Anda di halaman 1dari 3

Maksud Pantun Rangkap 1: Bekerjasama perlu diamalkan agar pekerjaan yang susah akan menjadi senang.

Rangkap 2: Seorang gadis perlulah menjaga maruah diri supaya terselamat daripada perkara yang tidak baik. Rangkap 3: Mengikut tuntutan hawa nafsu akan merosakkan tubuh sendiri. Rangkap 4: Percakapan yang tidak dijaga akhirnya akan membawa bencana kepada diri seseorang. Rangkap 5: Seseorang murid itu hendaklah rajin berdamping dengan gurunya supaya apa-apa yang dipelajari akan lebih mudah difahami. Rangkap 6: Kita digalakkan berkenal-kenalan antara satu sama lain namun batas-batas pergaulan perlulah dijaga. Tema Tema pantun ini ialah nasihat yang dijadikan sebagai panduan untuk membina diri seseorang ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup. Persoalan (a) Pemupukan semangat bekerjasama anatara anggota mayarakat. (b) Tanggungjawab untuk menjaga tatasusila dan maruah diri. (c) Bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu. (d) Kepentingan menjaga percakapan atau tutur kata. (e) Keutamaan menuntutilmu dengan cara yang betul. (f) Adab dalam pergaulan. (g) Bentuk (a) Bentuknya terikat. (b) Terdiri daripada enam rangkap. (c) Berisi empat baris serangkap. (d) Ada pembayang dan maksudnya.

(e) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris. (f) Terdiri daripada lapan hinggga sebelas suku kata sebaris. (g) Rima akhir rangkap pertama hingga kelima: abab, rangkap keenam: aaaa. Unsur-unsur bunyi (a) Anosansi (pengulangan vokal a). Contohnya: Kerja yang payah menjadi senang, Jangan ikut hawa nafsu, Tatasusilaperlu dijaga. (pengulangan vokal i). Contohnya: Kalau gadis ingin selamat, Sambil memanggang si ikan sepat. (pengulangan vokal u). Contohnya: Jikalau semua bersatu hati. (b) Aliterasi (pengulangan konsonan k), Contohnya: Melangir keris pusaka hikmat. (pengulangan konsonan s). Contohnya: Keris sejarah sejak bahari. (pengulangan konsonan t). Contohnya: Tumbuh subur tepi telaga. Gaya Bahasa (a) Responsi (pengulangan perkataan yang sama di tengah ayat). Contohnya: Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; (b) Imej alam. Contohnya: gunung, sungai, nyiur, tanjung, pohon ara, telaga. (c) Peribahasa. Contohnya: kerana mulut badan binasa. (d) Repetisi. Contohnya: Bunga melati, bunga pandan. Nilai

(a) Rasional. Contohnya, sikap rasional perlu diamalkan dalam diri setiap orang agar tidak tersilap dalam membuats ebarang keputusan. (b) Berwaspada. Contohnya, sikap berwaspada dalam perlakuan dan pertuturan dapat menghindarkan diri daripada perkara negative. (c) Bekerjasama. Contohnya, amalan bekerjasama membolehkan pekerjaan yang susah menjadi mudah. (d) Bersopan santun. Contohnya, sikap bersopan santun perlu diamalkan terutamanya dalam pergaulan. (e) Bijak menjaga diri. Contohnya, anak gadis hendaklah pandai menjaga diri mereka agar tidak terjebak dalam perkara yang tidak baik. Pengajaran (a) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (b) Kita perlulah bijak dalam menjaga marusah diri. (c) Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu. (d) Kita perlulah berwaspada ketika berbicara. (e) Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong. (f) Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dan tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai