Anda di halaman 1dari 20

Contoh Karangan SPM: Langkah-langkah mengatasi Masalah Vandalisme

dalam kalangan Pelajar


Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa
hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan
pelajar yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian
Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar
yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau
kegiatan merosakkan harta benda awam bukan sahaja merugikan pelbagai pihak,
malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk
mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan
segera.
Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan
masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya
tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan
anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan.
Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak
sejak kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini
demikian kerana ilmu keagamaan mampu menjadi benteng utama dalam
menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif
seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan
sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.
Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi
menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli
masyarakat, kita harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika
terlihat perlakuan vandalisme, kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti kegiatan
vandalisme mampu dikurangkan.
Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam
mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undangundang kini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana tidak mampu
menunjukkan impak yang signifikan dalam menangani gejala negatif dalam
kalangan pelajar. Menyedari realiti ini, pihak berkuasa perlulah menggubal undangundang supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku
vandalisme. Pada masa yang sama, pihak polis harus menjalankan pemantauan
yang lebih kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya kegiatan
vandalisme. Jika langkah-langkah ini dilaksanakan dengan segera, sudah tentu
masalah vandalisme boleh disifarkan dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih

tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan


vandalisme di dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan
vandalisme perlu dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini
dapat menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada
pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus mengenepikan sikap pilih kasih
semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme.
Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi turut
dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk


menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, semua
pihak, terutamanya ibu bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus
berganding bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan
gejala yang semakin serius ini. Jika hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak
mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negaranegara maju. Semoga dengan penyelesaian masalah ini, negara kita mampu
merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.
Langkah-Langkah mengatasi vandalisme
i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak


berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil
Vandalisme1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh
didenda membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit
kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan
menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.(kerja ini dilakukan di tempat
awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah
agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anakanak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta
sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini

maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu
mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan
dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa
remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada
anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu
peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif
terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota
masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa
buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan
kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu
diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta
benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg
sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab
Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran
tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa
juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa
memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran
memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa
bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan
kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen Harta Awam Milik
Bersama kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa
maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya

*Di ibu negara,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa sedaya upaya utnuk
meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda
awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai
oleh jabatan dan kerajaan lain.Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan
sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen tersebut.

Sejak akhir-akhir ini, gejala vandalisme atau 'laku musnah ' semakin hari semakin
meningkat. Gejala ini telah menular ke kawasan sekolah apabila gejala ini turut
melibatkan pelajar sekolah. Menurut kamus dewan, vandalisme bermaksud
kegiatan merosakkan atau memusnahkan harta benda awam dan juga
harta benda orang lain. Fenomena ini semakin menggusarkan hati pelbagai
pihak memandangkan golongan remaja boleh diibaratkan batu permata yang bakal
mencorakkan masa depan negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk memerangi gejala negatif ini?

Sebenarnya, sebelum membincangkan peranan pihak lain, diri golongan


remaja sendiri perlu diberi perhatian. Hal ini demikian kerana, remaja sendiri
dikurniakan akal fikiran untuk berfikir tentang baik buruknya seuatu perkara. Usaha
murni pelbagai pihak untuk memendung gejala vandalisme tidak akan memberi
impak seperti yang diharap-harapkan jika golongan remaja sendiri tidak bersedia
untuk membuat anjakan paradigma dan mengubah persepsi mereka terhadap
kepentingan menghargai kemudahan awam.
Sehubungan dengan itu, remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan
bersyukur terhadap kemudahan yang disediakan. Contohnya, golongan remaja
haruslah menggunakan dengan berhemah dan sentiasa menjaga kemudahan yang
disediakan oleh ibu bapa di rumah, kemudahan dan peralatan di sekolah , malahan
kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Golongan remaja wajar
mempunyai kesedaran dengan membayangkan kesulitan yang akan timbul jika
mereka tinggal si sesebuah negara yang tidak mempunyai kemudahan awam yang
sempurna seperti negara-negara miskin atau negara yang mengalami pergolakan
dan peperangan. Sekiranya setiap remaja berjaya memupuk kesedaran ini dalam
jiwa mereka, sudah pasti mereka tidak akan tergamak melakukan kegiatan
vandalisme ini.

Memang tidak dapat disangkal lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan
penting sebagai pihak yang paling hampir dengan remaja. Didikan agama dan nilai
moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil
lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama
yang sempurna mampu menjadi tembok penghalang remaja daripada melibatkan
diri dalam gejala vandalisme. Hal ini demikian kerana, ajaran agama
mementingkan kebaikan dan melarang melakukan perkara-perkara
keburukan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka
supaya menghargai harta benda yang ada di dalam rumah dan menghargai harta
benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di
tempat lain. Justeru, didikan sejak peringkat awal umpama sebutir benih yang
ditanam, dibaja, dan disiram setiap hari, bakal tumbuh menjadi pokok
yang subur dan menghijau.

Lanjutan daripada itu, ibu bapa, harus memantau aktiviti-aktiviti yang


biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan anakanak mereka. Ibu bapa yang cemerlang ialah yang sering menjalinkan hubungan
yang baik dengan pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan anak-anak
mereka terutama dari segi sahsiah. Hal ini disebabkan, tidak mustahil berlaku
apabila tingkah laku anak-anak sangat berbeza semasa di sekolah berbanding
semasa di rumah. Contohnya, terdapat remaja yang serig menimbulkan masalah di
sekolah tetapi dimaklumkan oleh ibu bapa sebagai remaja yang baik tingkah
lakunya ketika di rumah. Oleh itu, sekiranya ibu bapa mendapati anak-anak mereka
terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus diambil
sebelum nasi menjadi bubur. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas
kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang
tua, sayangkan anak, tangan-tangankan.

Selain itu, pihak sekolah harus mengambil tindakan tegas terhadap gejala
merosakkan harta benda di sekolah. Contohnya, kes pelajar memecahkan pintu
bilik darjah, pintu pagar sekolah, pintu tandas, merosakkan kerusi meja dan
kemudahan sekolah yang lain serta gejala menconteng dinding bangunan sekolah
amat mendukacitakan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana, peruntukan yang
besar terpaksa dikeluarkan untuk menggantikan peralatan sekolah yang rosak
untuk menyediakan persekitaran yang kondusif kepada guru dan pelajar sepanjang
tempoh pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Gejala vandalisme dalam
kalangan pelajar di sekolah mesti dibendung sejak awal dengan mengenal pasti
pelajar-pelajar yang terlibat. Tindakan tegas perlu diambil selaras dengan
peraturan disiplin sekolah contohnya, tindakan amaran, sesi kaunseling, denda
malah sehingga lah pelajar boleh digantung sekolah supaya gejala ini tidak menular
kepada pelajar-pelajar lain dan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah.

Malah program 'Polis Angkat' iaitu pihak polis menjadikan sekolah sebagai sekolah
angkat dan menghantar beberapa orang pegawai polis untuk memberi ceramah
tentang vandalisme atau terlibat dalam program sekolah amat baik untuk
mengelakkan pelajar dari terlibat dalam gejala ini.
Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala
vandalisme berlaku dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Sikap
mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk
masing-masing harus dikikis apatah lagi jika gejala yang berlaku tidak melibatkan
anak atau saudara mara sendiri. Setiap anggota masyarakat juga tidak harus
besikap lepas tangan dan hanya mengharapkan pihak berkuasa sahaja.
Amalan hanya menjaga tepi kain sendiri, dan tidak mahu menjaga tepi
kain orang lain mungkin tidak lagi relevan bagi permasalahan vandalisme ini.
Justeru, tindakan segera perlu diambil atas perbuatan seperti menconteng dinding
bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong
sampah awam. Sebagai contoh, masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu
mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan
tindakan seperti bayaran denda kepada ibu bapa yang anaknya terlibat dalam
salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk
anak-anak mereka. Selain itu anggota masyarakat perlu prihatin dan melaporkan
gejala vandalisme kepada pihak berkuasa jika gejala ini bertambah serius di
kawasan perumahan masing-masih. Jika masyarakat sentiasa peka dan prihatin
tentang gejala vandalisme ini, nescaya jalan keluar dapat ditemui untuk menangani
gejala yang melibatkan golongan remaja sebagai aset negara tercinta.
Selain itu, memang tidak syak lagi, pihak kerajaan perlu memainkan peranan
yang drastik. Umpamanya, pihak kerajaan perlu mengadakan kempenkempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pengisian kempen yang
relevan amat perlu dititikberatkan demi meningkatkan kesedaran semua pihak yang
terlibat terutama golongan remaja tentang kesan-kesan negatif gejala vandalisme
ini. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya kempen yang dijalankan berjaya
mengatasi masalah vandalisme ini dan bukanya sekadarmelepaskan batuk di
tangga sahaja'. Contohnya , siri ceramah, pameran, pertandingan yang berkaitan
dengan isu vandalisme perlu dilaksanakan dengan terancang dan menyeluruh.
Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan
radio tempatan untuk menangani gejala ini. Kerajaan juga perlu mengenakan
bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan
sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang
didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerjakerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah, membersihkan
tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala
vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas
oleh pihak berwajib.

Tambahan pula, pihak media massa harus berganding bahu dengan pihak
kerajaan untuk membasmi gejala vandalisme ini. Media elektronik seperti
televisyen umpamanya, mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat
terutama remaja. Justeru, pihak penerbit siaran televisyen harus menyiarkan lebih
banyak rancangan yang memberi maklumat dan kesedaran terhadap buruk dan
hinanya gejala vandalisme ini dan tidak hanya menumpukan pada rancangan yang
membawa keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial
terhadap masyarakat. Contohnya, rancangan berbentuk rencana, wawancara
dengan tokoh yang berkenaan, drama yang memaparkan pengajaran tentang
vandalisme perlu diperbanyak. Begitu juga dengan media cetak seperti surat
khabar, turut berperanan untuk menyiarkan rencana atau artikel tentang
vandalisme. Oleh itu sekiranya wujud kesedaran tentang kesan-kesan negatif
gejala vandalisme ini dalam sanubari segenap lapisan masyarakat , sudah pasti
gejala vandalisme ini dapat dibendung.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah


keringat serta bersama-sama melangkah sederap untuk memerangi gejala
vandalisme ini. Gejala ini jika dibiarkan mampu menjadi virus yang akan mencipta
jenayah yang lebih besar. Kerajaan bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian
malah imej negara di mata para pelancong asing turut tercalar. Justeru, langkah
memerangi gejala vandalisme perlu dilakukan segera demi masa depan generasi
muda dan seterusnya demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Marilah
kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini jangan sudah terhantuk
barulah nak terngadah.

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya


Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya.
Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan
ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan.
Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual
tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa
lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya

untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta
Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang
tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka
berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan
mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam
aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula
berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan
pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu
jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali
memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu
van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan
mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh
Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan
Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah
hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh
ke dalam gaung.
Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak
Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah
Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu
Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia
bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung
diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk
mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh
pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay
melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat
akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali
dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh
beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk
menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang.
Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk
mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka
menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian
tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya
mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk
meneruskan usaha menyelamat.
Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada
Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang
sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah
yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu
ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun
Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya

Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital


Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa
Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu
Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring
di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu.
Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray
dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan
menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar
ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser.
Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu.
Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu
Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada
Rahayu.
Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran
Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul
tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius.
Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia
menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila
yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila
memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak
dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu
jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan
Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr.
susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada
itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.
Bab 5 : Bukit Kutu
Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang
asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak
eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang
lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah
mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di
tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya
bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama
Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka
berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta
Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital
Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan
kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga
diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada
hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan


Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia
melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian.
Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka
perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia
memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan
seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar
diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha
mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk
meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan
operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk
mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat
untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan
rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.
Bab 7 : Kabus di Perbukitan
Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh
Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa
masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu.
Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung.
Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering
meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit.
Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di
Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa
bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah
lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat
indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan
malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya
pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk
halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan
keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat
Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka
cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan
oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.
Bab 8 : Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang.


Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak.
Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan
tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita
Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah
Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih
dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di
Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan
dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok
Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan
pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan
helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.
Bab 9 : Pekan Sungai Kubu
Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan
Sungai Kubu secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut
dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli
barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu.
Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual
pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerjapekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit.
Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut
dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang.
Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang duludulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai
Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan
mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti
mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil,
Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan
Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan
Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk
menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang.
Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu
Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.
Bab 10 : Kau hadir dalam Igauan
Faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh
dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang
terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya
duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu
dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia
bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah
kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada

Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu,
kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba
suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu
juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.
Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan
Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya,
Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu
pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di
gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah
mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu
dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah
berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan
akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia
bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju
untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira
dengan persetujuan Faridah.
Bab 12 : Tekad
Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat
untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran
kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai
spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan
bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah
Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya.
Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di
hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana
masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya.
Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk
bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk
menghadapi masa hadapan yang mencabar.
Bab 13 : Rindu
Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali
dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya.
Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam
jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu
setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah
semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat
saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama
dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua
tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan
keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul

terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan
tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi
Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud.
Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh
beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa
hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia
sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya
dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan
orang tua itu.
Bab 15 : 25 Tahun Kemudian Cintaku Abadi
Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun
yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar
Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang
anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air
sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat
kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan
orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM
untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balikbalik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons.
Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan
Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan
kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih
kambing sebagai kerja sambilan.
Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi
Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina
berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika
dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan
permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi
Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran
Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya
memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny
meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan
berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia
kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal
ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka
di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina.
Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian
walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk

mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di


Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk
mendapat persetujuan Soleh Johnsons.
Bab 17 : Penyembelihan Kambing
Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia
bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang
dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal
dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh
johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat
meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln,
hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan
pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya
merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya
melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan
pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora.
Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka
menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne
yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh
hati pada Anne.
Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata
Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di
Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik
oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan
memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah
lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat
yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di
Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang
ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak
sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahliahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia
akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan
berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli
peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran
ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu
Melayu ketika dia masih kecil.
Bab 19 : Hati dan Warna Kanvas
Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit
termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut
kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan
kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang

lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari
beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan
Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang
dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa
orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari
Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat
untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang
soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke
jalan Allah.
Bab 20 : Pendatang
Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila
beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media
memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan
akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan
diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori,
rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia
juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara
anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah
mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun
bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka
akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput
rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut,
Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama
ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.
Bab 21 : Tak Ingin Tahu
Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain
mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh
ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran Datuk kerana berjasa kepada rakyat
melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para
petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha
menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buahbuahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk
mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing.
Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan.
Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi
dan tidak sesuai bekerja di ladang.
Bab 22 : Mengukur Usia
Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai
jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk
kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout.

Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebunkebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka
pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah
semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat
berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam
masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya
bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat.
Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang
memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau
berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan
masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain
memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu
seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan
pilihan anaknya.
Bab 23:Melihat Dalam Diri
Perubahan Benny semakin dirasai isterinya, Melina. Bennya sering pergi ke luar
daerah tetapi tidak pernah membawa bersama. Kali terakhir dia dibawa bersama ke
Kuala Lumpur ialah pada tiga bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah
pakaian baharu. Seperti biasa, Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang
menemaninya. Melina berasa serba salah apabila dia kerap menemaninya namun
Khadijah menerangkannya dengan memberitahu bahawa Haji Awang sering
meminta dia menemani Melina. jauh di sudut hatinya, Melina sangat berterima
kasih kerapa Haji Awang yang tulus membantunya. Melina dan Khadijah duduk di
beranda sambil bercerita tentang pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhirakhir ini. Tiba-tiba Melina teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya
dengan sempurna. Ibunya juga pernah menceritakan pengalaman hidupnya
sewaktu kecil mengutip telur itik untuk digoreng sebagai makanan tengah hari.
Tidak semena-menan Melina berhasrat melihat kampung halaman ibunya di Sungai
Besar.
Bab 24: Lambaian Hati

Ketika Zain ke rumah Anne, dia berbual-bual tentang pelbagai perihal dengan
Faridah. Faridah sangat gembira apabila mengetahui Zain berasal daripada Sungai
Besar. Dia sangat merindu kampong halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi
yang selalu menjadi sarapan mereka. Setelah berbual panjang, Anne
mencadangkan agar mereka ke Malaysia cuti semester dan menumpang rumah
Zain. Selain pulang ke kampong Faridah, mereka juga boleh pergi melawat Melina
yang telah menerap di sana. Faridah sangat menyenangi persahabatan Zain dan
Anne. Dia berharap agar persahabatan mereka berakhir dengan perkahwinan dam
Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di tanah ibunda.

Bab 25: Menghapus Dosa


Mehmood, Benny dan Mohamed Attar mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri
untuk bertukar pendapat. Ustaz Hassan Syukri yang sudah berumahtangga sudah
tidak segan mengajak orang bertandang ke rumahnya. Sambil menjami hidangan,
mereka mula berbincang mengenai pengamalan agama Islam di Negara kita ini.
Ustaz Hassan Syukri berpendapat bahawa agama Islam boleh diamalkan mengikut
budaya dan amalan masing-masing selagi tidak melanggar Syariat, sebagaimana
yang berlaku di Negara ini. Beliau mengumpamakan agama Islam seperti sekeping
roti. Mereka juga berbincang tentang budaya orang Melayu yang berbeza-beza.
Beberapa tahun kemudian, mereka beransur pulang. Dalam perjalanan, mereka
berbual tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai pandangan yang agak
berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena berjuang dan
berpolitik. Mereka percaya bahawa tiada Negara Islam yang berkekalan tanpa
peperangan dan politik. Mereka bertekad untuk menegakkan perjuangan bersamasama agar musuh Islam merasakan keperitannya.
Bab 26: Hati Wanita
Soleh Johnsons dan Faridah sudah berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti,
melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan
Zain dan Anne. Soleh dan Faridah menginap di bunglo percutian di Cameron
Highlands. Soleh telah berkenalan dengan ramai jemaah dalam seminggu ke masjid
dan kebanyakan mereka sudah lama menetap di Cameron Highlands, antaranya
Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson bekas askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal
Australian Force yang mengusahakan kebun Strawberry manakala isterinya, Zaidah
Hashim memasarkan hasil kebun di kedai kecil mereka. Musa Surray yang
berbangsa Scot pernah menjadi penyiasat persendirian dan bekas anggota Sepcial
Branch yang memerangi komunis dan seorang lagi kenalan Soleh, Yusuf Jensen
berbangsa Belanda tetapi fasih berbahasa Indonesia kerana dia dilahirkan di Bogor.
Soleh dibawa minum teh bersama Yusof Jensen dan menjemput dia untuk bersamasama menerima kunjungan daripada keluarga Datul Azrul. Zain bersama ayah dan
ibunya, Datuk Azrul dan Datin Aishah bertemu dengan keluarga Anne. Datin Aishah
khuatir Zain akan menetap di luar Negara selepas berkahwin. Datuk Azrul dan
sekeluarga bertemu dengan keluarga Anne di banglo yang digelar The Golf View
Cottage yang dahulunya dinamakan oleh pemilik asal The Fog Cottage. Majlis yang
asalnya dirancang untuk membincangkan perkahwinan Zain dan Anne bertukar
menjadi pertemuan bersejarah apabila Datuk Azrul bertemu dengan Faridah yang
juga kakak kepada buah hantinya, Rahayu yang telah meninggal dunia kerana
menghidap barah paru-paru.
Bab 27:Kembali Ke Alam Nyata
Benny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah mendapat e-mel
berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah awal pagi dengan hati libang-libu. Dia

meninggalkan rumah sehelai sepinggang dengan hanya sebuah ciuman di dahi


isterinya, Melina. Ketika Benny tiba di kawasan perbukitan di Awana berhampiran
Genting, telefon bimbitnya menyampaikan pesanan supaya terus ke Pulau Pinang
dan bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas itu, Mehmood yang
menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya menyerah diri kepada
International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood seorang anggota
polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny tidak mengendahkan
pujukan Mehmood kerana dia tidak mahu ditangkap dan kemudian dihantar ke
pusat tahanan. Dia memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon bimbit itu
keluar tingkat. Hanya tiga minit yang diperlukan untuk mengesannya. Bennya
memandu terus. Suara Melina kembali dalam ingatannya. Betapa isterinya tidak
menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny selalu bertentangan dengan Ustaz
Hassan Syukri mahupun Haji Awang, jirannya. Haji Awang menjelaskan tentang
Islam kepada Benny tetatpi Bennu tetap tidak sependapat dengannya. Sebuah
kereta memotong laju memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk sampai ke
destinasi. Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny kecewa
kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik tiva di Pantai Miami dia
berttemu dua orang lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka. Kemudian, dia
menaiki bot menuju perairan antarabangsa.
Bab 28: Cerita Penghujung Usia
Faridah dan Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu.
Faridah bercerita tentang kisah hidupnya dan Ayu, iaitu adik kembarnya yang penuh
dengan cerita duka. Mereka terpisah kerana perceraian ibu bapa. Selepas itu,
Faridah tertanya-tanya tentang kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul
berkata bahawa dia telah jumpa banyak orang dan mendapat pelbagai sumber.
Antaranya, ada cerita tentang orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah lama
dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu akal. Dia
percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang dan sempadan masa.
Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas
itu, mereka berbual tentang rumah bangle yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan
kedua-dua anaknya akan menetap di Malaysia. Faridah juga berkata bahawa dia
sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika koma. Selain itu, dia juga ingin
pulang untuk menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan ibunya.
Bab 29: Pasrah
Melina termenung memikirkan Benny yang sudah empat hari menghilangkan diri
tanpa pesanan. Melina tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pasti
ada sebab mengapa Benny pergi tanpa satu pesanan. Melina teringat akan
peristiwa pertama kali dia melihat Benny begitu bersungguh-sungguh untuk
berubah semasa mereka dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Azamnya itulah
yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz Hassan Syukri, Mohamed Attar,
Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina pergi ke balai polis untuk membuat

laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar juga kisteri kehilangan Benny apabila


Melina memberikan beberapa kad kepada Inspektor Radzi tetapi Benny tidak
terlibatd alam senarai tangkapan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi dan panggilan
daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik.
Bab 30: Pangkuan
Sudah dua minggu Benny menghilangkan diri. Akaunnya sudah dipenuhi wang yang
cukup untuk menyara hidupnya selama setahun. Rumah yang didiami Melina
sekarang sudah ditukar ke atas namanya. Setelah menerima kereta daripada wakil
Jaafar Al-Anbla, Khalid, Melina mengemaskan barang-barangnya dan bertolak ke
Cameron Highlands setelah menolak permintaan Khalid untuk mengikutnya ke
Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan bergenti di sebuah kedai menjual cekera
padat di Bandar Kuantan. Dia membeli sekeping CD Koleksi terbaikLOBG. Dalam
perjalanan ke Cameron Highlands dia teringat kembali perbualannya dengan
Inspektor Radzi tentang penglibatan Benny dengan pengganas. Dia juga terkenang
bagaimana Benny secara tiba-tiba membrek bagi mengelak agar tidak terlanggar
seekor kucing hutan. Melina tidak percaya Benny terlibat dengan keganasan. Melina
berhenti di sebuah masjid di Pekan Batang Kali untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga
jam perjalanan Melina tiba di Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya,
Faridah. Faridah sangat terharu, Faridah dan Soleh menjemput Melina di Maybank
Tanah Rata.
Bab 31: Atas Nama Cinta
Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan
Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan
tersebut begitu bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari
dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke
kampong halamannya. Ramai orang lama kampong halamannya telah meninggal
dunia, walau bagaimanapun, Faridah Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib
sudah tua dan hanya mampu baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah
disambut Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang seketika tentang kehidupan
Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan tidak pernah kembali
lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan dan meninjau di sekitar rumah
lama Faridah, sambil mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam.
Faridah menyuruh Zain mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci
rumah lama Faridah kerana dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di
dalam rumah tersebut. Di situ Faridah bersembang bersama Anne sambil
memberinya nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila dia bergelar
isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga menjawab soalan yang dilontarkan
oleh Anne tentang sebab Faridah meninggalkan kampong halamannya suatu masa
dahulu.
Bab 32: Bahagia Bersulam Air Mata

Soleh telah membawa Melina ke Dubai untuk bertemu dengan Benny. Sebaik tiba di
Dubai mereka telah menaiki limousin terus ke Emirate Tower Hotel. Benny telah
sedia menunggu mereka di sana. Benny telah insaf dan mengakui bahawa dia telah
tersilap memilih kawan.. Benny bersyukur kerana telah selamat sampai ke Dubai
atas pertolongan sahabat-sahabat setelah menempuh berbagai dugaan di lautan.
Kata putus diambil Melina dan Benny akan terus menetap di Dubai dan Benny tidak
akan belayar lagi . Dua hari kemudian Soleh terbang pulang ke Kuala Lumpur. Jauh
di sudut hatinya, Soleh tahu Melina akan bahagia di sana.
Bab 33: Janji Pada Tanah Ini
Zain dan Anne telah menetap di New Zealand, mengambil alih perusahaan dan
penternakan keluarga Johnsons. Anne telah melahirkan anak perempuan kembar
seiras diberi nama Melinda dan Rahayu. Melina pula telah melahirkan seorang anak
lelaki bernama Said al-Anbia.Soleh dan Datuk Azhar bersama-sama telah
mengusahakan pusat peranginan di Tanah Tinggi Lojing. Faridah memilih untuk
menjadi pemerhati dan penikmat alam. Memori di Bukit Kutu serta saat-saat indah
bersama Ayu dalam alam bawah sedar tetap terpahat di hatinya. Faridah bersyukur
berbaur sebak kerana akhirnya dia telah pulang dan kembali membina jati diri
bangsa di tanah air ini.

Anda mungkin juga menyukai