BAHASA MELAYU
Assalamualaikum..
Kata Nama
Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus
dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :
i) Kata Nama Khas Hidup Manusia – contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul
Razak
iii) Kata Nama Khas Tidak Hidup – Balakong, Proton Saga, Parit
Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.
b) Kata Nama Am
2. Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk
kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori :
- orang pertama : saya, aku, beta, patik, kita
- orang kedua : saudara, kamu, awak, engkau, anda
- orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, nya.
Kata Kerja
- kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan
‘men’ dengan atau tanpa akhiran ‘kan’ atau ‘i’.
- Contoh : - Mastura mencuci pakaian di dalam bilik air
- kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil
dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan
mewujudkan kata kerja transitif pasif.
- Contoh : - Pakaian dicuci oleh Mastura.
Dalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti dengan hanya
bertanya ‘apa’ kepada kata kerja yang hadir dalam ayat itu.
- Kata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja
yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti
oleh pelengkap atau objek.
- Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa
imbuhan) dan dengan imbuhan awalan.
- Contoh : terbang, tidur, berlari, berenang.
Kata kerja tak transitif dapat dikenali dengan bertanya ‘apa’
selepas kata kerja itu. Sekiranya tidak ada jawapan, maka kata kerja
itu adalah kata kerja tak transitif kerana ia tidak ada objek.
Contoh : Burung terbang - terbang apa ? (tiada jawapan)
Adik berlari - berlari apa ? (tiada jawapan)
Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan
frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama
atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh
kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan
sifat perbuatan (kata kerja).
Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan
berdasarkan kriteria makna.
Kata Tugas
2) Kata Praklausa
- kata sendi nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama.
Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang
diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti,
terhadap.
4) Kata Pasca
ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan.
Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan
pembenda.
Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan
kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh : Lapisan ozon
sesungguhnya semakin menipis.
Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu
perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :
Lajunya 100 km sejam.