Anda di halaman 1dari 27

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

2023/2024
BAHASA MELAYU
(KERTAS 1)
SET 1

JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang
disediakan dalam kertas ujian ini.
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada
akhir ujian.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama pemeriksa :

Soalan Markah penuh Markah diperoleh

A 1-15 15
B 1-6 30

C 1 15
Jumlah 50

1
Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian.

BAHAGIAN A

[15 markah ]

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Pemuda-pemuda itu _________________ pesakit yang cedera untuk di bawa


masuk ke dalam ambulans yang sedang menunggu.

A memikul

B menggalas

C mengusung

D membimbit

Soalan 2

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

2. Orang kurang siuman yang bersenjatakan sebilah parang itu


___________________ parangnya untuk menakutkan pihak polis yang cuba
menahannya.

A melaung-laungkan

B melambai-lambaikan

C menghayun-hayunkan

D menghentak-hentakkan

2
Soalan 3-4

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul

3. I Lim menyandarkan bajunya yang basah di ampaian.

II Pak Hassan menyandarkan badannya pada dinding bangsalnya.

III Munah menyandarkan basikalnya pada tiang rumah itu.

. IV Berusahalah sendiri, jangan asyik menyandarkan nasib dan rezeki pada orang
lain.

A I dan II sahaja.

B III dan IV sahaja.

C I, II dan III sahaja.

D II, III dan IV sahaja.

4. I Sudah seminggu abah tidak lalu makan kerana demam .

II Kaunselor itu berpesan kepada kakak agar tidak mengenang peristiwa lalu
yang melukakan hatinya.

III Man dan rakannya tidak mahu lalu di kawasan yang menyeramkan itu.

IV Kamal sangat letih lalu dia tidak dapat lena malam itu.

A 1 dan 11 sahaja.

B 111 dan 1V sahaja.

C 1, 11 dan 111 sahaja

D 11, 111 dan 1V sahaja.

Soalan 5-6

Bahagian yang bergaris dalam ayat ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Banyak hadirin yang datang terpegun apabila melihat pakaian ciptaan pereka
fesyen terkenal itu digayakan di atas pentas.

A jika melihat pakaian

B lalu melihat pakaian

C sambil melihat pakaian

D apabila melihat pakaian

3
6. Tapak bersejarah di negara kita perlu dipelihara dan dipulihara demi untuk
menarik kehadiran pelancong dan ahli –ahli sejarah luar negeri.

A demi menarik

B demi menarik untuk

C menarik demi untuk

D demi untuk menarik

Soalan 7-8

Pilih ayat-ayat yang betul

7. I Oleh kerana kerjasama yang diberikan oleh semua penduduk, kes pecah
rumah dapat dielakkan.

II Kes jenayah dapat dicegah melalui pemasangan kamera litar tertutup di


kawasan kediaman.

III Aspek keselamatan perlu dititikberatkan ketika melakukan aktiviti riadah


berbasikal.

IV Laporan meterologi boleh digunapakai untuk merancang aktiviti pada hari


esok.

A 1 dan 11 sahaja
B 1, 11I dan 1V sahaja
C 1, 111 dan 1V sahaja
D 11, 111 dn 1V sahaja.

8. 1 Musa telah memperisterikan Ros sebagai suri hatinya.


11 Menyuruh Farhana ke kedai sebelum ke rumah datuk di Taman Cempaka.
111 Penglibatan pihak polis dalam menangani masalah ponteng amatlah dialu-
alukan
1V Sememangnya rakyat berharap agar kerajaan membetulkan perkhidmatan
kesihatan negara.
A 1 dan II sahaja

B 111 dan 1V sahaja

C 1, 11 dan 111 sahaja

D 11, 111 dan 1V sahaja.

4
Soalan 9

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

Beberapa orang buruh binaan masih memerah tenaga di tapak binaan walaupun
cuaca panas terik.

A Walapupun cuaca panas terik, masih memerah tenaga di tapak binaan


beberapa orang buruh binaan.

B Sungguhpun memerah tenaga di tapak binaan, beberapa orang buruh


binaan masih berpanas terik.

C Sedangkan cuaca panas terik, di tapak binaan beberapa orang buruh binaan
memerah tenaga.

D Masih berjemur di bawah cuaca panas terik beberapa orang buruh binaan
yang masih memerah tenaga di tapak binaan.

Soalan 10

Farhan memiliki kemahiran kejuruteraan automotif yang tinggi tetapi


dia tidak mempraktikkan ilmu yang ada padanya. Dia rela makan
gaji daripada membuka perniagaan di bengkel.

Situasi dalam kotak di atas sesuai dengan peribahasa.

A diam besi berkarat, diam-diam ibu berisi

B kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

C hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

D laksana pohon kayu tidak berbuah

5
Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah

“Tapai ! Tapai ! Tapai !”

Jemu benar aku dengan perkataan itu, Sejak kecil aku disogokkan dengan
tapai. Sebutlah tapai ubu Wak Salikon. Semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika
ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi, seluruh kampung kenal. Ibu bapa aku! Kalau
orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai seolah-olah sebati dan sinonim.
Ah, bencinya!

“Parjo , jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!” jerit bapa dengan loghat
Jawanya yang pekat. Laungan itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak
pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai ubi buatan bapa dan emak ke
pasar, ke warung, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada tempahan.

Ini sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi.
Lebih-lebih lagi sejak aku sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku
terpaksa menjinjit karung tapai ke kantin sekolah. Parjo Tapai ! Itulah gelaran yang
diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama menumpang bas sekolah. Aku malu
dan marah pada mulanya. Namun alah bisa tegar biasa. Aku hanya membantu emak
dan bapa mencari rezeki.

(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”,

Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3

Kementerian Pendidikan Malaysia)

Mengapakah sejak kecil “aku” disogokkan dengan tapai?

A Bosan kerana tiada kerja

B menjual tapai ke mana-mana sejak dari kecil lagi.

C terlalu puas makan tapai buatan emak dan bapa.

D mendapat upah tapai yang banyak jika berjaya menjualnya

11. Pengajaran yang terdapat pada perenggan ke tiga cerpen di atas ialah

A Jangan sesekali berasa malu untuk berkhidmat untuk keluarga.

B Janganlah menyimpan rasa kecewa kerana akan menyebabkan kita rasa


tertekan.

C Buanglah perasaan malu dan marah dan ikhlaslah membantu keluarga .

D Seorang anak harus berbincang dengan keluarga jika tidak bersetuju sesuatu.

6
12. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa sebati dan sinonim?

A sangat janggal

B sepadan dan serasi

C sama dan sangat elok

D berubah ikut masa

13. Pernyataan di bawah adalah benar tentang cerpen tersebut kecuali

A tapai ubi adalah makanan jualan legasi Wak Sallikon dan diwarisi oleh Parjo.

B Perhentian bas dan teksi merupakan tempat Parjo menjaja tapainya selain di
sekolah.

C Bapanya menjual tapainya di kantin sekolah untuk meningkatkan hasil jualan

D Parjo reda dan ikhlas menjual tapai walaupun seperti dicaci oleh panggilan
kawannya.

14. Apakah maksud peribahasa alah bisa tegal biasa dalam cerpen di atas?

A sama maksud dengan ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

B sesuatu pekerjaan yang rumit dan bermasalah awalnya akan menjadi lebih
mudah dan biasa jika sering dilakukan.

C sesuatu kerja yang sukar akan menjadi mudah jika dikerjakan bersama-sama
hingga selesai.

D usah merungut membuat sesuatu pekerjaan yang sukar kerana pekerjaan itu
akan menjadi biasa akhirnya.

7
BAHAGIAN B

[30 MARKAH]

1. Dalam bahan di bawah terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua


kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan.

KEBERSIHAN TANGGUNG JAWAB KITA BERSAMA

PERLANCARAN KEMPEN KEBERSIHAN PERINGKAT


NEGERI

TARIKH: ISNIN, 20 MEI 2022


TEMPAT: PADANG AWAM, SESYEN 17, SHAH ALAM
MASA: 10 PAGI- 12.30 TENGAH HARI

i)

ii)

[2 markah]

8
2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Denak merupakan salah seekor gajah liar yang berjaya dijinak oleh Fadzil
sejak dia bekerja di situ.

ii) Azri kehabisan tenaga setelah hampir satu setengah jam menyertai acara
merentas desa anjuran sekolahnya.

[ 2 markah]

3. Bina ayat majmuk dengan menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.

Pelbagai peralatan moden telah dicipta.

Peralatan moden membantu doktor mengesan penyakit.


i)

Zaid menyiram pokok bunga di halaman rumah.

Zaid berbual-bual dengan ibunya di halaman rumah.


ii)

[ 4 markah]

9
4. Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

i)

ii)

[ 2 markah]

10
5. Baca maklumat di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Seloka Santap Istiadat

Santap beradat, santap istiadat,

Santap raja di majlis kebesaran,

Santap merai, hormat-menghormati,

Bukan santap hendakkan kenyang,

Santap santun dengan aturan.

(dipetik daripada antologi Bintang Hati,

Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Bahan 2

Adab Berkomunikasi
*Berbicara dengan suara yang lembut
*Menjadi pendengar yang baik
*Tidak mencelah ketika orang lain sedang memberikan pendapat
*Memberi salam sebelum memulakan perbincangan

Bahan 3

Maka titah baginda, “ Hai, Miskin, apa kehendakmu?”

Maka Miskin pun sujud kepalanya lalu ke tanah sembahnya. “Ya, tuanku
beribu-ribu ampun, jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertua akan patik yang hina
ini, patik hendak memohon akan mempelam Duli Shah Alam yang gugur
barang sebiji.”

Maka titah baginda kepada hambanya, “Pergilah engkau ambilkan


buah mempelam itu barang setangkai kepada Miskin.”

Maka diambilkan oranglah, diberikannya kepada Miskin itu. Maka


diambilnya seraya menyembah kepada baginda itu lalu ia keluar berjalan
kembali.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia sesudah

Derita” Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

11
i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah adab- adab semasa menjamu
selera dan berkomunikasi yang perlu menjadi amalan masyarakat?

[3 markah]

ii) Nyatakan 2 nilai dan pengajaran yang terdapat dalam Bahan 3?

[3 markah]

iii) Semasa berkomunikasi ada adap dan sopannya. Berbudi-bahasalah


walaupun hidup dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan darjat.
Pada pendapat anda apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa
penjaga dalam diri anak-anak mereka?

[4 markah]

12
6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda
kaji di Tingkatan 3.

(i) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim

(ii) Chot karya Azizi Haji Abdullah

(iii) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar

(iv) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

Terdapat peristiwa yang memberikan teladan yang baik untuk kita contohi.
Berdasarkan salah satu novel di atas, jelaskan peristiwa dan teladan yang boleh
diperolehi daripada peristiwa itu.

(10 Markah)

13
BAHAGIAN C

[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faedah-faedah berpersatuan dalam kalangan belia . Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pelbagai mekanisme boleh dilakukan dalam usaha mengisi erti kemerdekaan


negara. Belia
memainkan peranan penting dalam memastikan kemerdekaan terpelihara dan
pembangunan negara menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Antara kaedah
bagaimana belia dapat memastikan kelangsungan pembangunan negara berjalan
rancak dan meningkatkan makna kemerdekaan ialah menerusi kegiatan
berpersatuan. Berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan
sukarela dan kebajikan.

Di samping itu, kegiatan berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia


selaras
dengan usaha mewujudkan masyarakat prihatin. Bagaimanapun, Menteri Belia dan
Sukan memberitahu hanya 2.5 juta daripada belia negara ini yang berdaftar sebagai
ahli dalam pelbagai persatuan belia. Jumlah itu menunjukkan belia di negara ini tidak
gemar menyertai persatuan. Oleh itu, Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa
berusaha menggerakkan pelbagai program bagi memupuk minat belia untuk
berpersatuan.

Pihak kerajaan juga tidak pernah meminggirkan peranan yang dimainkan oleh
pihak belia
dalam pembangunan negara, sebaliknya segala perancangan dan dasar yang
dibuat kerajaan, belia turut diberi perhatian. Dalam mengimarahkan lagi
pembabitan golongan muda dalam persatuan, pertubuhan belia perlu mengorak
langkah lebih aktif untuk menarik golongan belia
dalam berpersatuan. Dalam diri belia pula perlu ditanam bahawa kegiatan
berpersatuan sebagai sebahagian ibadat. Berpersatuan dapat melahirkan
masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni.

Pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat meningkatkan


keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan. Kesan
daripada berpersatuan membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih
berwibawa. Malah berpersatuan dapat meluaskan pengetahuan dan menambah
pelbagai kemahiran diri. Namun, mahasiswa yang aktif dalam persatuan mesti diiringi
pencapaian akademik yang cemerlang. Seterusnya, peranan belia sentiasa penting
sama ada ketika menuntut kemerdekaan atau dalam pembangunan negara pada
masa kini. Sebenarnya, persatuan belia sejak dahulu memainkan peranan penting
dalam membantu pemimpin masyarakat menentang penjajah dan menuntut
kemerdekaan.

14
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Belia Tidak Aktif Rugikan Negara”, oleh Dr.
Saipon, Berita Harian, 30 April 2011)

[15 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

15
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
2023/2024
BAHASA MELAYU
(KERTAS 2)
SET 1

JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang
disediakan dalam kertas ujian ini.
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada
akhir ujian.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama pemeriksa :

Soalan Markah penuh Markah diperoleh

A 1 10
B 1/2/3 30
Jumlah 40

16
Arahan: Jawab satu soalan dalam Bahagian A serta satu soalan daripada Bahagian
B.

Bahagian A

[10 markah ]

Berdasarkan maklumat dan grafik yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek
yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

MENABUNG AMALAN MURNI


JADIKAN AMALAN MENABUNG
ANDA UNTUNG, KEHIDUPAN DISANJUNG

MENGAPA PERLU MENABUNG?

#Persediaan semasa
kecemasan
#Mampu membeli keperluan
sekolah
#Elak boros semasa berbelanja.
#Kurangkan beban ibu bapa
#Mampu digunakan untuk
tuisyen

17
[ 10 markah]

18
BAHAGIAN B

[ 30 markah]

Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada
tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 180 patah perkataan.

1. Sekolah anda telah mengadakan hari anugerah cemerlang untuk meraikan


murid cemerlang dalam peperiksaan. Anda telah terpilih sebagai murid
cemerlang akademik dan diminta menyampaikan ucapan dalam majlis
tersebut. Tulis ucapan itu sepenuhnya.
2. Tuliskan sebuah temu bual anda sebagai sidang pengarang majalah sekolah
dengan seorang murid cemerlang di sekolah anda.
3. Tuliskan sebuah karangan perbincangan apakah faktor-faktor yang
menggalakkan murid menjadi cemerlang di sekolah sama ada dalam bidang
akademik atau kokurikulum.

19
( 30 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

20
JAWAPAN SET 1

KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. C
2. C
3. D
4. C
5. D
6. A
7. D
8. B
9. A
10. D
11. B
12. C
13. B
14. B
15. B

BAHAGIAN B

1. i) Perlancaran- pelancaran
ii) sesyen – seksyen

2. i) dijinak -dijinakkan
ii) satu setengah jam – satu jam setengah

3. i) Pelbagai peralatan moden telah dicipta untuk membantu doktor mengesan


penyakit.
ii) Zaid menyiram pokok bunga di halaman rumah sambil berbual-bual dengan
ibunya.

4. i) Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan


ii) Bagai murai dicabut ekornya

5. i) Adab adab yang perlu diamalkan ialah


• semasa menjamu selera makan dengan tertib dan makanlah mengikut
aturan, bersikap sabar dan usah gelojoh atau bersifat tamak
• Semasa berkomunikasi , berbuallah dengan berhemah dan berkesan,
mengucapkan salam dan selawat sebelum berucap dan menjadi
pendengar yang sabar dan usah menyampuk sesuka hati.

21
ii) Nilai bahan 3:
• Setia dan hormat kepada pemimpin . Bertatasusila dan tunduk sujud setia
apabila menghadap sultan.
• Nilai baik hati dan pemurah kepada semua orang, Sultan memberikan
buah mempelam baginda kepada si miskin.
iii) Peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa
• Menunjukkan contoh dan teladan yang baik
• Memberikan didikan dan asuhan tentang amalan hidup bermasyarakat
• Menasihati anak-anak agar bersikap baik budi dengan ahli masyarakat
yang lain
• Menggalakkan anak-anak memilih kawan yang baik.
• Tidak takut menegur yang salah dan suka memberi pujian dan
penghargaan kepada amalan yang baik oleh anak-anak.

6. (i) Hempasan Ombak


- Antaranya teladan nilai kegigihan. Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai ini ialah
Farid gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan batik Nusantara walaupun
menghadapi pelbagai cabaran. Hasil kegigihan Farid, dia telah berjaya
membangunkan bengkel batik moden.
- teladan bertanggungjawab pada watak Farid. Contohnya, Farid bertanggungjawab
menyelesaikan masalah kewangan syarikat batik peninggalan ayahnya iaitu syarikat
Batik Nusantara. Farid telah berusaha mencari idea daripada pengusaha yang
berpengalaman dalam bidang perniagaan untuk menyelesaikan masalah
syarikatnya.
- teladan kesederhanaan. Contohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam
menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan
Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia
ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan
arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa
memilih makan di warung biasa, bukan di hotel

(ii) Chot

- Kita haruslah bersikap jujur supaya tidak berlakunya salah faham. Contohnya, Alias
berterus-terang kepada Cikgu Sunan dengan mengatakan bahawa dia mencari
beruknya yang hilang sehingga menyebabkan dia lewat datang ke sekolah.

22
- Kita tidak sepatutnya bertindak mengikut kata hati dan perlulah mengawal emosi.
Contohnya, Cikgu Sunan telah memarahi Alias di hadapan rakan-rakan Alias apabila
dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya terhadap Alias.
- Kita perlulah sedar dan insaf akan kesilapan yang dilakukan. Contohnya, Cikgu Sunan
sedar dan insaf atas tindakannya yang telah memarahi Alias sehingga menyebabkan
Alias tidak mahu ke sekolah kerana telinganya bernanah dan berbau busuk.

(iii) Justeru Impian di Jaring

Teladan nilai kegigihan – Nilai ini ditunjukkan oleh Syahir dan rakan sepasukannya dalam
berlatih dengan gigih sebelum mengharungi kejohanan di peringkat antarabangsa

Teladan sikap Keredaan – Syahir menerima kekalahan kepada Syed Amiri di Kejohanan
Terbuka Johor dengan reda. Syahir juga berdoa agar diberikan kesabaran daripada
bertindak terhadap pegawai perlawanan yang bersekongkol untuk memenangkan Syed
Amiri Teladan bersikap Keberanian – Wan Njlah bertindak memakai tudung dan seluar
panjang semasa berlatih di kem latihan wanita membuktikan keberanian dia untuk berubah

Teladan bersikap Rasional – Haji Marzuki menasihati Syahir agar sentiasa bersikap rasional dan
tenang dalam membuat persediaan sebelum menghadapi kejohanan. Haji Marzuki mahu
Syahir mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dirinya terlebih dahulu

(iv) Tawanan Komander Caucasus

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Terdapat beberapa
peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini.

Antaranya ialah Kim Yong gigih berusaha untuk mendapatkan kumbang, termasuklah
membelinya dari luar negara. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah
gigih berusaha untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

Selain itu, Farhani dan Bara saling membantu untuk membebaskan Kim Yong dari
kurungannya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan
sikap saling membantu.

23
Antara lain, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kelip-kelip dan kunang-kunang bekerjasama
untuk menewaskan Komander Caucasus yang zalim. Peristiwa ini memberikan teladan
kepada kita, iaitu kita mestilah bekerjasama untuk menentang kezaliman.

24
BAHAGIAN C

Ringkasan

Belia ialah warga pewaris pembangunan negara. Oleh itu belia digalakkan berpersatuan
agar membawa kebaikan kepada negara keseluruhannya. Banyak faedah diperoleh
apabila aktiviti berpersatuan dijalankan dengan berkesan di kalangan belia dan beliawanis.

Pertamanya berpersatuan dapat meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan sukarela


dan kebajikan. Dengan itu belia tidak membuang masa . Di samping itu, kegiatan
berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia selaras dengan usaha mewujudkan
masyarakat prihatin . Di samping itu, berpersatuan juga dapat melahirkan masyarakat yang
hidup dalam suasana yang harmoni. Berpersatuan dijadikan amalan untuk berbakti dan
beribadat . Seterusnya, berpersatuan ketika di kampus dapat meningkatkan keyakinan
apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan. Akhirnya, kesan daripada
berpersatuan membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih berwibawa dan jati diri
yang tinggi.

25
JAWAPAN SET 1

KERTAS 2

1. Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan. Antara
kebaikan menabung ialah dapat digunakan semasa kecemasan. Antara kegunaan wang
tabung semasa kecemasan seperti membayar yuran persekolahan dan membeli keperluan
di sekolah dan membiayai kos perubatan semasa berlaku kes kesakitan dan tidak sihat. Oleh
itu, amalan menabung dengan tidak boros semasa berbelanja, membeli barangan perlu
sahaja dan menyenarai barang sebelum keluar berbelanja patut diamalkan. Seterusnya jika
ada wang tabungan , kita dapat mengurangkan beban ibu bapa semasa membayar yuran
dan mampu berbelanja untuk membayar yuran tuisyen. Rumusannya amalan menabung
wajib diamalkan terutama oleh generasi muda .

BAHAGIAN B

1. Penulisan Format Ucapan

Pendahuluan

Kata-kata aluan kepada hadirin, tahniah kepada semua murid cemerlang, menerangkan
tujuan majlis

Isi-isi penting

- Penghargaan kepada guru -tekun mendidik dan membimbing dan rakan memberi
semangat dan menyokong
- Penghargaan kepada ibu bapa –susah payah menyediakan kemudahan belajar
- Menyenaraikan apa yang dilakukan sehingga menjadi cemerlang

Bijak membahagikan masa di rumah dan sekolah, memberikan tumpuan semasa di

dalam kelas, ,sentiasa tekun mengulangkaji pelajaran ,dorongan dalaman diri,

bermotivasi, galakkan dari ibu bapa dan keluarga, berdisiplin dan berjati diri

- Berharap pihak sekolah meneruskan program anugerah – untuk motivasi

Penutup

Anugerah menjadi pembakar semangat - .Dedikasi kepada semua pelajar.

26
2. Karangan Format Temu ramah/ Dialog

Pendahuluan

Bertanyakan …biografi diri penerima anugerah, anugerah yang dicapai.

Isi-isi penting

- Bertanyakan Perasaan menerima anugerah, sumber inspirasi, galakkan daripada


siapa dan faktor-faktor yang membolehkan Berjaya mendapat anugerah.
Penghargaan kepada ibu bapa –susah payah menyediakan kemudahan belajar
- Menyenaraikan apa yang dilakukan sehingga menjadi cemerlang. Bijak
membahagikan masa di rumah dan sekolah, memberikan tumpuan semasa di dalam
kelas, ,sentiasa tekun mengulangkaji pelajaran ,dorongan dalaman diri, bermotivasi,
galakkan dari ibu bapa dan keluarga, berdisiplin dan berjati diri

Penutup

Pesanan kepada semua murid agar bercita-cita untuk cemerlang dan mengejar cita-cita.

3. Format karangan Perbincangan

Pendahuluan

Semua murid perlu cemerlang di sekolah sama ada dalam akademik atau ko-kurikulum
untuk masa depan cerah di peringkat university atau mengejar kerjaya.

Isi-isi penting

Perkara-perkara yang menggalakkan murid cemerlang

- Galakkan dari semua pihak, guru, ibu bapa dan masyarakat


- Sokongan dari PIBG dan sektor swasta
- Penyediaan kemudahan belajar, ko-kurikulum yang baik oleh pihak sekolah
- Galakan dalam bentuk seminar, kempen dan pameran kerjaya
- Mengadakan majlis anugerah kecemerlangan
- Kewangan pelajar yang stabil, terhindar dari kesulitan ekonomi, bantuan biasiswa,

Penutup

Pelajar yang cemerlang adalah suatu aset berharga untuk negara.

27

Anda mungkin juga menyukai