Anda di halaman 1dari 3

JENIS-JENIS PERIBAHASA

 Perumpamaan
Merupakan susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas yang
berlainan daripada perkara yang diucapkan atau ditulis dalam ayat itu atau yang
membandingkan sesuatu dengan benda lain. Perumpamaan menggunakan kata
bandingan seperti macam, umpama, bak, laksana, seperti, bagai dan ibarat.
Perumpamaan tergolong dalam peribahasa selapis iaitu mengandung makna tersurat
dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu:
i. Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
Maksud perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan
biasanya didahului oleh kata-kata perbandingan secara terang-terangan. Contohnya
seperti berikut:
- laksana layang-layang putus tali
- bagai kucing dengan anjing
- seperti telur di hujung tanduk
- ibarat retak menanti belah
- umpama galah di tengah arus
ii. Perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
Perumpamaan jenis ini biasanya tidak didahului oleh kata perbandingan tersebut.
Contohnya seperti :
- si bisu sesat di kaki, si pembohong sesat di lidahnya
- telinga terbakar muka menyala
- berdua terkunci, bertiga terbuka
- lulus jarum lulus kelindan
- kayu yang jatuh itu kura-kura pun hendak memanjatnya
- harapkan anak buta mata sebelah, harapkan teman buta mata keduanya

 Pepatah
Pepatah berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang dan peraturan
masyarakat. Pepatah bersifat ringkas, berkerat-kerat atau berpatah-patah dan
mementingkan ketepatan perkataan yang mengandungi unsur pengajaran.

Pepatah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis dan mempunyai sifat yang
bernas, iaitu memberatkan sifat ringkas dan bijak susunan katanya. Ungkapan
pepatah berasal daripada pusaka adat resam yang berfungsi sebagai pedoman hidup
anggota masyarakat. Biasanya pepatah tidak mengandungi pengajaran.
Contohnya seperti:

Air setitik dilautkan,


tanah sekepal digunungkan
- Bermaksud perkara kecil yang dibesar-besarkan.

Pengayuh sayang dibasahkan,


sampan tidak akan sampai ke seberang
- Bermaksud apabila malas, cita-cita tidak akan tercapai
Tumbuh pada alur sudah diturut,
tumbuh pada jalan sudah ditempuh
- Bermaksud semua kewajipan sudah dilaksanakan.

 Bidalan
Bidalan ialah kata-kata yang sering kali disebut dan diucapkan yang mengandungi
nasihat, peringatan, pengajaran, bimbingan, teladan dan sebagainya. Bidalan hampir
menyerupai pepatah tetapi terdapat perbezaan, iaitu bidalan kerap digunakan dalam
kehidupan seharian kerana mempunyai perbandingan dan teladan tertentu yang
dapat dijadikan sebagai pedoman hidup.

Bidalan lazimnya terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama menyatakan


maksud yang hendak disampaikan manakala bahagian kedua merupakan pematah
bagi maksud tersebut atau pelengkap pada bahagian yang menyusulinya.
Contohnya seperti:

Jangan bijak berpijak, biar bodoh bersuluh


- Bermaksud jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar tidak pandai asal
suka bertanya, pasti akan berjaya.

Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk


- Bermaksud semakin tinggi kedudukan semakin merendah diri.

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.


- Bermaksud sesuatu perkara yang terlanjur dibuat salah, hendaklah dibetulkan
dengan dibuat semula dari awal.

 Perbilangan
Perbilangan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan.
Perbezaannya ialah perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.
Setiap rangkap perbilangan terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu
persatu seolah-olah orang sedang membuat pengiraan. Oleh sebab itulah dikenali
sebagai perbilangan.
Perbilangan menumpukan isi yang memperkatakan adat istiadat, undang-undang
atau peraturan masyarakat. Contoh perbilangan adalah seperti berikut:
Pohon rendang di tengah bendang,
batangnya untuk bersandar,
dahannya untuk bergantung,
buahnya untuk dimakan,
daunnya untuk berlindung.
- Perbilangan yang ditujukan kepada pemerintah.

Alam nan beraja,


Luak yang berpenghulu,
Suku nan berlembaga,
Anak buah yang buapak.
- Perbilangan yang ditujukan kepada rakyat jelata.
 Teromba
Teromba termasuk dalam perbilangan adat adat yang popular di Negeri Sembilan.
Teromba merupakan perbilangan yang meriwayatkan sejarah sesuatu tempat atau
peristiwa pertumbuhan masyarakat Adat Perpatih sesuatu tempat. Selain itu, terdapat
juga cerita asal usul kejadian atau salasilah sesuatu keturunan yang terdapat dalam
teromba atau kisah sesuatu peristiwa.
Contohnya seperti berikut:

- Teromba salasilah sesuatu keturunan


Turun di Pagar Ruyung Raja Berdarah putih,
berdua dengan Batin Mergalang,
lalu naik Gunung Rembau,
lalu turun Seri Menanti,
kemudian duduk bersuku-suku,
suku-suku nan dua belas.

- Teromba semasa meminang


Tiap-tiap beranak itu,
lelaki ada, perempuan pun ada,
kok yang lelaki disua-suakan,
kok yang perempuan dibedak-bedakkan,
disikat-sikatkan untuk mencari jodoh pertama,
dalam pada itu,
yang berhutang mak bapalah,
tiap-tiap kita melayan anak,
berhutang atas lima syarat,
pertama kerat pusat,
kedua upah bidan,
ketiga mengaji,
keempat sunat rasul,
kelima nikah kahwin.

Anda mungkin juga menyukai