Anda di halaman 1dari 2

Sejak akhir-akhir ini, gejala vandalisme yang melibatkan golongan remaja dan pelajar sekolah semakin

meningkat. Fenomena ini amat menggusarkan hati pelbagai pihak. Bincangkan usaha-usaha
yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menangani gejala negatif ini.
Pendahuluan:
Sejak akhir-akhir ini, gejala vandalisme semakin meningkat.
Gejala ini telah menular ke kawasan sekolah apabila gejala ini turut melibatkan pelajar sekolah.
Fenomena ini semakin menggusarkan hati pelbagai.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala negatif ini?
Isi 1:
Golongan remaja sendiri perlu diberi perhatian.
Hal ini demikian kerana, remaja sendiri dikurniakan akal fikiran untuk berfikir tentang baik buruknya
seuatu perkara.
Usaha pelbagai pihak untuk mengatasi gejala vandalisme tidak akan memberi impak seperti yang
diharap-harapkan jika golongan remaja sendiri tidak bersedia untuk membuat mengubah persepsi
mereka terhadap kepentingan menghargai kemudahan awam.
Sekiranya setiap remaja berjaya memupuk kesedaran impak gejala negatif dalam jiwa mereka, sudah
pasti mereka tidak akan melakukan gejala negatif ini.
Isi 2:
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting sebagai pihak yang paling hampir dengan remaja.
Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka sejak
kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya .
Didikan agama yang sempurna mampu menjadi tembok penghalang remaja daripada melibatkan
diri dalam gejala vandalisme.
Hal ini demikian kerana, ajaran agama mementingkan kebaikan dan melarang melakukan perkara-
perkara keburukan.
Dengan itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda yang ada di
dalam rumah dan menghargai harta benda awam.
Isi 3:
Selain itu, pihak sekolah harus mengambil tindakan tegas terhadap gejala vandalisme.
Gejala vandalisme dalam kalangan pelajar di sekolah mesti dibendung sejak awal dengan mengenal
pasti pelajar-pelajar yang terlibat.
Tindakan tegas perlu diambil selaras dengan peraturan disiplin sekolah contohnya, tindakan amaran,
sesi kaunseling, denda malah sehingga pelajar boleh digantung sekolah supaya gejala ini tidak menular
kepada pelajar-pelajar lain dan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah.
Malah program 'Polis Angkat' iaitu pihak polis menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat dan
menghantar beberapa orang pegawai polis untuk memberi ceramah tentang vandalisme atau terlibat
dalam program sekolah amat baik untuk mengelakkan pelajar dari terlibat dalam gejala ini.
Isi 4:
Selain itu, pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang penting.
Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme.
Kempen dititikberatkan demi meningkatkan kesedaran semua pihak yang terlibat terutama golongan
remaja tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme ini.
Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya kempen yang dijalankan berjaya mengatasi masalah
vandalisme ini.
Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk
menangani gejala vandalisme ini.
Kesannya, gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas
oleh pihak yang berkaitan .
Isi 5:
Tambahan pula, pihak media massa harus berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk membasmi
gejala vandalisme ini.
Media elektronik seperti televisyen, mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat terutama
remaja.
Justeru, pihak penerbit siaran televisyen harus menyiarkan lebih banyak rancangan yang memberi
maklumat dan kesedaran terhadap buruk gejala vandalisme .
Begitu juga dengan media cetak seperti surat khabar, turut berperanan untuk menyiarkan rencana
atau artikel tentang vandalisme.
Oleh itu sekiranya wujud kesedaran tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme ini dalam jiwa
segenap lapisan masyarakat , sudah pasti gejala vandalisme ini dapat dibendung.
Penutup:
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk memerangi gejala vandalisme ini.
Langkah memerangi gejala vandalisme perlu dilakukan segera demi masa depan generasi muda dan
seterusnya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Marilah kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini jangan (sudah terhantuk barulah nak
terngadah.)

Anda mungkin juga menyukai