Cikgu Thavamalar,
SJK(T) Air Kuning Selatan
V.Sharvin
Nama : ____________________________ 17 Mei 2021
Tarikh : _____________________
5
Kelas : ____________________________ Hari Isnin
: _____________________
Hari ini hari jadi Siti. Chong dan Mala bekunjung ke rumah Siti. Ramai tetamu
yang dijemput oleh Siti ke rumahnya. Siti memotong kek dengan gembira.
Kawan-kawan Siti menyanyikan lagu hari jadi sambil bertepuk tangan. Ibu
bapa Siti menghadiahkan sebuah basikal kepada Siti. Siti berasa sangat
gembira.
By:Cikgu Thava
V.Sharvin
Nama : ____________________________ 14 Jun 2021
Tarikh : _____________________
5
Kelas : ____________________________ Hari Isnin
: _____________________
Hobi Raju
Hobi Raju ialah memancing ikan. Raju suka memancing ikan di sungai pada
hujung minggu. Bapa Raja menemaninya semasa memancing ikan. Raju
menggunakan joran untuk memancing ikan. Ibu Raju pandai memasak kari
ikan. Raju suka makan nasi dengan kari ikan. Datuk Raju membelikan Raju
joran baharu. Raju berasa sangat gembira.
By:Cikgu Thava
Nama : ____________________________ Tarikh : _____________________
Kelas : ____________________________ Hari : _____________________
Pada hari Ahad yang lalu, keluarga Sani berkelah di tepi pantai Port
Dickson. Mereka bertolak ke sana pada pukul 9.00 pagi. Ayah Sani
memandu kereta dengan berhati-hati. Selepas tiba di sana, keluarga Sani
mencari tempat teduh untuk meletakkan barang-barang dan makanan
yang dibawa. Kemudian, Sani dan adiknya berenang di laut dengan
gembira.
By:Cikgu Thava
Nama : ____________________________ Tarikh : _____________________
Kelas : ____________________________ Hari : _____________________
Hidup Sihat
Salmah ialah murid tahun empat. Salmah makan roti dan minum susu
semasa sarapan sebelum pergi ke sekolah. Sarapan yang berkhasiat
memberikan tenaga kepada Salmah. Salmah tidak suka makan ais krim dan
gula-gula kerana makanan bergula akan merosakkan gigi. Salmah suka
makan buah-buahan yang segar seperti epal, oren dan tembikai. Pada
waktu petang, Salmah melakukan senaman ringan supaya badan sihat.
1. Siapakah Salmah?
________________________________________________________________________
2. Mengapakah Salmah makan sarapan yang berkhasiat?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
3. Salmah tidak suka makan apa?
________________________________________________________________________
4. Bilakah Salmah melakukan senaman ringan?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
By:Cikgu Thava
Nama : ____________________________ Tarikh : _____________________
Kelas : ____________________________ Hari : _____________________
Ini kebun sayur datuk Lim. Kebun sayur datuk Lim sangat luas. Kebun sayur ini
terletak di belakang rumah Lim. Datuk Lim menanam pelbagai jenis sayur
seperti sawi, terung, bendi dan cili di kebunnya. Beliau menjaga kebunnya
dengan baik. Pada waktu petang, Lim membantu datuknya menyiram
pokok-pokok sayur. Lim juga suka belajar cara bercucuk tanam dengan
datuknya. Datuk Lim menjual sayur-sayur yang telah matang di pasar pagi.
Pada minggu lepas, sekolah Arun telah mengadakan minggu kitar semula.
Semua murid berkumpul di dewan sekolah. Guru besar meminta semua
murid untuk mengumpulkan barangan terpakai seperti kertas, botol plastik
dan tin aluminium. Cikgu Siva meletakkan tiga buah kotak di belakang
kelas. Kotak-kotak itu berwarna biru, coklat, dan jingga. Beliau menyuruh
Arun dan rakan sekelasnya memasukkan barang terpakai ke dalam kotak
tersebut.
Sikap menabung
Pada setiap hari, Aiman menyimpan baki wang belanja sekolah. Dia
menyimpan wang tersebut di dalam tabung. Bapa Aiman selalu menasihati
Aiman supaya menyimpan wang untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aiman menggunakan wang di dalam tabung untuk membeli alat tulis dan
buku. Dia akan menyimpan wang di dalam bank apabila tabung telah
penuh.
Kepentingan Air
Pokok Kelapa
Pokok kelapa ialah pokok serba guna. Pokok kelapa mudah didapati di tepi
pantai. Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan. Air kelapa boleh
diminum untuk menyejukkan badan pada musim panas. Batang kelapa
boleh dijadikan sebagai titi untuk menyeberangi sungai. Selain itu, sarung
ketupat juga dihasilkan daripada daun pokok kelapa ketika musim
perayaan. Akhir sekali, isi kelapa boleh diproses menjadi minyak, marjerin
dan sabun.
By:Cikgu Thava