SEKOLAH RENDAH
NOTA RINGKAS
TATABAHASA
NAMA : ____________________________
TAHUN : ____________________________
CIKGU : ____________________________
SEKOLAH : ____________________________
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda, manusia,
haiwan, tumbuhan dan konsep.
Kata nama terbahagi kepada :
(i) kata nama am;
(ii) kata nama khas;
(iii) kata nama arah;
(iv) kata ganti nama;
(v) kata bilangan.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang
bersifat umum seperti:
(i) nama benda yang bernyawa, iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan;
(ii) nama benda yang tidak bernyawa, iaitu benda dan tempat.
Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata kecuali pada
permulaan ayat.
Kata Ganti Nama Diri Kedua - merujuk kepada diri orang hadapan.
Kata Bilangan
Kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu / menyatakan bilangan sesuatu.
Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis:
(i) kata bilangan tentu - satu, dua, tiga
(ii) Kata bilangan tak tentu - beberapa, para, seluruh, setengah-setengah
(iii) Kata bilangan pecahan - suku, setengah, separuh, dua pertiga
(iv) Kata bilangan pisahan - masing-masing, setiap, tiap-tiap
(v) Kata bilangan himpunan - berbulan-bulan, beratus-ratus, jutaan, kedua-dua,
(vi) Kata bilangan tingkat - pertama, kedua, ketiga
(vii) Kata bilangan tanya - berapa.
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang
dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.
Kata kerja boleh dibahagikan kepada:
(i) Kata kerja transitif
(ii) Kata kerja tak transitif
(iii) Kata kerja pasif
Kata adjektif ialah kata yang digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu
benda, orang, tempat dan sebagainya.
Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-, se-, amat, paling,
sangat, sekali, sungguh dan terlalu.
Kata adjektif juga boleh disertai dengan kata bantu seperti masih, belum, dapat
dan sebagainya.
Kata penguat dan kata bantu juga boleh hadir secara serentak.
Kata bantu ialah kata yang berperanan untuk menimbulkan makna-makna tambah
dari segi aspek waktu dan ragam.
Kata Bantu terbahagi kepada dua jenis, iaitu :
(i) Kata Bantu Aspek - untuk menunjukkan perbezaan masa, iaitu masa lampau,
masa kini dan masa hadapan.
KB Aspek hadir secara serentak KB Ragam hadir secara serentak dengan KB Aspek.
9. KATA PEMERI
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa yang
berperanan sebagai penghubung, penerang, penguat, pembantu, penegas, pemeri
dan sebagainya.
(iii) Untuk menimbulkan maksud sesuatu yang menunjukkan akibat atau kesimpulan.
(v) Untuk menimbulkan maksud dalam masa yang sama atau pada masa itu.
Kata hubung digunakan untuk menggabungkan dua atau lebih kata,frasa, klausa
dan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada yang berikut :
(i) Kata hubung tunggal (ii) Kata hubung gabungan
(iii) Kata hubung pancangan (iv) Kata hubung berpasangan.
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka hendaklah disertai dengan partikel -kah
Kata sendi nama digunakan untuk menyambung frasa dengan kata atau frasa
dengan frasa.
Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk predikat ayat.
Kata perintah usah mempunyai nada yang lebih lembut berbanding dengan kata
perintah jangan.
Kata perintah sila boleh digunakan dalam pelbagai situasi berbanding dengan
kata perintah jemput yang hanya sesuai digunakan bagi situasi tertentu seperti
masuk ke rumah dan makan.
Kata perintah tolong lebih sesuai digunakan dalam situasi yang umum manakala
kata perintah harap lebih sesuai digunakan dalam situasi yang lebih sopan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada
sebahagian atau seluruhnya.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh / penuh; (b) kata ganda separa;
(c) kata ganda berentak /berima; (d) kata ganda menyaling;
(e) kata ganda berimbuhan.
Kata ganda seluruh ialah bermaksud seluruh kata dasar itu diulang tanpa
mengalami perubahan bunyi atau bentuk sama ada berimbuhan atau tidak.
Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
Penggandaan penuh boleh wujud dalam keadaan berikut:
(i) Seluruh kata dasar - meja-meja, anak-anak, obor-obor.
(ii) Seluruh kata terbitan - bungkusan-bungkusan,soalan-soalan.
(iii) Berimbuhan - biji-bijian,bayang-bayangan.
(iv) Kata majmuk - rumah-rumah teres, guru-guru besar
Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata
keterangan.
Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang
digandakan.
Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Kata ganda separa boleh dikategorikan mengikut maksud seperti berikut:
(i) Kata ganda separa yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar.
Contohnya: lelangit, sesiku, kekisi- bermaksud kata nama.
(ii) Kata ganda separa yang wujud di belakang dan hadapan kata dasar.
Contohnya: bermain-main, membelek-belek, kejar mengejar, bantu-membantu-
bermaksud kata kerja.
(iii) Kata ganda separa yang sebahagian daripada kata dasarnya diulang.
Contohnya: besar-besaran,kecil-kecilan- bermaksud kata adjektif.
Kata ganda berentak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan
atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila
digandakan.
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, batu-batan
(b) persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar
(c) penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang
Kata ganda berima terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:
(i) Vokal serupa konsonan berbeza: Sayur-mayur,kuih-muih,lauk-pauk
(ii) Vokal berbeza konsonan berbeza: gunung-ganang, suku-sakat, kayu-kayan
(iii) Bebas: saudara-mara, ulang alik, rempah ratus
Awalan
Akhiran
Apitan
Sisipan
Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua atau lebih daripada dua
patah kata dasar yang digabungkan menjadi suku kata baru yang padu.
Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri.
Ada juga kata majmuk yag terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama seperti cantik jelita, hancur lebur
dan sunyi sepi.
Bentuk kata majmuk terbahagi kepada dua, iaitu :
Imbuhan Awalan
1. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir di hadapan sesuatu kata dasar.
Awalan beR-
1. Imbuhan beR- terdiri daripada tiga bentuk, iaitu be-, bel-, dan ber-
2. Imbuhan beR- boleh bercantum dengan sebarang kata dasar.
3. Apabila imbuhan ber- bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r,
satu daripada huruf r tersebut akan digugurkan.
4. Imbuhan bel- hanya digunakan untuk kata ajar. Kata ajar apabila ditambah
imbuhan beR- menjadi belajar dan bukannya berajar.
5. Imbuhan awalan beR- membawa beberapa fungsi atau maksud.
1. Awalan meN- terdiri daripada lima bentuk, iaitu me-, mem-, men-, meng-, dan
menge- .
Awalan teR-
2. Sekiranya imbuhan teR- bercantum dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf r, satu daripada huruf r tersebut akan digugurkan.
Awalan peN-
49 CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU
50 CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU
Awalan se-
Awalan ke-
Awalan juru-
Juru- bermaksud orang yang ahli, mahir atau mempunyai kebolehan istimewa dalam
sesuatu lapangan atau pekerjaan.
Akhiran –an
Akhiran -an boleh bergabung dengan kata dasar.Tidak ada huruf yang akan berubah
apabila bergabung dengan akhiran ini.
Akhiran -kan boleh bergabung dengan kata dasar.Biasanya gabungan akhiran ini
membawa maksud perbuatan.
Imbuhan Apitan
1. Imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan di akhir kata dasar.
Apitan ber....-an
Apitan meN-....-i terdiri daripada me-...-i, mem-...-i, men-...-i, meng-...-i dan menge-
...-i.
Apitan ke-...-an bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang
perubahan huruf.
Apitan peN-....-an
Apitan per-....-an
Apitan per-...-an bergabung dengan semua kata dasar.Apabila apitan ini bergabung
dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada huruf r tersebut akan
digugurkan.Biasanya, apitan ini membawa maksud mengerjakan sesuatu.
1. Kata yang berapitan di-...-kan dan di-...-i merupakan kata kerja transitif
pasif daripada kata yang berapitan meN-...-kan dan meN-..-i.
2. Apitan di-....-kan dan di-....-i dapat menyatakan fungsi atau maksud yang berikut:
Imbuhan Sisipan
1. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan di tengah kata dasar.
2. Antara imbuhan sisipan ialah
Sisipan -er-
Sisipan -em-
Imbuhan Pinjaman
1. Imbuhan pinjaman ialah imbuhan asing yang diterima sebagai imbuhan baru
dalam bahasa Melayu.
2. Kebanyakan imbuhan tersebut berasal daripada bahasa Sanskrit, Arab dan
Inggeris.
3. Imbuhan ini berfungsi sebagai imbuhan kata nama.
4. Imbuhan pinjaman terbahagi kepada imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.
Imbuhan Awalan
Imbuhan Akhiran
Ragam Ayat
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta
seseorang melakukan sesuatu.
Peluasan subjek ialah proses pemancangan ayat ke dalam satu ayt lain sebagai
frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan.
Peluasan subjek menggunakan perkataan “yang”.
Ayat yang lengkap dan sempurna mestilah terdiri daripada subjek dan predikat.
Ayat Aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek dan mempunyai kata kerja
berimbuhan awalan meN- iaitu me-, mem-, men-, meng- dan menge-
(a) Puan Fateha membawa sepiring kuih.
(b) Encik Yasin membeli sepasang kasut untuk anaknya.
(c) Syakilah mengambil kaset di dalam bilik.
(d) Syafril sedang memancing ikan.
(e) Nasimah menyanyikan sebuah lagu irama asli.
Ayat pasif ialah ayat yang kata kerjanya yang terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan
didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan
didahului kata ganti diri kedua seperti awak,anda, kamu, engkau dan
sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di- diikuti
kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda dan
sebagainya.
Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza. Berikut ialah contoh ayat aktif dan ayat pasif diri pertama:
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis secara bulat-bulat tanpa
mengubah maksudnya.Apabila menulis cakap ajuk, tanda ("....") mesti
digunakan.
Cakap pindah ialah percakapan seseorang yang ditulis semula tanpa mengubah
maksudnya dengan gaya bahasa sendiri.
Perhatikan beberapa contoh cakap ajuk dan cakap pindah di bawah.
Apabila menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah, beberapa perkara perlu
diubah. Antaranya ialah perubahan kata ganti nama dan masa.
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan
jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor,
orang, dan sebagainya.
Peribahasa ialah kumpulan kata atau ayat yang tetap susunannya dan mempunyai
maksud yang tertentu.
Pada umumnya, peribahasa digunakan untuk memberikan pengajaran atau
teguran dengan cara yang sopan dan halus.
Peribahasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada :
(a)Simpulan bahasa
(b) Perumpamaan
(c) Bidalan
(c) Pepatah
(e) Kata-kata hikmat
(f) Bandingan semacam
A. Simpulan Bahasa
1. Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta
mempunyai maksud yang tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana,
seperti dan umpama.
Kata-kata hikmat ialah ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberikan
pengajaran, teladan, kesedaran dan peringatan.
Sinonim ialah perkataan seerti iaitu maknanya sama atau hampir sama dengan
perkataan asal dan boleh ditukar ganti dalam ayat yang sama.
Aa
mengabaikan = melalaikan; membiarkan; mencuaikan
beradu = berlaga; bersabung; bertanding; tidur(digunakan untuk raja-raja)
agung = besar; luhur; mulia; tertinggi
aib = malu
ajaib = aneh; ganjil; pelik
mengajak = mempelawa; mempersilakan; menjemput; mengundang
ajal = kematian; maut
akal = fikiran; helah; ikhtiar
akrab = ikrab; karib; rapat
alam = dunia
mengalami = merasai; menempuh
beralih = berganti; berpindah; bertukar; berubah
alu = antan
aman = damai; sentosa; tenteram
amanat = perintah; pesan; wasiat
mengancam = mengugut; membahayakan
aneh = ajaib; ganjil; pelik
menganggap = berpendapat; memikirkan
angkara = kebengisan; kebuasan; kekejaman; kezaliman
angkuh = bongkak; congkak; sombong
menganiaya = menindas; menyiksa
anugerah = ganjaran; kurnia; pemberian
mengapit = menghimpit; menjepit
arah = hala; jurusan; tujuan
aral = halangan; rintangan
arif = berilmu; bijaksana; cerdik; pandai; tahu
awas = hati-hati; hemat; ingat-ingat; waspada
Cc
mencadangkan = mengemukakan; mengusulkan; menyarankan
bercambah = bertunas; tumbuh
Dd
dacing = neraca; penimbang
dahulu = awal; lampau; silam
daif = hina; lemah
mendakwa = mengaku; menuduh; menuntut
dalih = alasan; helah
dapat = berupaya; mampu; sanggup
mendapat = memperoleh
darjat = pangkat; taraf
daya = akal;ikhtiar;jalan;kekuatan; kemampuan; muslihat
mendenda = menghukum
dendang = lagu;nyanyian
penderitaan = kesakitan;kesengsaraan; kesusahan; seksaan
mendesak = memaksa; menggesa
Ee
beredar = berkisar; berlalu; berpindah
mengelak = menghindar
elok = bagus; baik; cantik
empuk = lembut; lunak
erat = karib; kuat; mesra; rapat; teguh
mengeratkan = menguatkan; merapatkan; meneguhkan
Ff
faedah = guna; laba; manfaat; untung
faham = tahu; mengerti
memahami = memaklumi; mengetahui
fasal = hal; perihal; perkara
memikirkan = mempertimbangkan; mengenang; mengingatkan; merenungkan
Gg
gabung = ikat; berkas
bergabung = berikat; bersatu
gagah = berani; kuat; tegap
gagal = kandas; kecewa; hampa
berganding = berdampingan;berdekatan; berhampiran
mengganggu = mengacau; mengusik
berganti = bertukar; berubah
gebar = selimut
bergegar = bergetar; bergoncang
bergegas = terburu-buru; tergesa-gesa; terkejar-kejar
gejala = alamat; tanda
menggeletar = gementar; menggentar; menggigil
Hh
habis = berakhir; tamat; selesai
habuan = bahagian; hak; rezeki
hadam = cerna; hancur
menghadap = mengarah; menghala
menghadapi = melawan; menentang
terhadap = akan; kepada; tentang
hadir = ada
menghadiri = mengikuti; menyertai
hairan = pelik; takjub; tercengang
hajat = kehendak; keinginan; keperluan; maksud; niat; tujuan
hakikat = kebenaran; kenyataan
hal = kejadian; peristiwa; perkara
hala = arah
menghalau = mengusir
menghambat = memburu; menahan; mengejar; menghalang
hampa = kecewa; kosong
hangus = rentung
menghantar = mengirim; mengutus
hapus = lenyap; hilang; musnah
mengharap = berhajat; berhasrat
harmoni = rukun; selaras; sesuai; tenteram
harum = wangi
Ii
ibarat = cerita; kiasan; pengajaran; perbandingan; sebagai; seumpama; teladan
ikal = berkelok-kelok; berombak-ombak; keriting
iklhlas = jujur; tulus
ikhtiar = daya upaya; usaha
ikrar = janji; pengakuan; sumpah
ikut = turut; bersama-sama
mengikut = mematuhi; menganut; mengiring; meniru; menurut
ilmu = kepandaian; pengetahuan
imbas = kilas; lintas
seimbas = sebentar; sekejap; sekelip; seketika; sekilas; selintas
indah = cantik; molek; permai
induk = ibu; pusat
ingkar = mungkir
mengingkari = memungkiri; menafikan; menyangkal
mengintip = memata- matai; mengamat-amati; mengintai; menyuluh
Jj
jaga = bangun
berjaga = berkawal
berjaga-jaga = berhati-hati; berwaspada
menjaga = memelihara; mengawal;mengasuh; mengawasi
menjagakan = mengejutkan; menggerakkan
menjajah = menaklukkan; menguasai
jajar = banjar; baris; deret
berjalin = beranyam; berkaitan
menjalin = menganyam; mengarang; mengatur; mengeratkan;menyusun
berjangkit = menular; merebak
kejangkitan = ketularan
menjangkiti = menulari
menjangkitkan = menularkan; merebakkan;
jarang = bersela; renggang
sejati = asli; sebenarnya; tulen
jawab = sahut
berjawab = berbalas
menjawab = membalas; menyahut
jawatan = pengkat; pekerjaan
menjawat = memegang; menjabat
jaya = kemenangan
berjaya = berhasil; menang
kejayaan = kemajuan; kemenangan
jejak = bekas; kesan
menjejaskan = melukakan; merosakkan
jelak = bosan; jemu; muak
Kk
kabul = diluluskan; diperkenankan; disetuju; tercapai
kabur = kelam; pudar; samar
kadar = keupayaan; kudrat; kuasa; nisbah
kaedah = cara; hukum; prinsip; peraturan
kagum = hairan; takjub; tercengang
kala = masa; ketika; waktu
berkala-kala = sekali-sekala;terkadang-kadang
kampung = desa
berkampung = berhimpun; berkumpul
mengandar = memikul; menggalas
karut = bohong; dusta
kawan = kelompok; kumpulan; rakan; sahabat; teman
berkecai = hancur; remuk
mengecam = membidas; mencela; mengkritik
berkecamuk = kelam-kabut; kucar-kacir
kecewa=gagal; hampa
kecoh = bising; heboh; riuh-rendah
kecundang = kalah; tewas
kekal = abadi
berkelahi = berbalah; bergaduh; bertengkar
Ll
laba = faedah; guna; keuntungan
lancar = cepat; fasih
melanda = melanggar; merempuh
landas = alas; lapik
langsai = lunas; selesai; terbayar
lanjut = lama; panjang
lantang = jelas; terang; kuat
melaporkan = memberitahukan; mengadukan
lapuk = reput; usang
melawat = berkunjung; berziarah
lazat = enak; sedap
Mm
mahu = hendak; rela; sanggup
kemahuan = kehendak;keinginan
makam = kubur
makbul = kabul; terkabul; diperkenankan
maklumat = keterangan; pengetahuan
malap = muram; kusam; lesam; redup; suram
mangkat= meninggal dunia
marah = berang; gusar; meradang
maruah = kehormatan
maut = kematian
medan = gelanggang; padang
Nn
menafikan = mengingkari; menidakkan
nahas = kecelakaan; kemalangan; kesialan; malang
naib = timbalan
nasib = takdir; untung
nasihat = ajaran; pelajaran; peringatan; petunjuk; teguran
ngeri = seram; takut
niat = hajat; kehendak; maksud; nazar
nilai = mutu; taraf
Oo
obor = andang; suluh
beroleh = mendapat; menerima
Pp
padan = bading; cocok; imbangan; sesuai; tara
padat = bernas; ,mampat; pejal; penuh; sesak; tumpat
padu = kuat; kukuh; padat; pejal; teguh
memalu = memukul; menghentam
pamah = lembah
mempamerkan = memperagakan; memperlihatkan; mempertunjukkan;
menggayakan
pandir = bebal; bodoh; tolol
pangkat = kedudukan; taraf; tingkat
panjang = lanjut
berpanjangan = berterusan; berlanjutan
sepanjang = sejauh
pantas = cekatan; cepat; laju; layak; lekas; patut; sesuai; tampan; kacak; segak
memaparkan = memampangkan; membentangkan; mendedahkan
pati = inti; sari
patuh = menurut; taat
pawang = bomoh; dukun
pedoman = panduan
terpegun = tercegat; tercengang
pelopor = pengasas; perintis
berpencak = bersilat
memencil = menyendiri
memencilkan = mengasingkan; menjauhkan
terpencil = terasing; tersendiri
penggal = kerat; potong
penuh = lengkap; padat; tumpat
memerah = memeras; meramas
Rr
radas = perkakas
ragu-ragu = bimbang; sangsi; syak; was-was
raksasa = bota; gergasi
ramai = bising; giat; riuh-rendah; sibuk
rapi = beres; bersih; elok; kemas; teratur; tersusun; tertib
rasmi = sah
merasmikan = melantik; menetapkan; mengesahkan; mengumumkan
rata = datar
meratakan = mendatarkan
serata = seantero; segenap; seluruh
merayu = memujuk
rayuan = permohonan; pujukan.
regu = kumpulan; kelompok; pasangan; pasukan
beregu = berpasangan
Ss
bersabung = beradu; berlaga; berlawan; bertempur; bertarung
sah = benar; nyata
menyambut = membalas; menerima; menjawab; menyongsong
sampai= tiba
sanggup = mampu; rela; sedia; sudi
menyangkal = melawan; membantah; menentang
sayu = dukacita; hiba; pilu; rawan; sedih
sangsi = bimbang; khuatir; ragu-ragu; syak
menyebat = memukul; merotan
segar = sihat; nyaman
sejahtera = aman; sentosa; selamat
menyelenggarakan = memelihara; mengerjakan; mengurus; merawat
menyeleweng = menyimpang
selisih = beza; kelainan
berselisih = berbeza; berlainan; bertikai
semerbak = harum; wangi
senget = condong; miring
sengketa = perbalahan; perbantahan; pertengkaran; perselisihan; pertikaian
sengsara = menderita; susah
seni = elok; halus; kecil; molek
sentosa = aman; selamat; tenteram
sepatu = kasut
menyerbu = melanggar; menyerang
serentak = bersama-sama; serempak
sesak = penuh; sempit; tersekat; tersumbat
Tt
taat = patuh; setia
mentadbirkan = memerintah; mengatur; mengelolakan; mengurus
menaja = mempelopori; memulakan
takat = had; hingga; sampai
takjub = hairan; kagum
tamadun = kebudayaan; kemajuan; peradaban
bertangguh-tangguh = berlama-lama; berlambat-lambat;berlengah-lengah
menangguhkan = menunda
menangkup = menelungkup; meniarap; mengatup
taraf = darjat; kedudukan; martabat; mutu
setaraf = sedarjat; setara
menatap = melihat; memandang; mengamat-amati; merenung
tatatertib = disiplin; peraturan
tebal = lebat; padat; tumpat
tegas = jelas; nyata; tentu; tepat; terang
menegaskan = menerangkan; menjelaskan
menegur = menasihati; mencela; mengkritik; menyapa
tekad = azam; kehendak; kemahuan
bertekad = berazam; bermaksud; berniat
telatah = gerak-geri; kelakuan; perangai; tingkah laku
bertembung = berlanggar; bertemu; terserempak
tempang = capik; pincang
bertempur = berjuang; berkelahi; berlaga; berlanggar; berperang
Uu
berucap = bercakap; bersyarah
mengucapkan = melafazkan; menyebut
ucapan = pidato; sebutan
mengugut = mengancam
mengulas = mengupas; mentafsirkan
umpama = ibarat
unit = istimewa; satu-satunya; tersendiri
mengurus = membereskan; memelihara; mengatur; mengusahakan;
menyelenggarakan; menyelesaikan
usang = kersang; kuno; lama
mengusap = membelai; mengesat; mengurut
mengusir = memburu; mengejar; menghalau
mengutus = mengirim
utusan = wakil
usul = anjuran; asal; cadangan; mula
mengusulkan = mencadangkan; menganjurkan
Ww
wajar = patut; sesuai
wajib = mesti; perlu
waktu = kesempatan; ketika; masa; peluang; tempoh
warkah = surat
warta = amanat; berita; pesanan
Yy
yakin = pasti; percaya
Zz
zalim = bengis; kejam
zaman = masa; tempoh
zat = unsur
Aa
abadi = sementara
abai = acuh; peduli
abdi = tuan
beradab = biadab
aib = mulia
ajaib = biasa
mengajak = menghalau; mengusir
akar = pucuk
aktif = pasif
alah = menang
mengalir = bertakung
beralun = rata
am = khas; khusus
aman = huru-hara; kacau-bilau
amanah = curang
mengampuni = menghukum
angguk = geleng
mengangguk = menggeleng
asli = palsu; tiruan
Bb
bahagia = sengsara
kebahagian = penderitaan; kesengsaraan
berbahaya = selamat
bakal = bekas
bakhil = pemurah
bakti = khianat
bangga = malu
membanggakan = memalukan
membangkang = menyokong; mencadangkan
membantu = membiarkan
terbantut = membesar
berbaring = bangkit; bangun
baru = lama; usang
basi = baru; segar
membasmi = memelihara; mempertahankan
batal = sah
membatalkan = mengesahkan
membawa = meninggalkan
membazir = berhemat; berjimat
membazirkan = menghematkan; menjimatkan
bebas = terbelenggu; terikat; terkawal; terkongkong
membebaskan = membelenggu; mengawal; mengongkong; mengikat
beku = cair
membekukan = mencairkan
berbelah = bercantum
membelah = mencantumkan
belot = setia
Cc
mencabut = menanam; mencacakkan
cacat = sempurna
mencaci = memuji
mencampakkan = memungut; mengutip
mencampurkan = mengasingkan
bercantum = berasing; berpisah
cedera = pulih; sembuh
mencegah = menggalakkan
cemar = bersih
cembung = cekung
cerah = gelap; kabur
bercerai = berkahwin; bersatu
cerdik = bodoh; tolol; dungu
cermat = boros; cuai
cerun = landai
cetek = dalam
Dd
daging = tulang
daif = mulia
mendaki = menuruni
damai = huru-hara; kacau
berdamai = berperang; bersengketa
damping = jauh
berdampingan = berjauhan
mendapat = kehilangan
dara = teruna
mendarab = membahagi
darurat = aman
dasar = puncak
datar = curam
terdedah = terlindung; tertutup
berdegil = menurut; patuh
berdendam = berbaik; berdamai
mendengar = pekak; tuli
deras = lambat; perlahan
derhaka = setia; taat
derita = kebahagiaan
dingin = hangat; panas
berdiri = duduk
mendongak = menunduk
dongeng = kenyataan
dosa = pahala
Ff
berfaedah = merugikan; sia-sia
fajar = senja
fakir = kaya
fasih = gagap
fitnah = puji
memfitnah = memuji
berfikir = berkhayal
Gg
bergabung = bercerai; berpisah
menggadai = menebus
gadis = teruna
gaduh = aman; tenteram; damai
bergaduh = berdamai
menggalakkan = mencegah; menghalang
menggali = menimbus
gamat = sepi; sunyi
gambut = keras
ganas = jinak
ganjil = biasa; genap
garang = jinak; lembut
garau = halus
garing = lemau
bergaul = menyendiri
Hh
habis = ada
menghalang = mendorong; menggalakkan
menghalau = mempelawa; mempersilakan; mengajak
halus = kasar
hampa = berisi
menghancurkan = membina
handal = lemah
hangat = dingin; sejuk
harum = busuk
berhati-hati = cuai; lalai
Ii
ikal = lurus
mengikat = membuka; menghuraikan
ikhlas = curang; pura-pura
imaginasi = kenyataan
induk = bahagian; cawangan
mengingkari = mematuhi; mentaati; menurut
isi = kulit
beristirehat = bekerja; bertugas
mengizinkan = melarang; menegah
Jj
jaga = tidur
jahil = alim; arif
menjajah = memerdekakan
terjajah = merdeka
berjalan = berhenti
janda = duda
jarang = kerap; rapat; selalu; sering
jasmani = rohani
Kk
terkabul = tertolak
kabur = jelas; terang
kacukan = sejati; tulen
berkahwin = bercerai
kalah = menang
karam = terapung; timbul
kawan = lawan; musuh
kebal = lut
berkedut = licin; rata
kejam = adil; berperikemanusiaan
kelam = cerah; terang
kelu = lancar
kemarau = hujan; tengkujuh
kembali = pergi
kembang = kuncup
kembung = kempis
kencang = perlahan
keras = lembik; lembut
mengerat = menyambung
keruh = jernih
kesat = licin
ketara = kabur; samar-samar
ketat = longgar
ketua = pengikut
berkilau = malap; suram
kota = desa; kampung
kuala = hulu
Ll
laba = kerugian
berlaba = berugi
lalai = awas; waspada
langsung = berantara
berlangsung = bertangguh; tertunda
lanjut = singkat
lapang = sempit
melaung = berbisik
lawan = kawan; sahabat
berlayar = berlabuh
layu = segar
lebar = sempit
lekas = lambat
melekat = lekang; tanggal
lena = sedar
terlena = terjaga
lengang = sibuk
lenyap = muncul
melintang = memanjang; membujur
lokek = pemurah
meluahkan = menelan
luas = sempit
lulus = gagal
lumpuh = bertenaga; kuat
lunak = keras
lurus = bengkok
Nn
menafikan = mengakui; mengiakan
ternganga = tertutup
nipis = tebal
nyaring = lemah; perlahan
nyata = kabur
Oo
olok-olok = sungguh-sungguh
Rr
rabun = terang
racun = madu; penawar
merampas = membagi; memberi; menyerahkan
rapat = jarang; renggang
Ss
sah = batal
sakit = sembuh
saksama = zalim
sama = berbeza; berlainan
bersambung = putus
menyangkal = mengakui; mengiakan; mengikut; menurut
sangsi = yakin
sayang = benci
sayup = lantang; nyaring; terang
sedar = lalai; pengsan
sedih = gembira
menyedut = menghembus
segar = layu
selesai = terbengkalai; terhenti
senyap = bising; riuh
setia = derhaka
menyimpan = membuang
singgah = terus
menyokong = membangkang; membantah
sombong = ramah
sopan = biadab
sukacita = dukacita
bersurai = berhimpun
surut = pasang
bersusun = berselerak; bersepah
Tt
taat = derhaka
mentaati = menderhaka
tajam = tumpul
takut = berani
tampan = hodoh
menangkap = melepaskan
bertanya = menjawab
menarik = menyorong
menawan = membebaskan
tegak = condong
tegang = kendur
menegah = membenarkan; menyuruh
tekun = malas; sambilewa
menelan = meluahkan
teliti = lalai; leka; sambilewa
tenggelam = timbul
tenteram = bimbang; kacau; risau
tepat = sipi
tewas = menang
menimbus = menggali; mengorek
tulen = palsu; tiruan
tunggal = banyak; jamak
menutup = membuka
Uu
berubah = tetap
undur = mara
umum = khusus
untung = rugi
usang = baru
Yy
ya =tidak
yakin = ragu-ragu; sangsi; syak; was-was
Zz
zahir = batin
zalim =adil
Kesalahan dan Pembetulan