Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA

1. 2. Menurut Zaba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandung kebenara, sedap didengar, dan bijak perkataannya. Peribahasa bahasa Melayu dapat dijeniskan kepada perumpamaan, pepatah, bidalan, kiasan, kata-kata hikmat, simpulan bahasa dan perbilangan.

Perumpamaan. Perumpamaan merupakan peribahasa yang memperkatakan sesuatu maksud


atau tujuan dengan membandingkannya kepada sesuatu perkara atau kejadian lain. Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandung makna tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan, dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan. Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului oleh katakata perbandingan seperti bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti, dan umpama. Sebaliknya, perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan tidak didahului oleh kata perbandingan tersebut. Antara perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan termasuklah: bagai tikus jatuh ke beras; ibarat bunga sedap dipakai layu dibuang; laksana katak diharung ular; seperti katak di bawah tempurung; dan umpama cincin dengan permata. Antara perumpamaan yang tidak menyebutkan kata perbandingan termasuklah: diberi betis hendak paha; genggam bara api biar sampai jadi arang gunting dalam lipatan; dan sehari selembar benag, lama-lama menjadi kain.

Pepatah. Menurut Zaba, pepatah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis dan
mempunyai sifat yang bernas, iaiatu memberatkan sifat ringkas dan bijak susunan katanya. Ungkapan pepetah itu berasal daripada patah-patah perkataan. Pepatah hampir sama dengan bidalan. Yang membezakan kedua-duanya ialah bidalan tetap mengandung pengajaran dan nasihat sedangkan ada pepatah yang tidak berisi pengajaran. Ungkapan pepatah yang berasal usul daripada pusaka adat resam berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat. Contoh: aiar bersih tanada tak dalam; alah bisa tegal biasa; indah khabar dari rupa; malu bertanya sesat jalan; takaut kerana salah, berani kerana benar; dan ukur baju di badan sendiri.

Bidalan. Bidalan juga tergolong dalam peribahasa yang bersifat selapis. Ungkapan bidalan mengandung unsur nasihat yang biasanya ditandai oleh penggunaan kata-kata biar, ingat, dan jangan seperti dalam contoh yang berikut:
biar lamat asalkan selamat; tak kan lari gunung dikejar; ingat sebelum kenan, jimat sebelum habis; dan jangan membawa resmi jagung, makin berisi makin tegak.

Selain itu, bentuk bidalan biasanya terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama menyatakan maksud yang hendak disampaikan dan bahagian kedua merupakan pematah bagi maksud tersebut. Contohnya: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali; dan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Bidalan juga mengandung penyataan pada bahagian awalnya dan diikuti oleh pelengkapnya pada bahagian yang menyusulinya. Contohnya: biar mati anak, jangan mati adat; dan kerbau dipegang pada telinganya, manusia dipegang pada janjinya Contoh bidalan yang lain termasuklah: ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras; cakap siang pandang-pandang, cakap makam dengar-dengar; kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga; dan untung sabut timbul, untuk batu tenggelam.

Kiasan. Bahasa Kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya
kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan. Bahasa kiasan yang menyebut bandingan seperti tingginya macam galah dan yang tidak menyebutkan bandingan seperti Mat Jenin; Puteri Lilin dan lain-lain. Ungkapan kata dalam bahasa kiasan ini menampakkan keindahan dan keberkesanan penggunaannya yang dapat membandingkan fenomena kehidupan masyarakat pada masa itu. (a) Kiasan asal: iaitu kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang. Contoh : (i) Matanya merah semerah biji saga (ii) Pahit bagai hempedu (iii) Hatinya remuk bagai kaca terhempas ke batu (b) Kiasan berpindah: iaitu kiasan yang tidak menyebut bandingan sebaliknya terus berpindah kepada benda bandingan itu sendiri. Contoh: (i) Pekak badak (ii) Tidur ayam (iii) Mandi kerbau (c) Kiasan terus: kiasan yang mempunyai makna yang lain dari makna asal. Contoh: (i) Harimau berantai (ii) Mentega laut (iii) Kutu embun

(d) Kiasan bersajak: kiasan yang menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbungabunga atau bersajak dan selalunya berisi jenaka. Contoh: (i) Sudah gaharu, cendana pula, Sudah tahu bertanya pula (ii) Dulu papan, sekarang besi, Dulu sayang, sekarang benci (e) Kiasan berbunga: kiasan yang menggunakan rangkaian kata-kata yang indah berbungabunga. Contoh: (i) Selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya (ii) Rajin dan usaha menelurkan kejayaan (iii) Adat-adat lama telah reput dimakan zaman (f) Kiasan pemanis: kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang agak kurang elok atau kurang manis kalau disebut secara terang. Contoh: (i) Pergi ke sungai besar (ii) Meninggal dunia (g) Kiasan melompat: kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara benda yang asal atau yang sebenar. Contoh: (i) Memasak nasi ( sebenarnya memasak beras) (ii) Panjat rambutan (sebenarnya memanjat pokok rambutan) (iii) Mencucuk atap (sebenarnya mencucuk daun untuk dijadikan atap) (h) Kiasan melarat: kiasan yang perkataanya melarat jauh daripada makna asalnya. Contoh: (i) Mengarang asal maknanya ialah menyusun bunga. (ii) Sudah berisi mula hamil (iii) Demamnya mula ringan - sudah beransur sembuh (i) Kiasan berkacau: kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagian dengan bahagian lain dan di dalamnya sering terkandung unsur- unsur yang tidak logik. Contoh: (i) Diam seribu bahasa (ii) Sabar menanti tanpa harapan

Anda mungkin juga menyukai