Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

[20 markah]
Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “____________ hendak membawa adik Fatimah ke kedai sebentar untuk


membeli buku,” kata Nora kepada ayahnya.
A Aku
B Saya
C Kita
D Kamu

2 “Titah perintah ________ patut kita patuhi,” kata Bendahara kepada anak-
anak buahnya.
A tuanku
B baginda
C tuan hamba
D beta

3 Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh bagi


meneruskan pelayaran mereka.
A menarik
B melabuh
C membongkar
D membuka

4 Air sungai yang __________ tebing itu telah menyebabkan rumah Pak Leman
dan beberapa rumah lain dimasuki air.
A melimpahkan
B terlimpahkan
C melimpahi
D dilimpahi

5 ____________ yang membantu mangsa tsunami itu terdiri daripada pelbagai


bangsa.
A Seniman
B Karyawan
C Seniwati
D Sukarelawan
UJIAN OTI 1 2 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

6 Encik Kamarul terpaksa ________ kandang kambingnya kerana kambing yang


diternaknya bertambah dari hari ke hari.
A terbesar
B kebesaran
C memperbesar
D memperbesarkan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Siti ________ pakaian yang baru dibasuhnya.


A penyidai
B bersidai
C menyidai
D tersidai

8 Air sungai itu semakin hari semakin ________kerana banyak bahan buangan
dan sampah sarap mendap di dasarnya.
A lesu
B deras
C jernih
D dangkal

9 Semua sekolah di daerah Kinta dan Tanjung Malim diumumkan cuti pada hari itu
kerana ________ kawasan mengalami jerebu tahap kualiti udara tidak sihat.
A seluruh
B separuh
C setengah
D segelintir
UJIAN OTI 1 3 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

10 Puan Rohayu menyediakan ________ sebagai pencuci mulut untuk tetamu yang
datang.
A gula-gula
B agar-agar
C sayur-mayur
D rempah-ratus

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Encik Hamid dan anaknya membawa ________ buntil yang berisi dokumen
penting semasa mengharungi banjir untuk berpindah.
A sebuah
B sehelai
C segulung
D senaskhah

12 ________ Galeri Seni dan Budaya yang baharu dibina di Bandar Putra itu
berkonsepkan seni bina Minangkabau.
A Kaki lima
B Paras rupa
C Susun atur
D Reka bentuk
UJIAN OTI 1 4 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 Murid-murid sedang meneliti serangga yang rumit itu menggunakan


I
mikroskop.
Kamu perlu meminta pandangan kaunselor kerana masalah kamu sungguh
II
rumit.
Kehidupan pekebun sayur begitu rumit sekali kerana musim kemarau yang
III
melanda.
Cikgu Intan menganggap kamu amat rumit kerana kamu tidak pernah
IV
menyiapkan kerja sekolah.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Delegasi Korea itu amat terpegun melihat hasil kraf tangan tradisional orang
Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung.
A “Aduh, kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan
labu sayung sangat asli sekali!” kata delegasi Korea itu.
B “Wah, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang,
dan labu sayung amat hebat!” kata delegasi Korea itu.
C “Aduhai, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar
mengkuang, dan labu sayung baik sungguh!” kata delegasi Korea itu.
D “Eh, keaslian kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang,
dan labu sayung sukar dihasilkan!” kata delegasi Korea itu.
UJIAN OTI 1 5 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Buku-buku nota Bahasa Melayu Penulisan UPSR itu tebal-tebal belaka.


B Puan Dewi membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi
keluarganya.
C Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin ke
perpustakaan.
D Kedua orang anak perempuannya menjadi doktor pakar bedah di Hospital
Assunta.

16 I Sebagai penyambut tetamu di dalam majlis itu, dia perlu datang awal.
II Pembaca berita itu melaporkan bahawa hujan akan turun pada petang ini.
Sebelum kemerdekaan, banyak pejuang berkorban supaya
III
mempertahankan negara.
Nakhoda itu mengemudikan kapalnya dengan bantuan tiga orang anak
IV
kapal.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
UJIAN OTI 1 6 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti penggal yang lalu, saya, Naem, dan Afif telah berkunjung ke rumah
sahabat saya di Sarawak. Tujuan kami adalah untuk ke perkampungan rakan kami
yang telah berpindah sekolah. Berikut ialah catatan ringkas tentang kunjungan
tersebut.

Khamis, 7 Mac 2013


Pukul 8.30 pagi, kami bertiga bertemu di KLIA. Kami menaiki penerbangan
pada pukul 9.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada pukul 11.45 pagi.
Ketibaan kami disambut oleh Steven yang menanti bersama-sama ayahnya.
Pukul 1.00 tengah hari, kami tiba di rumah Steven. Ketibaan kami disambut
gembira oleh keluarganya. Kami makan tengah hari dan berehat.

Jumaat, 8 Mac 2013


Steven membawa kami mandi-manda di sungai yang terdapat di belakang
rumahnya. Air sungai itu sunggup sejuk dan jernih. Kami dapat melihat ikan seluang
berenang-renang.
Kira-kira pukul 2.00 petang, selepas solat zohor, kami dibawa ke dusun. Kami
bertiga berbasikal, manakala Steven membonceng motosikal milik ayahnya. Dusun
yang terletak dua kilometer dari rumah Steven penuh dengan buah durian, dokong,
langsat dan lain-lain. Kami menikmati buah-buahan di dusun itu. Naem makan dengan
gelojoh sekali.

Sabtu, 9 Mac 2013


Pukul 9.00 pagi, kami mengikut ayah Steven ke hutan untuk mengambil madu
lebah dan mencari rotan untuk dijual. Tiba-tiba, suatu kejadian buruk berlaku.
Steven disengat tebuan dan menangis kesakitan.
Kami berasa simpati terhadap Steven. Selepas itu kami terus pulang ke
rumah. Rancangan untuk melawat ke Muzium Sarawak pada hari itu terpaksa kami
batalkan. Ibu Steven menyapu tempat sengatan dengan kapur sirih. Kami berehat di
rumah dan menonton televisyen sahaja.

Ahad, 10 Mac 2013


Bertolak dari rumah Steven. Berat hati untuk meninggalkan Steven dan
keluarganya yang sangat baik. Kami bersalaman dengan semua.
Kami tiba di KLIA pada pukul 1.00 tengah hari. Penat tetapi gembira. Tidak
sabar untuk menceritakan pengalaman ini kepada keluarga.
UJIAN OTI 1 7 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

17 Pada pukul berapakah penulis dan rakan-rakannya tiba di Sarawak?


A 10.45 pagi
B 11.45 pagi
C 1.00 tengah hari
D 1.30 tengah hari

18 Mengapakah hasrat penulis untuk melawat ke muzium tidak ke sampaian?


A Steven disengat tebuan.
B Penulis sakit kepala.
C Ayah Steven tidak membenarkan mereka pergi.
D Penulis menonton televisyen di rumah.

19 Bilakah penulis pulang ke rumahnya semula?


A Khamis, 7 Mac 2013.
B Jumaat, 8 Mac 2013.
C Sabtu, 9 Mac 2013.
D Ahad, 10 Mac 2013.

20 Apakah maksud berat hati dalam petikan?


A Sedih.
B Gembira.
C Kecewa.
D Ketawa.
UJIAN OTI 1 8 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

BAHAGIAN A
[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan kegunaan pokok kelapa.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan pokok kelapa berdasarkan gambar.
UJIAN OTI 1 9 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Bahagian A

Seorang penunggang motosikal membelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tib

Penunggang motosikal itu dilanggar sebuah teksi kerana kecuaiannya di jalaaya.

Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.

Thomas dan kawan-kawannya melawat penunggang motosikal itu di hospital.


UJIAN OTI 1 10 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

10

BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Tulis ulasan tentang ciri-ciri murid cemerlang dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap


murid. Murid cemerlang merupakan aset negara. Golongan murid seperti inilah yang
akan mencorakkan masa depan negara.
Antara ciri utama murid cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan
dalam bidang akademik. Murid cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap
pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah. Murid seperti ini akan membuat
persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Justeru, murid cemerlang akan
belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam
peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.
Selain itu, murid cemerlang ialah murid yang mengutamakan disiplin diri.
Disiplin merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Murid cemerlang
sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak
sekolah mahupun ibu bapa. Oleh hal yang demikian, murid yang berdisiplin tidak
akan mendekati gejala sosial yang merugikan agama, bangsa dan negara.
Murid yang cemerlang juga merupakan murid yang cergas dalam kegiatan
kokurikulum. Murid cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar
bilik darjah secara aktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform,
permainan dan sukan. Murid cemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam
aktiviti tersebut akan dapat menyihatkan tubuh badan mereka. Badan yang cergas
akan membina otak yang cerdas.
Seterusnya, murid cemerlang ialah murid yang bijak menguruskan masa
kerana masa itu emas. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja
dan program berjalan dengan lancar. Murid seperti ini akan menyediakan waktu
belajar peribadi di rumah. Murid yang merancang jadual waktu sudah pasti dapat
menyiapkan kerja rumah, kerja kursus dan membuat ulang kaji secara sistematik.
UJIAN OTI 1 11 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Ijmalnya, mentimun dan pisau di tangan kita. Justeru, kitalah yang wajar
mencorakkan nasib dan masa depan kita, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah
membalas jasa kedua-dua orang tua kita yang tersayang dengan menjadi murid
cemerlang.

Bahagian B

Seorang penung
gang motosikal membelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba.

Penunggang motosikal itu dilanggar sebuah teksi kerana kecuaiannya di jalan raya.
Penu
nggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.
UJIAN OTI 1 12 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Anda mungkin juga menyukai