Anda di halaman 1dari 2

Skema Pantun Empat Kerat (Budi)

Soalan 1
Berdasarkan Pantun Budi di atas, mengapakah budi bahasa diberi
keutamaan oleh masyarakat? [3 markah]

Skema jawapan:
Budi bahasa diberi keutamaan kerana:

 Mencerminkan diri dan keperibadian seseorang-budi bahasa yang baik


menandakan seseorang itu mempunyai keperibadian yang baik.
 Orang yang berbudi bahasa akan disenangi, sentiasa dikenang dan
menjadi sebutan.
 Martabat sesuatu bangsa/masyarakat dinilai dari segi budi bahasa dan
tutur kata yang digunakan sehari-hari.

Soalan 2
Nyatakan perkara yang ingin disampaikan dalam rangkap ketiga Pantun Budi.
[3 markah]

Rujuk nota maksud setiap rangkap di sini.


Guna ayat dan perkataan kamu sendiri untuk membuat jawapan.

Soalan 3
Banyak persoalan yang terkandung dalam Pantun Budi. Nyatakan dua
persoalan yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut. [3 markah]

Lihat kupasan Pantun Budi di sini.


Pilih mana-mana dua persoalan dan huraikan guna ayat sendiri.

Soalan 4
Aspek budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita. Pada pendapat anda,
apakah kepentingan rakyat Malaysia berbudi bahasa? [4 markah]

Skema jawapan:
Kepentingan rakyat Malaysia berbudi bahasa:

 mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum -


akan saling menghormati dan dapat hidup harmoni
 membentuk masyarakat dan rakyat yang berpekerti - berhemah tinggi
 rakyat yang berbudi bahasa dapat mencerminkan nilai masyarakat
yang baik dan positif - meningkatkan imej negara di mata dunia
Soalan 5
Amalan berbudi bahasa semakin dipinggirkan oleh masyarakat di negara
kita. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk
meningkatkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat? [4
markah]

Skema jawapan:
Langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan berbudi bahasa
dalam kalangan masyarakat:

 ibu bapa semaikan nilai berbudi bahasa sejak kecil dalam jiwa anak-
anak - praktikkan nilai berbudi bahasa dalam aspek kehidupan harian
 sekolah menyambung menyuburkan nilai berbudi bahasa dalam
kalangan murid/pelajar - di dalam kelas sewaktu pembelajaran berlangsung
dan di luar kelas - adakan Bulan/Minggu Budi Bahasa
 kerajaan lancarkan pelbagai kempen budi bahasa secara berterusan
dan menyeluruh - menggalakkan setiap ahli masyarakat mengamalkan sikap
berbudi bahasa dan berhemah

Anda mungkin juga menyukai