Anda di halaman 1dari 9

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Norfarhana Sofea Atikah Nurfarhin Suying

Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia,

Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal,

Barang siapa mengikut dia,


Itulah tanada orang bahagia. Kerana ia akalnya tajam,

Menjauhkan tamak hendak tawakal,


Ibanya tahu dunia tak kekal. Jika ia dikasihi raja,

Menjadi kepala bela bermacam,


Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Telek pandangan dengan makrifat,


Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat.

Apabila raja kasih sangat,


Makin itu makin ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat.

MAKSUD SYAIR

Rangkap pertama: Orang yang berakal atau cerdik pandai dianggap mulia oleh masyarakat dan menyamai orang alim. Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang berakal akan dapat hidup bahagia. Rangkap kedua: Orang yang berakal akan membela sesiapa sahaja yang dianiayai. Si pelakunya pula akan menerima balasan yang setimpak dengan kekejaman yang telah dilakukannya. Rangkap ketiga: Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja dan mengetepikan orang yang jahat. Rangkap keempat: Orang yang berakal mengikut hukum-hukum agama. Selain berserah kepada Allah, orang yang berakal juga tidak bersikap tamak haloba kerana dia sedar bahawa dunia ini tidak akan kekal.

Rangkap Kelima: Orang yang berakal tidak mengada-ada walaupun dikasihi oleh pihak atasan. Dia tidak sombong, sebaliknya sentiasa berbaik-baik dengan rakan. Rangkap Keenam: Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, orang yang berakal itu makin berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakannya, tetap bersikap rendah diri, dan makin kuat kerja. Rangkap Ketujuh: Orang yang berakal tidak berasa bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan. Dia ingin memahami sesuatu bidang ilmu secara mendalam.

TEMA DAN PERSOALAN

1. 2.

Syair ini bertemakan ciri-ciri orang yang mempunyai akal fikiran. Persoalannya pula ialah: (a) orang yang terbaik merupakan orang yang berakal, (b) orang yang berakal bersimpati terhadap nasib orang yang dizalimi, (c) orang yang berakal tidak memihak kepada orang yang jahat, (d) orang yang berakal taat kepada agama, (e) orang yang berakal tidak bersikap sombong.

BENTUK SYAIR

1. 2.
3. 4. 5.

Syair Definisi Orang Berakal terdiri daripada tujuh rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata sebaris. Bilangan suku kata dalam setiap baris ialah antara sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris. Rima akhir syair ini ialah aaaa.

UNSUR BUNYI

1.

2.

Asonansi (perulangan bunyi vokal). Contohnya: Merendahkan diri serta berkhidmat Perulangan vokal e Aliterasi (perulangan bunyi konsonan). Contohnya: Sangnat mengasihi tuan dan sahabat Perulangan konsonan n

NILAI

1.
2. 3. 4.

Nilai berilmu. Contohnya, kehormatan yang diperoleh orang yang berakal atau berilmu. Nilai berani menegakkan keadilan. Contohnya, seorang itu tidak rela membiarkan orang lain dianiaya. Nilai reda. Contohnya, sentiasa reda atas apa-apa yang berlaku. Nilai merendah diri. Contohnya, seseorang itu akan sentiasa merendah diri walaupun dipuji dan dikasihi oleh orang lain.

PENGAJARAN

1. 2. 3. 4.

Setiap orang hendaklah mencari ilmu agar menjadi orang berakal. Janganlah kita mendekati orang yang jahat. Kita hendaklah sentiasa berbaik-baik dengan sahabat. Kita haruslah merendah diri kerana merendah diri yang kena pada tempatnya merupakan sifat yang baik.

Anda mungkin juga menyukai