Anda di halaman 1dari 36

BAB 9

Kata-kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir


dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai
penghubung, penerang, penentu, penguat,
pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar,
pemeri, atau tugas-tugas lain.
Terdapat 16 jenis kata tugas

Katahubung
Kata hubung Katabantu
Kata bantu Katapembenar
Kata pembenar

Kataseru
Kata seru Katapenguat
Kata penguat Kataarah
Kata arah

Katatanya
Kata tanya Katapenegas
Kata penegas Katabilangan
Kata bilangan

Kataperintah
Kata perintah Katanafi
nafi Katapenekan
penekan
Kata Kata

Katapangkal
Kata pangkalayat
ayat Katapemeri
pemeri Katapembenda
pembenda
Kata Kata

Katasendi
Kata sendinama
nama
Empat Kelompok
Dasar Kata Tugas

KataPenyambung
Kata PenyambungAyat
Ayat KataPraklausa
Kata Praklausa

KataPrafrasa
Prafrasa KataPascakata
Kata Pascakata
Kata

Setiap kelompok mengandungi jenis-jenis kata tugas tertentu.


KataPenyambung
Kata PenyambungAyat
Ayat

♦ Bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu


bentuk ayat berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
Rujuk Bab 18

♦ Ayat majmuk terbahagi kepada dua iaitu:


(a) ayat majmuk gabungan – dihubungkan dengan kata hubung
gabungan ( dan, atau, tetapi, malahan, sambil, kemudian, serta)
(b) ayat majmuk pancangan – dihubungkan dengan kata hubung
pancangan
i. kata hubung pancangan relatif ( yang )
ii. Kata hubung pancangan komplemen ( bahawa, untuk )
iii. Kata hubung pancangan keterangan ( kerana, sekiranya, tatkala,
apabila, supaya, hingga, kalau, semasa, agar, meskipun)
Rujuk hal.241
♦ Penggunaan kata hubung gabungan dalam ayat
1. Azhan mengambil surat itu lalu membacanya.
2. Budak itu berlari sambil menangis.
Kata hubung gabungan tidak boleh digunakan untuk menyambung ayat atau klausa
yang tidak setara sifatnya.
Perhatikan ayat berikut :
1. Nazri membaca buku dan bangunan itu tinggi.
2. Bukan Ganesan sahaja ingin menyertai pertandingan itu, malahan
sungai itu mengalir lesu.
Kata hubung tetapi tidak boleh digunakan untuk menyambung ayat atau klausa yang
mengandungi maksud yang tidak bertentangan. Jika ini dilakukan juga, maka ayat itu
menjadi tidak gramatis.
Perhatikan ayat berikut:
1. Pemain itu cuba mengalahkan pemain badminton negara tetapi
berjaya.
2. Perompak itu cuba melarikan diri tetapi dia tidak mati ditembak
polis.
♦ Penggunaan kata hubung pancangan relatif – menghubungkan klausa utama
dengan satu klausa kecil
1. Ustaz yang mengajar agama di sekolah itu bapa saya.
2. Mereka yang malu bertanya sesat jalan.

♦ Penggunaan kata hubung pancangan komplemen – menghubungkan klausa


komplemen (pelengkap) kepada klausa utama
1. Datin Normala menyatakan bahawa beliau akan ke Mekah pada tahun ini.
2. Sungguh mustahil baginya untuk melepaskan diri.

♦ Penggunaan kata hubung pancangan keterangan – menghubungkan klausa


yang menjadi keterangan kepada satu klausa utama
1. Tatkala Jepun menyerang Tanah Melayu, Suhaily masih kanak-kanak lagi.
2. Keluarga itu sentiasa berdoa semoga anak mereka di perantauan sentiasa
sihat.
KataPraklausa
Kata Praklausa

♦ Perkataan yang letaknya di hadapan klausa atau ayat.


Misalnya : Oh, amboi, mengapakah, bilakah, jangan, tolong, ya, benar, hatta,
maka, dan seumpamanya.

♦ Dalam Bahasa Melayu kata praklausa terdiri daripada:


1. kata seru
2. kata tanya
3. kata perintah
4. kata pembenar
5. kata pangkal ayat
1. Kata seru – perkataan yang berfungsi melahirkan pelbagai perasaan dan
digunakan dalam ayat seruan.
Contoh:
(a) Wah, alangkah tingginya bangunan itu! (kagum)
(b) Celaka, habis barang aku diambilnya! (marah)
(c) Oh, sungguh jauh dikau pergi! (kecewa)

2. Kata tanya – perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau


menyoalkan sesuatu. Partikel -kah boleh hadir bersama kata tanya yang
dikedepankan.
Contoh :
(a) Bila kamu hendak pulang ke kampung?
(b) Mengapakah gadis itu menangis?
(c) Yang kamu bawa itu apa?
(d) Siapakah yang berjalan bersama kamu tadi?
3. Kata perintah – perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak
balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:
(a) Jangan buang sampah di sini.
(b) Jemputlah naik.
(c) Haraplah tuan-tuan jelaskan yuran persatuan segera.

4. Kata pembenar – perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.


Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul.
(a) Ya, itulah yang saya maksudkan.
(b) Benar, dialah yang berkata demikian.
(c) Betul, tanyalah neneknya.
5. Kata pangkal ayat – perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat
yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Kata
pangkal ayat ini banyak terdapat dalam sastera klasik. Contoh:
hatta : lalu, selepas itu, sampai, hingga
maka : lalu, sudah itu (digunakan pada masa
memulakan ayat)
syahdan : selanjutnya (digunakan pada permulaan
cerita)
adapun : tentang, perihal
alkisah : kisahnya, ceritanya (digunakan pada
permulaan ayat)
kalakian : kala itu, ketika itu, kemudian
sebermula : peristiwa, pertama-tama (pembuka kata)
sekali peristiwa : pada suatu kejadian
arakian : sesudah itu
Contoh :
(a) Maka tergila-gilalah perempuan, anak dara-dara dan janda-janda
kepada Harith Fadhilah.
(b) Syahdan baginda pun berangkat meninggalkan istana.
(c) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
(d) Arakian bersemayamlah baginda di Melaka.
(e) Kalakian berlakulah peperangan antara dua kerajaan itu.
(f) Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.
(g) Sekali peristiwa baginda berangkat ke Pahang.
KataPrafrasa
Kata Prafrasa

♦ Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada


frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.
♦ Mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti
tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan,
menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.

♦ Kata prafrasa mengandungi lapan jenis, iaitu:


(i) kata bantu (v) kata pemeri

(ii) kata penguat (vi) kata sendi nama

(iii) kata penegas (vii) kata arah

(iv) kata nafi (viii) kata bilangan


(i) Kata bantu – perkataan yang bertugas membantu FK, FA dan FSN iaitu
dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu dan
ragam.

Kata bantu aspek ialah kata yang menunjukkan pelbagai suasana


perbezaan masa.

Keadaan yang telah berlaku


sudah, telah, pernah

Keadaan yang sedang berlaku


sedang, masih, tengah

Keadaan yang belum berlaku


belum, akan
(a) Kata bantu aspek

Contoh :

1. Mereka telah pulang ke kampung.

2. Guru besar masih menyiapkan laporan itu.

3. Pelajar itu belum mendapat biasiswa.

4. Bunga itu sudah kembang.

5. Dia akan ke sana esok.


Kata bantu ragam ialah kata yang menyatakan pelbagai ragam tingkah
laku, cara dan olah, kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh
orang yang melakukan ragam itu.

Menunjukkan kehendak
mahu, hendak, ingin

Menunjukkan keupayaan / kebolehan


boleh, dapat, bisa

Menunjukkan kebarangkalian / kemungkinan


kemungkinan, mungkin, barangkali

Menunjukkan kemestian
mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut, tentu, memang
(b) Kata bantu ragam

Contoh :

1. Ramai pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke universiti.

2. Hishamuddin mesti melaporkan diri hari ini juga.

3. Kita boleh berhari raya di kampung tahun ini.

4. Mereka dapat bertemu dengan keluarga mereka di desa.

5. Saiful mungkin dipilih untuk mewakili negara ke angkasa lepas.


(ii) Kata penguat – perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif
dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Terdapat tiga jenis kata penguat:
(a) penguat hadapan
(b) penguat belakang
(c) penguat bebas

(a) Kata penguat hadapan – perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.
Contohnya terlalu, paling, dan agak.
1. Pokok kelapa itu terlalu tinggi.
2. Masakan ibunya paling sedap.
3. Tempat itu agak terpencil.
(b) Kata penguat belakang – perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
Contohnya sekali, benar, dan nian.
1. Cantik benar rumah di atas bukit itu.
2. Low pandai sekali bermain muzik.
3. Indah nian istana bunian.

(c) Kata penguat bebas – perkataan yang letaknya bebas sama ada di hadapan
atau di belakang kata adjektif.
Contohnya amat, sangat, dan sungguh.
1(a) Pokok itu amat tinggi.
(b) Pokok itu tinggi amat.
2(a) Ribut hari itu sangat kencang.
(b) Ribut hari itu kencang sangat.
3(a) Taman itu sungguh permai
(b) Taman itu permai sungguh.
(iii) Kata penegas – disebut juga partikel iaitu sejumlah perkataan yang memberi
penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis
kata penegas iaitu:
(a) yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
Contohnya , -kah, -tah, dan -lah,
(b) yang menegaskan kedua-kedua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai
subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, cuma, hanya, yang, dan
memang.
1. Siapakah guru Bahasa Melayu kamu?
2. Inilah rumah saya.
3. Apatah dayaku.
4. Kami juga belajar komputer di situ.
5. Yang abadi cuma cinta kepada Tuhan.
6. Apa sahaja yang susah akan menjadi senang
(iv) Kata nafi – perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu FK,
FA, dan FSN. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
Kata nafi bukan digunakan dalam predikat sebelum kata nama.
Contohnya:
1. Pokok itu bukan pokok cempedak.
2. Harga itu bukan harga patut.

Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum kata kerja ,kata adjektif dan frasa
sendi nama untuk mendukung maksud pertentangan maklumat.
Contohnya:
1. Budak itu bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
2. Kata-katanya itu bukan bermaksud menghina tetapi sekadar
mengingatkannya sahaja.
3. Pak Uda bukan ke Selangor tetapi ke Terengganu.
4. Kapal terbang itu bukan ke Beijing tetapi ke Adelaide.
Kata nafi tidak – unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif
Contohnya:
1. Lahuma dan Jeha tidak ke sawah pada hari ini.
2. Saya tidak akan datang lagi.
3. Kenyataan itu tidak benar.
4. Bandar itu tidak besar sangat.
5. Dia tidak melihat kejadian itu.
(v) Kata pemeri – unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara
subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Terdapat dua bentuk kata pemeri iaitu ialah, dan adalah.

Digunakan untuk menyatakan persamaan


ialah hal antara bahagian subjek dengan hal
bahagian predikat. Hadir di hadapan kata
nama atau frasa nama.

Digunakan untuk menghuraikan atau


adalah menerangkan hal secara kualitatif tentang
subjek. Hadir di hadapan kata atau frasa
adjektif atau frasa sendi nama.
ialah

Contohnya:

1. Tajuk-tajuk penting yang dibincangkan ialah sistem ejaan baharu,


penggunaan imbuhan dan jenis-jenis ayat.

2. Dalam terjemahan komunikatif, utusan itu tetap penting dan perkara


yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir, berperasaan
dan bertindak.

3. Bangunan yang indah itu ialah Bangunan Sultan Abdul Samad.


adalah

Contohnya:

1. Cara hidup masyarakat luar bandar adalah jauh berbeza dengan cara

hidup masyarakat bandar.

2. Kenyataan yang diberikan itu adalah tidak benar.

3. Prestasi yang ditunjukkan adalah baik dan memuaskan.

4. Bas ekspres itu adalah dari Ipoh.


(vi) Kata sendi nama – perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Antara kata-kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa
Melayu ialah:

di bagi laksana antara


ke demi sejak untuk
dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam
kepada bagai oleh sampai
pada umpama hingga kerana

Rujuk hal.252
Contoh-contoh ayat:
1. Pengembara itu sesat di dalam hutan.
2. Burung-burung pulang ke sarangnya pada waktu petang.
3. Pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.
4. Isteri yang setia itu berada di sisi suaminya hingga ke saat terakhir.
5. Mereka berjaga hingga ke pagi.
6. Kapal terbang itu berlepas dari Kuala Lumpur ke Los Angeles.
7. Beg tangan itu diperbuat daripada kulit buaya.
8. Cara berfikirnya lain daripada yang lain.
9. Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah.
10. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan.
11. Suhu badannya meningkat kepada 39°C.
12. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.

13. Sifat jujur dan amanah ada pada dirinya.

14. Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi


15. Pada saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.
16. Asrama bagi / untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
17. Hadiah itu untukmu.
18. Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan
masalah ini.
19. Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.
20. Buku itu disusun di atas meja satu demi satu.
21. Mereka berbincang tentang masalah negara.
22. Hatinya keras umpama batu.
23. Tumbukan peninju itu pantas seperti kilat.
24. Ayah pergi ke pekan dengan ibu.

25. Berita itu diterimanya dengan senang hati.

29. Imy melukis potret itu dengan cat air.

27. Adakah sama akar dengan rotan?

28. Jangan biadap terhadap orang tua.


30. Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap kesejahteraan rakyat.
31. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
32. Kuih itu dibeli olehnya.
33. Ia mati oleh senjatanya sendiri.
34. Mereka mengaji sampai / hingga dinihari.
35. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita.
36. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.
(vii) Kata arah – sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan
lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau
jurusan.

Contohnya:

atas antara bawah tepi


belakang tengah dalam luar
sisi penjuru sudut segi
selatan samping timur barat
hadapan utara
Contoh-contoh ayat:
1. Buku itu di atas meja.
2. Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi.
3. Petani itu berjalan di tepi danau.
4. Orang tua itu duduk bersila di penjuru rumah.
5. Dari sudut pandangan mereka, perkara itu wajar.
6. Pergolakan itu berlaku lagi di timur negeri itu.
7. Kita jangan berjalan di hadapan orang tua.
(viii) Kata bilangan – sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah
pada frasa nama. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa
jenis mengikut ciri maknanya.

(a) menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya / bilangan kardinal


1. Dua hari lagi saya akan berangkat ke Mekah.
2. Harga barang itu dua puluh ringgit.

(b) menunjukkan bilangan tak tentu


1. Segala persiapan telah dibuat.
2. Banyak orang telah menyertai peraduan itu.
(c) membawa maksud himpunan
1. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan.

2. Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran


di Afrika.

(d) membawa maksud pisahan


1. Mereka masing-masing membawa makanan sendiri.
2. Kami bertolak pada pukul tujuh pagi tiap-tiap hari.

(e) membawa maksud pecahan


1. Setiap penduduk kampung itu mendapat setengah ekar tanah
daripada kerajaan.
2. Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seorang.
KataPascakata
Kata Pascakata

♦ Satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan.


♦ Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
♦ Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya,
lajunya, dan datangnya.

(a) Kata penekan – satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata
yang bergabung dengannya.
Contoh:
1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
3. Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada masa
ini.
(b) Kata pembenda – bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya,
lantangnya.

Contoh:
1. Lajunya ialah 100 km sejam
2. Bukan kepalang sakitnya.
3. Fishon berhujah dengan lantangnya.
4. Datangnya secara mendadak.

Anda mungkin juga menyukai