Anda di halaman 1dari 9

Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

Bahagian A
[15 markah]
Soalan 1 – 2 : Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “……………… mesti bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang sukar ini,” kata Ashraf
kepada rakan-rakan dalam kumpulannya.
A. Awak
B. Kita
C. Saya
D. Kau

2. Usaha ……………… rumah mangsa-mangsa gempa bumi yang rosak teruk itu sedang giat
dijalankan di negara jiran.
A. mengemas kini
B. membaik pulih
C. mengubah suai
D. menambah baik

Soalan 3 – 4 : Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

3. I. Pemain yang lincah itu sentiasa dikawal ketat oleh pihak lawan.
II. Peraturan dan disiplin yang ketat di sekolah melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
III. Baju yang dipakainya itu sangat ketat dan mencolok mata.
IV. Masyarakat yang tinggal di pulau itu masih berpegang ketat pada adat tinggalan nenek
moyang mereka.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

4. I. Datuk gembira apabila melihat pokok-pokok di dusunnya berbuah lebat.


II. Rambutnya yang hitam dan lebat menyebabkan dia ditawarkan untuk menjadi model iklan
syampu.
III. Perlawanan bola jaring di sekolah kami terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat.
IV. Pengacara yang bermulut lebat itu tidak henti-henti bercakap bagai murai dicabut ekor.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

Soalan 5 – 6 : Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan yang betul.

5. Kementerian Komunikasi dan Digital sedang memperhebatkan usaha memerangi jenayah


penyebaran berita palsu melalui media sosial.
A. memperhebatkan usaha peperangan
B. memperhebat usaha memerangi
C. memperhebat usaha peperangan
D. memperhebatkan usaha memerangi

1
Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

6. Murid yang memperoleh markah yang terpaling tinggi sekali dalam mata pelajaran Sejarah di
kelas kami ialah hazwan.
A. paling tinggi
B. terpaling tinggi
C. paling tinggi sekali
D. terpaling tinggi sekali

Soalan 7 – 8 : Pilih ayat-ayat yang betul.

7. I. Cikgu Rachel mengajar Suzie tarian tradisional masyarakat Dusun.


II. Keindahan alam semula jadi di Pulau Mabul sungguh mendamaikan hati.
III. Perlawanan melukis poster itu dimenangi oleh Jasmin.
IV. Tukang masak itu memasukkan cili sos ke dalam masakannya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

8. I. Beg-beg tangan di pasar raya itu cantik-cantik belaka.


II. Mereka saling ejek-mengejek semasa pertandingan bola sepak itu.
III. Murid itu didenda kerana tolak-menolak semasa di kantin.
IV. Oleh sebab terlalu takut, dia tergagap-gagap menjawab soalan.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

Soalan 9 : Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

9. “Sila ambil sekeping brosur di kaunter itu,” kata penyambut tetamu kepada Puan Azwana.
A. Puan Azwana meminta penyambut tetamu mengambil sekeping brosur di kaunter itu.
B. Penyambut tetamu meminta Puan Azwana mengambil sekeping brosur di kaunter tersebut.
C. Penyambut tetamu mengambil sekeping brosur untuk Puan Azwana di kaunter
D. Puan Puan Azwana mengambil sekeping brosur kemudian meletakkannya di kaunter itu
untuk penyambut tetamu.

Soalan 10 : Pilih peribahasa yang paling sesuai.

10. Kita haruslah peka akan perkembangan semasa supaya tidak menjadi
A. macam ayam berak kappur
B. macam cacing kepanasan
C. macam pahat dengan penukul
D. macam kakak di bawah tempurung

2
Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

Baca bahan di bawah dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah.

11. Apakah perkara yang ingin disampaikan


dalam rangkap ketiga sajak? ikan-ikan yang riang
A. Penyajak ingin berbudi kepada semua 14. Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam
orang baris sajak di atas?
B. Penyajak ingin berbudi kepada tanah A. Simile
C. Penyajak ingin berterima kasih B. Metafora
kepada ikan kerana menjadi punca C. Anafora
rezeki kepada para nelayan D. Personifikasi
D. Penyajak berterima kasih kepada
tokoh parajurit kerana berkorban diri 15. Yang berikut merupakan pengajaran sajak
mempertahankan negara kecuali
A. kita hendaklah bersyukur atas
12. Maksud rangkai kata belantara samudera kurniaan Tuhan.
ialah B. kita mestilah mempunyai semangat
A. hutan yang tebal. patriotisme dalam diri.
B. tempat yang jauh. C. kita mestilah rajin berusaha untuk
C. kawasan yang besar. meneruskan kehidupan.
D. lautan yang sangat luas. D. kita hendaklah menjaga alam agar
kekal kepada nelayan
13. Apakah persoalan sajak di atas?
A. Ketaatan kepada Tuhan
B. Kepentingan laut kepada manusia
C. Hidupan laut memberikan pendapatan
terpelihara
D. Sikap suka membantu dalam
kalangan masyarakat

3
Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

Bahagian B
[30 markah]

1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu
semula.

(i) Sebanyak sembilan gerabak keretapi tergelincir dari landasan dalam nahas yang terjadi pada
pagi kelmarin.

(ii) Kelapa sawit yang ditanam secara meluas di Malaysia menjadi salah satu sumber ekonumi
negara.

[2 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Akauntan itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan menggelapkan wang syarikat.

(ii) Para murid-murid bertungkus lumus untuk menghias dewan bagi menyambut Hari Guru
pada keesokan harinya.

[2 markah]

3. Baca arahan dengan telitinya dan jawab semua soalan yang diberikan. Pisahkan ayat majmuk di
bawah menjadi ayat tunggal.

(i) Azril kesunyian kerana jiran di sebelah rumahnya berpindah ke Kuala Terengganu.

(ii) Datuk tidak tidur sepanjang malam kerana batuk.

4
Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

[4 markah]

4. Lihat bahan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang
sesuai.

(i) ………………………………………………………………………………………………….

(ii) ………………………………………………………………………………………………….

5. Baca bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1

Aku melihat ayah terpinga-pinga keluar dari biliknya lantas ke ruang tamu. Ayah bertanya tentang
Oren. Aku mengatakan bahawa aku tidak melihat kelibat Oren pada pagi itu. Ayah seakan-akan
baru tersedar sambil menggeleng kepalanya beberapa kali.
Di meja makan pada pagi itu ayah bercerita kepada kami bahawa dia bermimpi Oren pulang
ke rumah semalam, dan hampir semalaman Oren bersama-sama dengan ayah di ruang tamu.
Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur. Kami semua terperanjat kerana di tangannya ialah
Oren yang kami tunggu kepulangannya tetapi pada saat itu Oren sudah tidak bernyawa lagi. “Anis
jumpa Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman permainan.” Sebaik-baik sahaja
habis kenyataan itu, mata kami sekeluarga terus tertumpu kepada ayah. Ketika itu mata ayah mulai
berkaca.

Dipetik daripada cerpen ‘Oren’, Antologi Kuingin Berterima Kasih,


Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

5
Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

BAHAN 2

Beberapa hari lagi Tahun Baharu Cina akan tiba. Kebanyakan jiran mereka sudah membuat
persiapan untuk perayaan yang disambut setahun sekali itu tetapi rumah mereka masih begitu.
Tiada persiapan apa-apa pun yang dibuat. Mereka sibuk mencari Lim Meng. Apalah makna
perayaan itu kalau anak mereka tidak ada. Lim Pooi amat menyesal dengan tindakannya itu.
Dalam masa penantian itulah Lim Pooi jatuh sakit. Sim Pau memujuk Lim Pooi untuk
berjumpa dengan doktor tetapi Lim Pooi tidak mahu. Sim Pau risau kerana Lim Pooi sudah tiga
hari tidak makan apa-apa. Dia takut sakit Lim Pooi semakin melarat. Badannya kurus. Mukanya
cengkung. Matanya kuyu. Dia tidak mahu kehilangan orang yang tersayang lagi. Sudahlah Lim
Foong meninggalkannya selama-lamanya. Selepas itu, Lim Meng dan kini, Lim Pooi pula tengah
sakit.
“Sakit aku hanya Lim Meng sahaja yang boleh mengubatnya.” Entahkan betul entahkan tidak
Sim Pau tidak tahu tapi mereka masih mengharapkan agar Lim Meng balik Tahun Baharu ini.

Dipetik daripada cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’,


Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, apakah kesan kepada watak ‘ayah’ dan Lim Pooi akibat
kerinduan tersebut?

[3 markah]

(ii) Nyatakan nilai yang sama dalam kedua-dua petikan cerpen di atas.

[3 markah]

(iii) Setiap anggota keluarga haruslah memainkan peranan untuk membina keluarga yang Bahagia
dan harmoni. Pada pendapat anda, apakah amalan-amalan yang dapat dilakukan untuk
membentuk keluarga yang Bahagia?

6
Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

[4 markah]

1. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.

(i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia


(ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I

Pengajaran merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil karya
mereka bagi tujuan mendidik pembaca. Penerapan pengajaran ini digambarkan menerusi sesuatu
peristiwa yang berlaku dalam karya tersebut.
Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, huraikan tiga pengajaran.

7
Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

Bahagian C
[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kebaikan Internet. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memupuk dan membentuk keperibadian unggul


seseorang pelajar. Misalnya, melalui kelab dan persatuan pelajar-pelajar dilatih untuk memegang
beberapa jawatan penting dan bertanggungjawab melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Melalui aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar juga dilatih memahami prinsip-prinsip asas
alam pekerjaan yang akan diaplikasi sepenuhnya apabila merekaberada dalam dunia pekerjaaan
dewasa nanti. Pendedahan seumpama ini melaluiaktiviti kokurikulum membolehkan mereka
bertindak dan membuat keputusan yang amat diperlukan oleh seorang pekerja yang berwawasan.
Melalui aktiviti badan beruniform pelajar banyak belajar tentang perkara yangmenyentuh
soal disiplin seperti kepekaan terhadap masa, keperihatinan terhadaprakan-rakan tanpa
mementingkan diri sendiri adalah antara nilai murni yang sentiasadiamalkan dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.
Penglibatan yang aktif dalam kokurikulum menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri
dengan corak pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang amat berbeza dengan corank
pembelajaran di sekolah. Dalam hal ini, pelajar yangtidak aktif dalam kokurikulum
berkemungkinan kurang kemahiran berkomunikasi danlemah dalam membuat persembahan,
sedangkan kemahiran tersebut amatdiperlukan dalam sistem pembelajaran institusi pengajian
tinggi.
Seseorang pelajar yang kurang aktif dalam kokurikulum cenderung menjadi pelajar yang
pendiam, tidak suka bergaul serta hanya mementingkan diri sendiri.Oleh itu, apabila mereka
berada dalam situasi pembelajaran di institusi pengajian tinggi nanti mereka akan terperangkap
kerana pada masa itu jumlah pangkat A yang mereka perolehi di sekolah dahulu tidak lagi
menjadi ukuran, tetapi pelajar yang aktif menyertai aktiviti kokurikulum semasa di sekolah akan
lebih mudah belajar kerana mereka sudah belajar menyiapkan sesuatu tugasan, memahami
pentingnyaperpaduan, mudah bertoleransi dan ada kemahiran berfikir dan berhujah.
Justeru, pelajar-pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum,
kerana pelajar yang cemerlang ialah mereka yang seimbang dari segi akedemik,
mudah berkomunikasi dan mudah bergaul.

8
Latihan persediaan peperiksaan pertengahan tahun

[15 markah]

Anda mungkin juga menyukai