Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN DAN JAWAPAN PERIBAHASA

PERIBAHASA
Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini
dinyatakan di bawah:
A. Membina ayat daripada peribahasa:
Contoh:
1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang
minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.
2. seperti katak di bawah tempurung
Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan
dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.
3. seperti paku dengan penukul
Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat
meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin
mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang
diberi:
Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberikan.
1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih
sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka
bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan
anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana
anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.
i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak emas (anak kesayangan)
iv. air muka (diri, peribadi)
2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal
melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada
perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa

sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan
kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.
i. bagai pinang dibelah dua.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.
C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:
Contoh:
1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa
pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula
ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri.
3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun
yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.
* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.
D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:
Contoh:
1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika
mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Adaada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama (i) Mereka
sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan
kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana
(ii).. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha
untuk menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat memuaskan
hati semua pihak.
i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah
Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga


2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput
Latihan 2:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.
1. seperti mendukung biawak hidup
2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak Nampak
Latihan 3:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Jawapan Latihan 1
1. bagaikan kera mendapat bunga
-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera
mendapat bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita
tercemarkerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung
terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.
4. menegakkan benang yang basah
-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah
tahu bahawa perkara itu tidak benar.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
-dalam keadaan berbahaya.
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung
tanduk.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar
tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu
dan bagaikan tikus jatuh di kepuk.
8. matinya semut kerana gula

-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.


-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat
keranamatinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik
semula.
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak
akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
-kasih-sayang yang tidak berkekalan.
-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak
berkekalan.
--------------------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 2
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat pekerjaan yang menyusahkan diri.
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya,
dia kematian isterinya pula.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak
di rumah mati kelaparan kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, diluah mati bapak
-dalam keadaan serba salah.
-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya
setelah mereka bercerai kerana ditelan mati emak, diluah mati bapa.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.
-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak beradaada, masakan tempua bersarang rendah.

6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang


-orang yang tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri
yang rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku
tahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai
menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
-membuat kerja dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak
pernah mahu mendengarnya.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang
besar kita tidak nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut
nampak, gajah di depan mata tak nampak.
---------------------------------------------------------------------------------------Jawapan Latihan 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat
mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
-usaha gigih yang berterusan.

-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan


kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
-mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia
hanyapelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
-barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar
tersebut tidak lurus seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
(Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)
8. bagai mendapat durian runtuh
-mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu
menghadiahkan beliau sebuah kereta baru.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai
impian yang berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/
ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila
mendengar berita yang belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu,
Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.

Anda mungkin juga menyukai