Anda di halaman 1dari 42

NOTA PRIGEL:

Nama: Nur Eryana Shahira bt. Subori


Kelas: 5C

1
BEBERAPA PETUA HIDUP

Sajak Maksud

Fikir dan Kata


Rangkap 1 Jika kita tidak mahu berfikir dan tidak
Kurang fikir, kurang siasat, teliti, sudah tentu kita akan melakukan
Tentu dirimu kelak tersesat. kesilapan.

Sebelum mengeluarkan kata-kata,


Rangkap 2 seseorang itu hendaklah berfikir
Fikir dahulu sebelum berkata, terlebih dahulu agar tidak timbul salah
Supaya terelak silang sengketa. faham yang dapat mencetuskan
perbalahan.

Kata-kata sindiran atau kecaman jika


Rangkap 3
diucapkan mampu mengundang
Perkataan tajam jika dilepas,
bahaya yang besar.
Ibarat beringin, racun dan upas.

Rangkap 4
Seseorang yang tidak menjaga
Kalau mulut tajam dan kasar,
pertuturan akan terjebak dalam
Boleh ditimpa bahaya besar.
masalah yang besar seperti
pergaduhan.
Silang sengketa
Rangkap 5
Seseorang yang suka terlibat dalam
Siapa menggemari silang sengketa,
peraduhan sudah tentu akan berasa
Kelaknya pasti berdukacita.
kesediahan atau penyesalan selepas itu.

Rangkap 6
Pergaduhan hendaklah dielakkan,
Silang selisih jangan dicari,
tetapi ika tidak boleh dielakkan, kita
Jika tersua janganlah lari.
perlu menghadapinya.

Ilmu
Rangkap 7
JIka ilmu tidak dipelajari sepenuhnya,
JIkalau ilmu tiada sempurna,
kita tidak akan dapat manfaatnya.
Tiada berapa ia berguna.

Rangkap 8
Ilmu dan kebijaksanaan dapat dicari
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
jika ita bersungguh-sungguh
Asal mahu rajin belajar.
mempelajarinya

2
Dunia pergaulan
Rangkap 9 Dunia merupakan tempat untuk kita
Dunia ini taman pergaulan, berkawan. Namun, kita perlu
Hendaklah pilih sahabat dan taulan. berhati-hati untuk memilih seseorang
sebagai teman atau sahabat.

Rangkap 10 Kita dapat mengenal seseorang melalui


Manusia dikenal sifat budinya, budi pekertinya. Jika kita melihat
Dengan dilihat siapa kawannya. rakan-rakannya baik, maka dia juga
merupakan orang yang baik.

Rangkap 11 Lazimnya, sesorang itu akan berkawan


Burung yang sama corak dan bulu, dengan orang yang sama minat.sama
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. umur, sama tinkah laku, dan
sebagainya.

Sifat-sifat yang Baik


Rangkap 12 Jika anda seoarang yang baik, anda
Jikalau kamu bersifat budiman, akan dipandang tinggi oleh
Dipandang sebagai bunga di taman. masyarakat.

Rangkap 13
Jikalau kamu bersifat dermawan, Jika anda suka menderma, semua
Segala orang datang menyerlah. orang akan menyukai anda.

Rangkap 14
Jikalau kamu bersifat pemurah, Jika anda suka bersedekah, semua
Segala manusia datang menyerlah. orang akan bersedia untuk menolong
anda pula.

Perbuatan yang Baik


Rangkap 15
Barang siaap berbuat jasa, Orang yang suka berbuat baik akan
Mulia namanya segenap masa. sentiasa dikenang sampai bila-bila.

Rangkap 16
Menolong orang sesama wajib dan Sikap suka membantu orang lain perlu
perlu, ada pada setiap orang. Tetapi, sebelum
Tetapi tolonglah dirimu selalu. kita membantu orang lain, kita
mestilah membantu diri kita dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat Seseorang yang ingin menyalahkan


Rangkap 17 orang lain sebenarnya diri dialah yang
Telunjuk lurus kelengkeng berkait, bersalah. Hal ini menyebabkan orang di
Hati sesama menjadi pahit. sekeliling tidak menyukainya.

Rangkap 18 Seseorang yang suka berbuat jahat, dia


Barang siapa berbuat khianat, akan menerima pembalasan
Tuhan kelak memberi laknat. daripada-Nya

3
Tema Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan dan dijadikan
sebagai pegangan.

Persoalan 1. Kerajinan untuk menuntut ilmu.


2. Orang yang pemurah disukai oleh masyarakat.
3. Kepentingan memilih sahabat yang baik.
4. Sikap berhati-hati dalam percakapan.

Latar 1. Masyarakat yang rajin menuntut ilmu.


2. Masyarakat yang baik hati.
Masyarakat 3. Masyarakat yang berhemah tinggi.

Gaya 1. Asonasi
Cth: Supaya terelak silang sengketa. (pengulangan bunyi vokal a)
Bahasa 2. Aliterasi
Cth: Mulia namanya segenap masa. (pengulangan bunyi konsonan m)
3. Simile
Cth: Ibarat beringin, racun dan upas.

Bentuk 1. Rima akhir- sama iaitu a a


2. Suka kata- antara 9 hingga 12 suku kata sebaris
3. Rangkap- 18 rangkap
4. Patah kata- setiap baris antara 3 hingga 6 patah kata
5. Setiap rangkap- 2 baris

Nilai 1. Kerajinan
Cth: Kerajinan dalam menuntut ilmu.
2. Baik hati
Cth: Sentiasa baik hati agar disukai oleh orang lain.
3. Hemah tinggi
Cth: Mempunyai tingkah laku dan tutur kata yang terpuji.

Pengajaran 1. Kita haruslah rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran jika
ingin berjaya.
2. Kita haruslah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan terpuji dalam
kehidupan agar sentiasa disenangi oleh orang lain.
3. Kita haruslah sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku kita agar
disenangi dan mengelakkan perselisihan.

4
SELOKA ‘BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU’

Puisi Maksud

Rangkap 1
Baginda menitahkan orang besar empat, Raja memerintahkan orang besar berempat
Membuat istana puri berkota, untunk mendirikan sebuah istana. Baginda
Lalu dipanggil Pawang raja. memanggil Pawang Raja untuk
Pawang mengerah orang bekerja, mengerahkan empat puluh empat tukang
Empat puluh empat tukang dan utas, yang pakar bekerja siang dan malam untuk
Siang malam tidak berhenti. menyiapkan sebuah istana.

Rangkap 2
Tujuh bulan tujuh purnama, Istana yang dibina selama tujuh bulan
Istana siap dengan alatnya, tersergam indah dengan segala kemudahan.
Besar tersergam sembilan ruang, Istana dilengkapi dengan sembilan ruang
Sepuluh dengan rembat guntung, utama, sepuluh rembat guntung, sebelas
Sebelas dengan pancung serong, pancung serong, dan dua belas anjung
Dua belas dengan anjung tinggi. tinggi.

Rangkap 3
Tiga sudut menteri delapan, Istana juga mempunyai tiga sudut untuk
Tiang panjang maharaja lela, lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai
Tiang tengah syukur menanti, reka bentuk yang unik pembinaannya, iaitu
Galang-galangnya ular berang, bertiang panjang dan bertiang tengah.
Kasau kecil puteri menyembah, Seterusnya galang-galang istana bercorak
Kasau lentik helang berbega. ular berang, kasau kecil bercorak puteri
menyembah, dan helang terbang.

Rangkap 4
Berbunga sawa mengempelai,
Seni ukiran istana dihias indah dengan
Bertakuk bersedelinggam,
pelbagai corak yang amat menarik. Ada
Berjenang berbatu kawi,
yang memiliki ukiran seni bina Jawa dan
Berselimpat ukir Jawa, Cina. Selain itu motif haiwan dan
Lilit-melilit akar Cina, tumbuh-tumbuhan juga menjadi pilihan
Garam sebuku sisa jerangan, tukangnya seperti ular, layang-layang, dan
Bunga kenanga dimakan ular, sebuku garam.
Layang-layang di pintu ular.

Apabila istana siap dibina,ditakdirkan


Rangkap 5
tukangnya telah meninggal dunia
Istana siap tukang pun mati,
(dibunuh).Tiada seorang pun tukang lain
Tiada orang dapat meniru,
yang dapat menandingi kehebatannya.
Dipersembahkan kepada baginda suami
Istana pun diserahkan kepada raja dan
isteri.
permaisuri.

5
Tema Kesetiaan atau ketaatan kepada raja - rakyat yang telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mendirikan istana yang sungguh agam.

Persoalan 1. Persoalan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.


Cth: Rakyat amat taat kepada perintah raja. Mereka melakukan apa sahaja
perintah yang diarahkan oleh raja.
2. Persoalan kerajinan/kegigihan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan.
Cth: Rakyat gigih membina istana sehingga selesai.
3. Persoalan keunikan seni ukiran dan seni bina Melayu.
Cth: Binaan istana pada zaman dahulu menggunakan tenaga manusia.
Binaannya kukuh dan bermutu tinggi serta dihiasi dengan ukiran menarik.

Bentuk 1. Seloka berbentuk bebas dan tidak terikat.


2. Terdiri daripada lima rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu anatara baris 3-8 baris.
4. Bilangan perkataan bagi setiap baris tidak sama, iaitu anatara 2-6 patah kata.
5. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama, iaiatu anatara 8-17 suku kata.
6. Rima akhir tidak sama.

Gaya Bahasa 1. Asonansi


Cth: Tujuh bulan tujuh purnama (pengulangan bunyi vokal u)
2. Aliterasi
Cth: Tiang tengah syukur menanti (pengulangan bunyi konsonan t)
3. Repitisi
Cth: Empat puluh empat tukang dan utas.

Nilai 1. Ketaatan
Cth: Orang Besar Berempat telah menurut perintah raja dengan membina dan
menyiapkan sebuah istana agam yang dikelilingi parit dan tembok.
2. Kegigihan/Kerajinan
Cth: Empat puluh empat tukang dan utas yang pakar telah bekerja dengan
gigih untuk menyiapkan istana dalam tempoh tujuh bulan.
3. Kerjasama
Cth: Tukang dan utas telah bekerjasama untuk mengilhamkan seni bina dan
seni ukir pada istana dengan menggunakan unsur alam.

Pengajaran 1. Kita hendaklah memberi taat setia kepada pemerintah.


2. Kita hendaklah menghasilkan sesuatu kerja dengan penuh kesungguhan.
3. Kita mestilah menyerlahkan keunikan seni bina.

6
SAJAK SEJADAH RINDU

Sajak Maksud

Rangkap 1
Terkedu aku Penyajak terkedu di atas sejadah ketika
di sejadah rindu mengucapkan kalimah syahdu yang
mengungkapkan kalimah syahdu menyentuh hati dan mengenang dosa lalu
merekah keinsafan di hati yang beku yang telah dilakukannya.
mengenang dosaku yang terdahulu

Rangkap 2
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan Penyajak juga menggunakan seluruh
Kupohon kembali nafas kehidupan pancainderanya untunk memohon
dalam keterhadan dan keterbatasan insan keampunan sebelum dia meninggal dunia
moga terbuka ruang keampunan pada masa yang telah ditentukan oleh
sebelum saat aku dinisankan Tuhan.
di masa yang Kautetapkan.

Rangkap 3
Air mata menjadi saksi Dengan bersaksikan air mata dan
keikhlasan menjadi bukti keikhlasan diri sebangai bukti, penyajak
akhirnya akhirnya bersujud melafazkan taubat dalam
aku sujud menghadap Ilahi susasana yang sepi.
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Rangkap 4
Hati ini luluh Penyajak berasa sedih amata dan jiwanya
jiwa yang kaku tersentuh yang tersentuh sengan lafaz-lafaz cinta
ayat-ayat cinta disusun kukuh yang disusun rapi ketika dia memohon
di sejadah rindu yang lusuh keampunan daripada Pencipta dengan
kemaafan yang kupohon sungguh perasaan yang berdebar-debar.
dari Pencipta dalma gemuruh.

Rangkap 5
Ungkapan doa pada Yang Esa Penyajak juga melafazkan doa kepada Yang
izinkan aku menjadi manusia Maha Esa agar mengizinkannya menjadi
yang taat sentiasa insan yang sentiasa taat kepada
pada perintah Maha Kuasa perintah-Nya. Penyajak juga menaruh
agar aku tidak lupa harapan agar dia tidak lupa bahawa dunia
Dunia ini hanya bersifat sementara ini tidak kekal abadi selamanya.

7
Tema Ketuhanan serta ketaatan kepada agama
● Penyajak memohon keampunan daripada Tuhan terhadap dosa
silam yang dilakukannya
● Penyajak memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh
sebelum dia meninggal dunia

Persoalan 1. Keinsafan atas dosa lalu yang telah dilakukan.


Cth: Penyajak telah insaf dari kesalahan-kesalahan yang telah
dilakukannya.
2. Ketaatan terhadap perintah Tuhan
Cth: Penyajak taat pada perintah Tuhan setelah menginsafi kesalahannya.
3. Keikhlasan ketika memohon keampunan kepada Tuhan
Cth: Penyajak begitu ikhlas memohon keampunan dan mengalir air mata
sebagai tanda keinsafan apabila menghadap Tuhan.

Gaya Bahasa 1. Inversi


Cth: Terkedu aku (sepatutnya Aku terkedu)
2. Personifikasi
Cth: Air mata menjadi saksi
3. Metafora
Cth: sejadah rindu

Nilai 1. Keinsafan
Cth: Penyajak menginsafi segala dosa yang pernah dilakukan.
2. Ketaatan
Cth: Penyajak taat akan perintah Tuhan dan hanya memohon kemaafan
daripada-Nya.
3. Keikhlasan
Cth: Penyajak begitu ikhlas ketika memohon keampunan daripada Tuhan.

Pengajaran 1. Kita hendaklah insaf setelah banyak melakukan dosa lalu


Cth: Penyajak benar-benar insaf atas dosa yang telah dilakukan lalu
memohon keampunan daripada Tuhan.
2. Kita wajarlah taat akan perintah Tuhan
Cth: Sebagai manusia, penyajak taat akan perintah Tuhannya dengan
melakukan segala suruhan-Nya.
3. Kita hendaklah ikhlas apabila memohon keampunan daripada Tuhan
Cth: Penyajak begitu sebak amat ketika memohon keampunan daripada
Tuhan. Penyajak juga mengerti bahawa dunia ini hanya pinjaman
semata-mata.

8
SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS

Sajak Maksud

Rangkap 1
Kuhantar kau mengecapi angin baru Lelaki kecil (miskin) menghantar anak
udara lain dari kampung bendang perempuannya kemenara gading untuk
kuningmu menuntut ilmu dengan persekitaran yang
bumantara asing dari yang sering jauh berbeza daripada kampung
kaumerasai halamannya.
yang sama sekali berbeza
dengan susasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

Rangkap 2
Kulepaskan kau menjadi burung putih Lelaki kecil mengharapkan kebebasan yang
dengan sayap berkembang diberikan mampu menjadikan anaknya
menongkah awan perak dan kabut dingin seorang yang tabah dan kuat berbekalkan
mengenal kalimat hujan dan bilah petir akal untuk keluar / meloloskan diri dari
menyelit anatra sembilu nasib cabaran yang sukar.
dan waras akal.

Rangkap 3
Di awan kampus yang sarat ilmu Walaupaun berada di menara gading namun
hadir sihir angin bernafas api masih terdapat anasir-anasir yang jahat,
di pohon kampus yang tegas status kejam dan keji yang mampu melalaikan
berceracak selumbar noda mengabur fikir seseorang. Di menara gading, gadis kampus
di padang kampus yang hijau pertimbangan baru mengenali erti kehidupan dan mula
Tumbuh gunung ego menghalau pekerti. timbul perasaan sombong yang menebal
sehingga melenyapkan sikapnya yang baik.

Rangkap 4
Pandai-pandailah kau terbang
Lelaki kecil mengharapkan agar anaknya
menongkah awan mulus dan kabus dingin
mampu menempuh segala dugaan dan tidak
jangan kau pulang
pulang dengan kegagalan.
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.

9
Tema Nasihat orang tua kepada anak gadis yang melanjutkan pelajaran di
menara gading - Anak gadis perlu bijak menyesuaikan diri dengan
kehidupan di kampus. Anak gadis perlu menjaga maruah diri. Anak gadis
perlu belajar bersungguh-sungguh supaya tidak pulang dengan kegagalan.

Persoalan 1. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.


Cth: Ilmu yang dipelajari di menara gading menjadi azimat dan tangkal
(pendinding diri) kepada gadis kampus.
2. Persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya.
Cth: Lelaki kecil menghantar dan melepaskan anak gadisnya untuk
menuntut imu di menara gading.
3. Persoalan penjagaan maruah diri di perantauan.
Cth: Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya supaya menjaga maruah
diri semasa belajar di menara gading.

Latar 1. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.


Cth: Lelaki kecil menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara
Masyarakat gading untuk dijadikan bekalan dalam kehidupan.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anak.
Cth: Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan
kepada anak gadisnya yang belajar di menara gading.
3. Masyarakat kampung yang mengerjakan sawah padi.
Cth: Gadis kampus sudah terbiasa dengan suasana kampung yang dikelilingi
sawah padi yang sedang menguning.

Gaya Bahasa 1. Personifikasi


Cth: tumbuh gunung ego menghalau pekerti
2. Metafora
Cth: sembilu nasib, selumbar noda, gunung ego
3. Ambiguiti
Cth: burung putih, lelaki kecil

Nilai 1. Tanggungjawab
Cth: Lelaki kecil bertaggungjawab memberikan nasihat dan peringatan
kepada anak gadisnya yang belajar di menara gading.
2. Kerajinan
Cth: Penduduk di kampung gadis rajin mengusahakan sawah padi sehingga
masak menguning.
3. Berdikari
Cth: Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan
kehidupan di kampus tanpa keluarga di sisinya.

Pengajaran 1. Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.


Cth: Lelaki kecil menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di menara
gading untuk dijadikan bekalan dalam kehidupan.
2. Kita hendaklah rajin berusaha sehingga mencapai kejayaan.
Cth: Penduduk di kampung gadis kampus rajin mengusahakan sawah padi
sehingga masak menguning.
3. Kita hendaklah hidup berdikari tanpa mengharapkan orang lain.
Cth: Gadis kampus terpaksa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan
kehidupan di kampus tanpa keluarga di sisinya.

10
SAJAK ERTI HIDUP BERERTI

Sajak Maksud

Rangkap 1
Aku selalu didatangi Penyajak sering dihimbau oleh nasib
malam sepi malang yang mengongkongi hidupnya dan
bagai kalung tidak pernah berubah. Tiada siapa yang
yang melingkari leherku datang menziarahinya. Keluhan daripada
tidak berubah keesokan hari seorang insan tua yang kesunyian.
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Rangkap 2
Keheningan tasik Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh
kehijauan rumput penyajak hanya angan-angan sahaja
hanya menjadi bayangan sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak
di penjuru ruang zaman kandungnya sendiri sudah melupai dan
cinta dalam rahim dilupai tidak sanggup untuk menjaganya.
dari sulung ditendang ke bongsu Anak-anaknya juga saling menolak untuk
dari angah ditendang ke sulung balik menjaganya. Penyajak mencari
kucari erti hidup kehidupannya sendiri dan menanggung
menderita mengerang sakit penderitaan hidup tanpa ada tempat
berdiri tanpa ruang. bergantung yang kukuh.

Rangkap 3
Aku bagi mereka Penyajak menganggap dirinya tidak
tiada makna dihargai dan diperlukan lagi walaupun
anakku bakaku mereka merupakan anak kandungnya
baik setia mahupun derhaka sendiri. Penyajak berharap agar
semoga disirami benih keinsafan anak-anaknya sama ada yang sanggup
menjadi penawar dalam hati berbakti atau yang telah melupakannya
embun cinta atasi angin dingin akan diberikan keinsafan. Penyajak turut
jangan terpegun berharap agar dapat hidup dengan berkasih
ada yang mati sayang dan menggantikan hubungan yang
ada yang hidup hambar sebelum ini. Penyajak juga
tiada yang kekal kecuali Tuhan. mengingatkan supaya manusia jangan leka
kerana dalam putaran hidup ini akan ada
yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang
kekal.

11
Tema Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri - Seorang ibu yang
mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya.
Walau bagaimanapun anak-anak tidak mengendahkan dan melaksanakan
tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hati ibu tua ini nasih
mengharapkan anak-anaknya akan insaf.

Persoalan 1. Persoalan kasih sayang seorang ibu.


Cth: Seorang ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil
sehinggalah anak-anaknya dewasa.
2. Persoalan nasib warga tua yang dipinggirkan oleh anak-anak.
Cth: Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan
membesarkan mereka.
3. Persoalan kebahagiaan hidup merupakan impian setiap individu.
Cth: Seorang ibu berharap agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan
pada hari tuanya.

Gaya Bahasa 1. Personifikasi


Cth: malam sepi (rangkap 1; baris 2)
2. Simile
Cth: bagai kalung (rangkap 1; baris 3)
3. Anafora
Cth: anakku bakaku (rangkap 3; baris 3)

Nilai 1. Kasih sayang


Cth: Penyajak tetap menyayangi anak-anaknya walaupun dipinggirkan
misalnya penyajak tetap mendoakan anaknya agar Tuhan memberikan
keinsafan terhadap anak-anaknya.
2. Tanggungjawab
Cth: Anak-anak penyajak seharusnya bertanggungjawab menjaga kebajikan
ibu mereka walaupun telah berkeluarga dan tinggal berjauhan.
3. Ketabahan
Cth: Penyajak tabah menjalani kehidupan yang sunyi akibat diabaikan oleh
anak-anaknya .

Pengajaran 1. Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga.


Cth: Penyajak mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-anak pada
penghujung usianya.
2. Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan
terutamanya ketika usia tua.
Cth: Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan oleh anak-anak
dengan mencari kehidupannya sendiri serga menanggung penderitaan hidup
tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.
3. Kita haruslah bertanggung jawab menjaga kebajikan dan
menggembirakan ibu bapa walaupun tinggal berjauhan.
Cth: Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga
kebajikan ibu kandung/ibu bapa dan memberikan kebahagiaan
kepadanya/mereka.

12
KUDUP PERANG

Sajak Maksud

Rangkap 1
Sementara dia bergelar panglima Penyajak menggambarkan seorang
laskar perang; yang terus-menerus panglima perang yang zalim dan sering
membajakan kezaliman - sering berdendam. Penyajak juga berterima kasih
mengudupkan putik dendam kerana masih boleh menyelidik perkara
kita masih perlu berterima kasih lampau walaupun dalam keadaan
kepada jari-jemari takdir terkongkong sambil mempersoalkan orang
kerana membenarkan sepasang mata yang dikatakan sebagai pahlawan yang
untuk berlari dengan tangan bergari sebenar.
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?

Rangkap 2
Memang kita tidak sempat menjenguk Penyajak tidak sempat untuk mengkaji
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus sejarah tentang peristiwa pertumpahan
ringkik kuda, gemerincing darah masa lampau. Masyarakat sering
pedang pusaka tertanya-tanya tentang individu yang telah
dan darah yang tiba-tiba membuak membunuh orang yang sanggup
di daerah angkara - perciknya melakukakn pendustaan.
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang menenggal
leher sang pendusta?

Rangkap 3
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu Penyajak tidak berasakan Hang Tuah
menyanjungnya pendekar paling gagah merupakan pejuang yang paling gagah
kerana takhta setia terbina kerana kesetiaannya kepada sultan tidak
di istana wangsa menjamin kedudukan dirinya apabila
bukanlah penjamin kukuhnya difitnah oleh musuhnya.
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.

Rangkap 4
Penyajak juga tidak berasa Hang Jebat
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
seorang pengkhianat kerana Hang Jebat
menggelarnya sebagai pengkhianat
dilihat sebagai individu yang berjuang
kerana kita masih menangisi
untuk keadilan walaupun menyimpan
peta keadilan yang tersiat - nun, karam
perasaan dendam.
di lautan kesumat
Sedang warga memanggilnya keramat.

13
Rangkap 5
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu; Tipu muslihat dalam peprangan yang
bertiup dan memindahkan kebenaran pada menyebabkan kebenaran tidak dapat
tempatnya ditegakkan. Manusia pula perlu membina
mewarnakan keindahan pada hodohnya kehidupan mereka semula akibat
menjungkitkan amarah pada damainya peperangan.
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia - seperti perawan
yang dibungkam cinta pertama.

Rangkap 6
Sehingga senja tiba,
Penyajak masih berdebat tentang orang
kita masih bertengkar
yang dikatakan sebagai pahlawan yang
tentang siapa
sebenarnya.
pahlawan sebenarnya.

14
Tema Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui
sesebuah organisasi - Ketika menjadi seoarang pemim[im, ada kezaliman
dilakukan terhadap penentang dasar. Hal ini menimbulkan perasaan
dendam dan tidak berpuas hati. Akibatnya, keadaan tidak menjadi tenteram
dan sukar mengembalikan keamanan.

Persoalan 1. Pengorbanan diri untuk orang lain


Cth: kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan
2. Kesan peperangan
Cth: dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah
membangkitkan perasaan dendam anatara satu sama lain
3. Menegakkan keadilan
Cth: menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman
dan penindasan demi menegakkan keadilan

Gaya Bahasa 1. Asonansi


Cth: sesekali turut direntakkan daki pendusta. (pengulangan bunyi vokal e)
2. Aliterasi
Cth: kerana takhta setia terbina. (pengulangan bunyi konsonan t)
3. Metafora
Cth: lautan kesumat; selumbar sengsara; tiang maruah

Nilai 1. Keadilan
Cth: Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.
2. Keberanian
Cth: penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan
dengan pengkhianat.
3. Ketaatan
Cth: Pembesar taat setia akan perintah Raja/Sultan

Pengajaran 1. Kita perlu menjadi warganegara yang setia kepada negara.


2. Kita hendaklah berani untuk berjuang untuk menegakkan keadilan.
3. Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk mengelakkan kesalahan yang
sama berulang kembali.

15
BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

SINOPSIS

Cerita memaparkan percubaan raja Siam, Bubunya hendak menyerang kerajaan Melaka yang
tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang Melaka.
Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwi
begitu kuat sehingga semua kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan
Melaka. Apabila Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffir Syah enggan memberi surat
sebagai tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri membawa
hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka melalui hulu Pahang.
Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang rancangan serangan Siam itu, baginda
pun menghimpunkan rakyat Melaka dari segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telah
datang membawa bersama-sama dengan anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta
dilantik oleh sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.

Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk menyiasat tindakan Tun Perak tersebut.
Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta
Seri Amerta jangan mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang
Kelang yang datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperang
dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang diPertuan, baginda
amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan Tun Perak terus bermastautin di
Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai
bentara di Melaka. Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh Tun Perak menghadap kerana
ada seorang orang Kelang mengadu bahawa Seri Amerta tidak memahami tugas dan
tanggungjawab diamanahkan oleh Sultan. Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu
melantikknya sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri
Nara Diraja. Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak mempunyai anaka lelaki, hanya ada seorang
anak perempuan yang bernama Tun Putih hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah
isterinya itu mangkat barulah Seri Nara Diraja mengakui bahawa baginda mempunyai seorang
anak lelaki yang bernama Tun Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana.

Pada masa itu masyarakat Melayu telah berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka
Raja dan puak Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua
orang besar ini tidak dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh
Sultan Muzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika
pembesarnya saling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan penyelesaian dengan
mencari jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya telah ditolak oleh Seri Nara Diraja
sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja,
saudara kepada Paduka Raja. Hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali baik
apabila baginda bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara
Diraja menjadi penghulu bendahari.

Tidak lama kemudian orang Siam di bawah pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka.
Sultan mengetahui hal tersebut lalu menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan
segala hulubalang untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umar
yang berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu Siam
telah dikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut dan membatalkan
hasrat menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja menggunkan strategi memasangkan puntung
api pada pokok-pokok di sepanjang pantai seoalah-olah banayk perahu perang Melaka yang
dibawa untuk mempertahankan Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak
Siam berundur, Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan
yang mulia.

16
Walau bagaimanapun, berita kegagalan serangan Siam itu sampai ke pengetahun Paduka
Bubunya, raja Siam itu amat marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang
Melaka tetapi ankanya Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam
bersetuju lalu menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang
kecil di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka. Apabila
berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan Melaka, Sidi Arab
yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau Pandan yang berada di Siam.
Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang Melaka itu telah terkena panahan tersebut
di dada, telah muntah darah lalu mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi
ganjaran yang setimpalnya.

Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya
baginda mangkat dan digantikan oleh anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah.
Ketika menaiki takhta, Sultan Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri
Nara Diraja iaitu Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati
yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.

17
CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

SINOPSIS

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad ) telah menggunakan pendekatan
sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap
bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk
kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan
Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah
perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk
kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya
meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malaham Ahmad Mutawakkil membesar sebagai
pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar
maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja
membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.

Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada
penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan
dan rasa syukur mereka. Ahamd Mutawakkil kemudiannay digambarkan sebagai pemuda yang
berjiwa pemimpin apabiala dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya
yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiawa mereka. Dalam amsa yang sama
Ahamad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim
denagn Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga
dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering
menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan
kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat
kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah
memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung
membenci komunis. Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat
perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka
dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah
ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis cermah tersebut, Ahmad
Mutawakkil pergi dan tidak pualng-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di suarau
kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat
perjuangannya tersebut membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan
kata-kata semangat anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga
pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam
Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut unutk
meneruskan kehidupannya di situ.

18
Tema Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil memaparkan tema perjuangan menentang
penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah
menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang
penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan
penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat tentang penjajah kepada
masyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah
menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini
dibuktikan melalui pidato-pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung
untuk meniupkan semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad
Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan
yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah
Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang
komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu.
Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama
seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.

Persoalan 1. Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung


Cth: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat
kampung apabila beliau telah megupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk
kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah
2. Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan
Cth: ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir
dengan cara bekerja dengan orang putih
3. Persoalan kesan kedatangan penjajah
Cth: Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan
seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang

Watak dan watak utama: Ahmad Mutawakkil


1. Bijak merancang masa depan
Perwatakan Cth: belajar menulis dan membaca daripada Sandra semsa menumpang
tinggal di rumah Tuan Booth
2. Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi
Cth: menjadi sebagai seorang pejuang nasionalis semsa berumur tujuh belas
tahun
3. Seorang yang sanggup berkorban untuk tanah airnya
Cth: dibunuh oleh orang komunis kerana hendak mempertahankan tanah air

watak sampingan: Tuan Booth


1. Seorang yang baik hati
Cth: turut menyertai misi pencarian Ahmad Mutawakkil
2. Seorang yang peramah
Cth: mesra dengan penduduk kampung
3. Seorang yang bersiakp terbuka
Cth: tidak menghalang Sandra berbaik-baik dengan Ahmad Mutawakkil

watak sampingan: Imam Ngah Deraman


1. Seorang yang penyayang
Cth: sayang akan Ahmad Mutawakkil yang yatim piatu
2. Taat akan agama
Cth: menunaikan solat Jemaah dengan penduduk kampung setiap waktu solat
3. Seorang yang prihatin
Cth: sentiasa ambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil

19
Latar Latar Masa
1. Pertengahan tahun 30-an
Cth: sebuah keluarga orang putih (keluarga Tuan Booth) datang ke kampung Ahmad
Mutawakkil
2. Tahun 1941
Cth: Jepun memasuki Tanah Melayu
3. Tahun 1943
Cth: Ahmad Mutawakkil bekerja di bandar untuk membaca dan menjawab
surat-surat bahasa Inggeris

Latar Tempat
1. Estet getah Tuan Booth
Cth: Beratus-ratus orang kampung dan Ahmad Mutawakkil bekerja di ladang estet
getah Tuan Booth
2. Surau
Cth: Ahmad Mutawakkil telah sentiasa mengadakan ceramah tentang kemerdekaaan
kepada penduduk kampung
3. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput
Cth: peristiwa serangan yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang bekerja dengan bersungguh-sungguh
Cth: Ahmad Mutawakkil dan beratus-ratus orang kampung telah bekerja dengan
bersungguh-sungguh untuk mendapat rezeki
2. Masyarakat yang penyayang
Cth: Penduduk telah mengadakan doa kesyukuran kepada Ahmad Mutawakkil yang
telah berkorban untuk kemerdekaan tanah air
3. Masyarakat yang berusaha membebaskan tanah air daripada penjajahan negara
lain
Cth: Ahmad Mutawakkil telah bekerja dengan golongan anti-Jepun, iaitu membaca
dan menjawab surat-surat yang berasal daripada bahaa Inggeris.

Gaya 1. Personifikasi
Cth: Tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek oleh peluru
Bahasa 2. Simile
Cth: Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai
3. Metafora
Cth: bola matanya

Nilai 1. Patriotik
Cth: Ahmad Mutawakkil seorang remaja yang sayang akan negaranya.
2. Keberanian
Cth: Ahamd Mutawakkil berani untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk
kemerdekaan negara.
3. Tanggungjawab
Cth: Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil yang masih kecil itu
sebagai anak angkatnya.

Pengajaran 1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas kita dengan


sebaik-baiknya.
Cth: Ahmad Mutawakkil bertanggungjawab semasa melaksanakan tugasnya sebagai
seorang wartawan dalam menulis surat khabar kepada rakyat untuk kemerdekaan
tanah air.
2. Kita hendaklah bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti.
Cth: Penduduk kampung telah bekerjasama dalam membentuk tiga kumpulan
pencari untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang.
3. Kita hendaklah berkorban untuk kemerdekaan tanah air.

20
Cth: Ahmad Mutawakkil telah berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada
ancaman Parti Komunis Malaya.

Plot 1. Permulaan/Eksposisi

Pada hari Jumaat bulan Ogos tahun 1953, Ahmad Mutawakkil muncul di kampung
dengan mempunyai luka yang parah dan bajunya dipenuhi dengan darah. Oleh sebab
mempunyai luka yang besar di bahunya, Ahmad Mutawakkil telah terlukai lalu
pengsan.

2. Perkembangan

Pada pertengahan tahun 30-an, muncul satu keluarga orang putih, iaitu Tuan Booth .
Tuan Booth telah mengupah beratus-ratus orang kapaung di estet getahnya. Pada
tahun 1941, tenetra Jepun telah berjaya masuk ke Tanah Melayu. Tuan Booth telah
berpindah sebelum tentera Jepun datang. Pada tahun 1945, bandar Hiroshima dan
Nagasaki telah di bom dan Jepun telah menyerah kalah. Selepas itu, keluarga Tuan
Booth telah kembali ke kampung selepas Jepun menyerah kalah. Pada masa yang
sama, Ahmad Mutawakkil telah dilantik sebagai pejuang nasionalis Melayu yang
paling muda. Ahmad Mutawakkil telah berusaha mengadakan ceramah kepada
penduduk kampung dan menulis di surat khabar untuk menentang penjajahan
Inggeris dan Parti Komunis Malaya.

3. Klimaks

Pada malam Jumaat, seorang budak lelaki telah mendekati dan berbisik dengan
Ahmad Mutawakkil. Selepas itu, Ahmad Mutawakkil berdiri dan mengikuti budak
lelaki itu. Hari keesokannya, Ahmad Mutawakkil telah hilang dan amat
membimbangkan penduduk kampung. Oleh itu, mereka mencari Ahmad Mutawakkil.
Akhirnya, Ahmad Mutawakkil telah meninggal dunia akibat ditembak oleh Komunis.

4. Peleraian

Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan amjlis kesyukuran
untuk Ahmad Mutawakkil yang telah terkorban. Selepas merdeka, keluarga Tuan
Booth telah kembali ke England. Selepas setahun, Sandra telah kembali ke banglo
ayahnya. Sandra juga mengajar anak-anak kampung di situ supaya mereka
mengingati seorang pejuang nasionalis Melayu yang telah terkorban untuk tanah air.

21
HIPERTENSI

sinopsis

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki genius bernama Aiman Aqil.
Kepintarannya menyebabkan dia berasa bosan belajar di dalam kelas. Pada usia yang muda, dia
telah dapat menyelesaikan masalah Matematik Tingkata Lima. Aiman Aqil juga sering
mempekecil adik dan rakan-rakannya yang sukar menyelesaikan soalan Matematik. Aiman Aqil
memberikan alasan kepada bapanya bahawa dia seorang yang pintar. Akibat tindakan Aiman
Aqil itu, bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi
berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk ponteng
sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan bapanya yang sering
merotannya.

Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh


cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang
aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun namun dia mempunyai
prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai.
Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di
bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Pada suatu hari, Aiman Aqil memanjat pokok
kelapa untuk berangan-angan fantasi futuristik. Aiman Aqil telah berfantasi menjadi seorang
angkasawan yang telah ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan ke bulan.

Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif
di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak
hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman
tidak berhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan
siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di
bulan dalam halusinasinya itu.

Ketika berfantasi, Aiman Aqil terdengar suara halus yang mengajaknya supaya
mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, suara halus itu meminta Aiman Aqil
supaya tidak membinasakan alam sekitar di bumi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya
bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar berangan-angan. Jauh
di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

22
Tema Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa - Aiman Aqil sangat berminat
dengan aeroangakasa. Dia membayangkan dirinya mendapat ijazah pertama dalam
bidang aeroangkasa. Sedekad selepas itu, dia berjaya menjejakkan kaki ke bulan di
bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia.

Persoalan 1. Persoalan adab menuntut ilmu


Cth: Aiman Aqil selalu tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah menyebabkan
Cikgu Faridah hilang kesabarannya.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya


Cth: Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering merotan
Aiman kerana perilaku Aiman yang kurang berkontradiksi dan berkontras dengan
watak babahnya.

3. Persoalan amalan hormat terhadap guru


Cth: Aiman Aqil membetulkan jawapan soalan Teori Graviti dengan baiknya dan
serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.

Watak dan Aiman Aqil


1. Seorang murid genius
Perwatakan Cth: Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik pelajar Tingkatan
Lima pada usia lapan tahun.
2. Seorang yang sombong
Cth: Aiman Aqil juga sering memperlekehkan adik dan rakan-rakannya yang
sukar menyelesaikan soalan Matematik.
3. Seorang murid yang menghormati guru
Cth: Aiman Aqil cepat-cepat membetulkan jawapan kepada soalan teori
graviti dengan baiknya dan serius apabila gurunya tidak suka akan
gurauannya.

Babah
1. Seorang yang tegas
Cth: Babah sering merotan Aiman Aqil kerana Aiman selalu berkontradiksi
dengannya sehingga lebam di pinggul Aiman.
2. Seorang yang penyayang
Cth: Babah berusaha merawat masalah kegagapan anaknya, Aiman Aqil
dengan membawanya menjalani latihan intensif dan terapi,

Ibu
1. Seorang ibu yang penyayang
Cth: Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan suaminya yang sering
merotan Aiman kerana Aiman selalu ponteng sekolah dan melawan
kata-katanya.
2. Seorang ibu yang bertanggungjawab
Cth: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman
Aqil membesar dengan sihatnya.
3. Seorang yang penyabar
Cth: Ibu sabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak
terutamanya Aiman Aqil yang bersikap kontras dengan suaminya.

Latar Latar Masa


1. Waktu tengah hari
Cth: Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti
dan kaitannya dengan alam sejagat.
2. Waktu malam
Cth: Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah
dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik.

23
3. Zaman sekolah rendah
Cth: Aiman Aqil mengganggu rakan-rakan sekelasnya yang sedang membuat latihan
ketika sesi pembelajaran.

Latar Tempat
1. Kelas
Cth: Aiman Aqil sedang bersoal jawab dengan Cikgu Faridah tentang Teori Graviti
dan kaitannya dengan alam sejagat.
2. Bulan
Cth: Aiman Aqil berfantasi menjadi seorang angkasawan yang berjaya pergi ke
bulan.
3. Rumah keluarga Aiman
Cth: Aiman Aqil mengganggu adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah
dengan menyindir mereka kerana tidak dapat menjawab soalan matematik.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang menghormati guru
Cth: Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya
dan serius apabila melihat gurunya tidak suka akan gurauannya.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab
Cth: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil
membesar dengan sihatnya.
3. Masyarakat yang terlalu bijak
Cth: Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima
walaupun berusia lapan tahun.

Gaya Bahasa 1. Diksi - penggunaan istilah sains


Cth: orbit (hlm. 61); aeroangkasa (hlm. 62); planet (hlm. 64)

2. Bahasa Inggeris
Cth: IQ (hlm. 61); genius (hlm. 62)

3. Simile
Cth: Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecah angka 150 darjah
Celcius. (hlm. 65)

Nilai 1. Kebijaksanaan
Cth: Aiman Aqil mampu menyelesaikan masalah Matematik Tingkatan Lima
walaupun baru berusia lapan tahun.

2. Kasih sayang
Cth: Ibu Aiman Aqil tidak setuju dengan tindakan bapanya yang sering merotannya
tetapi terpaksa memprotes dalam hati sahaja.

3. Hormat-menghormati
Cth: Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya
dan serius apabila melihat gurunya tidak suak kan gurauannya.

Pengajaran 1. Kita haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah.


Cth: Aiman bijak menyelesaikan latihan matematik murid Tingkatan 5 walaupun
baru berusia 8 tahun, Aiman bijak semasa berdebat dengan Cikgu Faridah tentang
teori graviti.

2. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap keluarga di bawah tanggungan kita.


Cth: Ibu menyediakan makanan seimbang untuk Aiman Aqil sehingga Aiman Aqil
membesar dengan sihatnya.

3. Kita hendaklah menghormati guru yang banayk berjasa.

24
Cth: Aiman Aqil membetulkan jawapan kepada soalan teori graviti dengan baiknya
dan serius apabila melihat gurunya tidak suak kan gurauannya.

Plot 1. Permulaan/Eksposisi

Aiman yang berada di banglo keluarganya merenung lereng bukit yang terhakis dan
runtuhan tanahnya yang menimpa sebuah banglo melalui celah jari-jemari
tangannya yang kurus runcing. Tiba-tiba sebiji mempelam yang jatuh di
hadapannay telah mengingatkannya tentang Teori Graviti oleh Isaac Newton,
saintis bebangsa Inggeris serta peristiwa ketika Cikgu Faridah bersoal jawab
tentang Teori Graviti semasa di kelas.

2. Perkembangan

Aiman digambarkan sebagai seorang murid pintar yang digelar oleh Cikgu Faridah
sebagai profesor ekoran memiliki IQ yang tinggi. Dia bersikap angkuh, suka
memberontak, dan marah-marah kepada suasana persekitarannya. Di rumah, dia
suka menyakat dan mengganggu adik-adiknya ketika mereka membuat kerja
rumah. Di sekolah pula, dia selalu memandang rendah dan menyindir
rakan-rakannya yang gagal menjawab soalan Matematik. Akibatnya, dia dipanggil
oleh Guru Besar kerana menimbulkan masalah di kelas. Akibat tindakan Aiman itu,
bapanya sering merotannya. Ibunya tidak setuju dengan tindakan bapanya tetapi
berdiam diri sahaja. Situasi bertambah buruk apabila dia mengambil tindakan untuk
ponteng sekolah dan ponteng kelas sebagai tanda bantahan terhadap tindakan
bapanya yang sering merotannya. Keadaan ini menyebabkan Aiman mula
berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah
program aeroangkasa di Rusia. Dia berhalusinasi berlepas ke Stesen Antarabangsa
dan sampai ke bulan.

3. Klimaks

Sewaktu berhalusinasi ke angkasa lepas, Aiman terdengar suara halus yang


mengajaknya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.

4. Peleraian

Aiman nekad untuk berubah. Dia tidak mahu melayan halusinasi dunia
aeroangkasanya lagi. Aiman berdoa kepada Tuhan agar membantunya untuk hidup
dalam dunia realiti.

Teknik Plot/ 1. Imbas Muka


Cth: Aiman Aqil membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada
Penceritaan peringkat pengajian tinggi dengan memperoleh ijazah kelas pertama.

2. Imbas Kembali
Cth: Ketika belajar di sekolah rendah, Aiman Aqil selalu ponteng sekolah kerana
bosan dengan pembelajaran yang dianggapnya tidak sesuai dengan tahap IQ yang
dimilikinya.

25
GERHANA MANUSIA

sinopsis

Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad Unit
Rawatan Rapi di sebuah hospital. Di wad tersebut, Tuan Besar Musa sedang koma dan hanya
bergantung pada alat sokongan hidup kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru
akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Beliau memerlukan pek darah yang banyak untuk
meneruskan hidup. Walau bagaimanapun hospital tersebut mengalami masalah kekurangan
bekalan darah dan Doktor Murni mengarahkan Nusia, jururawat yang bertugas di wad tersebut
agar membuat hebahan melalui media supaya orang ramai menderma darah untuk
menyelamatkan Tuan Besar Musa. Nusia tidak bersetuju kerana tubuh pesakit tersebut sudah
tidak menerima kemasukan darah lagi dan hanya membazir kerana terdapat pesakit lain yang
memerlukannya dan berpotensi untuk hidup.

Doktor Murni menegaskan itu adalah arahan Profesor Doktor Juaidi dan mereka mesti
akur kerana mereka hanya pekerja. Beberapa orang pesakit juga sedang koma dan berada dalam
keadaan kritikal di wad yang sama sangat memerlukan bekalan darah. Antaranya, Solehah,
seorang ibu yang koma akibat janinnya pecah di ovari, al-Hafiz yang cedera parah akibat
kemalangan, seorang bayi, seorang gadis mangsa dera, dan seorang mahasiswa yang
menghidap leukemia. Nusia berasa sedih melihat keadaan mereka. Profesor Doktor Juaidi
mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah untuk menyelamatkan Tuan Besar
Musa. Profesor tersebut lebih memberikan perhatian kepada Tuan Besar Musa kerana
sumbanagan beliau yang merupakan seorang ahli korporat yang kaya dan penyumbang dana
pada kelab elit di hospital itu. Keadaan Solehah kian tenat menyebabkan Nusia
memaklumkannya kepada Profesor Juaidi namun beliau mengarahkan Nusia agar memberikan
bekalan gelafundin sebagai ganti darah kepada Solehah yang hanya boleh memperlahankan
kematiannya. Nusia tidak berpuas hati tindakan profesor tersebut yang tidak memperdulikan
pesakit lain kerana taraf sosial yang berbeza. Nusia kesal dengan tindakan profesor yang lebih
mengutamakan Tuan Besar Musa sedangkan beliau tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan profesor tersebut lalu menyuarakan ketidakpuasan
hatinya kepada Doktor Murni.

Malangnya, Doktor Murni tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Profesor Doktor
Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut. Nusia mendesak juruteknik makmal supaya memberikan
5 pek darah yang terakhir kepadanya untuk menyelamatkan pesakit lain yang kian kritikal. Dia
sanggup dimarahi oleh profesor tersebut demi menyelamatkan nyawa pesakit lain di wad
tersebut. Akhirnya, Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi mengeluh kerana
kematian Tuan Besar Musa menyebabkan kelab elit hospital mereka kehilangan penyumbang
dana yang besar. Doktor Murni menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Profesor
Doktor Juaidi kerana tidak sanggup menggadaikan nilai kemanusiannya. Doktor Murni
kemudiannya mengajak Nusia ke bank darah untuk menyelamatkan pesakit-pesakit di wad Unit
Rawatan Rapi.

26
Tema Tema Gerhana Manusia tentang etika kerja doktor yang mementingkan ganjaran
dan material ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian
dalam nilai kemanusiaan. Contoh: Doktor Juaidi cuba menguasai kakitangannya agar
memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada
Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama pada jamuan tahunan kelab
kebajikan mereka.

Persoalan 1. Persoalan tentang tanggungjawab ahli perubatan


Cth: Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit
Rawatan Rapi.

2. Persoalan tentang ajal maut seseorang adalah kuasa Tuhan


Cth: Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi untuk
menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa namun akhirnya beliau meninggal dunia
kerana ajalnya.

3. Persoalan sikap pilih kasih dan ketidakadilan dalam menjalankan tugas kerana
status sosial yang berbeza
Cth: Profesor Doktor Juaidi yang lebih mengutamakan Tuan Besar Musa yang kaya
daripada pesakit yang lain kerana kepentingan beliau pada hospital mereka.

Watak dan watak utama: Nusia


1. Seorang yang berani
Perwatakan Cth: Nusia berani bertindak mengambil bekalan darah yang dikhaskan kepada
Tuan Besar Musa oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup menghadapi risiko
dimarahi oleh beliau.
2. Seorang pekerja yang bertanggungjawab
Cth: Nusia seorang jururawat yang bertanggungjawab dalam menjalankan
tugasnya membantu Doktor Murni merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
3. Seorang yang penyayang
Cth: Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang
diabaikan oleh Profesor Doktor Juaidi dan sanggup mengambil bekalan darah
untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

watak sampingan: Profesor Doktor Juaidi


1. Seorang doktor yang mementingkan material dan ganjaran
Cth: Beliau mementingkan sumbangan dana yang diberikan oleh Tuan Besar
Musa pada kelab elit di hospital mereka menyebabkan profesor itu hanya
mementingkan pesakit itu.
2. Seorang yang tidak mematuhi etika kerja sebagai seorang doktor
Cth: Profesor Dokto Juaidi tidak menjalankan tugasnya mengikut etika
kedoktoran yang patut menyelamatkan semua pesakit tetapi beliau hanya
mahu menyelamatkan seorang pesakit iaitu Tuan Besar Musa.
3. Seorang ketua yang tidak berperikemanusiaan
Cth: Profesor Doktor Juaidi sanggup menyuruh Nusia supaya memberikan
gelafundin kepada Solehah yang memerlukan bekalan darah untuk
memperlahankan kematiannya sahaja dan bukannya menyelamatkannya.

watak sampingan: Doktor Murni


1. Seorang doktor yang patuh pada arahan ketua
Cth: Doktor Murni mengikut semua arahan Profesor Doktor Juaidi dalam
menjalankan tugasnya di wad Unit Rawatan Rapi.
2. Seorang doktor yang penyabar
Cth: Walaupun beliau diasak dan disindir oleh Nusia kerana enggan
memberikan bekalan darah kepada pesakit lain di wad Unit Rawatan Rapi

27
namun beliau tetap menjawab soalan Nusia dengan tenang.
3. Seorang doktor yang berani membuat keputusan
Cth: Doktor Murni berani meletakkan jawatannya serta merta kerana beliau
tidak mahu menggadaikan nilai kemanusiaannya.

Latar Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang berani


Cth: Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi
yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di
wad tempat mereka bertugas.
2. Masyarakat yang penyayang
Cth: Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
Cth: Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit
Rawatan Rapi dan berusaha menyelamatkan nyawa mereka.

Latar Masa

1. Zaman moden- peralatan canggih di wad Unit Rawatan Rapi menunjukkan cerita
ini berlaku pada zaman moden / kini.
2. Waktu siang- ketika Profesor Doktor Juaidi bertanya tentang lima pek darah yang
ada di bank darah pada pagi itu.

Latar Tempat

1. Wad Unit Rawatan Rapi- tempat semua pesakit kritikal dirawat


2. Bank darah- tempat Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal untuk
mendapatkan baki bekalan darah yang dikhaskan Profesor Doktor Juaidi kepada
Tuan Besar Musa.

Nilai 1. Keberanian
Cth: Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Juaidi
yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di
wad tempat mereka bertugas.

2. Kasih sayang
Cth: Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

3. Tanggungjawab
Cth: Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit
Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Pengajaran 1. Kita haruslah berani untuk mempertahankan sesuatu yang benar.


Cth: Nusia dan Doktor Murni berani menentang tindakan Profesor Doktor Junaidi
yang tidak berperikemanusiaan kerana tidak mementingkan nyawa semua pesakit di
wad tempat mereka bertugas.

2. Kita mestilah sayang akan nyawa.


Cth: Nusia sayang akan nyawa pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

3. Kita hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh


tanggungjawab.
Cth: Nusia dan Doktor Murni bertanggungjawab untuk merawat pesakit di wad Unit
Rawatan Rapi dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Plot 1. Permulaan

28
Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang sedang
koma tidak memberikan tindak balas terhadap rawatan yang diberikan walaupun
sudah banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya. Bekalan darah juga hampir
habis.

2. Perkembangan

Nusia, seorang jururawat yang bertugas di wad tersebut mempertikaikan perkara itu
kerana mengabggapnya satu pembaziran lantaran masih ramai pesakit di wad yang
sama memerlukan bekalan darah tersebut. Doktor Murni mengatakan bahawa itu
adalah arahan Profesor Doktor Juaidi. Nusia memaklumkan Profesor Doktor Juaidi
keadaan pesakit lain namun profesor itu hanya mahu mengutamakan rawatan Tuan
Besar Musa. Nusia meluahkan ketidakpuasannya pada Doktor Murni kerana
pengabaian nilai kemanusiaan sehingga sanggup menggadaikan nyawa pesakit lain
demi kepentingan pihak tertentu.

3. Klimaks

Nusia nekad mendapatkan baki pek darah daripada juruteknik makmal yang
dikhaskan untuk Tuan Besar Musa dan sanggup menghadapi risiko dimarahi oleh
profesor Doktor Juaidi demi menyelamtkan empat pesakit kritikal di wad Unit
Rwatan Rapi yang sangat memerlukan bekalan darah. Tuan Besar Muda meninggal
dunia dan Profesor Doktor Juaidi mempersoalkan kehilangan baki 5 pek darah dari
bank yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa. Doktor Murni segera
meletak jawatan kerana nilai kemanusiaan tidak ada di hospital tersebut.

4. Peleraian

Profesor Doktor Juaidi terkejut dengan tindakan Doktor Murni. Doktor Murni dan
Nusia ke bank darah untuk mendapatkan bekalan darah bagi menyelamatkan nyawa
pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.

Teknik Plot 1. Teknik Pemerian


Pengarang menggambarkan keadaan pesakit di wad Unit Rawatan Rapi yang sedang
kritikal.

2. Teknik Dialog
Perbualan antara Nusia dengan Doktor Murni tentang pesakit di wad Unit Rawatan
Rapi yang memerlukan bekalan darah dengan segera.

3. Teknik Monolog
Nusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan bekalan darah yang diperlukan
daripada hospital lain.

29
DRAMA BUKAN MANUSIA

sinopsis

ADEGAN I

Drama ini mengisahkan Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman.
Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa
dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan
perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

ADEGAN II

Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari
wad pesakit jiwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di
kawasan wad sahaja.

ADEGAN III

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang
pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia (dunia ialah
kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang peting
ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan
segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau
realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan
kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung
kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar
sakit atau hanya lakonan.

Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari tidak
pulang-pulang.

ADEGAN IV

Arif, Pelakon I, Pelakon II dan Pelakon III telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin
mendapatkan maklumat tentang latar belakang Azmir. Ibu bapa Azmir menceritakan kisah
Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berkelakuan aneh apabila berada
dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan
nama W.A. Domski dan bercakap dalam Bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai
persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir
kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya. Pelakon II pula
berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Arif pula berpendapat mereka
perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan
cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V

Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolog
tentang suka duka kehidupannya. Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa

30
pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cinta
dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan.

ADEGAN VI

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat
mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripada penyakit barah otak yang dialaminya. Ani
menyesal kerana meninggalkan Azmir.

31
Tema Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakitnya bersendirian
- Azmir tabah dalam melawan penyakit barah yang dihadapinya tanpa diketahui
oleh sesiapa sehinggalah dia meninggal dunia. Dia dianggap gila oleh ibu bapanya,
kekasih, doktor dan masyarakat di sekitarnya kerana perlakuannya yang sering
menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai atau ke dinding sehingga berdarah.

Persoalan 1. Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu


dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling.
Cth: Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup
(cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.

2. Persoalan dunia ini ibarat pentas lakonan.


Cth: Dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa
pelbagai watak.

3. Persoalan kepentingan cinta dan kasih sayang


Cth: Azmir memerlukan orang-orang yang disayanginya seperti kekasih dan ibu
bapanya untuk menempuh kesakitan yang dialaminya.

Watak dan Azmir


1. Seorang yang tabah
Perwatakan Cth: Azmir tabah menghadapi penderitaan penyakit barah otak tanpa
pengetahuan orang lain sehinggalah dia meninggal dunia.
2. Seorang yang penyayang
Cth: Azmir menghargai ibu bapanya yang telah melahirkan dan
membesarkannya.
3. Seorang yang setia
Cth: Azmir begitu setia kepada Ani yang merupakan kekasihnya.

Arif
1. Seorang yang prihatin
Cth: Arif berjumpa dengan ibu Azmir untuk menjelaskan bahawa Azmir
sebenarnya tidak gila sebaiknya menanggung penderitaan yang sangat berat.

Doktor Razi
1. Seorang doktor yang tidak memahi pesakit
Cth: Doktor Razi tidak mengetahui penyakit sebenar yang dihadapi oleh
Azmir.
2. Seorang yang baik hati
Cth: Doktor Razi telah membenarkan Azmir bersiar-siar di luar kerana Azmir
telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif.

Latar Latar Masa

1. Waktu siang
Cth: Azmir dibenarkan keluar bersiar-siar oleh doktor pada waktu siang.

Latar Tempat

1. Wad Pesakit Jiwa, Hospital Besar


Cth: Tempat Azmir dirawat kerana dikatakan menghadapi sakit jiwa sedangkan dia
menghidap barah otak.
2. Pentas
Cth: Arif dan pelakon-pelakon lain berlatih drama yang berjudul Sasau.
3. Rumah Azmir
Cth: Arif dan rakan-rakan pelakonberkunjung ke rumah Azmir.

Latar Masyarakat

32
1. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
Cth: Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang
dideritainya selama ini.
2. Masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain
Cth: Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu
Azmir.
3. Masyarakat yang kurang memberikan kasih sayang kepada anak
Cth: Ibu bapa Azmir tidak memberikan sokongan dan semangat kepada Azmir yang
menderita kesakitan malah menganggapnya sebagai gila.

Gaya 1. Peribahasa
Cth: gila-gila bahasa
Bahasa 2. Bahasa Arab
Cth: assalamualaikum
3. Simile
Cth: Bapa pun macam doktor juga macam mereka semua

Nilai 1. Kasih sayang


Cth: Azmir yang menyayangi ibu bapanya telah mengucapkan terima kasih kepada
kedua-duanya kerana telah melahir dan membesarkannya.

2. Kesetiaan
Cth: Azmir begitu setia dengan cintanya terhadap Ani.

3. Keprihatinan
Cth: Arif yang prihatin terhadap Azmir telah mengambil tindakan untuk berkunjung
ke rumah Azmir bagi mengetahui keadaan sebenar Azmir melalui ibu bapanya.

Pengajaran 1. Kita haruslah sayang akan ibu bapa/keluarga.


Cth: Azmir menyayangi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkannya
hingga sekarang.

2. Kita wajarlah tabah dalam menghadapi dugaan.


Cth: Azmir tetap tabah menempuh dugaan dalam hidupnya walaupun dia mendapat
barah otak.

3. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dialami oleh orang lain.
Cth: Arif dan rakan-rakannya telah berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir bagi
mendapatkan maklumat tentang Azmir.

Plot 1. Permulaan

Drama ini mengisahkan watak utama, iaitu Azmir berada di wad pesakit jiwa di
Hospital Besar seorang diri dan berada dalam keadaan berhalusinasi.

2. Perkembangan

Azmir yang berhalusinasi akan kehadiran kekasihnya, Ani. Ani telah meninggalkan
Azmir kerana dianggap kurang siuman. Azmir memohon Ani supaya membawanya
keluar dari wad. Selepas itu, Azmir berhalusinasi akan kehadiran bapanya pula.
Kedatangan bapanya telah menimbulkan pertelingkahan antara Azmir dengan
bapanya. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya lagi. Kemudian Azmir
menerima kedatangan Pak Haji yang telah mempertikaikan namanya. Azmir tidak
berpuas hati akan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh
mereka. Doktor telah memberikan keizinan kepada Azmir untuk bersiar-siar di luar
wad. Arif yang merupakan pengarah drama Sasau ingin memantapkan kefahaman
pelakon-pelakonnya tentang tajuk drama mereka. Ketibaan Azmir tiba-tiba di situ
telah mempertikaikan dialog dialog drama Sasau yang mengagungkan kekuasaan.

33
Pada pendapat Azmir, sistem yang terbaik ialah sistem prorakyat, iaitu sistem yang
dapat mengawal wang serta mengawal kuasa dan juga dapat mengawal manusia.

3. Klimaks

Secara tiba-tiba Azmir bertindak di luar dugaan kewarasan manusia. Dia telah
menghantuk kepalanya ke lantai sehingga kepalanya berdarah. Kemudian Azmir
berguling-guling di lantai. Arif dan pelakon lain membantu Azmir. Doktor datang
lalu membawa Azmir ke wadnya semula. Arif yang prihatin terhadap penderitaan
Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir namun doktor menyatakan
bahawa orang gila sememangnya bijak ketika menuturkan kata-kata.

4. Peleraian

Arif dan pelakon-pelakon lain telah mengunjungi rumah ibu bapa Azmir bagi tujuan
untuk menjelaskan kepada ibu bapanya bahawa Azmir bukan gila tetapi menderita.
Pelakon I memohon ibu dan bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih
sayang terhadap Azmir. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengenang kenangan lalu
antaranya dengan Ani. Akhirnya, keadaan Azmir semakin lemah dan dia jatuh ke
lantai lalu meninggal dunia. Pada suatau ketika, Ani sedang membaca berita tentang
kematian Azmir seorang diri di wad. Apabila mengetahui punca kematian Azmir
akibat barah otak yang dihadapinya, Ani berasa kesal kerana bertindak
meninggalkan Azmir bersendirian.

Teknik 1. Dialog
Dialog anatara Azmir dengan bapanya.
Plot/
Penceritaan 2. Imbas kembali
Bapa Azmir teringat waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.

3. Monolog
Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.

34
NOVEL SILIR DAKSINA

sinopsis

Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama. Alamat
pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya
berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam
manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya;
Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk
pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.
Walid tidak halang pemergia Haiqal malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanya untuk
dibelanjakan ketika di Johor.

Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik oleh penduduk-penduduk di


sana terutamanya Tauke Ong. Kemudian, Tauke Ong telah menyerahkan wang simpanan, hasil
jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal untuk diuruskan. Haiqal telah
mengenali anak Tauke Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See
Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Haiqal juga telah bersahabat baik dengan Lazim. Perkenalan
Haiqal dengan Lazim dan Ong See Hwa memudahkan Haiqal untuk menjejak warisan Abdullah
bin Kayan. Mereka telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai
raya lama. Haiqal mendapat bahawa arwah bapanya merupakan oang yang hebat dalam bidang
seni dan sastera. Haiqal juga mendapat tahu bahawa bakat arwah ayahnya diiktiraf oleh pihak
kerajaan negeri.

Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan yang
ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim
dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di
kampung mereka kerana mereka melihat semnagat kepimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya,
Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah
melayan Haiqal dengan baik. Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik Bakar dan
Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Ketika hari
persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian
zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung terharu kerana terkenangkan arwah
Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan
persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah
mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut
mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal
melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

35
Tema Novel Silir Daksina memaparkan tema kekekluargaan, iaitu konflik keluarga yang
dihadapi oleh seorang anak apabila perceraian ibu bapa berlaku. Haiqal Haqimi
yang mendukung watak utama dalam novel ini telah kehilangan kasih ayahnya
apabila perceraian antara ayah dengan ibu kandungnya. Melalui kehadiran sebuah
manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Abdullah bin Kayan telah menyemarakkan
hasrat dan keinginan Haiqal untuk menjejaki kehidupan sebenar ayahnya. Malah
melalui manuskrip tersebut, Haiqal Hakimi tahu bahawa kasih sayang dan
kerinduan ayahnya terhadap dirinya tidak pernah surut sehinggalah menjelang
kematiannya.

Persoalan 1. Persoalan kasih sayang anak terhadap bapanya.


Cth: Haiqal sanggup ke Johor seorang diri untuk menjejak peninggalan arwah
Abdullah bin Kayan walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapapun di sana.

2. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya.


Cth: Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti bapanya. Umi mahu Haiqal
mewarisi perniagaan batik mereka.

3. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan Tuhan


Cth: Cikgu Nizam tidak memberitahusesiapa pun tentang penyakitnya. Walaupun
sakit, dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di
kampungnya.

Watak dan Nama Watak Utama - Haiqal Hakimi


Perwatakan Watak
● Dia anak tunggal Abdullah bin Kayan dan Rafiqah.
● Dia berumur 19 tahun dan sedang menunggu keputusan peperiksaan STPM.
Perwatakan
● Dia berbakat dalam bidang seni satera dan budaya bangsa - Haiqal sering
memenangi pertandingan menulis dan mendeklemasi sjak. Beliau berbakat
sebagai penari zapin.
● Dia gigih menghidupkan warisan seni budaya - Haiqal telah bekerjasama
dengan penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin dengan
tujuan untuk menghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin
D’Purnama .
● Dia menghormati orang tua - walaupun Haiqal telah melukai hati uminya,
dia tetap memberitahu pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai
tanda hormat kepada ibunya.

Nama Watak Sampingan : Abdullah bin Kayan/ Cikgu Amirulnizam

Watak
● Ayah kandung Haiqal
● Meninggal dunia ketika Haiqal berumur 12 tahun
● Tinggal di kampungnya di Johor setelah bercerai dengan isterinya, Rafiqah
Perwatakan
● Beliau orang yang baik hati - Abdullah bin Kayan mengajak Seo Hwa
menumpangnya kerana mereka menuju ke sekolah yang sama.
● Beliau suka menolong orang lain - membantu Seo Hwa berlatih untuk
pertandingan deklamasi sajak peringkat sekolah.
● Beliau seorang yang penyayang - amat merindui anaknya yang berada di
Kuala Terengganu bersama-sama dengan bekas isterinya. Beliau mempunyai
bakat dalam bidang penulisan kreatif malah telah mendapat pengiktirifan
oleh kerajaan negeri.

Nama Watak Sampingan : Umi (Rafiqah)

36
Watak
● Ibu Haiqal
● Berkahwin dengan Abdullah Fatah setelah bercerai dengan Abdullah Kayan
● Pengusaha batik dan mmpunyai kedai batik di Pasar Payang
Perwatakan
● Seorang ibu yang penyayang - Dia tidak mahu Haiqal menjadi penulis
seperti arwah ayahnya kerana hidup penulis seperti hidup dengan
bayang-bayang.
● Seorang ibu yang prihatin - Umi menasihati Haiqal supaya berhati-hati
ketika menunggang motosikal pada waktu malam dan pulang dengan
segera.
● Seorang ibu yang berwawasan - Umi tidak mahu Haiqal meneruskan
pelajaran dalam bidang sastera tetapi umi mahu Haiqal manyambung
pelajaran dalam bidang perniagaan suoaya Haiqal dapat meneruskan
perniagaan batik di Pasar Payang.

Latar Latar Masa

1. Malam
Cth: Persembahan kumpulan zapin D’Purnama berlangsung pada waktu malam dan
mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung.
2. Pagi
Cth: Haiqal sampai di Kampung Seri Purnama pada awal pagi dan dia telah berhenti
di warung Wak Min untuk bertanyakan arah rumah Abdullah bin Kayan.
3. Petang
Cth: Haiqal melihat Lazim memancing ikan di sungai pada waktu petang.

Latar Tempat

1. Bilik Haiqal di Kuala Terengganu


Cth: Haiqal menghabiskan masa membaca manuskrip berkulit biru muda
2. Pantai Batu Buruk
Cth: Haiqal sering berjalan-jalan di persisiran pantai tersebut
3. Kampung Seri Purnama
Cth: Kampung Seri Purnama terkenal oleh kehebatan kumpulan zapin D’Purnama
yang dipimpin oleh arwah Abdullah bin Kayan

Latar Masyarakat

1. Masyarakat pendidik.
Cth: Cikgu Abdullah bin Kayan (Cikgu Amirulnizam), Cikgu Latifah dan Cikgu
Zanariah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.
2. Masyarakat remaja yang berakhlak mulia
Cth: Haiqal mempunyai akhlak dan jati diri yang teguh.
3. Masyarakat yang saling membantu
Cth: Keluarga Abdullah bin Kayan sering membantu Tauke Ong ketika kali pertama
Tauke Ong berhijrah ke Kampung Seri Purnama seperti menyewakan kebun getah
kepada Tauke Ong.

Nilai 1. Hormat-menghormati
Cth: Abdul Fatah, ayah tiri Haiqal sangat menghormati hasrat Haiqal balik ke
kampung ayang kandungnya di Kampun Seri Purnama, Batu Pahat.

2. Ketabahan
Cth: Abdullah bin Kayan tabah menanggung penderitaan akibat penyakit yang
dialaminya.

3. Tanggungjawab

37
Cth: Cikgu Nizam menghabiskan tugasnya dahulu seperti menanda kertas
peperiksaan murid-muridnya sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti kebudayaan di
Kampung Seri Purnama.

Pengajaran 1. Kita haruslah reda akan ketentuan Tuhan.


Cth: Haiqal reda akan ketentuan yang berlaku dalam kehidupannya setelah ibu
bapanya bercerai.

2. Kita mestilah tekun melakukan sesuatu perkara.


Cth: Haiqal tekun membaca dan memahami manuskrip ayah kandungnya dan
berusaha memahami maksud sebenar manuskrip tersebut.

3. Kita perlulah gigih memperjuangkan seni budaya.


Cth: Haiqal bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan
persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan
ayahnya, Abdullah bin Kayan.

Gaya Bahasa 1. Personifikasi


Cth: Beberapa ketika kemudian, dunia Abdullah bin Kayan hilang daripada
ingatannya ditelah kedinginan yang kian menggigit. (hlm. 6)

2. Simile
Cth: Jantungnya berdegup kencang seperti injap kereta yang menderum. (hlm. 174)

3. Metafora
Cth: Ditambah pula dengan udara bersih yang terpinggir daripada ciuman
pencemaran. (hlm. 148)

Plot 1. Permulaan/Eksposisi

Watak seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama
daripada pengirim Ong See Hwa dari Johor. Haiqal mendapati bahawa kisah yang
terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan
kisah hidup arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh
watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak
warisan ayahnya walapun niat itu ditentang oleh uminya.

2. Perkembangan

Haiqal disambut oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong.
Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang
simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit. Haiqal telah mengenali
anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong
See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan
kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran balai raya lama. Haiqal mendapati
bahawa arwah bapanya merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan
sastera malah diiktiraf oleh kerajaan negeri.

3. Perumitan

Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Tauke Ong menharapkan
Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka
kerana mereka melihat semangat kepimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya,
Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan mereka kerana mereka
telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di
kampung tersebut tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan
penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk
mengadakan persembahan tarian zapin. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh

38
ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan
negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut.

4. Klimaks

Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan.
Ong See Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir. Haiqal dan Ong See Hwa telah
menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa
terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul
Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga
telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya
memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir
dalam tubuh Haiqal.

5. Peleraian

Haiqal meninggalkan Kampun Seri Purnama kerana mendapat tawaran


melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.
Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.

Teknik Plot/ 1. Pemerian


Digunakan untuk memerihalkan pelbagai peristiwa, perlakuan watak, latar dan
Penceritaan sebagainya. Contohnya, memerihalkan hati Haiqal yang bergelora kerana ingin
tahu kisah perjalanan hidup ayahnya, Abdullah bin Kayan.

2. Dialog
Digunakan untuk menggambarkan perlakuan watak, memperjelas peristiwa dan
sebagainya. Contohnya, dialog antara Haiqal dengan Ratna.

“Kau ni Haiqal. Kalau hari-hari nak makan percuma, boleh bankrupt aku!” balas
Ratna dengan nada bergurau.

3. Monolog Dalaman
Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar cerita See Hwa tentang
kepandaian ayahnya memasak ikan haruan.

39
40
41
42

Anda mungkin juga menyukai