduan terhasil apabila masyarakat daripada pelbagai etnik saling
menghormati antara satu dengan yang lain.

Para pemimpin dan rakyat juga mestilah mengamalkan prinsip kesederhanaan yang
menjadi kunci kepada pembangunan negara. Tugas yang paling mendesak bagi rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan gabungan politik pada masa ini adalah
memastikan keharmonian kaum. Semua bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan
keharmonian antara kaum wajar ditolak.

Aktiviti sukan dan riadah dapat mengukuhkan perpaduan. Kejayaan Malaysia


menjuarai Sukan SEA ke-29 misalnya disambut dengan penuh kebanggaan oleh semua
lapisan masyarakat. Seterusnya, rakyat harus mengekalkan semangat patriotik bukan
sahaja ketika sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16
September. Perpaduan merupakan cabaran yang menjadi kunci kepada kelangsungan
hidup kita sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk juga.

Kesimpulannya, Malaysia bukanlah mendambakan wira etnik, sebaliknya


mengharapkan pembina jambatan etnik dan duta keharmonian yang dapat membantu
memupuk semangat muhibah, kedamaian, dan perpaduan. Contoh terbaik untuk
memupuk semangat perpaduan adalah di sekolah-sekolah. Di sinilah kanak-kanak yang
masih muda dapat dibentuk tanpa melihat sesuatu perkara melalui kanta prejudis.

11
Bahasa Melayu Tingkatan 2

KERTAS 2
BAHAGIAN A
[10 markah]

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa

Belajar dengan
bersungguh-sungguh
Membantu ibu bapa
melakukan kerja rumah

Mempamerkan tingkah
laku yang baik

Disediakan oleh,
Siti Murni binti Nurdin

-KERTAS SOALAN TAMAT-

12

Anda mungkin juga menyukai