Anda di halaman 1dari 4

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)

A. MAKSUD

Rangkap 1
Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang menyelidik
terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.

Rangkap 2
Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang
salah faham dan sengketa sesama manusia.

Rangkap 3
Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh memudaratkan hidup
masyarakat.

Rangkap 4
Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang sopan
boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar.

Rangkap 5
Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
Rangkap 6
Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika perkara itu
berlaku perlulah diterima dengan tabah.

Rangkap 7
Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang sesuai
untuk diamalkan.

Rangkap 8
Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk menuntut ilmu.

Rangkap 9
Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya
mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.

Rangkap 10
Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang didampinginya.

Rangkap 11
Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat dan fiilnya
untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
Rangkap 12
Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan disanjung tinggi.

Rangkap 13
Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat melawan hati orang di sekelilingnya.

Rangkap 14
Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat bantuan
dan pertolongan.

Rangkap 15
Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.
Rangkap 16
Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu sebelum
menolong sesama manusia

Rangkap 17
Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan hubungan
sesama manusia tidak harmoni.

Rangkap 18
Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia kerana Tuhan
pasti akan melaknati orang yang berbiat demikian

B. TEMA
Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan
pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang positif serta
diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

C. PERSOALAN
1. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
manusia.
2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.
5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.
6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.
7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
D. BENTUK
1. Gurindam “Beberapa Petua Hidup” ialah puisi terikiat/tidak bebas.
2. Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.
Baris pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.
4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam
patah perkataan dalam sebaris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua
belas suku kata.
6. Rima akhir gurindam ialah aa.

E. GAYA BAHASA
1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam ”Beberapa Petua
Hidup” termasuklah :
a. Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas
b. Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat
c. Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,
d. Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait
e. Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
f. Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan
g. Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan termasuklah:

a) Asonansi. Contohnya:
i. Perulangan vokal a: Perkataan tajam jika dilepas
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak
tujuh kali.

ii. Perulangan vokal i: Manusia dikenal sifat budinya


Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak
empat kali.

b) Aliterasi. Contohnya:

i. Perulangan konsonan s: Supaya terelak silang sengketa]


Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s
sebanyak dua kali.
ii. Perulangan konsonan t: Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t
sebanyak dua kali.

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
F. NILAI
1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan
taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.
2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum
berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa
sesama manusia.
3. Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya
tidak menggores hati orang lain.
4. Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk
menambahkan ilmu dan kemahiran.
5. Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang
sepanjang masa.
6. Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama
insan perlu diamalkan.
7. Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama
manusia.
8. Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa
mendorong rakannya ke arah kebaikan.

G. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu
sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang
lurus dan benar.
3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk
mengelakkan sengketa.
4. Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan
pengetahuan.
5. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh
menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
6. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu
itu sendiri berada dalam kesusahan.
7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai