Anda di halaman 1dari 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “____________ hendak membawa adik Fatimah ke kedai sebentar untuk

membeli buku,” kata Nora kepada ayahnya.

A Aku

B Saya

C Kita

D Kamu

2 “Titah perintah ________ akan kami patuhi,” kata Bendahara kepada Sultan

Mahmud Syah.

A tuanku

B baginda

C tuan hamba

D beta

3 Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh bagi

menghentikan pelayaran mereka.

A menarik

B melabuh

C membongkar

D membuka

4 Air sungai yang __________ tebing itu telah menyebabkan rumah Pak Leman

dan beberapa rumah lain dimasuki air.

A melimpahkan

B terlimpahkan

C melimpahi

D dilimpahi

5 ____________ yang membantu mangsa tsunami itu terdiri daripada pelbagai bangsa.
A Seniman

B Karyawan

C Seniwati

D Sukarelawan

6 Encik Kamarul terpaksa ________ kandang kambingnya kerana kambing yang

diternaknya bertambah dari hari ke hari.

A terbesar

B kebesaran

C memperbesar

D memperbesarkan

7 Siti ________ pakaian yang baru dibasuhnya.

A penyidai

B bersidai

C menyidai

D tersidai

8 Air sungai itu semakin hari semakin ________kerana banyak bahan buangan

dan sampah sarap mendap di dasarnya.

A lesu

B deras

C jernih

D dangkal

9 Semua sekolah di daerah Kinta dan Tanjung Malim diumumkan cuti pada hari itu

kerana ________ kawasan mengalami jerebu tahap kualiti udara tidak sihat.

A seluruh

B separuh

C setengah

D segelinti
10 Puan Rohayu menyediakan ________ sebagai pencuci mulut untuk tetamu yang

datang.

A gula-gula

B agar-agar

C sayur-mayur

D rempah-ratus

11 Encik Hamid dan anaknya membawa ________ buntil yang berisi dokumen

penting semasa mengharungi banjir untuk berpindah.

A sebuah

B sehelai

C segulung

D senaskhah

12 ________ Galeri Seni dan Budaya yang baharu dibina di Bandar Putra itu

berkonsepkan seni bina Minangkabau.

A Kaki lima

B Paras rupa

C Susun atur

D Reka bentuk

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1)Murid-murid sedang meneliti serangga yang rumit itu menggunakan

mikroskop.

II Kamu perlu meminta pandangan kaunselor kerana masalah kamu sungguh

rumit.

III KeHidupan pekebun sayur begitu rumit sekali kerana musim kemarau yang

melanda.

IV Cikgu Intan menganggap kamu amat rumit kerana kamu tidak pernah
menyiapkan kerja sekolah.

A)I dan II

B)II dan III

C)III dan IV

D)I dan IV

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Delegasi Korea itu amat terpegun melihat hasil kraf tangan tradisional orang

Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung.

A “Aduh, kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan

labu sayung sangat asli sekali!” kata delegasi Korea itu.

B “Wah, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang,

dan labu sayung amat hebat!” kata delegasi Korea itu.

C “Aduhai, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar

mengkuang, dan labu sayung baik sungguh!” kata delegasi Korea itu.

D “Eh, keaslian kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang,

dan labu sayung sukar dihasilkan!” kata delegasi Korea itu.

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Buku-buku nota Bahasa Melayu Penulisan UPSR itu tebal-tebal belaka.

B Puan Dewi membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi keluarganya.

C Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin ke


perpustakaan.

D Kedua orang anak perempuannya menjadi doktor pakar bedah di Hospital

Assunta.

16 I Sebagai penyambut tetamu di dalam majlis itu, dia perlu datang awal.

II Pembaca berita itu melaporkan bahawa hujan akan turun pada petang

semalam.

III Sebelum kemerdekaan, banyak pejuang berkorban supaya

mempertahankan negara.

IV Nakhoda itu mengemudikan kapalnya dengan bantuan tiga orang anak

kapal.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada cuti penggal yang lalu, saya, Naem, dan Afif telah berkunjung ke rumah

sahabat saya di Sarawak. Tujuan kami adalah untuk ke perkampungan rakan kami

yang telah berpindah sekolah. Berikut ialah catatan ringkas tentang kunjungaN

Khamis, 7 Mac 2013

Pukul 8.30 pagi, kami bertiga bertemu di KLIA. Kami menaiki penerbangan

pada pukul 9.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Miri pada pukul 11.45 pagi.

Ketibaan kami disambut oleh Steven yang menanti bersama-sama ayahnya.

Pukul 1.00 tengah hari, kami tiba di rumah Steven. Ketibaan kami disambut

gembira oleh keluarganya. Kami makan tengah hari dan berehat.


Jumaat, 8 Mac 2013

Steven membawa kami mandi-manda di sungai yang terdapat di belakang

rumahnya. Air sungai itu sunggup sejuk dan jernih. Kami dapat melihat ikan seluang

berenang-renang.

Kira-kira pukul 2.00 petang, selepas solat zohor, kami dibawa ke dusun. Kami

bertiga berbasikal, manakala Steven membonceng motosikal milik ayahnya. Dusun

yang terletak dua kilometer dari rumah Steven penuh dengan buah durian, dokong,

langsat dan lain-lain. Kami menikmati buah-buahan di dusun itu. Naem makan dengan

gelojoh sekali.

Sabtu, 9 Mac 2013

Pukul 9.00 pagi, kami mengikut ayah Steven ke hutan untuk mengambil madu

lebah dan mencari rotan untuk dijual. Tiba-tiba, suatu kejadian buruk berlaku.

Steven disengat tebuan dan menangis kesakitan.

Kami berasa simpati terhadap Steven. Selepas itu kami terus pulang ke

rumah. Rancangan untuk melawat ke Muzium Sarawak pada hari itu terpaksa kami

batalkan. Ibu Steven menyapu tempat sengatan dengan kapur sirih. Kami berehat di

rumah dan menonton televisyen sahaja.

Ahad, 10 Mac 2013

Bertolak dari rumah Steven. Berat hati untuk meninggalkan Steven dan

kelUarganya yang sangat baik. Kami bersalaman dengan semua.

Kami tiba di KLIA pada pukul 1.00 tengah hari. Penat tetapi gembira. Tidak

sabar untuk menceritakan pengalaman ini kepada keluarga.

17 Pada pukul berapakah penulis dan rakan-rakannya tiba di Sarawak?

A 10.45 pagi

B 11.45 pagi

C 1.00 tengah hari

D 1.30 tengah hari

18 Mengapakah hasrat penulis untuk melawat ke muzium tidak ke sampaian?

A Steven disengat tebuan.


B Penulis sakit kepala.

C Ayah Steven tidak membenarkan mereka pergi.

D Penulis menonton televisyen di rumah.

19 Bilakah penulis pulang ke rumahnya semula?

A Khamis, 7 Mac 2013.

B Jumaat, 8 Mac 2013.

C Sabtu, 9 Mac 2013.

D Ahad, 10 Mac 2013.

20 Apakah maksud berat hati dalam petikan?

A Sedih.

B Gembira.

C Kecewa.

D Ketawa.

Pilih perkataan imbuhan akhiran yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong

dalam petikan yang diberi.

Maklumkan Jauhi laporkan layari Hubungi pasangkan

Setiap orang perlu menjaga keselamatan diri di rumah. Kita mesti ___________

penyelak pintu jika berada dalam rumah untuk memastikan tempat tinggal kita

selamat. Sebelum kita hendak meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, kita

___________ kepada jiran supaya mereka boleh membantu memerhatikan rumah


kita. Pastikan suis elektrik telah ditutup sebelum keluar dari rumah. Kita juga boleh

___________pautan http://www.rmp.gov.my untuk maklumat lanjut tentang Polis

Diraja Malaysia. Selain itu, ___________ perbuatan membenarkan orang yang

tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

_____________________________________________________________

Jawapan: Pihak sekolah sangat mengambil berat tentang keselamatan murid-

murid.

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada minggu lalu, sekolah saya telah dianugerahkan sebagai Sekolah Contoh

Peringkat Negeri. Semua warga sekolah sangat berbangga dengan kejayaan yang
dicapai oleh sekolah saya. Pihak sekolah mengadakan majlis kesyukuran untuk

meraikan kejayaan sekolah kami. Guru besar menyatakan bahawa kejayaan sekolah

kami bukan hanya bergantung pada guru atau murid semata-mata, tetapi kerana

muafakat dan kerjasama semua warga sekolah.

Saya berasa amat bertuah kerana guru-guru sentiasa membimbing murid-

muRid tanpa mengenal erti penat lelah. Mereka kerap mengadakan kelas tambahan

dan program motivasi demi memastikan murid-murid mendapat kejayaan yang

cemerlang dalam pelajaran. Murid-murid juga sentiasa berusaha dan gigih dalam

sukan dan kokurikulum supaya sentiasa cemerlang untuk diri sendiri dan sekolah.

Tidak hairanlah kalau hampir setiap tahun, sekolah saya menjuarai

perlawanan bola sepak dan badminton pada peringkat negeri. Begitu juga dengan

pertandingan pidato, syarahan dan kuiz. Murid yang menyertai pertandingan

tersebut sentiasa membawa kejayaan kepada sekolah. Saya sangat bangga akan

sekolah saya.

a. Tujuan pihak sekolah mengadakan kelas tambahan dan program motivasi untuk

___________________________________________________________

[1 markah]

b. Apakah dua perkara yang menyebabkan sekolah ‘saya’ berjaya merangkul

Sekolah Contoh Peringkat Negeri?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________
[2 markah]

c. Garisi dua perkataan imbuhan apitan yang terdapat dalam setiap ayat yang

disediakan. Satu daripada contoh telah ditunjukkan seperti di bawah ini.

Semua warga sekolah sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh

sekolh saya.

Mereka kerap mengadakan kelas tambahan dan program motivasi demi kejayaan

yang cemerlang.

Sekolah saya menjuarai perlawanan bola sepak dan badminton pada peringkat

negeri.

Soalan 24

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih-lebih lagi jika kita

mempunyai gigi yang putih berseri.

Berikut adalah cara menjaga gigi untuk kita jadikan rujukan:

1 Cara menjaga gigi yang pertama adalah kita perlu gosok gigi dengan betul.

Ramai orang gosok gigi dengan cara yang tidak betul di mana mereka hanya

lalukan sahaja berus gigi tanpa menekan atau menggosok. Akibatnya

kotoran pada gigi tidak tertanggal.


2 Selepas makan, kita buang semua cebisan makanan yang terlekat pada gigi

kita. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan.

3 Cepat-cepat gosok dan bersihkan gigi selepas kita melakukan perbuatan

yang boleh merosakkan gigi. Antara perbuatan yang boleh merosakkan gigi

adalah merokok, makan makanan manis, minum arak, minum teh dan minum

air kopi.

4 Gunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol untuk membunuh semua

bakteria yang terdapat di dalam mulut kita. Amalkan setiap kali sebelum

tidur.

a. Perkataan flos dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

__________________

b. Nyatakan dua cara untuk memastikan keadaan gigi cantik dan putih berseri.

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

c. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kita perlu gosok gigi dengan betul’?

__________________________________________________________

__________________________________________________________

d. Berapa kalikah kekerapan seorang perlu memeriksa gigi dalam setahun? Berikan

dua sebab mengapa ?

___________________________________________________________

_________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________
Baca lagu di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Adikku Ceria

Adikku ceria

Lakukan senaman

Badan adik kuat

Kerja jadi cepat

Ayah juga ibu

Riang dan gembira

Melihat adikku

Lincah dan ceria

Adikku ceria

Jaga kesihatan

Makanan seimbang

Patut diamalkan

Badan jadi sihat

Adikku cemerlang

Kawan-kawan suka

Hidup bahagia

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan oleh penulis pada rangkap kedua lagu?

______________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

b. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan badan sihat dan kuat?

__________________________________________________________
__________________________________________________________

c. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan lagu tersebut.

1)Penting menjaga kesihatan dengan makan makanan

yang berlemak

2)Ceria sinonim dengan gembira

d. Pilih dua kata adjektif di dalam lagu di bawah dan bina ayat.

Ayah juga ibu

Riang dan gembira

Melihat adikku

Lincah dan ceria

1.__________________________________________________________

2.__________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai