Anda di halaman 1dari 10

Gejala Vandalisme

Vandalisme bermaksud sikap suka merosakkan atau


memusnahkan harta benda awam. Gejala vandelisme di negara kita
semakin membimbangkan. Antara perbuatan vandelisme yang boleh
kita lihat setiap hari adalah menconteng dinding bangunan,
merosakkan telefon awam. Vandalisme ini dilakukan oleh remaja
yang tiada niai etika dan hanya mahu mendapatkan kepuasaan diri
sendiri.

Antara sebab-sebab gejala ini berlaku adalah pengaruh filem


yang ditayangkan di televisyen dan pawagam. Remaja terpengaruh
dengan aksi yang dilakukan dalam filem yang bertemakan ganas.
Selain itu, remaja yang kurang pendidikan moral dan agama juga
melibatkan diri dalam gejala vandalisme. Remaja yang tidak
diberikan didikan yand secukupnya pada usia yang muda mudah
dipengaruhi oleh gejala vandalisme apabila meningkat ke usia
dewasa nanti. Nilai menghargai harta benda juga tidak dapat
dipupuk dalam diri mereka.

Usaha-usaha membanteras gejala vandalisme bermula


daripada diri sendiri. Remaja perlulah mengisi masa lapang dengan
melakukan perkara yang berfaedah seperti bersukan dan sebagainya.
Hal ini dapat mengelakkan remaja daripada masalah. Remaja juga
haruslah bijak memilih rakan sebaya yang boleh memberikan kesan
positif kepada diri sendiri. Melalui usaha seperti ini remaja dapat
elakkan diri daripada perbuatan vandalisme.
Ibubapa pula memainkan peranan penting untuk mendidik
anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini dapat menyediakan anak-anak
sebelum melangkah ke alam persekolahan. Ibubapa juga perlulah
memberi perhatian kepada anak-anak tanpa sikap sebelah. Kasih
sayang dan masa yang diluangkan oleh ibubapa dapat menjauhkan
anak-anak dalam terlibat dalam gejala negative seperti vandalisme.

Di sekolah, peraturan-peraturan haruslah dikuatkuasakan dan


hukuman yang setimpal harus diberikan kepada pelajar yang
melanggar peraturan sekolah supaya pelajar tidak akan melakukan
vandalisme di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah. Guru-guru
perlu mejadi teladan yang baik and seorang pembimbing kepada
anak-anak remaja ini. Guru yang dilihat sebagai pembimbing dapat
melahirkan pelajar insan yang bermoral yang dapat membentuk
negara pada masa depan nanti.

Apabila masalah vandalisme dibentung, kerajaan tidak perlu


mengeluarkan kos sampingan untuk memperbaiki atau
menganttikan harta benda yang rosak akibat gejala vandalisme. Pada
masa yang sama, persekitaran yang baik dapat memberikan kesan
positif kepada pelancong asing yang melancong ke negara kita. Maka
adalah penting jika semua pihak bersama-sama berganding bahu
mengatasi masalah vandalisme.

Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa berlaku


dewasa ini. Bincangkan saranan anda untuk mengatasi masalah
tersebut untuk diterbitkan dalam ruangan Pendapat Pembaca.

Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan awam


Yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.

Oleh: Subrato Rengato

Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke


arah Wawasan 2020 dan taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan
telah meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Hampir
seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara
formal, malah ramai yang telah berjaya memasuki institusi
pengajian tinggi yang berkembang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan. Perkara yang menghairankan kita semua ialah
masalah vandalisme di negara ini turut meningkat dan seolah-olah
telah sampai ke satu tahap yang kronik sedangkan kebanyakan
rakyat di negara ini berpendidikan tinggi.

Masalah vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan


awam dengan sesuka hati merupakan duri dalam daging yang kini
terbukti telah menular bagaikan barah dalam tubuh manusia.
Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan
melepaskan geram atau meringankan tekanan hidup. Para remaja
pula ingin mencari keseronokan dengan merosakkan telefon awam,
mengguris dan merosakkan lif serta menconteng dinding tandas
awam. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana
menyusahkan orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan untuk
membaikinya. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang konkrit dan
proaktif perlu dilaksanakan dengan segera bagi membendung
masalah tersebut.
Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah
mengubah strategi atau sistem pendidikan yang sedia ada di negara
ini. Sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan
dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya pelajar-
pelajar sekarang hanya berminat untuk menghafal nota dan langsung
tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Sebenarnya
peyertaan dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta
Alam dan sebagainya boleh menyemai dan seterusnya menyuburkan
nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, cinta kepada alam
sekeliling dan sebagainya yang merupakan elemen terpenting dalam
usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan
patut menekankan subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi
pendidikan formal. Guru-guru wajar memberikan pendidikan dengan
kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar dapat menghayati serta
mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya dapat
membasmi gejala vandalisme.

Selain itu, media massa perlu memainkan peranan penting


dalam usaha membendung masalah vendalisme. Media massa wajar
memaparkan keadaan kemudahan awam yang dirosakkan
dengan serius dan artikel-artikel yang mengkritik perbuatan tersebut
akan dapat menyedarkan anggota masyarakat. Setiap anggota
masyarakat juga patut menyedari peranan mereka dalam usaha
membendung masalah vandalisme. Anggota masyarakat juga wajar
melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang
merosakkan kemudahan awam. Jelaslah media massa memainkan
peranan penting bagi mengatasi masalah tersebut sebagaimana
kata pepatah, “lidi segenggam kuat kudratnya dan tidak mudah
patah walaupun oleh si gagah”.
Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan
menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawang di
angkasa akan menjadi Kejora. Begitulah peribahasa Melayu yang
menyatakan dengan jelas akan kepentingan pendidikan awal
terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka
dengan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bertimbang rasa
dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua percaya
kepada konsep “kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Kanak-kanak diibaratkan sehelai kain putih yang perlu
dicorakkan peribadinya oleh ibu bapa. Jika diwarnakan dengan
warna pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi sekiranya
ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya.
Ibu bapa perlu menunjukkan “role model” kepada anak
kesayangannya supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna
seperti kata peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi ”.

Selain itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang


yang ketat bagi mengawal tindak-tanduk anggota masyarakat.
Undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak berkenaan dan tidak
terjadi seperti kata pepatah “bagai melepaskan batuk di tangga”.
Kerajaan patut mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yang
bersikap seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing”. Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme patut
diheret ke mahkamah dan hukuman sebat wajar dilaksanakan.
Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut
menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah vandalisme agar
imej negara kita sebagai antara negara yang termaju di rantau Asia
Pasifik tidak tercalar begitu sahaja. Kita perlu berhati-hati dan
berwaspada seperti kata peribahasa “lengguknya biar bengkok tetapi
mengena, tarinya biar senada tetapi berbisa, langkahnya lembut
tetapi kejap” semasa melaksanakan langkah-langkah untuk
membendung masalah tersebut supaya imej baik negara terus
terlindung dan keamanan hidup masyarakat terjamin.

Faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme

Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor utama berlakunya


vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah terpengaruh
dengan rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan komponen penting
dalam membentuk keperibadian seseorang. Pengaruh rakan sebaya
akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja
tersebut, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah
dalam institusi keluarga mereka. Kebiasaannya, golongan remaja
yang melakukan vandalisme ini merupakan remaja dalam kumpulan.
Kumpulan ini tidak mempunyai tujuan dan terjebak dalam budaya
lepak. Apabila mereka berkumpul timbullah pelbagai idea yang tidak
baik termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkan
harta benda awam tersebut.

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan


remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah
atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak
menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang
terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga
bermasalah atau keluarga yang

mengamalkan budaya hidup negatif. Selain itu, kurangnya kawalan


dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor
utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan
sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif
dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-
unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja
melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru
dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa,
apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

Sikap tidak ambil peduli masyarakat juga merupakan faktor


berlakunya gejala vandalisme. Remaja adalah produk sistem
sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan
melahirkan produk yang pincang. Sikap sesetengah masyarakat kini
yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap
isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.
Vandalisme biasanya banyak berlaku di bandar. Golongan remaja
menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak
terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di
kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan
remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala
negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta
benda awam.

Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang


cemerlang untuk masa hadapan negara semakin meningkat.
Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian meruncing
membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian
Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku
pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme.
Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam
bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan
imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah
vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan
segera.

Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam


menyifarkan masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan
anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang
negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut
diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-
lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri
anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan
mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda
daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan
vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan
sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.

Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka


demi menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar.
Sebagai seorang ahli masyarakat, kita harus peka terhadap situasi di
sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme, kita
patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak
patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti
kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.

Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting


dalam mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar.
Hakikatnya, undang-undang kini hanya seperti melukut di tepi
gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang signifikan
dalam menangani gejala negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari
realiti ini, pihak berkuasa perlulah menggubal undang-undang
supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku
vandalisme. Pada masa yang sama, pihak polis harus menjalankan
pemantauan yang lebih kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi
tinggi berlakunya kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini
dilaksanakan dengan segera, sudah tentu masalah vandalisme boleh
disifarkan dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah
secara lebih tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar
yang melakukan vandalisme di dalam kawasan sekolah. Misalnya,
pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau
dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat
menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran
kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus
mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan
terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan
sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi turut dapat
mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh


dilaksanakan untuk menangani masalah vandalisme dalam kalangan
pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak, terutamanya ibu bapa,
masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding
bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan
gejala yang semakin serius ini. Jika hasrat tersebut berjaya
dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan
penyelesaian masalah ini, negara kita mampu merealisasikan
Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.

Anda mungkin juga menyukai