Anda di halaman 1dari 17

POKOK BUNGA

LA L AT
DAN
UJAI DAN
1 MAWAR DAN 7 JALUR GEMILANG
POKOK BULUH

2 JASA BUAH KELAPA 8


SAM MEMBALAS
JASA PAK BELA NG
SEMUT YANG
3 9 BAIK HATI

PATUHI MAKANAN
4 NASIHAT IBU 10 BERKHASIAT
BADAN SIHAT

PETANI YANG SIAPA PALING


5 BIJAK 11 BERGUNA

SAHABAT YANG
6 SETIA
12 WAH, BERSIHNYA!
S a ya a nak Ma
laysia
Saya anak Malaysia Rukun Negara kita
Anak-anak ceria Ada lima prinsipnya
Baik budi bahasa Kepercayaan kepada Tuhan
Kepada orang tua Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Suka bantu-membantu Keluhuran Perlembagaan
Tak mengira bangsa Kedaulatan Undang-undang
Mendengar kata ayah Kesopanan dan Kesusilaan
lbu dan juga guru Asas aman sentosa
Sayang-menyayangi
Berakhlak mulia Saya anak Malaysia
Tidak suka sengketa
Saya anak Malaysia Jujur dan beramanah
Tidak suka sengketa Amalan setiap masa
Jujur dan beramanah
Amalan setiap masa Saya anak Malaysia
lntegriti di hati
Saya anak Malaysia Saya sayang Malaysia
lntegriti di hati
Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan
Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir

3
Objektif Cerita

Pada akhir cerita murid dapat:


1. Menunjukkan sikap menghormati hak orang lain.
2. Mengamalkan sikap berwaspada dalam semua
tindakan.

LALAT
D A N
PAK BELANG

4
Pak Belang, seekor harimau yang sangat garang.
Haiwan lain sangat takut dengan Pak Belang.

5
Pada suatu hari, semasa Pak Belang sedang tidur, seekor lalat
hinggap di hidungnya. Pak Belang terjaga dan berasa sangat
marah kerana tidurnya terganggu.

6
Pak Belang : Siapa yang berani mengganggu tidurku?

Lalat : Akulah.

7
Pak Belang : Siapa kau?

Lalat : Lalat... Hi! Hi! Hi! Walaupun kau raja dalam


hutan ini, aku tidak takut.

8
Pak Belang berasa sangat marah dan terus mengaum dengan kuat.
Aummm!... Aummm!... Aummm!

Pak Belang : Kau sepatutnya tidak mengganggu tidurku.


Hormatlah sikit!

9
Pak Belang : Siap kau?
Aumm!... Aumm!.. .Aumm!

Lalat : Tak takut. Kau tak dapat tangkap aku pun.

Lalat terus mengusik Pak Belang. Sambil ketawa, dia terbang dan
berlegar-legar di depan muka Pak Belang.

10
Pak Belang bertambah marah kerana gagal menangkap lalat. Lalat
sangat gembira kerana berjaya mengusik Pak Belang.

11
12
Lalat terus terbang dan berlegar-legar. Tanpa disedari, lalat
terlanggar sarang labah-labah yang berada di atas pokok. Lalat
meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Semakin kuat lalat
meronta, semakin kuat sarang labah-labah itu menjerutnya.

13
Lalat : Tolong! Tolong! Tolong saya Pak Belang.

Pak Belang : Macam mana aku nak tolong kamu...kamu


terlalu tinggi. Kasihan kamu.

Pak Belang cuba memanjat pokok untuk membantu lalat,


tetapi gagal.

14
Melihat ada mangsa melekat pada sarangnya, labah-labah terus
merangkak ke arah lalat. Memandangkan keadaan itu, Pak Belang
menjerit meminta lalat segera menyelamatkan dirinya. Namun
sudah terlambat, lalat telah ditangkap oleh labah-labah.

15
Pak Belang kesal kerana tidak dapat menyelamatkan lalat.
Pak Belang sedih dan akhirnya beredar dari situ.

16
17
Uji Minda

1. Siapakah Pak Belang dalam cerita di atas?


2. Apakah yang dibuat oleh lalat sehingga Pak Belang menjadi marah?
3. Bagaimanakah lalat boleh terperangkap pada sarang labah-labah?
4. Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita di atas?
5. Andaikan Pak Belang membantu lalat yang terperangkap pada sarang
labah-labah. Apakah yang akan berlaku?
6. Nyatakan nilai integriti yang boleh dicontohi daripada cerita di atas.

Nyanyian Nilai lntegriti

Nyanyikan lagu di bawah dengan 1. Hormat-menghormati


menggunakan melodi “Si Bongkok Tiga” 2. Membantu
sambil membuat pergerakan kreatif. 3. Belas kasihan

Pengajaran
Elak
Sengketa 1. Menghormati hak orang lain.
2. Tidak mengkhianati orang lain.
3. Sentiasa berwaspada dalam
Wahai kawan mari semua
setiap tindakan.
Dengar cerita yang penuh makna
Elak sengketa jangan menghina
Santunkan diri walau di mana Cadangan Aktiviti

Marilah kita bertoleransi 1. Lakonkan watak-watak dalam cerita.


Itu sifat sangat terpuji 2. Meniru suara haiwan dalam cerita.
Sesama kita berbaik hati 3. Membuat topeng harimau, lalat dan
Amalkan sifat berhemah tinggi labah-labah.

(Ulang semua rangkap 2x )


Kosa Kata
Melodi asal: Si Bongkok Tiga
Penulis lirik: Intan Azlina binti Abdullah 1. Garang 4. Berlegar-legar
Abdullah Bin Yusof 2. Hinggap 5. Meronta
3. Mengusik 6. Menjerut

18
18

Anda mungkin juga menyukai