Anda di halaman 1dari 15

1.

Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas
sebagai pusat __________.
A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D perkampungan

2. __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda

3. Adik begitu tekun ______ lukisan yang dilukisnya itu dengan pensel warna.
A menurunkan
B melembabkan
C memasukkan
D mewarnakan

4. Dulu Amir Pengurus Pos di bandar itu. Kini _______ dinaikkan pangkat sebagai Pengurus
Besar Pos di Kuala Lumpur.
A mereka
B beliau
C kamu
D dia
Soalan 5 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

5. Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.


A kelat
B enak
C manis
D masam

6. ____________yang berkaitan dengan program Tahun Enam telah dsiapkan oleh Cikgu Tasya
petang semalam.
A Kertas nama
B Kertas turas
C Kertas kerja
D Kertas mahjong

7. Sekolah kami telah ______ dengan pelbagai prasarana moden.


A melengkapi
B dilengkapi
C melengkapkan
D kelengkapan
8.Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang

9. Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.
A sedang
B harus
C akan
D telah

10.Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari
tangga semalam.
A terkial-kial
B tersekat-sekat
C terhuyung-hayang
D terhincut-hincut

11.Pak Mat mengumpul nira _______ dibuat manisan dan tuak.


A setelah
B semasa
C untuk
D bagi

12.Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.


A agak
B betul
C paling
D terlalu
13. Peminta sedekah itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas

Soalan 14. Pilih ayat yang sama maksud

14. Kalau bercuti di Terengganu ,jangan lupa singgah di rumah saya di Marang, kata Fauziah
kepada Ayu.
A Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya bercuti di Terengganu.
B Ayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Marang jika bercuti di Terengganu.
C Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang sekiranya bercuti
di Terengganu.
D Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia bercuti ke Terengganu.

Soalan 15. Pilih ayat yang betul.

I Beberapa buah rumah telah hangus dijilat api.


II Semua orang murid mesti mematuhi peraturan di sekolah.
III Semua murid terkejut apabila mendengar berita itu.
IV Kedua anaknya telah pulang ke tanah air.

A I dan III sahaja


B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
Soalan 16. Pilih ayat yang betul.

I. Yasmin gugur dari basikalnya.


II. Beberapa orang askar gugur dalam pertempuran itu.
III. Buah durian itu telah mula gugur
IV .Harga petrol telah gugur sebanyak sepuluh sen seliter.

A. I dan III sahaja


B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

10 Jun 1997
Aku terpilih menyertai program anak angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat tinggalku.
Aku diterima sebagai anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung Ulu
Jempul. Rumah mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya. Anak
ketiga, Salwa, calon SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik bongsunya
Fadila, 12 tahun.
Mereka mencium tanganku ketika bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan Najwa
tidak pernah berbuat begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.

11 Jun 1997
Gerimis Subuh menjadikan hawa amat dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku
masih dibuai mimpi. Di sini aku sembahyang subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai imam.
Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun belum pernah berjemaah bersama ayah dan
ibuku.
12 Jun 1997
Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami menyertai projek gotong-royong. Semua orang berkurung
di dalam rumah. Haji Daud menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah peneroka
kampung itu. Dia meninggalkan kehidupan sebagai nelayan dan mengadu untung sebagai petani
pula di kampung itu.
Dia tidak bersekolah tinggi tetapi menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam untuk
menyekolahkan anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman, anak
sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman menjadi guru di
Pahang. Mereka lepasan universiti.

21 Jun 1997
Hari kelima aku di sini. Hubunganku dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan anak-
anaknya bertambah rapat. Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza dengan
adik-adikku yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di belukar
melepaskan pucuk masing-masing.
Di sini hatiku tenteram. Keluargaku terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun kemesraan
dalam keluarga.

17. Berikut ialah maklumat yang benar tentang diri aku kecuali
A menetap di bandar
B datang dari keluarga yang kaya
C berusia 22 tahun
D mempunyai tiga orang adik

18. Berapa orangkah anak Haji Daud?


A 3 orang
B 5 orang
C 6 orang
D 7 orang

19. Apakah yang dilakukan oleh aku pada waktu subuh jika dia berada di rumahnya sendiri?
A Sembahyang Subuh
B Masih enak tidur
C Masih bermain video
D Masih dalam bilik

20. Pada pendapat anda, mengapakah aku berasa tidak bahagia ketika bersama keluarganya?
A Kerana adik-adiknya tidak menghormati dirinya
B Kerana mereka tidak pernah sembahyang berjemaah
C Kerana ahli keluarganya saling mementingkan hal diri
D Kerana ayah dan adiknya sibuk mengejar harta benda
BAHAGIAN B
( 30 markah)
Soalan 21

Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai. ( 4 M)

ke di dari untuk

Ali seorang budak yang keras kepala. Dia tidak suka mendengar nasihat ibu bapa. Pada
suatu hari, dia merayau-rayau (1)________________ sekitar kampungnya. Ali berniat
(2)_______________mencuri buah rambutan itu. Tanpa melengahkan masa, Ali pun memanjat
(3) __________atas pokok untuk memetik buah rambutan. Tiba-tiba, dahan pokok rambutan itu
patah dan Ali terjatuh (4) _______________pokok. Ali menangis kerana kakinya cedera. Pak
Ahmad segera menghantar Ali ke hospital. Sejak kejadian itu, Ali tidak berani memanjat pokok
lagi.

Soalan 22.
A. Tulis ayat Tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang di berikan.
Ayat Tanya:
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
( 2 Markah)
Jawapan: Enjin motorbotnya tidak dapat dihidupkan kerana telah dimasuki air.
B. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Kamu, bolehkah tolong ibu


letakkan makanan di atas meja?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
( 2 Markah)
Soalan 23.
a) Soalan berikutnya berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2 Markah)
Soalan 23
b) Membetulkan imbuhan awalan pada perkataan yang bergaris. ( 3 M )

Contoh.
b) Lucy merupakan murid yang berpandai-pandai di kelas kami.
Lucy merupakan murid yang terpandai di kelas kami

i. Peserta dari Kanada itu setanding dalam perlumbaan dengan penuh bersemangat.
________________________________________________________________________.

ii. Rumah baru abang saudara saya dipagari.


________________________________________________________________________.

iii. Tertua pengawas itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.


________________________________________________________________________.

Soalan 24

Baca petikan di bawah. Kemuadian. Jawab soalan soalan yang berikutnya.

Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk menghadiri majlis
perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah. Saya
lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang sedang
memasang khemah, membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk
di beranda.
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas bawang dan ubi
kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat abang
nyaris-nyaris muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai sahaja akad nikah,
majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00 petang. Pengantin
diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di
atas pelamin. Cantik sungguh Kak Sarah, bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak
Long Kiah dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu yang
menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur. Selesai sahaja upacara menepung
tawar, pengantin dan para tetamu makan di khemah yang telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga juga ingin pulang awal
kerana abang akan menduduki peperiksaan UPSR pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang,
Pak Long Jaafar sempat mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis
perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-
pauk sebagai buah tangan untuk kami.

a. Maksud beranda ialah _______________________________________________. (1 M)

b. Mengapakah abang aku nyaris-nyaris muntah ?( 2 M)


_____________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________

c. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar pengantin ? ( 2 M)


______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

d. Pada pendapat anda, apakah hubungan antara penulis dengan Sarah dan buktikan ? ( 3 M)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Matahari terlindung cuaca redup,


Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.

Gembira sungguh di hari raya,


Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah,


Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,


Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.

a. Maksud 'Ilmu itu pelita hidup ialah _____________________________________________


______________________________________________________________________( 2M).

b. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut. ( 2 M )

i. Ilmu perlu di cari sampai meninggal dunia.

ii. kekayaan amat penting bagi manusia jika


di bandingkan dengan pendidikan.

c. Menurut pantun di atas, sikap suka bertanya boleh ________________________________


_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________( 2 M )

d. Pada pendapat anda, mengapakah ilmu di dada paling beerti?


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________( 3 M )

KERTAS SOALAN TAMAT

Yang di sediakan Yang di semak Yang Disahkan


.............................. ........................... ...........................
PRAKASH A PN NOOR ASHIKIN BT SAAD PN AISHAH
KETUA PANITIA BM PK PENTADBRAN

SEKOLAH KEBANGSAAN ST BERNADETTES CONVENT


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MEI 2017
BAHASA MELAYU
TAHUN 5
PEMAHAMAN (001)
1 JAM 15 MINIT

BAHAGIAN B

Nama : ___________________________
Kelas : ___________________________

1. Tulis nama dan kelas di tempat yang disediakan.


2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruangan jawapan yang
disediakan dalam kertas
soalan ini.
3. Serahkan bahagian b ini bersama sama boring jawapan objektif
kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.
Kegunaan Pemeriksa
Pemeriksa:
No. Soalan Markah
21
22 a
b
23 a
b
24 a
b
c
d
25 a
b
c
d

30

SEKOLAH KEBANGSAAN ST BERNADETTES CONVENT


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MEI 2017
BAHASA MELAYU
TAHUN 5
PEMAHAMAN (001)
1 JAM 15 MINIT
Bahagian A

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian :


Bahagian A dan Bahagaian B
2. Kamu dikhendaki menjawab semua soalan dalam kedua dua bahagian ini.
3. Tiap tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan,

iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Nama :

Kelas:

Anda mungkin juga menyukai