Anda di halaman 1dari 4

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL # Maksud.

Rangkap 1: orang yang berakal atau cerdik pandai dianggap mulia oleh masyarakat dan menyamai orang lain. Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang berakal akan dapat hidup bahagia. Rangkap 2: orang yang berakal akan membela sesiapa sahaja yang dianiayai. Si pelakunya pula akan menerima balasan yang setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukannya. Rangkap 3: orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja dan mengetepikan orang yang jahat. Rangkap 4: orang yang berakal akan mengikut hukum-hukum agama.Selain berserah kepada Allah, orang yang berakal juga tidak bersikap tamak haloba kerana dia sedar bahawa dunia ini tidak akan kekal. Rangkap 5: orang yang berakal tidak mengada-ada walaupun dikasihi oleh pihak atasan. Dia tidak sombong, sebaliknya sentiasa berbaik-baik dengan rakan-rakan. Rangkap 6: jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, orang yang berakal itu makin berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakannya, tetap bersikap rendah diri dan makin kuat bekerja. Rangkap 7: orang yang berakal tidak berasa bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan. Dia ingin memahami sesuatu bidang ilmu secara mendalam. # Tema dan Persoalan. 1. Syair ini bertemakan ciri-ciri orang yang mempunyai akal fikiran.

2. Persoalannya : a) Orang yang terbaik merupakan orang yang berakal. b) Orang yang berakal bersimpati terhadap nasib orang yang dizalimi. c) Orang yang berakal tidak memihak kepada orang yang jahat d) Orang yang berakal taat kepada agama. e) Orang yang berakal tidak bersikap sombong. # Bentuk Syair. 1. Syair Definisi Orang Berakal terdiri daripada 7 rangkap. 2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu 4 baris serangkap. 3. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara 3 hingga 5 patah kata sebaris. 4. Bilangan suku kata dalam setiap baris ialah antara 9 hingga 13 suku kata sebaris. 5. Rima akhir syair ini ialah aaaa. # Unsur Keindahan. 1. Terdapat rangkai kata atau ungkapan yang puitis. Contohnya: Kerana ia akalnya tajam. 2. Penggunaan inversi. Contohnya: Tiadalah ia melanja-lanja. 3. Unsur bunyi: a) Asonansi ( pengulangan bunyi vokal). Contohnya : Merendahkan diri serta berkhidmat. Dalam contoh ini, terdapat pengulangan vokal e sebanyak 4 kali. b) Aliterasi ( pengulangan bunyi konsonan). Contohnya :

Sangat mengasihi tuan dan sahabat. Dalam contoh ini, terdapat pengulangan konsonan n sebanyak 4 kali. # Nilai. 1. Nilai berilmu. Contohnya, kehormatan yang diperoleh orang yang berakal atau berilmu. 2. Nilai berani menegakkan keadilan. Contohnya, seorang itu tidak rela membiarkan orang lain dianiaya. 3. Nilai reda. Contohnya, sentiasa reda atas apa yang berlaku. 4. Nilai merendah diri. Contohnya, seseorang itu akan sentiasa merendah diri walaupun dipuji dan dikasihi oleh orang lain. # Pengajaran. 1. 2. 3. 4. Setiap orang hendaklah mencari ilmu agar menjadi orang berakal. Janganlah kita mendekati orang yang jahat. Kita hendaklah berbaik-baik dengan sahabat. Kita haruslah merendah diri kerana merendah diri yang kena pada tempatnya merupakan sifat yang baik.

Anda mungkin juga menyukai