Anda di halaman 1dari 15

SJK ( C ) LOK YU 2

PENILAIAN BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) OGOS


2020
TAHUN 5
Nama : ______________________________ Markah : _____________
Kelas : _________ Tarikh : ___________
Tandatangan Ibu Bapa : ________

Soalan 1 hingga 15.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1.Amna gembira melihat __________________ nenek setelah sembuh daripada demam.

A. jeritan C. tangisan
B. raungan D. senyuman
2.Jason dan keluarganya tiba di desa dengan menaiki kereta _________________.

A. proton persona C.proton Persona


B. Proton persona D.Proton Persona
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.

3.Kent dan kawan-kawannya_______________ apabia pasukan bola sepak pilihan mereka


menjaringkan gol.
A. bersatu C. bersorak
B. berehat D. berkumpul
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.
4. Ayah menghadiahi ibu se____________ cincin berlian pada hari lahir ibu.
A. bentuk C. pasang
B. utas D. urat
5. Kanak-kanak suka bermain layang-layang di ___________pada waktu petang.
A. jalan C. padang
B. halaman D.gelanggang
6. Hujan yang turun hampir ______________ hari sangat membimbangkan penduduk
setinggan Kuala Kuah.
A. seluruh C.setiap
B. sekalian D. suku
7. “Tuan _____________ hendak ke mana ?”, Tanya Hang Lekiu kepada Dang Anum.
A. hamba C. baginda
B. patik D. beta
8. Ravi _____________ orang cacat penglihatan itu melintas jalan raya yang sibuk.
A. membimbit C. menggalas
B. menuntun D. membawa
9. Foo Tian diminta oleh ibunya __________ mengemaskan biliknya yang bersepah itu.
A. sambil C. lalu
B. untuk D. kerana

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.
10.Petani itu meletakkan orang-orangan di _________ sawah untuk menakutkan burung-
burung yang hendak memakan padinya.
A. tengah C. tepi
B. sudut D. belakang
11. Pilih kata nama khas tak hidup yang betul.
Anna dan keluarganya berkelah di ______________pada cuti persekolahan yang lalu.

A. Hospital Jengka C. Balai Polis Benut


B. Stadium Bukit Jalil D. Pantai Cherating

12. Perniagaan Pak Cik Wong mengalami kerugian. Simpulan bahasa yang sesuai ialah
__________________

A. mata pencarian C. putih hati

B. gulung tikar D. putus asa

13. Isi ikan patin sangat lembut dan rasanya sangat enak.

Pilih perkataan antonim bagi lembut.

A. keras C. tebal
B. kuat D. mahal

14. Pilih ayat yang betul.


A. Amit membela kucing malahan arnab
B. Hadiah itu diberikan pada guru.
C. Tze Yang suka makan makanan yang pedas
D. Mereka bersorak dan bersorai menonton perlawanan bola.
15. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
i-Besi pagar rumah emak sudah terlalu haus kerana telah berkarat.
ii-Adik minum sebotol air oren kerana terlalu haus.
iii-Tapak kasut sekolah abang telah haus.
iv-Haus seluarnya terkena paku.
A i dan II C III dan IV
B ii dan III D I dan IV

16. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Apakah tujuan gotong-royong itu diadakan ?

A. Gotong-royong itu akan diadakan di hadapan kantin sekolah.


B. Semua murid diminta untuk melibatkan diri dalam gotong –royong itu.
C. Gotong-royong itu diadakan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan
murid.
D. Gotong-royong itu akan diadakan pada minggu depan.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Dalam perjalanan pulang ke kampung , aku berasa resah. Aku khuatir akan kesihatan nenek
di kampung. Aku teringat akan perbualan aku dengan nenek menerusi telefon pagi tadi.
Nenek terbatuk-batuk. Kata nenek, batuknya tidak hilang-hilang sejak beberapa hari yang
lalu.
Oleh itu, ayah mengajak kami sekeluarga pulang ke kampung. Sebaik-baik sahaja tiba di
kampung, aku segera mengetuk pintu rumah nenek. Nenek membuka pintu sambil terbatuk-
batuk. Aku memeluk nenek dengan erat.

Ibu dan ayah menghampiri nenek. Mereka memimpin tangan nenek untuk membawa nenek
pergi ke klinik. Apabila tiba di klinik , Doktor Syafi merawat nenek Menurut Doktor Syafi ,
nenek mengalami batuk disebabkan oleh keadaan persekitaran dan kurang minum air. Mujur
penyakit nenek tidak serius. Setelah mengambil ubat, kami membawa nenek pulang ke
rumah.

17. Mengapakah “aku “ berasa resah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung?

A. Kerana “ aku “ bimbang akan kesihatan bu bapanya.


B. Kerana “ aku “ bimbang akan kesihatan neneknya.
C. Kerana “ aku “ bimbang jika perjalanan mereka tidak lancar.
D. Kerana “ aku “ bimbang jika tidak dapat bertemu dengan neneknya.

18. Batuk nenek “ aku “ tidak hilang-hilang sejak

A. semalam.
B. sebulan yang lalu.
C. seminggu yang lalu.
D. beberapa hari yang lalu.

19. Bagaimanakah “ aku “ dan keluarganya merawat penyakit neneknya.?


A. Menjenguk neneknya di kampung.
B. Membawa neneknya pergi ke klinik.
C. Memimpin neneknya dengan berhati-hati.
D. Memberi neneknya minum air secukupnya.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A. Nenek “aku” terbatuk-batuk ketika berbual dengan “aku “ menerusi telefon petang
semalam.
B. Punca penyakit batuk nenek “ aku “ disebabkan keadaan persekitaran dan kurang minum
air.
C. Penyakit nenek “ aku “ agak serius.
D. “Aku” dan ibu bapanya membawa neenknya bersiar-siar setelah mengambil ubat di klinik.

PEMAHAMAN BAHAGIAN B ( 30 MARKAH )


Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

dan bahawa ketika yang

dengan apabila kemudian semoga

Pada suatu petang, hujan turun _____________ lebatnya. Pak Cik Lee memasang lampu
kereta , _______________________memperlahankan kelajuan kenderaannya. Tiba-tiba Pak
Cik Lee ternampak sebatang pokok ____________ agak besar telah tumbang. Beliau
mengambil kon dari ruang simpanan keretanya ________________ meletakkannya di tengah
jalan. Tindakan pantas Pak Cik Lee itu memang sangat dihargai oleh pengguna jalan raya
yang lain.

( 4 markah )

Soalan 22

a- Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.


Ayat Tanya:

Jawapan:
Bukan saya yang meminjam buku kamu semalam. ( 2 markah )

b- Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

( 2 markah )

c- Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.


Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
____________________________________________________________________

( 2 markah )

Soalan 23
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Pada suatu petang, basikal yang aku tunggang bergesel dengan sebuah van. Aku tercampak
ke tepi jalan raya. Kepalaku berdarah dan tangan kiriku cedera. Aku dikejarkan ke hospital
yang berhampiran oleh orang ramai yang lalu-lalang pada masa kejadian.

Semasa menerima rawatan di hospital, doktor memaklumkan bahawa tangan kiri aku
terpaksa dibedah. Hatiku bertambah resah. Rakan-rakanku memberikan keyakinan dan
sokongan agar aku tabah dan berani. Aku bersyukur kerana pembedahan itu berjalan dengan
lancar. Aku diminta untuk tinggal di wad bagi menjalani rawatan susulan.

Aku berasa amat jemu kerana terpaksa tinggal di hospital. Oleh itu, ibu membelikan
aku buku cerita untuk menghilangkan kebosanan. Pada masa yang sama, aku perlu
melakukan senaman ringan untuk mengembalikan kekuatan tangan kiriku. Selepas seminggu
aku bersyukur kerana tangan kiriku dapat digerakkan seperti biasa.

Setelah hampir dua minggu berada di hospital, aku dibenarkan pulang. Aku begitu
seronok. Aku mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang telah merawatku.
Jasa mereka akan kukenang selama-lamanya.

(a) Kenderaan yang bergesel dengan basikal yang aku tunggang ialah ____________.
[ 1markah ]

(b) Bagaimanakah ‘aku’ dihantar ke hospital selepas kemalangan tersebut berlaku?


_____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Kepala dan tangan kiri ‘aku’ cedera akibat kemalangan.

BETUL

Pembedahan tangan kiri’ aku’ berjalan dengan lancar.

Selepas pembedahan selesai, ‘aku’ dibenarkan pulang SALAH

ke rumah pada hari itu.

Tangan kiri‘aku‘dapat digerakkan semula selepas dua


minggu pembedahan tersebut.

[2markah ]

Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Cuti sekolah yang lalu, aku dan ibu ke Pantai Teluk Cempedak. Kami bertolak awal pagi
dengan menaiki kereta. Kelihatan orang ramai sudah membanjiri kawasan pantai tersebut.
Kami terus menuju ke tapak pesta. Suasana di tapak pesta itu sungguh meriah. Aku tidak
melepaskan peluang membeli beberapa jenis cenderahati buatan tangan penduduk tempatan.
Setelah penat berjalan, aku mengajak ibu ke gerai makanan. Kami memasuki sebuah
gerai masakan kampung. Walaupun terpaksa beratur, aku berasa seronok dengan keramahan
pelayan dan makanan yang disediakan juga sungguh enak. Aku meninggalkan tapak pesta itu
setelah tidak cukup tangan untuk membawa barang-barang yang dibeli oleh ibu. Walaupun
penat, aku berasa sangat gembira.

(a) Perkataan cenderahati boleh digantikan dengan perkataan ________________ .


[ 1 markah ]

(b) Apakah tujuan penulis dan ibunya pergi ke Teluk Cempedak ?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(c)Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Penulis ke Teluk Cempedak bersama ayahnya.

Penulis menikmati masakan ala kampung.

Keadaan tapak pesta pantai itu sangat sunyi.

[ 3 markah ]
Soalan 25
Baca pantun di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bunga melur bunga melati,


Jadi pilihan tuan dan puan;
Bertolak ansur dan bersatu hati,
Perlu diamalkan demi perpaduan.

Ke Langkawi dengan si cantik Kama,


Berhenti singgah di Kuala Kedah;
Kalau kita saling bekerjasama,
Kerja yang susah menjadi mudah.

Anak kera si anak ungka,


Memanjat-manjat pohon kuini;
Usahlah kita berburuk sangka;
Agar masyarakat kekal harmoni.

Tumbuh rimbun pokok bidara,


Tempat berehat anak Raju;
Masyarakat hidup aman sejahtera,
Negara selamat bertambah maju.

(a) Apakah yang perlu kita amalkan untuk memelihara perpaduan?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(b) Apakah maksud rangkap kedua pantun di atas?


__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(c) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun di atas.

Kita perlu berburuk sangka agar masyarakat kekal harmoni.

Negara akan bertambah maju jika masyarakat hidup aman.

[ 2 markah ]

(d)
Usahlah kita berburuk sangka,
Agar masyarakat kekal harmoni.

Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.


__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 3 markah ]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
SJK ( C ) LOK YU 2
PENILAIAN BAHASA MELAYU ( PENULISAN ) OGOS 2020
TAHUN 5
Nama : ______________________________ Markah : _____________
Kelas : _________ Tarikh : ___________
Tandatangan Ibu Bapa : ________
Bahagian A
[10 markah ]
[Masa dicadangkan : 15 minit]
Gambar di bawah menunjukkan suasana sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana sambutan Hari Kemerdekaan tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.

Bahagian B
[15 markah]
[Masa yang dicadangkan 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan langkah-langkah memupuk semangat kejiranan.

Tulis ulasan tentang langkah-langkah memupuk semangat kejiranan tersebut dalam bentuk
perenggan

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Bahagian C
[25 markah]

[Masa yang dicadangkan 35 minit]


Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan

Soalan 1

Aku ditebang oleh tuan aku kerana aku tidak mengeluarkan buah lagi.

Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat di atas.

ATAU

Soalan 2

Program Larian Perpaduan


Tarikh : 19 Mac 2017, Ahad
Masa : 7.00 pagi (berkumpul)
7.30 pagi (larian)
Tempat : Padang Taman Selasih (berkumpul)

Maklumat di atas adalah tentang Program Larian Perpaduan Taman Selasih. Kamu
merupakan salah seorang peserta program tersebut. Program tersebut bertujuan mengeratkan
hubungan dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum.

Kamu mencatatkan aktiviti program tersebut dalam diari kamu.

Tulis catatan harian kamu itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai