Anda di halaman 1dari 6

ULANGKAJI

PERUMPAMAAN

1. Bagai bulan dipagar bintang.


Ertinya  Perempuan cantik yang duduk dengan kawan-kawannya yang cantik juga.

2. Bagai menatang minyak yang penuh.


Ertinya  Menjaga dan memelihara seseorang dengan penuh kasih saying.

3. Tanam tebu di bibir mulut.


Ertinya  Orang yang pandai memperdaya seseorang dengan kata-kata yang manis.

4. Seperti hujan jatuh ke pasir.


Ertinya  Berbuat baik tidak pada tempatnya.

5. Mendukung biawak hidup.


Ertinya  Melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri.

6. Biar berputih tulang, jangan berputih mata.


Ertinya  Biar mati dari hidup menanggung malu.

PERAMBAHAN BRUNEI

Perambahan Brunei Ertinya Contoh Ayat


1. Ikat galang- Sesuatu yang belum Perjanjian antara kedua-dua pihak
galang muktamad itu masih lagi ikat galang-galang.
2. Salam salur Sering berulang-alik Sejak perniagaannya berkembang,
dia salam salur ke luar negara.
3. Anak bunga Anak sulung / anak pertama Anak bunga tubuh Dayang Melati
tubuh seorang perempuan.
4. Nasur tangan Sering merosakkan harta Siti tidak pernah meminjamkan
benda tanpa disedari barang kepada kawannya yang
nasur tangan.
5. Karak wayang Sangat gemar menonton walaupun mereka sudah berkali-
wayang kali menonton filem Hindi itu,
mereka masih mahu
menontonnya sekali lagi.
Sesungguhnya mereka ini karak
wayang.
6. Capak pahang Makanan ringan harian Perbelanjaan capak pahang pada
(dimakan ala kadarnya masa ini semakin tinggi.
sahaja)
7. Pacah-pacah bigi Tidak lancar (membaca) Mak Tijah membaca suratkhabar
tetapi pacah-pacah bigi.
8. Jadi sasaban Dijadikan sebab atau alasan Guru tidak suka kalau hujan jadi
sasaban untuk murid tidak datang
ke sekolah.
9. Barang tikam- Barang yang rendah mutunya Dia kecewa kerana terbeli barang
tikaman tikam-tikaman.
10. Macam dituang Serupa benar Suaranya macam dituang disalin
disalin dengan suara abangnya.

PEPATAH

Pepatah Ertinya
1. Adat bersendikan syarak, syarak Peraturan di dalam masyarakat hendaklah
bersendikan kitabullah sesuai dengan adat dan syarak.
2. Adat juara, kalah menang Tiap-tiap usaha ada untung ruginya.
3. Adat tua menahan ragam Orang tua terpaksalah menahan perasaan
yang tidak menyenangkan hati kerana
perbuataan anak cucunya.
4. Biduk lalu, kiambang bertaut Dua pihak yang berselisih akan berbaik
semula sekiranya penghasut dapat
disingkirkan.
5. Bulat air kerana pembentung, bulat Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil
manusia kerana muafakat persefahaman dan kerjasama yang erat.
6. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi Diam orang yang berilmu, berfikir.
berkarat Sementara diam orang yang tidak berilmu
itu sia-sia sahaja.
7. Gajah mati, tulang setimbun Orang kaya apabila meninggal dunia
banyak meninggalkan harta.
8. Melentur buluh biarlah dari rebung Mengajar anak biarlah dari kecil.
9. Untung sabut timbul, untung batu Kalau nasib baik, selamat. Kalau nasib
tenggelam buruk, malang.

Peribahasa

1. Hati hendak semua jadi.


Ertinya Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

2. Rambut sama hitam, hati lain-lain.


Ertinya Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.

3. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.


Ertinya Tiap-tiap orang bergantung pada nasib.

4. Kalau bukan rezeki, di mulut pun lari ke luar.


Ertinya Rezeki yang belum dapat ditentukan.

5. Tidak dapat dibaiki, jangan dirosakkan.


Ertinya Jangan merosakkan perkara/benda yang tidak kita ketahui.

6. Biar titik, jangan tumpah.


Ertinya Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.
7. Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama.
Ertinya Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

Bidalan

1. Berjagung-jagung dahulu, sementara menunggu padi masak.


Ertinya  Melakukan perkara-perkara yang berfaedah sementara menunggu sesuatu yang
lebih baik.

2. Biar lambat asal selamat.


Ertinya Melakukan sesuatu dengan hati-hati dan mementingkan keselamatan.

3. Biar mati anak, jangan mati adat.


Ertinya Adat resam dan kebudayaannya yang tidak boleh dilanggar.

4. Daripada segenggam jadi segantang.


Ertinya Mula-mula sedikit, lama-lama banyak.

5. Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar.


Ertinya Tidak membuang masa.

6. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.


Ertinya Kalau pada akhir perundingan atau perbuatan tidak mencapai matlamat, hendaklah
kembali semula dari peringkat awalnya. Bila salah, lakukan sekali lagi.

PERAMBAHAN BRUNEI

1. Membuang ukas.
Ertinya melepaskan rasa marah/geram.
Contoh ayat: Dia terus membuang ukas dengan mencabar lelaki yang telah cuba
menganggu gerai ayahnya.

2. Berkulat tangga.
Ertinya  Jangka masa lama.
Contoh ayat: Disebabkan perselisihan faham, sudah berkulat tangga baru dia menjejakkan
kakinya ke rumah abangnya.

3. Angat-angat dingin.
Ertinya  tidak sihat.
Contoh ayat: Amin tidak datang ke sekolah hari ini kerana angat-angat dingin.

4. Kurapak inda tambus.


Ertinya  Percakapan yang menggunakan bahasa kiasan (bahasa bersimbolik).
Contoh ayat: Kami suka mendengar ucapan beliau kerana kerap terdapat kurapak inda
tambus.
5. Inda karing rambut.
Ertinya  Jangka masa pendek/singkat.
Contoh ayat: Untuk sampai ke rumahnya, inda karing rambut.

6. Dang siti.
Ertinya  tikus.
Contoh ayat: Pada waktu malam banyak Dang Siti berkeliaran di kawasan pembuangan
sampah.

7. Luruh tuturan atap.


Ertinya  Bunyi yang kuat/bising.
Contoh ayat: Walaupun dia kurus dan rendah, apabila dia berteriak suaranya luruh tuturan
atap.

8. Juling pencuri.
Ertinya  Sederhana juling.
Contoh ayat: Setelah bertentang muka dan bercakap-cakap dengannya, saya mulai sedar
bahawa dia itu juling pencuri.

9. Orang damit-damit.
Ertinya  Orang biasa/orang kebanyakan.
Contoh ayat: Walaupun dia orang damit-damit, kami menghormatinya kerana jasanya.

10. Galak rasa


Ertinya  Malu/tersentuh hati.
Contoh ayat: Kerana perangainya yang kurang sopan tempoh hari, dia galak rasa untuk
berhadapan dengan Guru Besar.

Peribahasa

1. Kemana angin deras, ke situ condongnya.


Ertinya  Tidak tetap pendirian.
Contoh ayat: Kami tidak senang dengan penyertaan Mawi dalam rancangan ini kerana
pendiriannya selalu tidak tetap. Hal ini mungkin akan menggagalkan kami. Dia itu kemana
angin deras, ke situ condongnya.

2. Sambil menyelam sambil minum air.


Ertinya  Membuat dua pekerjaan dalam satu masa.
Contoh ayat: Azhar pergi ke perpustakaan untuk memulangkan buku yang dipinjam minggu
lalu. Pada masa yang sama dia juga membaca majalah-majalah terbaharu di perpustakaan.
Ini ibarat sambil menyelam sambil minum air.

3. Hilang di mata, di hati jangan.


Ertinya  Walaupun berjauhan, tetapi tetap dalam ingatan.
Contoh ayat: Aini dan Nasrin sahabat baik. Tidak lama lagi Aini akan berpindah ke United
Kingdom. Nasrin berasa sedih kerana mereka akan berpisah, tetapi bagi dirinya, hilang di
mata di hati jangan.
4. Masuk ke telinga kanan, keluar di telinga kiri.
Ertinya  Nasihat yang tidak diterima.
Contoh ayat: Mak Munah tidak tahu apa hendak dibuatnya lagi. Anaknya itu tidak mahu
mendengar nasihatnya. Segala nasihatnya masuk ke telinga kanan, keluar di telinga kiri .

5. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.


Ertinya  Sedikit-sedikit dahulu, lama-kelamaan akan menjadi banyak.
Contoh ayat: Alandran seorang yang suka berjimat, kerana dia tahu lama-kelamaan wang
atau harta itu akan menjadi banyak. Ini samalah seperti sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

6. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.


Ertinya  Orang yang pendiam, tetapi pandai.
Contoh ayat: Yee Yeung seorang yang pendiam, tetapi sewaktu keputusan peperiksaan
diumumkan, dia mendapat markah tinggi dalam karangan. Bak kata pepatah, diam-diam ubi
berisi, diam-diam penggali berkarat.

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa Ertinya: Contoh ayat:

1. Berat mulut Pendiam atau tidak banyak Sikapnya yang berat mulut
cakap membuatkan orang takut
mendekatinya.
2. Mati katak Mati yang sia-sia / tidak Husri hampir-hampir mati katak
dipedulikan. apabila dahan pokok tempatnya
bergayut patah.
3. Telinga kuali Kurang pendengaran Nenek saya seorang yang telinga
kuali. Sebab itu saya terpaksa
membesarkan suara ketika bercakap
dengannya.
4. Jauh hati Sedih kerana tersinggung Encik Ramlan jauh hati mendengar
perasaan ucapan abangnya yang tidak
menghiraukan perasaan orang lain
itu.
5. Barang kemas barang perhiasaan kaum Kamal membelikan ibunya barang
wanita kemas sempena Hari Ibu.
6. Kera sumbang Tidak berkawan atau orang Fadli dianggap sebagai kera
yang suka mengasingkan sumbang di dalam kelasnya.
diri.
7. Titik peluh Hasil usaha Syarikat nazmi itu merupakan titik
peluh ayahnya sejak berpuluh tahun
lalu.
8. Mariam buluh Cakap sahaja besar tetapi Aman seperti meriam buluh ketika
tidak tahu melakukan berhadapan dengan ketuanya.
Padahal dia tidak tahu apa-apa.

Anda mungkin juga menyukai