Anda di halaman 1dari 38

GOLONGAN KATA

(Tatabahasa Dewan)

Golongan kata dalam bahasa Melayu


terbahagi kepada empat, iaitu:

(i) kata nama


(ii) kata kerja
(iii) kata adjektif
(iv) kata tugas
Golongan Kata (samb.)
Kata Nama

Terdapat tiga jenis kata nama dalam bahasa Melayu:

• Kata nama am: adik, sayur, sekolah,


lorong, keindahan

• Kata nama khas: Asraf, Jibrail, Malaysia

• Kata ganti nama: saya, awak, dia


Kata Ganti Nama
• Ganti nama tunjuk - itu & ini

Ini adik saya.

• Ganti nama diri


– Ganti nama diri tanya - apa, siapa, mana.

Apa yang awak bawa?

– Ganti nama diri orang - saya aku beta kami kita;


saudara awak kamu engkau anda;
dia beliau mereka ia baginda

Aku akan temankan engkau dan mereka ke sana.


Penanda/Justiikasi KN

1. Setiap kata nama boleh diikuti oleh kata


penentu/penunjuk itu dan ini (guru itu)

2. Kata nafi 'bukan' boleh digunakan untuk menafikan


sesuatu kata nama (bukan dia)

3. Kata nama boleh diikuti oleh kata adjektif sama ada


secara langsung atau dengan perantara 'yang' (anak
yang baik)

4. Kata sendi berada di hadapan kebanyakan kata nama


untuk menghasilkan frasa sendi nama (di bendang)
Penanda/Justiikasi KN

5. Imbuhan kata nama


– awalan - peN-, peR-, ke-, se- (pentadbir, perunding, ketua)
– akhiran - -an (bacaan, halangan, barangan)
– apitan - peR-...-an, peN-...-an, ke-...-an (persamaan,
keamanan)

6. Kata bilangan/ penjodoh bilangan (penentu depan) boleh berada di


hadapan kata nama (lima murid, enam pasang kasut)

7. Kata nama boleh jadi subjek atau objek


Kucing itu mengejar tikus.
Subj Obj
Golongan Kata Kerja
Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa


Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

(i) Kata kerja aktif transitif


(ii) Kata kerja aktif tak transitif
(iii) Kata kerja pasif
Kata Kerja
Jenis Golongan Kata Kerja

(i) Kata Kerja Aktif Transitif


Kata kerja yang mesti diikuti objek atau
penyambut.

Contoh:
Hamid memanggang ikan
Hasni memandikan adik.
Ibu membelikan abang sehelai baju.
Athirah memakai kasut merah.
Jenis Golongan Kata Kerja
(ii) Kata Kerja Aktif Tak Transitif

• Kata kerja yang sempurna maknanya apat berdiri sendiri


dalam ayat dengan tidak memerlukan objek.

Contoh:
pulang
berenang
berdering
mendarat
Kata Kerja Tak Transitif
Contoh:
• Semua orang sudah pulang.

• Khairani pandai berenang (sejak kecil).

• Telefon itu berdering (beberapa kali).

• Helikopter itu telah mendarat (di tengah padang).

** Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti


objek kerana maknanya sudah sempurna
Kata Kerja Tak Transitif

Subgolongan kata kerja tak transitif:

(i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

(ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap


Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transif Tanpa Pelengkap


• Kata kerja yang tidak memerlukan objek
atau penyambut sesudahnya.

• Boleh berdiri sendiri sebagai frasa predikat.


1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
(samb.)

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti


unsur penerang:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.

2. Budak itu menyanyi pada malam hari.

3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.

4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.


Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap


untuk menyempurnakan maksud ayat.

Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, seperti dalam


contoh-contoh berikut:

(i) Kata nama sebagai pelengkap.

Dia menjadi guru.


Saya ada wang.
Rumahnya bertiangkan batang meranti.
Kata kerja tak transitif berpelengkap (samb.)

(ii) Kata adjektif sebagai pelengkap.


1. Buah-buahan itu menjadi busuk.
2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3. Peserta itu tidur lena.

(iii) Frasa sendi nama sebagai pelengkap.


1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
2. Burung itu hinggap di dahan pokok.
3.Pelajar itu melawat ke Putrajaya.
Kata Kerja Pasif
1.  Kata kerja pasif ialah kata kerja yang digunakan
dalam ayat pasif.

2.  Kata kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima


bentuk, iaitu:

(i) kata kerja pasif diri pertama dan kedua.


(ii) kata kerja pasif diri ketiga.
(iii) kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR-.
(iv) kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an.
(v) kata kerja pasif dengan kata kena.
Kata Kerja Pasif

(i) kata kerja pasif diri pertama dan kedua.


(a) Meja-meja ini kita masukkan ke dalam dewan.
(b) Semua buku itu perlu engkau masukkan ke dalam beg.

(ii) kata kerja pasif diri ketiga.


(b) Hutang itu telah dijelaskan oleh mereka.
(c) Lagu itu diperdengarkan oleh penyanyi yang terkenal.

(iii) kata kerja pasif dengan awalan beR- dan teR-.


(a)  Baju sekolah anak Aminah sudah berjahit.
(b)  Batu yang berat itu terangkat oleh Badang.
Kata Kerja Pasif
(iv) kata kerja pasif dengan apitan ke-... -an.
("ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" )

(a)  Malam tadi jiran saya kecurian.


(b) Ayam-ayam di dalam reban itu kelaparan.

(v) kata kerja pasif dengan kata kena.


(a)  Pelajar yang menghisap rokok itu kena
hukum oleh guru disiplin.
(b)  Pencuri yang mencuri barang-barang di kedai
itu telah kena tangkap oleh polis.
Penanda/Justifikasi Kata Kerja

1. Kata bantu boleh berada di hadapan kata kerja: Pokok


itu telah tumbang.

2. Kata nafi 'tidak' digunakan untuk menafikan kata kerja:


Hafiz tidak mengotorkan lantai itu.

3. Boleh jadi kata perintah (Buatkan dia secawan kopi.)

4. Tidak boleh digandingkan dengan penguat yang


menunjukkan kepalingan atau kesangatan (*paling
mandi, *sangat mencangkul)
Penanda/Justifikasi Kata Kerja

5. Tidak boleh digandingkan dengan kata bilangan atau


penjodoh bilangan (*tiga makan, *empat buah menyanyi)

6. Kata sendi spt di, ke tidak boleh bergandingan dengan


kata kerja (*di membelasah, *ke minum)

7. Boleh diperluas dengan perkataan 'dengan‘ (dengan


menambah, dengan mempertingkat, dengan
berhujah)
Kata Adjektif
Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif

sungguh lama, manis sekali, tertinggi, secantik-cantik, dll.

Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat


sesuatu nama atau frasa nama.

rumah besar, baju merah, kertas tebal, rambut panjang, dll.

Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata
penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

sangat baik, paling cantik, jahat sungguh, baik sekali, dll.


Kata Adjektif

Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri


atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada
imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.

Contoh Ayat yang mengandungi kata adjektif :

(a) Ahmad sangat pandai bermain muzik.


(b) Pemuda itu sungguh baik sekali.
(c) Buah cempedak itu enak sekali.
Jenis-jenis kata adjektif
Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi
kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu:

(i) kata adjektif sifatan atau keadaan


(ii) kata adjektif warna
(iii) kata adjektif ukuran
(iv) kata adjektif bentuk
(v) kata adjektif waktu
(vi) kata adjektif jarak
(vii) kata adjektif cara
(viii) kata adjektif perasaan
(ix) kata adjektif pancaindera
Jenis-jenis kata adjektif (samb.)
Kata Adjektif Sifatan/Keadaan

Perkataan yang memberi pengertian sifatan atau


keadaan sebagai unsur keterangan nama.

cerdik lemah takut

(a) Anak guru itu amat cerdik.


(b) Kesemua ahli pasukan itu lemah.
(c) Dia amat takut akan anjing garang itu.
Jenis-jenis kata adjektif (samb.)
Kata Adjektif Warna

Perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur


keterangan.

(a) Baju merah itu kepunyaanku.


(b) Warna biru kegemaran ibu.

Kata Adjektif Ukuran

Perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur


keterangan.
(a) Lukanya dibalut dengan kain nipis.
(b) Ketua pasukan itu tinggi orangnya.
Jenis-jenis kata adjektif (samb.)
Kata Adjektif Bentuk

Perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur


keterangan.
(a) Bola ragbi berbentuk lonjong.
(b) Garis lurus menemukan dua titik.

Kata Adjektif Waktu

Perkataan yang memberi pengertian rupa waktu sebagai unsur


keterangan.
(a) Usaha dikenang waktu yang lampau.
(b) Jam dinding itu lambat setengah jam.
Jenis-jenis kata adjektif (samb.)

Kata Adjektif Jarak

Perkataan yang memberi pengertian konsep ruang sebagai unsur


keterangan.
(a) Rumah yang dituju itu sunggu jauh.
(b) Rumahnya paling hampir dengan sekolah.

Kata Adjektif Cara

Perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam


sebagai unsur keterangan.
(a) Gerak gerinya amat perlahan.
(b) Dia selalu gopoh dalam peperiksaan.
Penanda/Justifikasi Kata Adjektif

1. Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau


diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat,
sungguh, sekali, paling, agak, benar

- paling indah, merdu sekali

2. Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu


nama atau frasa nama.

- pelajar terbaik, kereta mewah, wanita anggun


Penanda/justifikasi Adjektif

3. Penggunaan ‘yang’ di antara kata adjektif dan kata


nama, Penggunaannya tidak wajib, tetapi jikalau
kata nama itu sudah ada penerang yang lain,
penggunaan ‘yang’ adalah wajib.

(a) Saya sudah membeli buku tebal yang mahal itu.

(b) Lelaki gemuk yang jahat itu sudah ditangkap


polis.
Penanda/Justifikasi Kata Adjektif

4. Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama


seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya. 

Contoh:
(a) Saya sangat segan dengan awak.

(b) Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia.

(c) Mereka sangat benci terhadap dia.


Rajah Pohon & label
Ahmad memakai baju merah.
(KN) (KK) (FN) (FA)

FN FK

KN KK FN

KN FA

Adj

Ahmad Memakai baju merah


RUJUKAN

Nik Safiah Karim et. al (1984). Tatabahasa Dewan,


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan dan Ainon Muhammad. (1994). Bahasa


Melayu untuk maktab perguruan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
 
  Liaw Yock Fang. (1985). Nahu Melayu Moden.
Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
 
Sekian

Anda mungkin juga menyukai